Showing posts with label Taska. Show all posts
Showing posts with label Taska. Show all posts

Monday, January 6, 2014

2014 : Abang Dan Adik Kekal di Tadika n Taska Generasiku

As Salam,

Untuk tahun 2014 ni anak² Mama, Khair Zaquan dan Khair Ziqry kekal bersekolah di Tadika dan Taska Generasiku w/pun yuran dah naik..huhu, tahun ni Abg dah 6 tahun, Adik pulak 3 tahun. Cepatnya masa berlalu..besar dah hero²ku..:), belajar rajin² ye Abg n Adik, Abg kena lebih rajin la sbb tahun depan dah nak masuk darjah 1..opss..baru permulaan tahun baru dh fikir tahun depan..hehe..

Pada 1 Jan 2014 (Rabu) yg lepas, kami menghadiri taklimat untuk Ibu Bapa, seperti biasa setiap tahun pihak Generasiku akan adakan taklimat utk Ibu Bapa serba sedikit ttg Pengurusan Generasiku dimana Pihak Pengurusan turut menjemput wakil dari JKM dan Kementerian Kesihatan untuk memberikan taklimat. Memandangkan ini merupakan pengalaman kedua buat kami, xdela kami beriye sgt, sbb rasanye talk nya sama je mcm thn sebelum ni, majlisnya mula dari jam 9.00pg - 12.00tgh, tp kami dtg untuk register, amik fail utk Jadual dan Hari cuti sekolah n dengar taklimat dalam  1 jam je..pastu g breakfast kat Food Court (Teja)  depan school Zaquan ni..lepas tu paham² je la..^_~..

Tahun ni Abg kelas 6 Inovatif, Adik pulak 3 Bestari, Kesian Abg kawan² ramai yg masuk Pra Sekolah, kawan² lama yg ada pulak x satu kelas dengan dia, dia masuk kelas yg ramai bdk baru.., bila tanya "siapa yg satu kelas dgn Abg"?, dia bgtau kawan lama yg satu kelas dgn dia cuma Fadli je.., tp Abg tetap cool sbb dapat kawan baru.., disebabkan Abg cool sgt g tadika, Mama sampai terlupa nak hantar dia pada hari pertama kelas 2014 bermula (2 Jan 2013) sbb kebiasaannya Mr Papa yg akan hantar depan pintu tadika, aduihaii apa la Mama ni kan, tp Mr. Papa kata Zaquan ok mcm biasa je dia g tadika.

Adik Ziqry plk masa mula pindah rumah (sebelah je pun) dr taska 2 thn ke taska 3 tahun (seminggu sblm thn baru) nangis xmo pindah rumah sebelah, tp Cikgu dia kata xpe bg je dia masuk taska yg biasa dia duduk dulu nnti mesti dia terkejut sbb kawan² dia semua dh pindah sebelah, yup petangnya kami amik tgk dia cool je duk rumah/taska baru. Cuma sedey la berpisah dgn Cikgu Adik yg rajin melayan adik, tukar rumah maknanya cikgu pun bertukar.

Apepun Alhamdullillah yang penting Abg n Adik rasa seronok nak g tadika n taska.


Pic Tahun Baru..1 Jan 2014 @ Taklimat Ibu Bapa Daripada Pengurusan Generasiku



Hahaha..Abg posing nakal, Tahun ni Adik dh ada jadual kelas la..dah mula belajar Iqra dan sembahyang, camner la Adik dh mula belajar ni sbb Adik cakap pun pelat lagi..


Dalam memori..Pic kelas Abg (5 Produktif) Tahun 2013.


Cikgu siap bagi gambar bersekali dgn frame, so frame ni terletak kemas atas almari :)


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, October 7, 2013

Yuran Taska/Tadika Anak² Naik Lagi Tahun Depan!

As Salam,

Bulan Oktober ni Taska/Tadika tempat Khair Zaquan n Khair Ziqry dah open untuk registeration for next year. Ikutkan kami mmg planning nak kekalkan je anak² di Taska/Tadika yang sekarang ni mereka belajar iaitu di Generasiku. Ermmm..tp nampaknya tahun depan kos untuk taska/tadika anak² meningkat, yuran bulanan taska/tadika dh naik, boleh tahan byk jgk tu naiknya. So now tgh berkira² nak hntar Generasiku or cari taska/tadika lain yg murah sikit. Tapi kalau ikutkan survey taska/tadika area Putrajaya ni mmg standart harga dia sama je mahal dia. Bukan la nak berkira sgt education anak², semua Ibu Bapa pun nak kan yg terbaik buat anak²,  tp kena la fikirkan kos ikut kemampuan kita jgk, kalau kos/yuran naik sampai melampau² tu parah jgk kita dibuatnya.

Ermmm...tp setelah berbincang dgn Mr. Papa, akhirnya nak x nak kena terima kos taska/tadika anak² yg mmg akan naik setiap tahun, (thn lepas masa nak tanye ttg yuran taska/tadika dkt generasiku ni mmg dia ada mention yuran taska/tadika berubah setiap thn..) sbb Mr. Papa tetap stick dgn keputusan nak hantar anak dekat dgn tempat kerja. Terasa yurannya naik mendadak sbb ikutkan tahun ni Mama bayar RM570 utk 2 orang, tahun depan naik kepada RM740 utk 2 orang. kenaikan sbyk RM170..kenaikan tahunan gaji Mama pun x sebanyak tu..:p.

Yuran Untuk tadika Khair Zaquan..Naik RM90, dari RM300 ke RM390 sebulan.

Ini plk Yuran utk Khair Ziqry..naik RM80, dari RM270 kepada RM350.

Hujung bulan ni kena settlekan RM 930 (Khair Zaquan) + RM 850 (Khair Ziqry) = RM1780 utk registeration. Bakinya RM767 (Khair Zaquan) +  RM445 (khair Ziqry) = 1212 kena settlekan hujung tahun. Fuhhh..keseluruhan kos taska/tadika utk anak² pd tahun hadapan = 2992. 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, August 30, 2013

Sempat Jugak Buat !

As Salam,

Lambat update blog hari ni, mood masih lg mood bercuti, org baru balik bercuti kan..citer pasal cuti dgn kawan² x abis lg..hehe, bkn sibuk wat keje, sibuk bercerita..huhu. Lagi pun selalunya kalau hari Jumaat rasa mcm cepat je masa berlalu... Kebetulan tengahari tadi Mama pun ada Jamuan Raya utk Peringkat Jabatan..kul 11.00pg dh kuar opis terus bersambung dgn waktu rehat yg lama..tau² la ni dh nak balik.

Oh ye hari ni bkn Jbtn Mama je ada Jamuan Raya, Tadika & Taska Zaquan n Ziqry pun ada Jamuan Hari Raya, semalam baru dapat surat pemberitahuan ttg jamuan raya ni n mcm biasa diminta sedikit sumbangan berupa potluck..Aduihai ptg semalam baru tau, x tau nak bawa ape..tp x sedap hati plk kalau Zaquan n Ziqry g school dgn tgn kosong je. Nasib ada spare agar2 dkt rumah, terdesak mcm ni buat agar2 paling senang. Alhamdullillah adalah makanan yg nak dibawa oleh Zaquan n Ziqry utk Jamuan Raya hari ni..

Agar2 Milo Laici (Laici nya dh tenggelam..)
Dapat 3 bekas..(1 utk Zaquan, 1 utk Ziqry dan 1 untuk Mama bawa di opis)


Mama pernah up resepi Agar2 Milo Laici Disini


OTW nak g school pagi tadi..
Abg & Adik berbaju raya..


Sempat suruh Abg bg 1 pose Pagi td (sorry Mama lupa pakaikan Abg sampin)


Time hantar Zaquan g Tadika dia td meriah tgk semua kawan2 dia berbaju raya..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 4, 2013

Sports Day @ Tadika / Taska Zaquan n Ziqry

As Salam,

Ini story 3 minggu yang lepas, Sports Day @ Tadika/Taska Zaquan n Ziqry ( Generasiku Educare) yang diadakan pada 15 Jun 2013 (Sabtu) di Padang Presint 9. Semangat Zaquan nak pergi bersukan setelah bercuti sekolah 3 minggu..hehe, Iyelah 2 minggu cuti persekolahan dia duk umah Atok n Nenek, lepas tu sambung cuti ke Langkawi plk, sampaikan Cikgu dia wassup tanye khabar 'Ada pape ke yg berlaku pada Zaquan sbb 3 minggu x dtg sekolah n nak confirmkan Zaquan joint ke x Sport Day nnti'. 

Alhamdulillah dapat jgk Zaquan n Ziqry joint sukan yang diadakan w/pun Mr. Papa xde bersama untuk sama² bagi semangat utk anak² bersukan sbb Mr. Papa pd hari berkenaan ada  Kawat Kadet Bomba (Kokorikulum), kalau x pergi tolak markah plk. Mama plk kalau x bawa anak² bersukan kesian plk dkt diorang time ni la diorang nak happy² bersukan, nak kenal ape tu erti bersukan kan, lgpun dah bayar RM50 (RM25 sorang)..rugi la kalau x pergi..

Biasalah kan kalau kita sorang je nak handle anak² kelam kabut jgk dibuatnye, Mama ni nekad je bawa sendiri anak² w/pun dlm hati risau jgk 'mcm mane la nak control anak² kat padang ni nanti?' , ' mcm mane la nak parking kereta nanti?'...tp alhamdullillah semuanya under control sbb bila sampai, Zaquan cikgu dia yg jaga, Mama cuma kena control Adik Ziqry je la. Parking kereta plk terpaksa la parking jauh sbb dah dtg lewat tp sib baik dapat parking tempat senang..

sepatutnya awal pagi dah kena ada di Padang, tp itulah melayan kerenah anak² w/pun awal pagi dah bangun tp mcm² yg diorang nak, dah singgah makan nak singgah kedai plk ditambah dgn Ziqry menangis nak ikut Papanya naik motor, sudahnya kul 9.30pg baru kami sampai, sampaikan Zaquan terlepas nak joint perbarisan. Time kami sampai ni majlis sedang dirasmikan oleh Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Sblm Acara sukan bermula dan Zaquan beratur dalam barisan kelas dia, sempat lg minta dia posing² dulu..hihi

Kebetulan plk nak dekat hari sukan Zaquan dpt hadiah kasut sukan dari Abg Jamal (dah mcm anak angkat FIL & MIL dah). Terima kasih Abg Jamal, Zaquan mmg nak sgt kasut sukan ni, sbb masa dia ikut Atok n Neneknya ke JPO atoknya ada kata nak beli kan kasut sukan n dia dah minat sgt dgn kasut sukan puma ni boleh dikatakan setiap kali keluar kalau dia nampk kedai kasut mesti dia ckp dgn kami 'Abg nak beli kasut sukan/kasut bola', x sangka Abg Jamal plk yg belikan di Vietnam.., Adik Ziqry pakai kasut raya Abgnye masa thn 2011, kasut spiderman Adik thn lepas dah sempit.


Abg sporting bergambar tp adik lebih tertarik dgn belon


Majlis dirasmikan oleh Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.


Kawan² Tadika Zaquan dah siap berbaris 
Dah selesai Berikrar dan menyanyi


Zaquan kelas 5 Produktiviti


Abg Zaquan sampai lewat sikit, x sempat sertai perbarisan dan nanyi bersama kawan², tp masih sempat lagi masuk baris n slps selesai upacara perasmian, semua murid² di bawah kawal selia Cikgu².


Acara sukan dimulakan dgn acara untuk kanak² usia dibawah 1 tahun terlebih dahulu, diikuti 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Tahun. Jadinya lama jgk la nak menunggu giliran Abg Zaquan main sukan. Diorang main 1 acara sukan je pun sbnrnya.

Acara sukan untuk kanak² 2 tahun. 
Cari Gula- Gula dalam Mainan

Jom kita tengok Adik Ziqry amik gula² atau amik mainan..

Mestilah amik gula², w/pun pada mulanya dia ala² blur amik gula² igt utk makan..tp kita guide la dia suruh masukkan dalam bekas..


see..ada gaya la Adik cepat² nak masukkan gula² dlm bekas



Ok la Adik Ziqry dapat No. 2
pic bersama Pn. Husna (owner tadika Generasi Educare).


Giliran Abg Zaquan plk. Zaquan main acara Bawa Getah Dengan Straw


Yeay..nampaknye Abg Zaquan pun dapat No. 2


Abg pun nak bergambar dengan Pn. Husna


Tahniah ye abg, x dapat juara pun Mama tetap bangga dengan Abg, nampak semangat kesukanan Abg tu, steady je Mama tgk Abg lari bawa getah dgn straw tu



Apalah Adik ni, Adik pun kan sama dapat no. 2 macam Abg, jgn la amik Abg punyer


Dua² dapat no. 2 , Hadiahnya Medal dan Botol Air. Senang hadiah sama xde lah gaduh²


Sukan selesai dalam kul 12.30tgh siap disediakan dgn makan tengahari. lepas makan Mama bawa anak² g umah sepupu wiwin dia, so melepak la kami sampai ke petang di rumah Adik Mama ni, Ziqry otw nak ke rumah Mak Yang dia tido skjp, tp Abg Zaquan, igtkan dia letih tp x tido lgsung, beriye main dgn wiwin ni.


skjp je lenanya Adik Ziqry, bangun terus tunjuk skill main iPad pd wiwin


Akhirnya masing² lena OTW nak balik ke rumah, Mr. Papa sampai rumah pun anak² dah ketiduran dgn lenanya. 



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, April 22, 2013

Perjumpaan Ibubapa dan Guru | Kad Kemajuan Tahunan Zaquan

As Salam,

Pada 13 April 2013 (Sabtu), Tadika n Taska Zaquan n Ziqry belajar ada sesi perjumpaan Ibubapa dan Guru untuk tujuan membincangkan penilaian dan prestasi pelajar. Nasib jugak la perjumpaannya diadakan pada waktu 10pg - 12 tgh, dapatla kami pergi, sbbnya pada hari Sabtu berkenaan kami dah ada planning untuk bercuti di Bidor Perak hingga 15 April 2013. 

Mengikut jadual perjumpaan yang Cikgu Zaquan n Ziqry inform - jam 10-11pg perjumpaan untuk Ziqry, manakala perjumpaan untuk Zaquan pada 11-12tgh, tp kami redah je sekali harung pukul 11.45pg baru sampai Tadika Zaquan...heheh (kes menyiapkan anak dan beg pakaian nak bercuti begitu begini kul 11 baru kuar umah). Risau jgk pada mulanya kut2 x sempat sampai Tadika sblm kul 12tgh, sekali sampai ramai je lagi ibubapa yg ada.

OTW nak pergi perjumpaan Ibubapa dan Guru.
Time nak g holiday pulak Ziqry x sihat, 
pagi tu badan Ziqry dah dedar2, itu yg dia pun manja semacam je ni..


Cian anak mama x sihat lagi, 
yg bagusnya adik sporting bila diajak bergambar


Dah sampai tadika Abg, perjumpaan untuk kanak² 3 thn kebawah (taska) juga diadakan di Tadika Abg. Kami berpecah, Mama jumpa Cikgu Zaquan, Papa jumpa Cikgu Ziqry sbb Papa nak cepat,  Ikutkan Mama nak jgk dengar ape yg Cikgu nak bgtau ttg perkembangan Ziqry, sampai2 Mama terus bawa Zaquan masuk kelas dia jumpa Cikgu dia, x sedar Papa yg dukung Ziqry time tu  dah laju kedepan terus jumpa Cikgu Ziqry dulu, tp xpelah Cikgu ada bagi fail ttg perkembangan dan prestasi anak2. Review dari fail yg cikgu bg n dgr semula citer Papa la..
Inilah Cikgu Kelas Zaquan - Cikgu Hana dan Cikgu Lina.


Sekejap je Papa dok borak2 dgn Cikgu Ziqry, Mama baru dengar 10 minit penerangan dari Cikgu Zaquan, Papa pun masuk dengar sekali penerangan ttg Zaquan dr Cikgu Zaquan ni (Mama pun amik kesempatan rakam pic2 ni, tp telinga tetap dengar penerangan dr Cikgu)

Abg Zaquan malu pulak bila Papa komen ttg report kad dia..


Borak2 ngan Cikgu


Meneliti Report Card Zaquan


Amboih sempat lagi tunjuk perangai depan Cikgu


Leader mengajar Adiknya


Hasil perjumpaan dengan Cikgu Zaquan - Prestasi Zaquan memuaskan, iyelah kami pun xdelah mengharapkan Zaquan cemerlang 100% sebab Zaquan pun baru mula bersekolah pada usia 5 tahun, penerimaannya mestilah berbeza berbanding mereka yg mula seawal playschool usia 3 thn. Jadinya dia lambat untuk mengenal huruf, Zaquan boleh kalau disuruh sebut A-Z tp huruf A-Z tu dia x berapa kenal lagi sbnrnya. Cikgu pun perasan dia lambat sikit kenal huruf n kalau bg kerja mesti dia yg last kali siap tp yang penting dia nak buat. Yang bagusnya Zaquan ni w/pun dia jenis cepat bosan tp dia cepat tangkap ape Cikgu ajar, Cikgu cakap maknanye dia ni jenis bg tumpuan di kelas sbb dia dia cuti seminggu terus exam keputusannya masih ok. Antara komen cikgu yg lain adalah Zaquan ni sgt talkactive n boleh diharap untuk tolong cikgu, kadang2 tu cikgu x suruh buat pun dia buat. Zaquan ni suka sengih n senyum sampai cikgu nak marah pun x jadi..hehe.. 

Bercerita pasal kawan² Zaquan di sekolah, Zaquan mmg boleh berkawan dgn semua orang n bila Mama tanye pasal kawan sekolah yg dia mmg igt sgt nama dia (Mukhriz) sbb bergaduh smpai benjol di dahi lmbat surut, rupanya mukhriz tu la kawan baik dia, Cikgu ckp w/pun itu kawan gaduh dia tp itu jgk la kawan baik dia, sbbnya ape yg si Mukhriz ni buat mesti Zaquan akan buat n begitu jgk bila ape yg Zaquan buat si Mukhriz ni pun akan buat, masing² ada sikap x mo mengalah. Patut la ada suatu hari tu tiba2 Zaquan kata dia nak bawa sejadah besar sbb kawan2 kat sekolah bw sejadah besar, rupanya cikgu ckp pasal sejadah besar tu pun sbb pengaruh Mukhriz ni..lawak la abg ni, tp nasib baik cikgu sokong ckp ada baiknye jgk dia berkawan dgn Mukhriz ni sbb Mukhriz ni bdk pandai, so aura pandai tu boleh la abg dapat sbb sama2 nak bersaing tunjuk yg terbaik..(teringin pulak Mama nak jumpe Mukhriz ni)

Kad Kemajuan Tahunan Zaquan
Nak tgk ke result Zaquan


Inilah keputusannya
4A, 2B, 3C
Walaupun xdpt 9A, Mama n Papa tetap berbangga dengan keputusan yang Zaquan telah capai ni..


Nampaklah dekat sini Zaquan lebih cenderung kepada pengiraan berbanding membaca, Bahasa Melayu memang lemah tp Matematik dapat A, Tahniah Abg Zaquan, tingkatkan usaha untuk terus capai keputusan yg lebih baik dimasa akan datang ye, Alhamdullillah Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi pun dapat A, mmg nampak Zaquan dah boleh baca Iqra dengan jayanya. 

Bercerita pasal Abgnye shj, Adik Ziqry mcm mane pulak, Adik Ziqry baru 2 tahun biasalah perkembangan apa yg dia boleh buat dengan sendiri sepanjang tempoh hampir 4 bulan duduk di taska daripada x tahu buka pempers sendiri skrg dah pandai buka pempers sendiri (tp nak pakai balik x pandai n nak suruh dia pakai pempers pun dah susah skrg ni), mandi pun dah pandai nak mandi sendiri nak sabun n shampoo kepala sendiri. Adik Ziqry ni cukup suka cubit pipi kwn2 dia yg comel kat situ, especially girl la mmg dia geram abis pipi bdk2 tu dicubit2, so cikgu mmg kena pantau dia kalau dia duk dkt ngan kawan2 gegirl dia yg comei tu n mcm biasa Adik mmg kuat makan sampai biskut cikgu pun dikebasnya ada jgk hasil kerja adik, tp ikut cara adik mewarna, contengan adik je la yg nmpk..heheh. 

Apepun setiap anak tu perkembangan dia berbeza2 n kami tetap bersyukur dgn tahap perkembangan yg anak2 kami tunjukkan, yg penting Alhamdullillah byk perkembangan positif yang telah anak2 perolehi. 

Selesai majlis perjumpaan, kami isi perut dulu di Seri Teja Food Court Presint 9 depan school Zaquan ni n lps kenyang perut terus gerak g bercuti ke Bidor, Perak..sgt x sangka palnning utk bercuti ke perak sbb menghadiri majlis nikah dan kenduri kahwin sepupu Mr. Papa disambung dengan percutian yg besh ke P.Pangkor ^_^..Nanti sambung N3 percutian..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, April 8, 2013

Kembali Ke Taska

As Salam,

Hari ni Adik Ziqry dah kembali ke Taska semula setelah 2 minggu bercuti, wah lama adik bercuti..heheh, tp cuti sakit la..Alhamdullillah Ziqry dah betul² sembuh dari Chicken Pox yang mula menyerang pada 24 Mac 2013 n pulih sepenuhnya pada 6 April 2013 (14 hari- lebih lama berbanding abg dia), so hari ni 8 April 2013 Adik kena la g Taska ye. Cikgu pun dah rindu Adik..

Terima kasih kpd Atok n Nenek kedua2 belah pihak yg menjaga Ziqry sepanjang Adik Ziqry cuti sakit. 4 hari pertama  Atok n Wan Ummi Cheras jaga dan 4 hari terakhir Atok n Nenek Bangi jaga..Terima kasih semua. Mama cuma amik cuti rehat 2 hari utk jaga Ziqry.

Walaupun adik Ziqry dah sembuh sepenuhnya tp kesan parutnya masih kelihatan n kesan dimuka Adik nmpk byk berbanding kesan parut di muka Abg Zaquan. Kesan parut dimuka Abgnya betul² dua lekuk di dahi, parut dimulut dan pipi mmg x meninggalkan kesan langsung..Kalau tengok betul² muka Adik Ziqry parut dimukanya tu x hilang semua..nampak la di pipi n sekitar mulut dia, nampknye dahi adik pun tetap ada kesan lekuk 1 ..

OTW nak ke Taska pagi tadi, Mama nye interframe sekali.. (8.4.13)
Teknik gambar..x nmpk sgt kesan parut di muka adik, yg nampak lekuk di dahi ikutkan ada 3-4 parut di muka adik tu...hehhe


 Kesan parut dibadan Adik ..ok la surut n berkurang berbanding minggu lepas yg Mama tunjuk kan..


p/s: lega jugak dua² anak dah lepas kena chicken pox, minta dijauhkan penyakit² merbahaya lain menjangkiti  hero²ku..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, February 27, 2013

Yuran Bulanan Taska & Tadika Anak2

As Salam,

Antara tanggungjawab yg perlu diselesaikan time dapat gaji..yuran bulanan taska n tadika anak2..terasa betul tahun ni yuran anak dah double..(dulu anak2 duk ngan nenek dia..nenek charge baru RM150 seorang) now dah duk taska n tadika 2 orang RM570, Zaquan RM300, Ziqry RM270..tp sbnrnya lebih kurang RM600 gak sbnrnya yuran setiap bulan..sbb Ziqry kena bayau OT Cikgu..

sampul yuran anak2, 2 hari sblm gaji selalunya dah dapat..

Claim OT Cikgu..

OT Cikgu Ziqry bulan ni RM17, bulan lepas RM7, 5 minit 40 sen tau...meningkat sbb lately ni petang2 hujan je kan, selalu tersangkut gak amik anak2..kami balik jam 5.30ptg, menunggu Mr. Papa jemput Mama paling cepat 5.45ptg..selalunya 15 minit gak nak sampai ke tadika Zaquan..so Zaquan mmg x pernah kena bayau OT cikgu..kami jemput Zaquan dulu baru jemput Adik..bezanya tahun ni Mama xdelah jd penunggu opis lg, balik mmg cepat sampai rumah pun sblm maghrib..

kos sara hidup skrg mmg tinggi kan...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, January 25, 2013

Sambutan Maulidur Rasul di Tadika Abg& Taska Adik!

As Salam,

Hari ni di Tadika Abg & Taska Adik diadakan sambutan Maulidur Rasul. Sehubungan itu, semua pelajar termasuk Adik Ziqry yang berumur 1 tahun 8 bulan diminta berpakaian baju melayu dan sumbangan berbentuk makanan daripada Ibu Bapa adalah digalakkan. (Tadika pun ada potluck tau..). 

So untuk memudahkan kerja, Mama order je ngan Acik Zaquan n Ziqry@Adik Ipar Muffin Choc Chip. Ikutkan pada mulanya Mama order Apam Polkadot, tp Adik Ipar kata dia nak buat Muffin Choc Chip utk order Mama tu tp Mama bayar harga Apam Polkadot..means best price punyer..tq Dik..:))

Muffin Choc Chip

Adik Ziqry x menyempat mau makan, sebelum sampai taska 2 biji muffin dah adik makan.


Abg Zaquan makan gak sebiji muffin tp lepas tu dia bantai tido lena sampai ke tadika, sbb tu x sempat nak posing2 ngan Abg Zaquan bertiga.


Bagus la ada sambutan Maulidur Rasul dari peringkat anak2 kecil lagi kan, bagi  pendedahan dan kenalkan pada kanak2 tentang sejarah dan perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta membangkitkan rasa cinta terhadap Rasullullah SAW. Moga sambutan maulidur rasul di tadika n taska abg n adik penuh dengan pengisian yang berguna buat anak2.. ^_^..

Salam Maulidur Rasul 1434H/2013

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails