As Salam,
Sedihnya bila tengok anak² x sihat kan, My heroes Zaquan n Ziqry x sihat diserang demam, cirit birit dan muntah². Zaquan paling teruk cirit birit + muntah² n pertama kali dia sakit teruk sampai lembik dibuatnya. Ziqry pulak demam dan batuk.
Ermmm..Mama pun x pasti daripada mana puncanya berlaku / virus ape yg diorang kena, sekali tengok mcm keracunan makanan or maybe gastrik cuma kalau nak kata keracunan makanan kami berdua yg makan benda yg sama x kena pulak sakit perut n Zaquan pun selama ni x pernah ada sakit gastrik n biasa je kalau lwt makan. Ada jgk kawan² yg ckp maybe sbb swimming punca anak² sakit (terlebih minum air klorin n air pool pun bknnye bersih sbnrnya kan)..Ermm ada betulnye jgk..means lepas ni Mama terpaksa slow kan aktiviti swimming kami, baru je planning nak masukkan Zaquan swimming class.
Berikut kronologi Zaquan n Ziqry diserang sakit:-
27 April 2013 (Sabtu)
Happy time..weekend kami dihabiskan dgn aktiviti swimming kali ni bersama Mr. Papa, syok la anak² Papanye ada sekali (pertama kali Papa joint kami swimming). Mmg kami mkn di luar di Restoran Maritim Boat Putrajaya - keadaan kesihatan seperti biasa je sampai ke pagi esoknya.
28 April 2013 (Ahad)
Hujung minggu, anak² pun pandai amik kesempatan bangun lewat, Mr. Papa lagi la bls dendam tido sbb minggu study week, selalunya hujung minggu kul 7.00pg Mr. Papa dah keluar rumah utk ke kelas. Pagi tu kul 10.00 pg jgk la baru anak² bangun. Pagi tu baru tersedar yang badan Ziqry tiba² panas, nampaknye Adik Ziqry diserang demam panas.
28.4.2013 - 10.00pg - Bangun² pagi dah tentu² la masing² kelaparan cari makanan, mmg selalunya pagi kami breakfast di Impian Maju je..ehhehe, tp pd hari berkenaan sbb Papa nak cover tido dia kan, xde lah Mama kejutkan Papa bawa kitaorang kuar g breakfast, tp Mama ada gorengkan nugget n sosej utk anak², tp sementara menunggu Mama masak tu diorang dah cover perut dgn roti dan susu dulu. Dalam masa yang sama lps goreng nugget dan sosej, Mama beriye la pulak nak buat kuih keria, buat la sekali dgn Zaquan, bersungguh Zaquan menolong n sgt x sabar nak merasa time belum goreng masa dok uli keledek dgn tepung, dia dah curi² makan adunan kuih tu..ermm x kan la Zaquan alah dgn keledek pulak.., Zaquan mmg excited sgt sbnrnya tolong Mama buat kuih, dia punye keria, keria Mickey Mouse lagi, tp sbnrnya dia x mkn langsung pun keria dia tu sbb dah kenyang makan nugget n sosej..(itu yg agak confius sbb musabab Zaquan diserang muntah² n cirit birit ni..), Time ni dia masih sihat n aktif seperti biasa.
28.4.2013 - 12.00 tgh - My Mum n Adik² Mama singgah rumah kami nak jumpe Zaquan n Ziqry, sempatlah hidangkan kuih keria yang Mama buat tu :), Zaquan n Ziqry pun happy je bermain mcm biasa w/pun Adik Ziqry demam.
28.4.2013 - 2.00ptg - Wan Ummi, Mak Ngah Cbah n Mak Yang Zaquan n Ziqry dh nak balik, Zaquan pun menangis nak mengikut Mak Ngah n Mak Yang dia, Mak Yang dia x sampai hati n bawa jgk la Zaquan sbb diorang planning nak mkn Tutti Frutti di Seksyen 8, BBB. Masa ni la bermulanya Zaquan x sihat. Sampai² Tutti Frutti Mak Yang Zaquan n Ziqry pun pelik Zaquan teruja nak amik je lebih, tp dia tiba² xde mood nak makan, dia cuma lentokkan kepala di meja, Adik² Mama igt itu trick Zaquan utk ikut diorang blk (xmo dihantar ke rumah semula). Mak Yang Zaquan n Ziqry siap update gambar di Fb dia bgtau Zaquan xde mood sbb bersalah tinggalkan Adik Ziqry dirumah.
Pic Zaquan xde mood mkn tutti frutti pada 28.4.2013
Rupanye dia betul² xde mood sbb bdn dia tetiba rasa x sihat agaknye sbb OTW nak balik rumah Zaquan muntah selambak dalam kereta Mak Yang dia, keluar segala isi makanan nugget n sosej yg dia mkn. Balik lepas mandikan dia, dia terus tido sampai lah ke petang.
28.4.13 - 8.00 mlm - kalau siangnya dia muntah, mlm tu tetiba dia tercirit, sampaikan kami terpaksa pakaikan dia pampers, nasib la ada pampers size XL yg terslh beli utk Ziqry hari tu. Malam tu jgk Mr. Papa nak amik Motor di rumah FIL, so kami pun pergi rumah Atok n Nenek Zaquan n Ziqry slps isyak, OTW dlm kereta pun Zaquan tercirit lagi sampai bocor. sampai rumah Nenek dia, dia pun kelesuan terbaring je, time ni kami fikir maybe perut dia sebu masuk angin so Papa bagi dia minum air 100plus sikit, tp setengah jam lepas tu dia muntah balik. FIL n MIL mmg sarankan kami bawa je Zaquan ke emergency, tp Mr. Papa diam je, Mama ikut je Papa nak bawa Zaquan ke klinik/hospital.
28.4.13 - 11.00mlm - Kami satu family bersama FIL, MIL n Adik² Ipar lepak minum di Impian lagipun Papa nak layan bola MU lwn Arsenal, kebetulan Zaquan tido dlm kereta dgn harapan dia sihat la keesokan harinya, lgpun stok smecta (ubat cirit birit) ada di rumah, budget nak bg dia minum air garam dan smecta je sbg cover sblm ke klinik. Tapi time ni pulak Adik pun berjangkit virus cirit birit ni, tercirit sampai bocor kena seluar yg dia pakai.
28.4.13 - 12.00mlm - Tamat perlawanan bola, kami pun minta diri balik rumah dulu, Zaquan tido dlm kereta time ni (kereta park depan mata kami je), time ni kami terus buat keputusan kena jgk bawa Zaquan ke klinik/hospital sbb dia boleh tercirit tanpa sedar, bayangkan dia boleh tido dgn tercirit n bocor time tu dlm kereta, balik rumah bersihkan zaquan dan basuh kereta n terus pecut g klinik dulu, dah masuk klinik jumpa doktor, bgtau masalah Zaquan n kebetulan time jumpa doktor dia nak termuntah terus doktor kata kalau kes camni dh kena dari tengahari tadi kena refer hospital terus ni, doktor dh ckp mcm tu kami pun refer Ziqry je la.
@Klinik Zalfah, Bandar Baru Bangi
Zaquan yg dah kelesuan
Adik Ziqry pun dah terlelap, dia pun sama baru lps tercirit time ni.., tp Adik Ziqry ni tercirit slh satu sbbnya nak beralih bulan.
Dari klinik ke emergency, selesai g klinik kami terus ke emergency hospital kajang
No. giliran kami 2007 - pukul 2.11 pagi baru dipanggil.
Aduihai kesian sungguh rasanye time ni, tengah² pagi masih sibuk berurusan di hospital, dahla Mr. Papa ada final exam keesokkannnya, cian pd Papa jgk, time dia nak amik exam pulak anak² x sihat.
Resultnya: Dari pemerhatian Doktor Zaquan belum sampai tahap kena masukkan air w/pun kami rasa dia mcm dh lembik sgt sbb setiap apa yg dia makan keluar (muntah) ditambah dgn cirit birit lg. Doktor kata selagi dia ada perasaan nak makan tu kira ok lg, sbb Zaquan ni dia still nak mkn cuma bila mkn keluar blk. Doktor suspek Zaquan apendiks sbb selain dari muntah² n cirit birit, dia jgk sakit perut, bila Doktor tekan perut dia, dia ckp sakit n sakitnya lebih pada sebelah kanan. Tapi papehal pun doktor suruh pantau sampai keesokkan harinya dulu sbb time check up tu Zaquan xde demam² cuma muntah² n cirit birit sekali. In case kalau berlarutan jgk baru doktor suruh refer emergency semula n maybe warded. Malam tu kami cuma dibekalkan dgn ubat shj la.
Memang sedih rasanye sbb mlm tu lps kami bagi dia makan ubat n minum air garam, air garam tu keluar balik..bezanya malam tu dia dpt tido dgn lena tanpa cirit n muntah.
29 April 2013 (Isnin)
Mama kena la amik cuti kecemasan jaga Zaquan n Ziqry yg x sihat, Mr. Papa ada final exam, nasib baik jgk la examnye pada pukul 2.30ptg, kalau pagi mesti kelam kabut sbb kami tido pun nak dekat pukul 4.00pg kot br dapat lelap. Sempat la kami bersarapan sama² dulu, Pagi tu Zaquan cuma makan roti bersama teh o panas, baru makan sikit dapat bertahan 15 minit je lps tu muntah balik. Ciannye anak Mama, dah la masa nak muntah tu dia akan ckp 'Saaaakiitt' baru dia akan muntahkan. lepas sarapan bg dia makan ubat, terus lena sampai ke petang, tersedar pun cuma minta air Teh O pastu sambung tido semula, nampak mcm nak ok tp lps dia terjaga semula tu keluar blk air teh o tu.
Zaquan cuma mampu tido je la, tido pun siap spare gayong di sebelah utk tadah muntah dia
Adik Ziqry badan dedar2, tp alhamdullillah xde muntah², cirit pun sekali dua je..
Memang lena sungguh Abg dan Adik tido tengahari tu
29.4.2013 - 8.00mlm - Zaquan mmg xnk makan pun tp nasib dia masih nak minum air masak, cirit dia nmpk dah kurang n malam tu lps mandi dia pun dh xnk pakai pampers lagi. Ziqry pun nmpk dah sihat n aktif. Papa pun dah balik dari exam, alhamdullillah Papa kata boleh la dia jawab n hope keputusannya nanti pun memberangsangkan.
cerita selingan :-Boleh pulak malam tu kami semua kepenatan tanpa sedar yang kami semua tido lena dgn pintu x berkunci, Mama dok igt lps Papa blk kelas pintu pagar rumah tu Papa dah kunci sbb mmg Mama nampk Adik Ziqry yg tutup pintu rumah tp budget pintu pagar papa dah kunci, yang Papa pulak igt Mama basuh kain so nanti mesti Mama nak sidai kain, tp ptg sampai ke mlm tu hujan, Mama pun fikir xpelah sidai kain esok je, lgpun nanti Papa kata nak pulangkan Motor pd Ayah mesti Papa akan kejutkan Mama time nak kuar rumah nanti, sekali 4 beranak tertido mati daa, MIL n FIL call pun x sedar, nasib la MIL n FIL tergerak nak dtg rumah, siap MIL naik atas kejutkan kami punyelah tido mati x sedar bunyi hp...huhu
30 April 2013 (Selasa)
Kebetulan Mr. Papa mmg dah amik cuti rehat pd hari Selasa sbb Isnin dia apply cuti tanpa rekod, alang² hari rabu cuti umum, dia terus la amik cuti hari selasa, kunun nak rehatkan minda slps sehari exam, tp mana nak sangka anak² sakit, so cuti jaga anak la, bergilir la kami, Isnin Mama jaga, Selasa Mr. Papa pulak jaga anak. Pagi tu Mr. Papa la hantar Mama g keje bawa sekali la anak². Ziqry nampak dah sihat cuma Zaquan la still nampk lemah lagi..
Zaquan pada pagi hari selasa OTW hantar Mama g opis.
10.00 pg - Mr Papa call bgtau Zaquan still jgk muntah w/pun cuma minum air, so Papa nak bawa g klinik kesihatan pulak dgn harapan dapat la cek darah, tp bila pergi Doktor still kata Zaquan masih tahap ok n mcm biasa dapat ubat yg sama jgk..ermmm..hope sgt Zaquan cepat sembuh..
5.45ptg - Mr. Papa bersama anak² jemput Mama balik kerja, tengok Zaquan tido je dalam kereta, Papa kata Zaquan mcm tu la tido je, makan x lalu pastu dia ngadu sakit kepala pulak, badan dia pun dah mula panas..demam, masa chek up di klinik pagi tu suhu dia 37.5. Disebabkan dia x makan n tido je, so xdelah dia muntah² n berak².
9.00mlm - Sekejap² Zaquan terjaga dari tido, x selesa sbb badan panas n selalunya bila terjaga dia akan minta nak minum air, mama pun bagi, lega rasanye dia xde muntah², tp tercirit² pulak dia malam tu
Zaquan pd malam selasa, cirit, demam n sakit kepala pulak,
cian sungguh anak Mama, susut dah berat badan n nampak kurus sgt dah abg.
mmg time check up pagi tu berat turun sampai 1.5 kg.
1 Mei 2013 (Rabu)
Selamat Hari Pekerja..hari ni cuti umum, Mr Papa ada planning nak bawa kami keluar berjalan ke shopping mall, Mr Papa nak abiskan baki baucer BB1M dia. Bila bgtau Zaquan kita nak g JJ, nampakla sikit ceria muka dia, bertambah ceria bila bgtau nak belikan buku kaler² utk Abang n Adik.
Kami siap sedia pakaikan dia pampers..cian pulak tgk abg, rasa lain sgt tgk bdk umur 5 thn pakai pampers.., nasib pakaikan pampers, sampai² JJ, dia dah tercirit..itu x mkn ape pun lg tu cuma minum air suam dan ubat shj. Pagi tu offer dia makan Mc'D pun dia geleng xmo, selera makan dia dh kurang sgt..tp alhamdullillah selepas tunaikan hajat dia nak bermain games di Pusat Hiburan Sekeluarga JJ, dia happy n baru la nak makan, w/pun dia cuma makan 5 suap je tp at least dia nak makan..n lega jgk hati dia x muntah lps makan cuma mlm tu mcm biasa dia tercirit je..
Nampakla ceria sikit Zaquan n Ziqry w/pun ikutkan badan masing² x berapa sihat, tp ini slh satu cara psikology utk bg anak² bersemangat n happy.
2 Mei 2013 (Khamis)
Hari ni masuk hari yg ke -5 Zaquan masih berlarutan x sihat n Ziqry pulak on n off demam n batuknya masih ada, terpaksa la minta tolong MIL jagakan, nasib jgk MIL boleh tolong jagakan, mulanya nak hantar Zaquan je, Ziqry nak hantar g taska, tp Atok offer kalau dia demam xpelah Ziqry duduk dgn Atok sekali..Terima kasih Atok n Nenek yg sudi jagakan Zaquan n Ziqry.
Sepanjang 5 hari anak² x sihat ni dah 2 klinik kami refer (klinik swasta dan klinik kesihatan), emergency hospital pun kami dah refer, nampknya kalau x ok jgk Zaquan sampai ke petang ni, kami kenalah refer pakar kanak² pulak.
Moga anak² Mama cepat sembuh, x sanggup tgk anak² Mama n Papa tanggung sakit sampai x bermaya. Moga adalah perubahan Zaquan hari ni..AMIN.
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!
tu la klu bab cirit ni tak de ubat .. cuma kena lebih kan amik air ngan mknan je la .. tp bila atas bwh keluar mmg kesian .. fahim dulu penah seklai kena sampai warded ...semoga cepat sembuh ... makin kurus la
ReplyDeletetq eima, itulah mmg kesian sgt sbb atas bawah keluar.., yup mmg kurus dah dia, dah la bentuk muka jenis kecik, bila kurus nmpk makin kecik je muka dia..
DeleteSedihnya... Zaquan cepat sembuh ek!
ReplyDeleteSusah hati kan kak... Anak anak x sehat ni..
Akak pun tabah ek, sabar byk2...
Tq nad,
Deletehati ibubapa mana yg x sedih kan tgk anak2 dia sakit
alhamdullillah setelah 5 hari sakit, sembuh dah dia kini siap g jalan2 ngan atok n neneknya di bagan lalang.
Assalam,
ReplyDeleteKasihan nengok anak2 demam. sampai cirit gitu. Kalu cirit biasa Dr bagi air garam ajer kan. Anak2 mamawana dulu pernah cirit birit sampai duk dlm wad beberapa hari, masuk air drip sampai sihat. Alhamdulillah now anak dah besar dah masuk U dan akan menyusul lagi masuk U. Insha allah.
As salam,
Deleteitulah mmg kasihan, dah la anak2 jenis x suka minum air garam, minum air garam tu pun sikit je itu yg lmbat sembuh tu, alhamdullillah now dah sihat..
Owhh alhamdullillah n tahniah buat anak² mamawana :)
olo siannya..... semoga semuanya cepat sembuh ya... :)
ReplyDeletep/s: LUPUS awareness!^^ http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html
tq deno, alhamdullillah dah sihat dah kedua²nya, hari ni dah mula g school..:)
Deleteya Allah , sian nye anak2 teruna ko beb ..
ReplyDeleteyup2 aku pun rs dr air beb , aku ngn adik aku siap kene cm gatal2 lg.. sibbaik anak2 ok.. tu yg weols x pi tmpt yg air2 skang ni... air cm sgt x bersih sejak2 air area selangor ni kejap ado kejap x dok ... air minum pun rela g beli kt mesin dr masak kt umah cz bile tadah air , nmpak ala2 x bp jernih
itulah mmg cian, sunyi sepi skjp rumah aku haritu heroes jatuh sakit..
Deletenampak gayanye mmg aku kena rest skjp la aktiviti swimming kami..
sama la aku mmg beli je air miniral wat stok kat rumah lgpun dkt rumah aku xde water filter..
sian zaquan. cpt sembuh ok. nanti bule main dengan kakak aisya n adik sara.
ReplyDeletetq Mak Yang, Alhamdullillah dah sembuh dah dia skrg, sehari slps sihat dh siap ikut atok n neneknya berjln..
Deletesiannya zaquan..
ReplyDeleteharap taklah sampai kena apendiks..
sepupu aima umur 7tahun dah operate aritue..
kesian tgk budak2 kena operate..
cepat sembuh yer abang n adik.
Tq Acik Uyun,
DeleteAlhamdullillah Abg n Adik dah sihat sepenuhnya, cuma biasalah adik ziqry batuk n selsema nya tu skjp ada skjp xde..huhu
owhh ye ke, kesiannya. mmg berharap sgt bkn apendiks, w/pun x tahu punca yg sbnr2nya, now dia dah sihat syukur sgt.
LAYU, LESU BTL BADAN ABG MMG TAK LARAT.. SKRG DAH SIHAT BELUM NI?? HARAP X BERLARUTAN...
ReplyDelete