Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Monday, October 20, 2014

JJCM / Dinner Treat @Restoran Hj. Sharin Low BTHO

Assalammualaikum dan Selamat Tengahari,

Elok plk time lunch ni citer pasal JJCM kan, x abis² JJCM, ala bkn selalu pun JJCM, ni kes lambat update n3..huhu, ni story 2 minggu lepas pada hari Sabtu (11 Oktober 2014) my younger bro a.k.a Ateh Cu Zaquan n Ziqry berniat nak belanja kami sefamily makan² sempena duit elaun outstation dia yg terlebih²..heheh. Pilihan tempat makan adalah terbuka kepada setiap family members nak pilih makan dimana, dia tukang bayau je katanya. Mama biasanya mengikut je pilihan yg lain, x pandai sgt nak buat pilihan sbb bkn selalu JJCM pun. Akhirnya setelah berbincang di dalam Wassapp group family, Restoran Hj. Sharin Low branch Bandar Tun Hussien Onn (BTHO) menjadi pilihan JJCM/Dinner treat kami iaitu sebuah restoran cina muslim.

Ikutkan plan asal semua ada, tp last minute x cukup korum tp agenda dinner treat by my younger bro tetap diteruskan sbb my adik dah siap booked awal. Ikutkan jgk Mr. Papa kata dia x dpt nak join sbb ada kelas, tp kebetulan kelas dia habis awal dapat jgk Mr. Papa join. Menu pilihan adalah nasi putih bersama lauk pauk n lauk pauknya my adik dh siap orderkan, kami sampai untuk isi perut je..:P

Menu - Masakan Khas Cina Muslim
Alhamdullillah menu dia ok kena dengan selera kami n harga pun reasonable . 


Pic gegar, apadaa Mak Yang Zaquan n Ziqry ni amik gambar gegar..
menunggu makanan yg diorder sampai..


Tengok Mak Long Iti amik, cantik je kan..:p
Zaquan mcm biasa dia akan amik port sebelah Ateh Cu dia..


Yeay..Makanan sudah terhidang..
Menu dia mmg ok sgt berasa cuma portion dia agak sikit sbb dia cuma ada 2 pilihan regular n large, kami pilih regular je sbb kalau large mcm byk sgt.



Mama paling suka Sotong Goreng Tepung Masak Asin dia, menu ni My Adik siap tambah order 1 lagi..


Zaquan plk suka Ikan Masak Steam Nyonya dia ni, dia makan sampai bertambah² nasi n menghirup kuah ikan ni tau.


Makanan dah terhidang atas meja, sila la self service ye..


Happy faces at dinner treat.


kami 2 beradik mmg suka bergambar tau..


tp yang ni paling susah nak bergambar, bkn senang nak dapat pic berdua ni tau..


Apepun Terima kasih tukang belanja @ Ateh Cu, moga bertambah² lagi rezeki, lps ni kalau ada rezeki lebih lg jgn lupa belanja kami lagi..^_^..

Ateh Cu n Wife


Sekian, dari sy Food Lovers
Tgk pipi la..boolat..


Ateh Cu kata x rugi dia belanja kali ni, makanan sedap n menu yg diorder licin sume..hehe

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, October 16, 2014

JJCM | CHOP d'STOP CAFE

Assalammualaikum,

Malam selepas selesai majlis pertunangan Adik Ipar pada 06.09.2014, Adik Ipar yang bertunang tu nak belanja 1 family makan..owh ok  Mama pun sempat balik rumah mandi tukar baju dulu lepas tu Adik Ipar, FIL n MIL jemput di rumah kami naik 1 kereta.

Bestnya nak g JJCM..org belanja plk tu kan..Destinasi JJCM ialah CHOP d'STOP CAFE, Owh Menu Western..mmg feberet Mama la.., 1st time ni Mama makan di CHOP d'STOP CAFE ni, almaklumla mmg susah sgt nak g JJCM melainkan kalau ada org ajak pergi, selalunya Mama JJCM dgn opismate je..

Gini la rupanya Kedai CHOP d'STOP CAFE dalam kawasan ala² medan selera gitew..terletak di Bazaar Rakyat PKPS Seri Kembangan


Sedang menunggu makanan yg diorder
pic hasil tangkapan Ziqry, dia sibuk main hp time ni..
Tq Acik Cha belanja kami makan..


Adik Sara yg comeii..
malam tu makan burger dengan Adik Ziqry..


Ini dia menu Burger Adik Ziqry dan Sara, x cukup sampai order satu lagi Burger, tp bila dah order 2 x abis plk..


Nasib ada Abg yg kuat makan, dia yg tolong abiskan burger order 2nd time, dah la dia punyer menu Grill Chicken Chop, habis dia makan sorang, Dia mmg suka mkn chicken chop so mmg x heran dia boleh mkn 1 pinggan..


Yang ini Menu Mama..Gril Chicken Chop Chezzy,
Veryy the Chezzy n portion dia pun byk,
org lain mkn x abis, tp Mama makan abis licin..hehe, 
siyes sedap sgt pada tekak Mama..


Heheh..itu je la, org lain punye menu xdela Mama sibuk² nak amik gambar, amik gambar menu sendiri je..ye la org sibuk nak makan, kita sibuk nak amik gambar plk, selesai makan kami pun terus balik, MIL siap tapaukan balance yg diorang x abis untuk Mama bawa balik, esok kami 3 beranak makan sampai menjilat jari..:p, itu maknanya mmg sedap la, lps ni boleh la ajak Mr. Papa try makan dekat sini plk, sbb masa hari kejadian dia xde..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 10, 2014

30.06.2007 - 30.06.2014 ~ Alhamdullillah 7 Tahun! | Berbuka Puasa Di Luar Sempena 7th Anniversary

Salam 12 Ramadhan,

Menghampiri 2 minggu sudah kita berpuasa, Alhamdullillah dapat menjalani ibadah puasa seperti kebiasaan bezanya tahun ni kami berpuasa tanpa Mr. Papa disisi tp itu tidaklah sampai kami rasa kosong di bulan Ramadhan ni sbbnya Mama n anak² bermalam di rumah Mertua membantu MIL n FIL buat biskut raya [cari duit poket utk raya :)], seperti jgk thn² sblmnya tiada masalah utk berkejar balik masak sbb hidangan berbuka tu mmg complete Mak Mertua dah siapkan (Tq MIL n FIL), Mmg bertuah sungguh Mama ni keluarga dekat² dapat la menumpang kasih, hujung minggu plk masa utk Mama berbuka puasa bersama Family Mama plk. Begitulah rutin Mama di bulan puasa ni, pergi kerja seperti biasa w/pun bulan puasa mama x bertukar waktu bekerja pun, still amik WP3 (8.30pg - 5.30ptg) , jemput anak² dari tadika/taska selalunya pkl 6ptg jgk baru berjaya gerak keluar dari Putrajaya, biasa dah meredah jammed, itu yg sampai rumah kul 7mlm, lepas maghrib dah start operasi buat biskut raya sampai la tgh malam..(lai²..sapa mau order biskut raya..)

Panjang plk mukadimah, straight to the point, pada 2 Ramadhan 1435H / 30 Jun 2014 (Isnin),  alhamdullillah genaplah usia perkahwinan kami 7 tahun. 7 tahun yang penuh dengan suka dan duka, sedangkan lidah lagi tergigit inikan plk suami isteri kan, moga kami berdua tabah hadapi setiap ujian dan dugaan yang menimpa, sentiasa doa kan yang baik2..insyaallah, moga ikatan perkahwinan ini sentiasa di bawah limpah rahmat Alllah S.W.T..Amin.


Pic nikah 7 tahun yang lepas
30.06.2007


Berbuka Puasa @Secret Recipe Sempena 7th Anniversary

Memandangkan anniversary kami jatuh pada bulan puasa, ingatkan dh xde agenda makan² dah, tp kebetulan plk Mr. Papa bercuti sbbnya Melaka amik cuti 1st Ramadhan yg jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke hari Isnin, so dapat la kami makan² diluar / berbuka puasa diluar bersama 4 beranak pada hari ulangtahun perkahwinan ke- 7 kami ni.., lepas ni maybe la xde peluang nak berbuka bersama diluar sbbnya hujung minggu pun Mr. Papa ada kelas.

Tempat makan untuk berbuka puasa pilihan Mama di Secret Recipe, Alamanda, bkn selalu pun makan di SR, selalu pergi SR beli kek je..huhu, , Menu pilihan macam biasa tekak western kami ni..

Adik Ziqry buka puasa terlebih dahulu, yg bagusnya dia mmg peminat tegar kurma, sebelum Mr. Papa jemput kami untuk berbuka puasa (Mama keje seperti biasa, anak² pun ke tadika/taska spt biasa, Mr. Papa sorang je yg bercuti), Mr. Papa sempatla pergi service kereta kami n dapat la kurma 3 biji, bila sampai SR pun dpt lgi kurma, 3 biji kurma yg dpt habis adik bedal, bila tgk ada kurma lagi dekat SR pun beriye dia makan, bagus² Adik elok tau makan kurma ni byk khasiatnya, berbeza betul dgn Abg dia x minat lgsung kurma..



Ini menu pilihan Mama..Chicken Parmigiana


Mr. Papa punye menu..Spagetthi Bolognese
tp yg beriye makan Zaquan n Ziqry



Utk Abg n Adik..Mushroom Soup sorang satu..


Abg Zaquan paling demand, kunun bila tanya nak makan ape xmo makan, tp dia punye demand tinggi dekat dessert,  ini Abg Zaquan punye..Hot Choc, Sundee Ice Cream n x lupa jgk Choc Indulgence dia.., x termasuk dia bedal Spagetthi Papa lagi..huhu


Anak bujang ni dah kuat makan skrg ni..


Ini Dessert Mama, Lava Choc..nyum2..sedap..


Alhamdullillah, selesai berbuka puasa, dapat makan² sempena anniversary ni pun dah rasa happy yang penting ingatan pada tarikh² penting kami.., selalunya mmg meraikan dgn makan² je pun, dah lama x bertukar² hadiah..huhu.


p/s : Tuan tanah makin lama makin merudum mood berblog ni, acaner ni..huhu, waktu yg ado..sbnrnya tuan tanah cover tido penangan bantu wat biskut raya..hehe..nak ngadap pc mata rasa letih woo..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, May 20, 2014

Tunai Niat Nak Belanja Makan Family dan Geng Opismate

As Salam,

Alhamdullillah ada rezeki lebih yang Mama dapat untuk dikongsikan bersama family tercinta dan kawan² tersyg, dapat la Mama belanja family dan geng opismate makan².  JJCM ni telah berlangsung pada bulan April yang lepas (keretapi slow nak update n3..)

With My Family In Law @ Austin Steak House

1st Mama belanja Family Mertua dan Adik² Ipar terlebih dahulu, lgpun kami semua kan duduk area berdekatan Bandar Baru Bangi je, senang nak deal, tp biasalah walaupun Bandar Baru Bangi ni byk tempat makan, Mama n Papa ni jenis susah sikit nak buat keputusan tempat makan pilihan..hehe, sudahnya kami tanya dkt ahli family sendiri buat pilihan makan dimana, Austin Steak House antara yang dipilih, memandangkan kami pun biasa makan disini so set je lah makan western. 

Kami janji berjumpa di Austin Steak House pada 17 April 2014 (Khamis) jam 8.30mlm, kami sampai tgk Adik Ipar (Family Cute Mum) sampai dulu, kiranya Zaquan n Ziqry dah jumpa geng la.., bdk² dah ada mana tahan nak tunggu semua datang, jdnya kami order dulu sblm Acik Eiya, Acik Cha, Atok dan Nenek sampai. Atok n Nenek sampai lewat sikit sbb sibuk tadah air (time ni masih lg kes catuan air, alhamdullillah now dah tiada catuan lg). 

Abg diapit Dania dan Sara, semua pun mmg nak dgn Abg je, Cian Adik dipinggirkan..hehe, bkn ape Ziqry ni jenis x paham bahasa lagi, pastu jenis nak org dengar kata dia, so sepupu² pun xmo geng..huhu, tp time baik, baik je semua..^_^..


Xpe, Adik geng dgn Papa la..
Kami dah mula makan, tp Acik Eiya kat sblh masih menunggu makanan yg diorder.
Adik makan dulu ye Acik..


 Ini menu Mama..Grill Chicken..
Terkezut tgk size Grill Chicken dia, dah semakin mengecil, 
Austin Steak House ni antara tempet feberet kalau kami nak makan western,
 ermm x sangka plk dah 3-4 bln x makan, ayam dia dh mengecik..huhu, nasib baik rasanya masih memenuhi tekak..


Bkn Mama je yg complain tau, FIL yg order menu sama pun bila dapat je terus cakap keciknye ayam dia..


Ape pun terima kasih kpd semua ahli family dapat join makan² ikhlas daripada Mama


With Geng Opismate @Mr. Kabab Dan Biryani

Keesokannya 18 April 2014 (Jumaat) giliran untuk belanja makan kawan² opismate plk, tp xdelah belanja satu opis, belanja seksyen Mama (gegirl group je). Dengan geng opismate makan dkt Putrajaya la, ada 2 pilihan sbnrnya time ni samada nak makan Nasi Arab atau Buffet RM15 di PICC, ikutkan mama x kisah pun nak belanja kat mana sbb iyelah tukang belanja kan jenis x tau nak wat pilihan dan keputusan, tp sebelum² ni dah janji nak belanja Nasi Arab so yg lain pun setuju je dan akhirnya kami  buat keputusan makan di Mr. Kabab & Biryani, Putrajaya. Tp bila sampai xde siapa pun yg makan Nasi Arab..huhu, ekceli kebanyakan my friends ni semuanya diet Atkins, xmkn karbo ok, so diorang ngidam ayam tandoori je.., Mama pun sudahnya x makan Nasi Arab try makan roti naan cheese dan ayam tandoori dia, mmg recommended la..sedap.

Ini geng opismate Mama




sedap..^_~..


With My Family n Siblings @ Restoran Orkid Thai, Shah Alam

19 April 2014 (Sabtu), makan besar lagi, kali ni dengan family Mama pulak. Senang tunaikan niat direct 3 hari berturut² makan besar.., tangguh² takut x tertunai pulak kan, lagipun minggu tersebut  minggu Mr. Papa cuti sem, itu yg dapat keluar hujung minggu. Kebetulan pulak hari Sabtu tu ada Family Day office Mama di Putrajaya, alang² dah keluar tu, dari Putrajaya terus ke Shah Alam, kali ni berubah angin plk, deal dgn Adik² Mama set tempat makan di Shah Alam, Adik lelaki Mama sorang tu duduk di Shah Alam, jadinya minta dia yg tolong uruskan urusan booking tempat makan. 

Kami set makan di Restoran Orkid Thai, di Seksyen 9 Shah Alam. Restoran Orkid Thai ni adik mama recommend sbb dia pernah makan disini katanya kalau nak makan seafood pada harga yg berpatutan dan cepat disini. Ermm tp boleh plak kami terkena time ni adik dah booked tp pelayan restoran tu boleh plk slh bg meja pada org lain n x sangka plk time kami pergi ni orang ramai betul, fully booked gitew nasib baik ada jgk satu meja utk kami, bila org ramai, service pun jd slow la tp nasib baik rasa makanan dia mmg sedap.


Adik Ziqry dah siap naik atas meja menunggu makanan x sampai².



Menu kami pada hari berkenaan antaranya, Tomyam, Udang Goreng Tepung, Sotong Telur Asin, Ikan Siakap Asam Nyonya dan Sizzling Tofu.
Mama paling suka Sotong Telur Asin dan Tomyam dia mmg sedap la.


Ini Adik Lelaki Mama (Ateh Cu) dan Wife dia yang tolong uruskan booking tempat makan di Shah Alam.



Kami..^_^..
(Mama, Adik Ziqry dan Papa)
Abg Zaquan berkepit je la dengan Ateh Cu dia..


My Family members..
Tq semua dapat joint, Adik Ipar je x dapat joint sbb balik kg.


Insyaallah kalau ada rezeki lebih lagi bolehla kita JJCM lagi ye..seronok JJCM sambil family gathering kan..

p/s: Bila la mama ni nak sampai seru berdiet.., kawan² yg buat diet Atkins semuanya berjaya tp mcm mane nak buat Mama ni makan selera aje, pantang nampak makanan :p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, October 21, 2013

Outstation Ke Sabah | Puas Makan Seafood!

As Salam,

Balik dari Cuti² Genting 2013 (6-8 Sept 2013) esoknya Mama outstation ke Sabah (9 - 13 Sept 2013). Akceli time ni Mama mmg xde mood langsung nak outstation, byk sbb mood xde, pertamanya sbnrnya last minute nama Mama naik kena gantikan org so clash dgn jadual cuti Mama (Minggu tu nak g bercuti ke GH,pastu tetiba kena Oustation, balik outstation nak g JB) tp mcm Mama kata la sib baik bos bg pergi esoknya n ikutkan blk je dr Sabah mlm tu nak terus g JB...confirm letih w/pun bkn Mama yg memandu..p (at lastnye Mr. Papa kata x jd g JB jumaat mlm), kebetulan plk mlm blk dr Genting tu Mama dpt berita yg mmg buat hati x sedap la , elok happy² bercuti kat GH, balik diduga dgn perkara yg x diingini, tp kerja tetap perlu diteruskan..

Mama bertolak ke Sabah menaiki flight jam 8.20 pg n alhamdullillah slmt sampai KK pada jam 11.00 pagi, dari lapangan terbang KK ke tempat auditi dijemput oleh driver, sampai² terus wat audit..huhu, hari pertama sampai n wat kerja dlm keadaan x sedap hati, siyes makan pun x lalu...'(

Alhamdullillah dlm pd x sedap hati tu Mama cuba settlekan masalah Mama tu, kena la cari kebenaran dan penyelesaian..bila dh dpt jawapan barulah lega.., sabar je la hari pertama je x lalu makan, bila dh lega huu makan aje lah.., yg beshnya time outstation ni selalunya makan la mewah.. 

Owh Mama  just mau berkongsi pasal mkn2 kami je, tp intro luahan perasaan..huhu

Selalu kalau g Sabah ni, yg beshnye makan seafood sbb dekat sana seafood murah, dapat plk org belanja lagi la sedap makan kan. Kalau nak tahu Mama bkn la penggemar seafood sgt especially ketam, Mama bkn la peminat ketam tau..ada history disebalik x minat ketam selain drpd malas nak kopek kulit dia tu, sbbbnya dulu masa kecik2 lepas makan ketam terus sakit kepala n dulu Mama mmg ada migrain, terus salahkan ketam la penyebab Mama sakit kepala..tp betul tau Mama x thn bau ketam tu buat sakit kepala, tp lately ni asal g sabah je org belanja makan ketam, dh boleh makan la, dh x rasa pening tp xdelah peminat sgt...xdelah sampai tahap melantak..haha.

Layan kan gambar2 makanan ni (Mama CnP dr FB my friend..hehe)
antara menu kami pada malam tu..

Ketam Bercili


Ikan Bakar


Sotong Goreng Tepung


Butter Prawn


Sayur Goreng


Makanan dh tersedia berhidang..tinggal mau santap shj..(tunggu bos sampai sbnrnya)


ermmm..sementara  nak tunggu bos, kita bergambar2 la..pastu upload kat FB dan IG kan..(dh jd satu habit..suka upload gambar makan2 ni )



Memang Mama bkn penggemar ketam, tp malam tu kena paksa makan ketam sampai 3 ketul.., Alhamdullillah..kenyang n sedap semuanya menu yg dihidangkan..

Kami makan disini,  Gerai Santai Haji Manja dekat Night Market sebelah Pasar Philiphine tu, boleh la kawan2 JJCM kesini kalau bercuti di KK Sabah tu kan..


p/s: N3 auto publish, dh lama berada dlm deraf, drpd blog sunyi publish je la cerita2 lama pun kan.., Minggu ni Mama keluar Audit..tp area Putrajaya je.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails