Showing posts with label Pantai Morib. Show all posts
Showing posts with label Pantai Morib. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Cuti² Malaysia 2014 ~ Rumah Peranginan Persekutuan Morib Dan Morib Gold Cost

As Salam,

Berderet² n3 percutian nak update, bkn sbb asik bercuti je, tp sbb lambat update..cutinya dah lama tp terhegeh² nak update.

Rumah Peranginan Persekutuan Morib.

Selang 2 minggu balik daripada bercuti dari Batam, kami bercuti ke Morib pula (16 - 18 Feb 2014) dimana kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Morib dan keesokan harinya kami terjah Morib Gold Cost. Akceli cuti ni telah dirancang akhir tahun lepas lg dimana 3 bln sebelum Mr. Papa dah booking Rumah Peranginan Persekutuan Morib, almaklumla semenjak ada Morib Gold Cost ni, Rumah Peranginan Persekutuan Morib pun selalu je fully booked.

Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni boleh ditempah melalui online di website Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM ( http://peranginan.bph.gov.my/) tp khas buat Penjawat Awam sahaja. Kadarnya sgt berpatutan. Bagi Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni ada Banglo 3 Bilik (RM60 semalam) dan Rumah Berkembar 2 Bilik (RM50 semalam).

Kali terakhir kami bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Morib tahun 2010, dah dua-tiga kali juga kami bercuti disini. dulu Mak Usu Mr. Papa yg rajin booking bilik/banglo di Rumah Persekutuan ni, tp skrg ni kalau rasa nak bercuti FIL akan minta Mr. Papa je yg booking guna nama Papa.

16 Feb 2014 (Ahad) - Mr. Papa ada kelas setiap hujung minggu seperti biasa, oleh yg demikian Mama dan anak² terlebih dahulu pergi bersama FIL dan MIL. Jam 1.00tgh FIL n MIL jemput kami di rumah, skjp je perjalanan dari Bangi ke Morib adalah 1 jam setengah perjalanan, sblm sampai di Rumah Peranginan Persekutuan Morib, kami sempat lagi isi perut pekena laksa dan air kelapa di gerai tepi jalan depan sikit daripada pantai Morib, kali ni kami x singgah pun Pantai Morib, lgpun time ni kan cuaca panas terik.

Alhamdullillah kami selamat sampai di Rumah Peranginan Persekutuan Morib jam 3 ptg. Disebabkan cuma kami 1 family je joint percutian bersama FIL dan MIL ni Mr. Papa booking rumah berkembar 2 bilik je. Sesampai je kami di Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni, anak² dah request dkt atok dia nak g mandi laut, w/pun cuaca panas atoknya turutkan jgk, tp xdelah sesampai tu terus ke laut, dalam kul 5ptg Atok bawa cucu²nya g mandi laut. Disebabkan kami dah isi perut tgh td, jdnya xdelah masak tengahari, buat minum petang dan masak simple² je utk makan malam Mr. Papa nanti.

Hai adik dah nak landing


Ini kami punye bilik, 2 katil single, bg Atok n Nenek tido di master bed room. Mama xdela plk beriye nak ambil gambar rumah sbbnya dah 2-3 kali dtg sini..hehe.


Abg dan Adik lepak atas katil sambil main iPad dan menunggu Papa balik dari kelas. 
Ini time baik la boleh bermain bersama, kalau x berebut iPad.



Papa bertolak dari PD ke Morib selepas selesai kelas dan slmt sampai kul 9mlm, anak² pun mmg menunggu je Papa nye balik. Atok n Nenek plk tido awal mlm tu. Malam tu selesai makan malam mmg paksa anak² pun tido awal sbb esoknya dah ada planning buat anak² nak terjah Water Theme Park Morib Gold Cost.

Water Theme Park Morib Gold Cost.

17 Feb 2014 (Isnin) seperti yang dijanjikan dengan anak², lepas breakfast di Rumah Peranginan Persekutuan (rumah lengkap dgn tempat memasak, so makan pagi, tgh dan malam semuanya masak sendiri ye), kami pun ke Water Theme Park Morib Gold Cost, dekat sgt dgn Rumah Peranginan Persekutuan ni, adalah dalam 3km je kot rasanya. Sementara Atok dan Nenek plk ada planning lain, nak ke Pekan Banting beli barang catering. Jadinya kami 4 beranak je la yg ke Water Theme Park Morib Gold Cost ni.

Ini merupakan kali ketiga kami kesini, kali pertama pergi pada 17 - 18 Sept 2012 kami 4 beranak beli voucher Groupon RM188, kali kedua pergi Family Trip pada 20 - 21 Jan 2013 beli voucher StreetDeal RM150 (x sempat lgsung buat n3 Family Trip ni). Kali ni pergi kita tidur di Rumah Peranginan Persekutuan je ye. Tapi bila dikira² kosnya lebih kurang sama je - Mama kira budget 1 mlm la ye - Penginapan (RM50) + Tiket Water Theme Park (Ziqry free) (RM90) = RM150. yang jimatnya kalau amik pakage, tiket water theme park tu boleh guna utk keesokan harinya before check out. Kalau x silap kalau beli beli offer voucher2 di groupon/my deal/streetdeal pun package nye skrg dah xde makan malam free lagi dah. Masa kami pergi ni pun tempat dinner tu dh jadi tempat permainan kereta/motor kanak² dah.

Harga tiket masuk ke Water Theme Park masih lagi sama - Dewasa RM35.00, Kanak² RM20.00


Yeay..Abg dan Adik dah x sabar nak mandi kolam dah ni..



Mama pun dah teruja jgk sbb lama dh x buat aktiviti swimming.


Syok pergi kali ni sbb orang x ramai, yelah kami pergi waktu kerja, org lain bekerja kami bercuti..hehe, puas la anak² bermain slide dan mandi.

1st Slide kami terjah


Wah adik Ziqry skrg ni dah ada improvement berenang, kalau dulu mana dia pandai sgt bermain dgn kaki dia tu w/pun pakai pelampung, now dah laju dah dia berenang sbb tgk abg dia buat.




2nd Slide plk. Tgk la Aksi Zaquan tu siap meniarap.


Srnok betul dia..


Adik kecik lagi kena naik sekali dgn Papa la ye.


3rd Slide..Feberet Zaquan.


Last but not least..Slide yang tinggi ni akhirnya dapat jgk kami main 4 beranak..hehe. Ikutkan kanak² mmg x lepas utk main slide ni, utk org dewasa je sbb x boleh pangku bdk utk bermain, tp kebetulan time ni xde pun org jaga maybe sbb org x ramai, dapat la kami main, tp takut jgk kalau pape jadi, tp alhamdullillah slmt xde pape benda yg x diingini berlaku. Mama rasa la kanak² x dibenarkan naik sbb gelap tau dalam ni n kalau tekanan air laju takut jgk, tp masa kami pergi ni tekanan air dia slow je, siap kita plk kena tolak dgn tgn dan kaki..huhu


Kesimpulannya, mmg puas la kami bermandi manda disini, srnok bila tgk Abg dan Adik pun dah pandai berenang w/pun menggunakan pelampung tp boleh tahan laju diaorang berenang, kami siap berlumba 4 beranak siapa yg sampai dulu, tp saje bg Abg Zaquan menang. Inipun susah nak mengajak diaorang balik, terpaksa janji nanti ptg kita terjah semula sbbnya Water Theme Park tutup jam 7mlm. Mmg niat nak repeat mandi ptg nnti tp biasalah bila dah sampai rumah, Adik Ziqry plk tido, Zaquan pun bila Atok ajak mandi laut dia on je, jdnya lupakan je la niat utk terjah Theme Park semula. Lgpun anak² janji dapat mandi x kisah la kolam atau laut diaorg srnok je.

Berehat sebentar dengan Kit Kat dengan harapan ptg nanti kita terjah semula Water Theme Park.


Pantai Morib

Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni dekat sgt dgn Pantai, belakang rumah je pantainya, jd kalau dah tido sini confirm la setiap petang terjah pantai kan, w/pun pantai dia xde la best pun, airnya pun x bersih pun, tp Atok dan Zaquan selamba je mandi.

Zaquan terlebih dahulu pergi dengan Atok, lepas tu baru Nenek dan Mama ikut, tp Nenek dan Mama hanya memerhati Atok dan Zaquan yg srnok mandi pantai, Ziqry plk masih lena tido diketika ini, jdnya Mr. Papa duk jaga Ziqry.


Zaquan yg happy.., kalau dah rezeki kan, hari pertama Zaquan mandi di pantai ni dia punye goggles dihanyutkan, hari kedua terjah jumpa semula goggles nya jumpa terdampar atas pasir..hehe. Itu yg dia menunjuk goggles abg dah jumpa.


Melewati petang hari, Adik pun terjaga, w/pun dh lewat petang, Adik nak jgk joint Abg dan Atok mandi. kena la Mr. Papa layan..



Kita main pasir je la ye Adik.


Hari pun sudah menghampiri senja, jom kita balik rumah, masa utk makan malam pastu rehat tido.., malam tu lepas makan Abg dan Adik boleh plk layan drama citer seram/hantu dengan Atok dan Papa, Mama yg masuk tido awal..hehehe..

18 Feb 2014 (Selasa) - Time to check out dan balik, Alhamdullillah kami selamat sampai rumah jam 2ptg. awal sampai sbbnya mmg xde menyinggah kemana pun, Atok n Nenek pun teruja nak tgk rumah yang baru under renovation. 

Sekian, tamat 2nd Holiday Cuti² Malaysia tahun 2014 kami..lepas ni mmg xde planning kemana pun lagi, tp last minute Mama dan Anak² sekali lagi joint FIL dan MIL ke Perak without Mr. Papa sbb ada kenduri kahwin..ok nampaknya ada lagi la N3 Percutian..^_^..

Jgn bosan baca n3 lapuk Mama Adik ye..
Comel x Adik..^_~..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, October 4, 2012

Percutian 2D1N@Morib Gold Cost| Abang Nak Mandi Kolam Pasir!

As Salam,

Kalau ikutkan selepas selesai bermain Aktviti ATV Ride, Zaquan dah bgtau kpd kami 'Abg nak mandi kolam pasir@pantai, tp disebabkan kejar masa/kesuntukan masa kami janji dgn Zaquan akan pergi pantai keesokan harinya. 

Seperti yang dijanjikan, pagi tu lepas sarapan (Zaquan x bersarapan pun..mood dah pada pool dan pantai), kami pun terjah pantai dulu sblm terjah Water Theme Park sebelum check-out.

Air laut pun tengah pasang, so dapat lah Zaquan bermain air laut, tp bila dah sampai pantai kami bg peluang dia mandi air laut, xnk pulak dia mandi..yelah air lautnya pun x cantik..hitam jerk..dia nak mandi x feel..huhu..tapi beriye main pasir.

Akceli kami siap bawa mainan pasir dia tp tertinggal dkt dlm bilik (sblm pergi Zaquan yg beriye2 pesan pd Mama bawa mainan pasir n lori pasir abg). Bila dah sampai pantai, Zaquan bgtau Abg kan bawa lori pasir, jom kita amik dkt bilik. Nasib baik lah dia x nangis nak lori pasir dia tu, sbb malas sungguh rasanya nak naik bilik semata² nak amik lori pasir dia tu. lepas dpt main pasir lupa skjp dia pasal lori pasir dia tu..hehe..


mula² sampai pantai, teruja jerk nak mandi air laut, tp bila dh dekat² tgk air kotor terus x jadi dia nak mandi air laut.



Abang main pasir jerk la..



Adik time ni ala2 blur lagi..tgk jerk abg main pasir..


Lepas tu joint sekaki dgn abg main pasir..


bkn anak² jerk sibuk main pasir, Mamanye pun sibuk main pasir gak...
Papa Mama = Zaquan  & Ziqry






Yeay tetap enjoy dapat lepak pantai w/pun sekejap.


Setengah jam jerk kami lepak pantai, Janji dpt tunaikan janji , lagipun time ni Zaquan nak buang air kecil sangat, kami suruh dia kencing jerk dlm laut, tp dia geli x mo berendam dlm laut..itu yg terpaksa bawa dia ke toilet n terus g Terjah Water Theme Park ...Yeay kali ni kami nak bersliding sepuasnya..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, September 30, 2012

Percutian 2D1N@Morib Gold Cost| ATV Ride Time!

As Salam,

Selamat berhujung minggu semua, sambung N3 percutian Morib Gold Cost yg x sudah2 ni..hehe

Selepas dapat merehatkan diri di bilik hotel yg mmg besh, Zaquan siap puas berjakuzi dan papa sempat melelapkan mata sekejap, seperti yang dirancang Mama n kwn Mama berjanji nak turun ke pantai yang berada di belakang Water Theme Park selepas Asar untuk tujuan aktiviti bermain ATV Ride. (Pakej dapat voucher utk bermain ATV Ride 5 min for 2 person)


Disebabkan Zaquan n Ziqry yg over excited sampai x tido n Papa nye yg tertido, so tepat kul 5 ptg Zaquan n Ziqry turun dulu dgn kawan Mama tunggu kami di lobby hotel. Anak2 dh x sabar nak tunggu Papanya bangun n bersiap.

Tak lama lepas tu kami menyusul dan terus ke Pantai. Wah x sangka ramainya org beratur menunggu untuk bermain. Alang2 dah sampai n dpt kupon free beratur jgk ler kami.


Panjangnye barisan..huhu

Menanti dengan sabar..n Zaquan & Ziqry pun dh excited bila nampk Motor..

Zaquan masih boleh control lagi, tp adik yg mmg tengah aktif nak berjalan ke sana ke sini, kena la Mama yg main kejar2 dgn dia, Papa beratur..nasib ada gak geng berborak , Asben kawan Mama..halim.


Sementara menunggu giliran bermain, sempat lagi kami posing2 dulu dgn Motor ATV yg ada, mula2 x berani gak nak terjah, sekali tgk bila ada yg mula utk bergambar, kami pun sibuk2 gak nak bergambar..hehhe. Pelik gak pd mulanya kenapa la biar jerk motor ni, barisan punyer panjang, tp motor yg boleh guna cuma ada 4-5 biji jerk yg berjalan. Ohh rupanya org yg jaga ni ckp utk pakej voucher free 5 min ni utk Motor ATV yg kecik jerk sbb tu Motor2 besar x jalan...

baru dpt naik utk bergambar jerk blom lg bermain masing2 dh tersenyum simpul..2 beradik ni mmg cukup suka dgn Motor.


Zaquan

Ziqry
ini nak kategori senyum ke ape ek..sampai cenggitu sekali dia pnyer suka..

Sweetmama pun nak nyelit jgk..hehe


Me n my friend (Hairani)
Ok la dpt jgk kita berjimba bersama kan, rasanya time ni jerk la mmg betul2 kita dpt luangkan waktu bersama, selebihnya mmg i bz dgn anak2 jerk la..huhu

eh baru perasan Zaquan n Ziqry sibuk dok pandang ke lain rupanya..

*Beg yg mama galas tu baju mandi n towel utk terjah Water Theme Park sekali lg utk sesi petang, malas nak turun naik turun naik bilik semula.

Akhirnya tiba giliran kami utk ber ATV Ride. 
Get Ready utk berlumba di tepian pantai..hehehe
Voucher cuma dpt 1 utk bermain 5 min utk 2 org,
 Bagi peluang Papa n Zaquan yg main..
So Mama x berpeluang la nak main,
boleh jerk kalau nak tukar org sorang 2.5 minit seorang ke kan, 
tp Mama malas ler nak tukar2,
5 minit mesti x puas Zaquan n Papa main.
Zaquan jerk ke Main, Adik Ziqry camner..mesti dia nangis nak main jgk...

Adik Ziqry naik dgn Uncle Halim suami Aunty Hai..Tq Uncle n Aunty bg  peluang Adik Ziqry merasai pengalaman naik ATV Ride ni..:))

Seronok diorang bermain & berlumba, yang pasti Papa n Zaquan mmg menikmati sungguh, sakan Mama tgk diorang bawa Motor, bkn main laju lagi. Papa kata Zaquan yg press..Papa layan kan jerk. 

Walaupun dapat main cuma 5 minit, tp jelas terpancar kepuasan & keseronokan di muka masing2. Patut la org sanggup beratur utk main w/pun hanya 5 minit sbb kalau x bayaran utk bermain Motor ATV ni yg besar RM50 & yg kecik RM30 utk tempoh masa 15 minit jerk x silap mama tau. (Harga tu betul dh masa nye yg mama x pasti..)

Adik Ziqry n Uncle Halim Cool jerk, Uncle Halim takut2 sbb bawa bdk..iye lah anak orang..aduihai sian pulak bila Mama tengok, tp bila kami suruh bawa jerk laju2 Ziqry pandainye naik Motor, rupanya Motor yg diorang naik tu x berapa stabil tu yg Uncle Halim bawa slow2 jerk. 



Muka happy n puas dpt berlumba..^_^


Sedar x sedar nak dekat jam 6.30 petang dah, iyelah beratur panjang kan, tp puas hati srnok berATV Ride, tp kolam mandi tetap x dilupakan w/pun jam dah melewati lewat petang lg pulak dah berjanji dgn anak2 mmg mereka igt. So itu yg kami terjah jgk pool w/pun time org dh mula nak dinner dah pun.

Ketika kami berjalan nak ke Water Theme Park semula, tiba2 Zaquan kata nak main kolam pasir (laut) la, Memandangkan kejar masa nak ke Water Theme park terpaksa lah kami x endahkan kehendak dia nak main pasir n mandi laut..tp kami janji akan ke pantai pada keesokkannya :)

P/S: N3 Auto Publish, berkesempatan utk wat n3 auto publish semalam, semalam Papa terlibat dgn Sukan Bolasepak utk Kelab Opis dia, so seharian Mama duk umah jerk layan anak, time anak tido gunakan masa uk berblog..hehhe. Hari ni nak g melawat Fazilzura yg dh selamat melahirkan baby girl pada 22/9/2012.
*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, September 24, 2012

Percutian 2D1N@Morib Gold Cost| Pantai Morib

As Salam  & Selamat Petang,

Sambungan n3 percutian kami ke Morib Gold Cost..^-^..

Lewat petang baru sempat bersiaran n upate n3, hari ni dah mula kuar Audit, hari ni  24hb sampai 26hb Sept 2012 Audit di Putrajaya, rehat seminggu pastu dah kena oustation pulak..aduihaii dh nak hujung thn ni byk outstation pulak...

Opsss..straight to the point, tujuan kami ke Pantai Morib hanyalah untuk isi perut@makan tengahari setelah puas berendam di Water Theme Park Gold Cost Morib lebih kurang 1 jam setengah dan sementara menunggu kekosongan bilik lebih baik cari tempat makan tengahari dulu, kena plan masa sebaiknya supaya dpt fully utilize pakej 2D1N ni. Pilihan yg ada dan terdekat ialah di pantai Morib


kami pernah kesini pada thn 2010. Time tu Zaquan ikut Atok, Nenek n family Mak Usu bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Morib pada 19 hingga 22 Dec 2010. Kami x ikut bercuti bersama cuma menghantar Zaquan, jadi sblm hantar Zaquan ke Rumah Peranginan Persekutuan Morib time tu kami singgah ke Pantai Morib abiskan masa bersama seharian. Ada Mama buat N3 Leisure Time@Pantai Morib & menikmati ABC Special & Laicikang@Pantai Morib. So kali ni Mama xde lah excited nak review ttg Pantai Morib ni..sbb dah pernah buat review..:)

Ini kira kali kedua la Zaquan sampai ke Pantai Morib ni & pengalaman pertama buat Ziqry. Sampai2 jerk di Pantai Morib ni Zaquan dah nmpk org main layang2 n dia terus minta kami belikan layang2 utk dia, tp kami psiko la dia balik, kita dtg sini nak makan, so kena makan dulu baru boleh beli layang2..tp sbnrnya dh nak balik pun kami x belikan, iye la bknnye dia nak main sgtpun, nnti balik hotel dh nampak kolam teruja nak mandi kolam jerk.

tp biasalah Zaquan, bila x dpt apa yg dia nak, dia buat la hal dia..Papa n Mama nak cepat kejar masa, dia nak lepak tgk air laut, bkn kami x bagi tp cuaca time ni panas n kata nak kejar masa kan..


Amik angin pantai w/pun sbnrnya cuaca panas time ni..


Papa muka dah masyam dh tu penat ckp ngan Zaquan ' kita makan dulu' , baru lepak2 tgk air laut.., tp nmpk tak muka Zaquan tersenyum jerk srnok tgk air laut w/pun surut..


Air laut nya tgh surut..tp beriye2 pulak Zaquan melepak tgk..


Adik Ziqry pun x melepaskan peluang lepas bebas..puas Mama main kejar²


Adik x boleh la kami bagi main sendiri, tp Zaquan kami bg lepas bebas depan area kedai kami makan, tp pesan jgn g jauh2, ermmm..xpelah bagi peluang Zaquan bermain sendiri dan kami pun pesan makanan, kali ni kami order nasi lemak jerk..tetiba selera nak makan tu xde sgt, just nak alas perut. Zaquan pun bknnye nak makan nak main jerk lebih. Untuk Zaquan nasib baik kami tapau nasi Goreng Ayam, bila dah dpt bilik n dia pun dah puas berjakuzi sorang2 baru dia terasa lapar..

Peace..'Abg suka la pegi sini Mama'
'Abg nak main kat sini'


Selesai makan kami pun terus cepat2 nak balik, w/pun Zaquan merengek nak layang2 dia kami umpan ckp dgn dia kita kena balik cepat nak terjah kolam lg ni..hehe..

Sampai di lobby Morib Gold Cost tgk wow..ramainya umat manusia..nasib baik dh siap check in n isi borang awal2, just beratur di kaunter amik kunci jerk, itupun kami x bertanya dulu, main beratur jerk, bila tgk mcm x gerak baru sibuk nak bertanya kaunter amik kunci dimana...hehee..ohh rupanya kaunter amik kunci di lane berlainan..nasib lane amik kunci cepat jerk..dapat la kami masuk bilik kul 3.30 ptg..

Nanti mama sambung kisah bilik studio suite n Jakuzi di next n3..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails