Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Monday, January 6, 2014

2014 : Abang Dan Adik Kekal di Tadika n Taska Generasiku

As Salam,

Untuk tahun 2014 ni anak² Mama, Khair Zaquan dan Khair Ziqry kekal bersekolah di Tadika dan Taska Generasiku w/pun yuran dah naik..huhu, tahun ni Abg dah 6 tahun, Adik pulak 3 tahun. Cepatnya masa berlalu..besar dah hero²ku..:), belajar rajin² ye Abg n Adik, Abg kena lebih rajin la sbb tahun depan dah nak masuk darjah 1..opss..baru permulaan tahun baru dh fikir tahun depan..hehe..

Pada 1 Jan 2014 (Rabu) yg lepas, kami menghadiri taklimat untuk Ibu Bapa, seperti biasa setiap tahun pihak Generasiku akan adakan taklimat utk Ibu Bapa serba sedikit ttg Pengurusan Generasiku dimana Pihak Pengurusan turut menjemput wakil dari JKM dan Kementerian Kesihatan untuk memberikan taklimat. Memandangkan ini merupakan pengalaman kedua buat kami, xdela kami beriye sgt, sbb rasanye talk nya sama je mcm thn sebelum ni, majlisnya mula dari jam 9.00pg - 12.00tgh, tp kami dtg untuk register, amik fail utk Jadual dan Hari cuti sekolah n dengar taklimat dalam  1 jam je..pastu g breakfast kat Food Court (Teja)  depan school Zaquan ni..lepas tu paham² je la..^_~..

Tahun ni Abg kelas 6 Inovatif, Adik pulak 3 Bestari, Kesian Abg kawan² ramai yg masuk Pra Sekolah, kawan² lama yg ada pulak x satu kelas dengan dia, dia masuk kelas yg ramai bdk baru.., bila tanya "siapa yg satu kelas dgn Abg"?, dia bgtau kawan lama yg satu kelas dgn dia cuma Fadli je.., tp Abg tetap cool sbb dapat kawan baru.., disebabkan Abg cool sgt g tadika, Mama sampai terlupa nak hantar dia pada hari pertama kelas 2014 bermula (2 Jan 2013) sbb kebiasaannya Mr Papa yg akan hantar depan pintu tadika, aduihaii apa la Mama ni kan, tp Mr. Papa kata Zaquan ok mcm biasa je dia g tadika.

Adik Ziqry plk masa mula pindah rumah (sebelah je pun) dr taska 2 thn ke taska 3 tahun (seminggu sblm thn baru) nangis xmo pindah rumah sebelah, tp Cikgu dia kata xpe bg je dia masuk taska yg biasa dia duduk dulu nnti mesti dia terkejut sbb kawan² dia semua dh pindah sebelah, yup petangnya kami amik tgk dia cool je duk rumah/taska baru. Cuma sedey la berpisah dgn Cikgu Adik yg rajin melayan adik, tukar rumah maknanya cikgu pun bertukar.

Apepun Alhamdullillah yang penting Abg n Adik rasa seronok nak g tadika n taska.


Pic Tahun Baru..1 Jan 2014 @ Taklimat Ibu Bapa Daripada Pengurusan Generasiku



Hahaha..Abg posing nakal, Tahun ni Adik dh ada jadual kelas la..dah mula belajar Iqra dan sembahyang, camner la Adik dh mula belajar ni sbb Adik cakap pun pelat lagi..


Dalam memori..Pic kelas Abg (5 Produktif) Tahun 2013.


Cikgu siap bagi gambar bersekali dgn frame, so frame ni terletak kemas atas almari :)


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. fahim pun dah tak jumpa dah zakuan ... nenanti kite outing bw anak ber2 tu nk tak ... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah nak :)
      kalau xde pape k.eija ok je.., bdk2 lagi la srnok dpt jumpa geng..

      Delete
  2. Pandai cikgu adik psikologi. Betul pun bila tengok semua kawan ada sebelah kelas automatic dia suka ke sebelah. Abang dah besar dah pandai berdikari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul k.zakie, cikgu mesti pandai psiko bdk2 kan..
      alhamdullillah abg dia mmg jenis pandai bawa diri..lebih2 lagi bab berkawan, dia suka berkawan n senang dapat kawan itu slh satu sbb dia suka ke sekolah.

      Delete
  3. moga mereka berjaya dunia akhirat .. tukar kelas jer xpe.. alahai ciannya zaquan x ramai kwn dah yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yana :)
      hehe, dia terasa sbb tukar kelas means bertukar rumah itu yg dia rasa pelik, tp sbnrnya sama je n dia pun nampak ok sama spt selalu..
      mula2 la terasa sbb ramai kwn2 lama dh masuk pra sekolah, tp kami tgk zaquan ni jenis yg senang berkawan..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails