Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Monday, May 6, 2013

Kali Pertama Mengundi Pada PRU13.

As Salam,

Selesai sudah PRU13 yg berlangsung pada 5 Mei 2013, Tahniah kepada BN kerana terus kekal menerajui Negara. Mama pun dah selesai jalankan tanggungjawab mengundi kepada negara, hidup dah 33 tahun, ini baru pertama kali Mama mengundi sbnrnya, 2 kali terlepas..x cukup umur :p (baru nak ada kesedaran mengundi..huhu)

Mama x mo citer lebih² pasal PRU13 ni pun sbbnya Mama ni bknnye kaki politik, dengar boleh tp nak komen lebih² tu xdelah, selalu gak dok dgr komen² kawan² pastu balik dok komen dengan laki je..hahaha

Mama n Papa punyer pusat undi berlainan, Mama di Seksyen 4, Mr. Papa di Seksyen 5, tp xde masalah sebelah menyebelah je, Pagi tu..(xdela pagi sgt pun..) kul 10.30 pg baru gerak ke pusat mengundi di Seksyen 4 dulu, means giliran Mama la g ngundi dulu. Tempat mengundi Mama di Sek. Keb. Jalan Empat Bandar Baru Bangi.


Owhh..Mama di saluran 4


Mak aihh..itulah dtg lmbat lagi..,ini barisan saluran 4, time ni 10.45pg..panjang tu..ditambah dgn cuaca sudah mula panas..

Tangan Mama sudah bercalit


Alhamdullillah selesai sudah Mama saya mengundi..hehe
Tepat kul 12 tengahari tu baru selesai Mama mengundi,
Cian Zaquan, tertido² menunggu Mama selesai mengundi
Adik Ziqry tgk tgn Mama bercalit cam pelik je n dia geram nak gigit sbnrnya..




Setelah selesai urusan Mama ngundi, baru la nak isi perut, singgah tempat biasa..Impian Maju dulu sblm Mr. Papa pulak g buang undi, sampai Impian Maju tgk Atok, Nenek n Acik2 Zaquan n Ziqry pun ada lepak kat sana, diorang sume pun baru selesai ngundi cuma MIL je la yg akan g ngundi di Bangi Lama. 

Dah selesai isi perut, kami semua lepak rumah MIL sbb giliran Mr. Papa pulak nak ngundi, dia mengundi di Sek Men Jalan Reko, Seksyen 5 dekat area rumah family mertua je, Mr. Papa kuar ngundi kul 1.30tgh tp dia balik rumah nak dekat 4.30ptg..lagi lama..sambil menyelam minum air la tu Mr papanye..dh selesai undi g melepak ngan kawan² dulu..sembang² politik dulu ye tak..huhu..

Kesimpulannya semalam mmg dok melepek di rumah je la, kul 6 ptg kuar rumah semula g minum pulak kat Impian lagi, pastu balik rumah kami kunun nak sama² melepak tgk tv sambil menunggu keputusan PRU13 n sambil² layan bola MU lwn Chelsea..sekali tv yg tgk kami semua...muahhhaha...

Pagi ni bangun masing² tertanye sesama sendiri..hari ni cuti ke keje (masing² kan dah berangan kunun dpt cuti umum slps pilihanraya) , ntah dah tertido semalam, sekarang ni kan dunia cyber, internet lg laju dr tv, nak tau cuti ke x, tgk FB je, Mama pun check jgk ler FBnye, tgk masing² update x cuti, jd kejutla anak² g sekolah, 'kita x cuti la hari ni'..huhu (diri sendiri pun sibuk mengupdate status di FB jgk..:p)

Putrajaya keje, Selangor cuti..jd jalan nak g opis hari ni clear..lengang je plus mereka yg balik ngundi di kg halaman masing² ada yg mmg dah apply cuti/sambung cuti hari ni, so opis pun sunyi sepi je ari ni..

p/s: sekejap nye masa berlalu kan, esok sampai 10hb Mama oustation ke Labuan, balik dari outstation hujung minggu 12 Mei 2013 hari ulangtahun kelahiran Ziqry yg ke 2 tahun..thn ni mmg xde planning utk wat majlis bday besar²an utk anak², hanya sambutan utk kami berempat anak beranak je kot..xpela yg penting moga Adik Ziqry dikurniakan kesihatan yang baik, cergas, aktif dan ceria2 selalu ye dik..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

10 comments:

  1. samala kiter mengharap sgt cuti umum arini.. sedih. baru ingat nak shopping arini. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..itulah sbb 2-3 hari sblm pilihanraya dah kecoh khabar angin kununnya confirm dpt cuti sbb waktu pilihanraya pun dilakukan pada hari ahad kesian dkt org yg blk kg undi kena apply cuti hari isnin..

      moralnye jgn cepat percaya khabar angin..hhehe

      Delete
  2. Kak, nk fm labuan! Hehe...
    Nak alamat jugak aritu akak nk fm tlk intan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah nad, kalau ada k.eija mesti beli punye..hehe

      ada ke.., tq nad..nnti k.eija PM alamat di FB ye..:)

      Delete
  3. Ct ko pi Sabah kirim beli ikan bilis banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Labuan xde jual ikan bilis murah2,
      dekat tawau dan sandakan yg byk jual ikan bilis murah2..

      aku outstaion tawau n sandakan bulan 9 nanti.., so kena la tunggu bulan 9 nnti kalau nak kirim ikan bilis ye..

      Delete
  4. Tempat kakak undi pagi sesak katanya Eija. Kakak undi petang dah dekat pukul 4 petang so memang lengang. Dtg terus masuk bilik mengundi sebaik bagi i/c dan sapu ink di jari terus undi.

    ReplyDelete
  5. kesian kan mengharap dpt cuti rupanye angan2 semata2

    ReplyDelete
  6. OIC SALURAN 4, SY 5 HHIHIHI ... PENGALAMANKAN.. SY PG PTG X RAMAI ORG DAH HIHIHIHI ...

    JAUH NYA OUTSTATION KAT LABUAN NUN..... NNT UP ENTRY EH... DAPAT SAMBUT BEREMPAT PUN DAH KIRA MERIAH TU..

    ReplyDelete
  7. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog shop ini juga sedang diadakan sehingga 30 mei. Jangan lupa follow jg ye..

    Terima kasih =)
    ~ Hijab valley ~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails