Friday, August 7, 2015

Aidilfitri 2015 | Hari Raya Pertama ~ Melawat Anak Buah Baru

Assalammualaikum,

Meriah betul tahun ni Mama terima 3 orang anak buah baru, 2 orang sebelah Mama dan seorang sebelah Mr. Papa...bertambah la geng sepupu Zaquan dan Ziqry.

Alhamdullilah Adik Lelaki Mama (Adik ke-5) telah selamat menerima kelahiran cahayamata pertamanya pada 5 Jun 2015 iaitu seorang putera yang diberi nama Arrian Yusuf.  Baby Arrian yusuf dilahirkan premature dengan berat 1.15 kg je semasa dilahirkan. Disebabkan baby premature kena tahan di wad NICU, Serdang  sebulan jgk la, tp alhamdullillah baby dpt jugak beraya sbb dapat keluar dari wad NICU pada 15 Julai 2015. 

Adik Ipar Mama mengalami masalah Praeklampsia (pre-eclampsia) iaitu protien yang tinggi dalam air kencing yang menyebabkan komplikasi dalam kehamilan yang boleh menjejaskan Ibu & Anak. Disebabkan Protien tinggi dalam air kencing ni boleh memberi kesan kepada buah pinggang ibu dan hasil pemeriksaan doktor pada kandungan Adik Ipar Mama jg menunjukkan baby sgt kecik tidak sama dgn usia kandungan dan didapati baby mengalami masalah penerimaan makanan dari dalam kandungan lagi. Baby lahir pada usia kandungan di bawah 34 minggu..tp syukur alhamdullillah baby menunjukkan tumbesaran yang baik dari sehari ke sehari..Moga baby Arrian Yusuf membesar dengan sihat..AMIN.

Kami semua pada hari raya pertama baru la dapat tengok baby, dari semasa ke semasa kami dapat tgk pic Arrian Yusuf je melalui group wasap family. Itu yang pada hari raya pertama excited je kami semua g beraya ke rumah family Adik Lelaki Mama di Shah Alam. Selesai melawat rumah nenek/ saudara-mara sebelah Abah terus kami ke Shah Alam.

Arrian Yusuf * 05 Jun 2015 (kalau lahir 6 Jun berkongsi tarikh dan bulan kelahiran dengan abg zaquan) * 1.15kg. Selepas dilahirkan terus diletakkan di dalam inkubator dengan bantuan pernafasan / oksigen di Wad NICU.



Alhamdullillah baby dah off bantuan oksigen pada 10 Jun 2015


Akhirnya dapat keluar dari NICU pada 15 Julai 2015 dengan berat 1.80kg.


Allolo..sedapnya Arrian tido..


Baby mmg kecik sgt, mulanya takut nak pegang, tp nak jgk dukung anak buah baru Mama ni..





Moga dengan kehadiran Arrian Yusuf menyerikan lagi kehidupan kamu berdua, memang kami semua faham kesedihan yang kamu alami masa pertama kali mengalami dugaan yang tidak dijangka tapi Alhamdullillah berkat kesabaran  kamu berdua dan doa semua  Arrian Yusuf telah diberikan kesihatan yang baik hendaknya..Moga Arrian membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh..AMIN.


Foto kedua-dua belah family.
Bukan senang nak dapat family pic sesama besan ni..hehe..






Alhamdullillah setiap tahun g beraya rumah Family Adik Ipar ni dihidangkan dengan menu yang sedap² n setiap tahun mesti ada je menu special..Tahun ni siap dapat bergambar dua-dua belah family..rasa happy je..ehh mana adik Ziqry..adik Ziqry ada tgh sedap tido dkt sebelah sofa tu..

Itu sahaja citer hari raya pertama kami sekeluarga..selalunya begitulah raya pertama mesti full beraya..

N3 auto publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

4 comments:

  1. kecikje baby ..alhamdulillah semua selamat ....
    selalunye org ckp baby premature ni cerdik ... kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mmg kecik sgt baby premature ni,
      ada jgk dgr maybe sbb masa dalam tempoh dalam inkubator tu mcm² vitamin kena suntik untuk pastikan baby dapat membesar spt baby yg lahir cukup bulan..

      Delete
  2. Tahniah buat adik n adik ipar ieja.. dpt bby baru.. tahniah juga buat ieja dpt ank buah baru.. comel baby secomel namanya Arian yusof.. smoga mmbesar dgn sihat ye baby comel ...

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails