As Salam,
Awal² tahun dah berjalan sahaja, alhamdullillah diberi peluang dan kenikmatan untuk bercuti bersama keluarga dan kawan². Holidays yang pertama untuk tahun 2014 ialah ke Bandung, Indonesia bersama Geng Opismate, seminggu balik dari Bandung, cuti umum Hari Thaipusam membawa ke cuti hujung minggu (17 - 19 Jan 2014) dapat bercuti dgn keluarga mertua pulak ke Lumut dan Pulau Pangkor, Perak. Lepas ni bersambung cuti CNY ke Hari Wilayah pulak.., wah cuti lagi kita ye...^_~.
Cuti² Malaysia awal tahun 2014 ni merupakan unplanning holidays bagi Mama sbbnya last minute malam sebelum bertolak ke Lumut, my MIL call mengajak ke Lumut if x kemana sbbnya ada kenduri kawin anak buah Makcik di Manjung, Lumut Perak. Ikutkan Mr. Papa mmg la x dapat pergi sbb terikat dgn kelas pada setiap hujung minggu, cuti umum Hari Thaipusam tu mmg la dia cuti tp sabtu ahad ada kelas, so mmg dia x dpt nak pergi, so MIL n FIL kata dia nak bawa Zaquan n Ziqry dan kebetulan hari cuti umum so atok n nenek Zaquan n Ziqry ajak Mama pergi sekali, itupun Mama x bg jawapan pd malam tu pdhal ikut bknnye kena kuar duit pun bawa diri n anak2 je..hehe.
Pagi Jumaat tu baru Mama kelam kabut packing baju utk kami bertiga, at lastnya Mama wat keputusan alang² atok n nenek Zaquan n Ziqry mengajak bercuti, cuti 3 hari plk tu, Mr. Papa bknnya ada rumah, lebih baik Mama n anak² g bercuti drpd lepak rumah kan.., itupun seawal jam 8.30pg atok n nenek Zaquan n Ziqry dh siap menunggu kami di Restoran Impian Maju, tp kami sampai kul 9.30pg (kes pg baru nak packing baju dlm beg..)
Pukul 10.30pg kami bertolak dan alhamdullillah selamat sampai hotel di Manjung pada jam 2.00ptg. Kami bermalam 1 malam di Hotel Ritz Garden, Manjung. Hotel ni terletak bersebelah je dgn Pasaraya Billion, so sampai² tu lepas check in hotel dah boleh jalan² dekat pasaraya n lps tu kami terus lunch di kedai makan depan hotel je. Ptgnya aktiviti tido/merehatkan diri tp tahan sungguh mata Zaquan, x tido seharian, Ziqry tido skjp, lps maghrib kami ke rumah pengantin dan makan malam disana je, majlis kendurinya keesokannya.
Selamat sampai hotel, kami bercuti without Mr. Papa kali ni
Hotel yg kami duduki..Hotel Ritz Garden, FIL amik 1 bilik family room (2 katil King) - Ratenya after diskaun gov. rate - RM210/1 night. Ok dan selesa sgt bilik dia..
Adik mamam @ Majlis kenduri kawin, aduihai susah tau nak menjaga anak sorang², sib baik ada Atok, Zaquan dh besar ni senang sikit, dia boleh bawa diri sendiri, duduk terpisah pun dia x kisah sgt, tp Adik jenis x paham, time ni lps selesai mkn nasi, tetiba dia nak makan tapai guna sudu, kebetulan sudu xde, menangis meraung sume ada semata² nak sudu..aduihai anakku..cepatlah adik belajar utk paham bahasa..
Di hari kenduri..Mama n heroes
Selesai makan nasi minyak, Atok n Nenek kata nak pergi bercuti ke P.Pangkor, siyes mmg unplanning holidays (kali kedua la pergi P. Pangkor tanpa dirancang, redah aje..)
Time ni kami dh Check out dari hotel siap², so slps selesai makan nasi minyak ni kami terus menuju ke Jeti Lumut
Selamat sampai di Jeti Lumut, FIL terus uruskan pembelian tiket feri dan booking hotel, sementera kami² tunggu di hentian Jeti Lumut ni.
Kami pergi 2 keluarga, Mama, anak² bersama FIL n MIL dan Uteh sekeluarga
(6 dewasa, 3 kanak²)
Bergambar² depan terminal jeti Lumut sblm menaiki feri..
Tiket Feri - RM10 utk Dewasa pergi dan balik / RM5 utk Kanak² pergi dan balik.
Time ni ikutkan FIL kejar masa nak naik feri jam 2.00ptg, tp x sempat terpaksa la tunggu sejam lagi, kul 3.00ptg punye trip.
Dalam feri, happy dapat naik bot
tp Adik biasalah buat perangai skjp nak duduk dgn abg dia skjp nak duduk dgn Mama.
Adik la yg paling teruja nak naik bot, mmg cop tempat tepi tingkap..
Alhamdullillah kami selamat check in hotel jam 4.00ptg.
Kali ni kami menginap di Coral Bay Resort Pangkor
sama gak FIL booked family room @RM220/night
Selesa n cantik bilik dia, kami punye bilik mengadap pool lagi
apalagi sampai² terus terjah pool la..
view dr atas bilik
Atok yang rajin melayan cucu²nya mandi
Selesai mandi dalam pukul 6 ptg kami keliling pulau dengan menaiki van sewa, time ni la kami terus shopping sotong, satay ikan dan ikan bilis pangkor.
Ikan Bilis Pangkor siap kopek mahal betul la, sekilo RM50, Mama x beli pun tp kawan kirim, mama belikan utk kawan je, utk diri sendiri terasa mahal..huhu, selalu kirim ikan bilis dgn kawan bila dia balik sabah, separuh harga daripada harga bilis pangkor utk sekilo.
Dinner time, jalan kaki je dari hotel. Kali ni makan seafood..Ikan Masak Steam, Sotong Goreng Tepung, Sayur Goreng dan Tom Yam Seafood.
Makan² disini boleh la dikira sbg menyambut ulangtahun kelahiran My MIL sekali la, bday My MIL yg ke 54 pada 19 Jan, kiranya bday MIL kali ni sambut di P.Pangkor la..^_^.. Happy Bday buat My MIL..moga terus dilimpahi rezeki dan di bawah limpah rahmat dariNYA.
Selesai makan terus balik bilik, Ziqry mmg lena dari dalam van time pusing pulau sampai lah keesokan paginya.
Keesokannya lps breakfast, cepat² kami pergi pantai, menikmati keindahan pantai dan pulau sbbnya nnti anak² nak repeat mandi pool before check out, mcm biasa atok la yg melayan cucu² mandi laut dan kolam.
Mama pun nak bergambar solo
Repeat mandi pool before check out
Goodbye Pulau Pangkor..mau balik sudah.., menaiki van sewa kaler pink ni utk ke Jeti..
Zaquan igt tau yg kami pernah ke P.Pangkor tahun lepas- sibuk bercerita, "kita pernah sampai sini kan, kita naik bot pastu nanti kita naik van pink , kita mandi laut pakai baju oren..haha(dia igt kenangan bersnokling).."
Mananti ketibaan feri, pergi balik orang ramai..beratur panjang.., sampai² jeti mmg terus beratur xde menyinggah pekan lagi sbb dh shopping masa petang hari sampai.
Alhamdullillah kami selamat sampai Jeti Lumut pada jam 1.30tgh dan terus meneruskan perjalanan balik dan singgah makan tengahari di Hutan Melintang, kami lalu jalan lama so lalu Kuala Selangor, alang² sampai Kuala Selangor kami singgah rumah Mak Lang di Kuala Selangor, dalam pukul 7.00mlm kami selamat sampai Bangi..:)
Ok la dpt jgk update n3 percutian Lumut - P.Pangkor ni dalam 1 N3, susah betul nak update blog skrg ni, masa amat mencemburuiku..huhu
Doakan kami selamat pergi dan balik utk next percutian ni, cuti lama ni CNY ke Hari Wilayah.., Mama esok dh mula bercuti...hehe, insyaallah malam ni (29 Jan 2014) akan bertolak ke JB dan esoknya terus ke Batam, percutian Batam - JB plk bersama family mertua lagi..:))
♥SELAMAT BERCUTI KAWAN² ♥
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!
seronokkan cuti-cuti ni. hilang stress kat opis. xpenah lagi tau gi pangkor ni. wah.. nak kemana pulak tu cuti CNY ni..
ReplyDeletebetul²..time ni la pun nak spent time dgn family..
Deleteowh ye ke, alhamdullillah, eija merasa g pangkor utk kali kedua w/pun dua kali pergi tanpa dirancang..hehe
Cuti CNY kami ke Batam..alhamdullillah slmt pergi dan balik..cuti 2 mlm je.., cuti 2 hari lg lepak kat rumah je..
Salam Eija...Selamat bercuti yer..K.atie pon lom pernah sampai pangkor lg :)
ReplyDeleteSalam k.atie,
Deleteterima kasih k.atie :)
insyaallah suatu hari nanti k.atie plk bercuti ke Pangkor..
syoknsek berjalan je ...
ReplyDeletealhamdullillah, kami pun tumpang je family mertua yg suka berjalan, secara x langsung kami pun suka berjalan..hehe...
Deletebercuti sahaj mama ni .. ni kene masukkan dlm blog list sy ruangan percutian ni blh jadikan rujukkan.. bnyk dah berubah jeti lumut tu yer... coral bay resort ni mcm best jer siap ada pool .. dekat dgn pantai pulak tu.. jauh x drpd jeti pulau pangkor naik van tu.. manalah tahu ada peluang pg sana.. adk sy baru blk sana raya cina hari tu.. makanan kat p.pangkor ok x?? mahal x akan mkn mlm ni??
ReplyDeletehehe..alhamdullillah,
Deleteterima kasih ye siap tersenarai dlm bloglist percutian w/pun sbnrnya k.eija rasa hanya mampu berkongsi info yg biasa2 je..xde yg rare pun..
mmg best, puashati la bilik dia pun selesa, pool dia pun besar.
dekat je dgn jeti , 15 minit dah sampai jeti..hehe
masa 1st time pergi dulu lg jauh sbb duk dkt teluk nipah..
makanan dekat p.pangkor mmg x dinafikan mahal lebih2 lagi kalau dekat area teluk nipah tu
yang kami makan malam ni FIL kata ok la standart la makan seafood dalam RM200++