Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Cambodia Kami Datang | Hotel dan Tempat Makan @Phnom Penh

Assalammualaikum,

Sadisnya n3 holiday day 1 @Phnom Penh pun x settle² update di blog Mama ni, ermmm..Bz la bln Dec ni, bz dgn kursus je tetiap minggu, time free internet plk problem dkt opis ni, blk umah mmg xde masa la nak mghadap pc kan, tp time free hujung minggu tu Mama cuba jgk la buat n3 auto publish. Sebelum mama sambung n3 Day 1 @Phnom Penh, Mama nak kongsi sikit la info ttg tempat penginapan dan tempat makan sepanjang kami bercuti di Phnom Penh ni ye..

Semasa kami bercuti di Cambodia selama 5 hari 4 malam, 2 malam kami di Phnom Penh dan 2 malam lg kami di Siem Reap. Hari pertama dan hari terakhir kami adalah di Phnom Penh, di tengah²nya kami bercuti dan bermalam di Siem Reap, Cambodia. Ada rugi masa sikit disini sbb nya perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap mengambil masa 6-7 jam, kiranya mcm masa habis di perjalanan.

Mcm yg mama citer di n3 sebelum ni, kami selamat landed je di International Airport Phnom Penh terus dah dibawa ke sesi lawatan keliling bandar, pastu terus isi perut (lunch) dan baru check in hotel. Di Phnom Penh ni kami menginap di Holiday Villa Hotel. Dekat Malaysia pun ada Holiday Villa kan, ok boleh la selesa je untuk kami bermalam dan breakfast disini pun Halal cuma yg x beshnya wifi cuma ada di lobby hotel je, kalau nak access di bilik kena bayau. 


Holiday Villa Hotel, Phnom Penh
Lokasi dengan tempat shopping (Central Market) dekat je dalam 10 minit if berjalan kaki cuma timing kami je yg x kena, masa penuh dgn agenda lawatan n CM plk tutup awal...



waktu sampai hari pertama (1 Nov 2014) , kalau tgk jam di dinding lobby tu tepat jam 12 tengahari waktu Cambodia.


Kami diberi masa rehat 2 jam sebelum sambung aktiviti lawatan di sebelah petang, jdnya jam 2.30pm kami perlu berkumpul semula di lobby. Siyes leganya dapat katil sampaikan mama terlelap skjp, tp anak² segar bugar dpt masuk bilik hotel, biasala tempat pertama dia tuju bila masuk bilik hotel, bilik air..sibuk nak berendam..

Our room, ekceli time ni bilik yg kami dapat econ x berapa sejuk, tp disebabkan mmg dah keletihan, panas pun mama boleh terlelap..huhu. Petang lepas Mr. Papa sampai br kami tukar bilik. 


Ermmm..Abang sibuk nak tengok tv, Adik plk sibuk dgn telefon



xde citer besh la, x dapat pun siaran tv Malaysia.


Tempat feberet anak², bilik air..mau berendam katanya..



Waktu tiba hari ke -4 (4 Nov 2014).., ye kami bermalam di Holiday Villa Hotel semula, see..lewat petang baru check in, sudah jam 5.40pm, yelah hari ke-4 ni mmg hari perjalanan je la, berangan je nak shopping dkt CM, tp tu la CM jam 6 pm dah tutup.


Keadaan bilik , kali ni bilik rasa luas sikit berbanding bilik masa hari pertama sampai.




Itulah saje serba sedikit gambaran ttg tempat penginapan kami (Holiday Villa Hotel) sepanjang di Phnom Penh, pada Mama kalau dtg semata utk shopping di Central Market (CM) ok sgt lokasi hotel ni dekat dgn tempat shopping, nak makan di hotel pun xde masalah sebab makanannya HALAL, setakat utk bermalam pun ok selesa je, yg x beshnya Wifi cuma ada dilobby.

TEMPAT MAKAN @PHNOM PENH

Ada 3 tempat makan Halal yang telah dibawa oleh Travel Agent sepanjang kami di Phnom Penh ini. Antaranya ialah :-
  • Wau Restaurant (authentic Malaysian & Cambodian Cuisine)
  • Cafe Malaya
  • Ah - Man Green Restaurant (Malaysian Halal Food)
Yang specialnya makanan dekat Phnom Penh ni kan Kerabu Mangga, semua restaurant kami pergi mesti ada Kerabu Mangga. Sedap pulak tu Kerabu Mangga dia. Selain Kerabu Mangga menu yg selalu ada dihidangkan adalah Telor Dadar, so penyelamat la menu utk anak², mmg anak² suka mkn telor pun, disebabkan ada telor dadar je pun, Zaquan makan bertambah²..huhu. Lepas tu hidangan makanan di restaurant dia adalah buffet.

Lunch hari pertama dan dinner hari terkahir kami di Phnom Penh kami dibawa makan di Wau Restaurant, Wau Restaurant ni terletak di dalam bangunan hotel yg under renovation semasa kami pergi time tu, jadinya dari luar nampak mcm x siap je restaurant ni..huhu



Menu lunch hari pertama, x dan nak amik pic hidangan buffet dia, tp ni menu Mama..see kerabu mangga, tengah menaip n3 ni teringat² plk kerabu mangga dia yg sedap.


Dinner hari terakhir kami di Pnom Penh, time ni ada group lain, jadinya malam tu kami makan berhidang.
Menunggu makanan dihidang, disebabkan ada group lain yg agak ramai, service pun agak slow..lama jgk la kami menunggu makanan siap dihidang, tp sib baik kami belum kelaparan sgt sbb kami lunch pun dh sgt lewat jam 5pm br kami lunch.


antara menu special malam tu adalah sup ekor..


Dinner kami di hari pertama di Cafe Malaya. Konsep yg sama buffet.., jdnya amik je la lauk mana yg berkenan, nak amik semua pun xpe dh masuk dlm harga pakej.


Menu buffet style, menu kg..ada rendang dan ulam lagi.


Ni Mama punye..



Lunch hari ke 4 dan last day kami di Phnom Penh adalah di Ah- Man Green Restaurant. Restaurant ni terletak di tgh² bandar, kedai dia kecik je tp makanan buffet dia utk kami byk dan rasa mkanan dia mmg sedap, mmg rasa tekak malaysia, kari dia sedap...hehe.




see..menu mama..semua mama bedal..ikan, ayam, sotong, telor dan sayur..huhu


N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, February 8, 2013

Arrow Head Chips@Kerepek Ngaku In The House!

As Salam,

Arrow Head@Buah Ngaku kembali lagi, iyelah musim CNY ni je kan yg ada, awal bulan Januari hari tu lg dah ada..tp Mama kunun nak tunggu harga jatuh baru nak beli, sekali dkt Econsave harga x jatuh2 pun lg (RM3.88 jgk sekilo, dkt Giant kalau x silap RM0.88), sekarang ni Econsave depan rumah je kan, so selalu kalau beli barang dapur mmg terjah Econsave je la, Tesco pun rasa dah lama dh x terjah..dulu beli brg dapur kat Tesco.

Dah teringin sgt nak beli Buah Ngaku buat kerepek Ngaku ni sbb dah pernah buat dan rasa akan kesedapan kerepek ngaku ni dulu, Jadinya 2 minggu sudah 26/1/2013..hari cuti hujung minggu kan Mama pun goreng la kerepek ngaku ni..masa 1st time buat, Zaquan x sempat rasa, kali ni dia yg tukang perabis..dia minat rupanya makan kerepek Ngaku ni...:)

Arrow Head Chips@Kerepek Ngaku..Sesuai dibuat kudap-kudapan..
lemak2 manis..sedap..


1st time beli hari tu x byk, kali kedua ni pun beli x byk..hahaha..sbb pk nak beli lagi ni sblm CNY berakhir..(erkss..ada lg ke...)


Dah tau satu tips..rupanya bila kupas kulit dia jangan potong tangkai dia tu..supaya senang nak sagat. Igt lagi masa 1st time buat mmg Mama sendiri komplain knape la Mama punyer kerepek ngaku x cantik bulat2 mcm org lain sbb masa sagat tu susah n dia mudah patah.


Kali ni cantik sikit la hirisan dia tu kan..w/pun ada gak terpatuh time sagat tu..tp nmpk la sikit rupa bulatnya...


Siap digoreng..


Dapat la satu bekas buat kudap-kudapan kami ..hihi..
sekali hadap je sbnrnya tau dah abis...


Confirm setiap thn akan cari buah nagku n buat kerepek ngaku ni tau..

Happy CNY buat kawan2 Chinese yg sambut. Cuti CNY ni kami x kemana..paling tidak pun g kenduri kawin kawan yg dekat2 sini n insyaallah balik umah my family hari Isnin tu nak celeb besday my Abah n Ummi pulak..Happy belated Bday buat Abah (1 Feb) dan Ummi (3 Feb). Moga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi dan berada di bawah limpah rahmat dari Allah S.W.T..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, December 21, 2012

Dunkin' Donuts vs Big Apple

Dunkin' Donuts For Mr. Papa n Sons
yg ini khas buat abg dan adik..hihi











































As salam,

Tengahari tadi lunch di Alamanda, selalunya kalau dah lunch di Alamanda or kalau keluar ke shopping complex mane pun mesti nak beli Big Apple tapi hari ni bila my friend beli Big Apple mama kata mama xnk la beli sbb nnti mama sorang je yg mkn lebih² Mr Papa x suka sgt Big Apple dia suka Dunkin' Donuts. 

Kalau Mama sorang je yg makan lebih² makin semangat la badan Mama nnti..huhu..So my friend kata klau camtu beli la apa yg Papa suka makan..ohh punyelah syg isteri ni pada insan yg bernama suami ni kan terus beli Dunkin Donut..^_^..

Kawan2 suka yg mana Dunkin' Donuts or Big Apple?  Mama suka Big Apple..^_____^..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

Pekena Musang King @ Jom Makan Buah Putrajaya 2012

As Salam

Tak abis lagi cerita pasal durian, kali ni nak cerita minggu sudah Mama ada try makan Durian Musang King di Jom Makan Buah Putrajaya 2012, eventnya pun dah seminggu berakhir - 7hb hingga 11hb December 2012 yg lalu baru nak up story..

Selama ni dok dengar orang citer Musang King ni sedap la sgt ...itu yg berkeinginan nak merasa..kebetulan ada pesta jom makan buah berhadapan je dgn opis kan..haruslah terjah, misi mau makan disana terus..nasib ada geng yg nak sama2 merasa, akceli Mama baru 1st time rasa Durian Musang King yg orang dok perkata kan ni.


Jom Makan Buah @Putrajaya 2012.
biasa2 je event nya, xde la byk sgt pun gerai buah2han dia, tp boleh la buat kami nak cuci2 mata..(Mama x membeli pun sbb puas dah mkn buah2an dari kebun Mertua)..hehe, ada la jualan pokok2 n gerai2 makanan n semestinya la ada pesta makan buah tp berbayar la..Bayar RM15 satu kepala lps tu makan la buah2an tempatan yg ada sampai muntah..(Durian D24, Rambutan dan Manggis)


yang ini kami makan bukan di tapak yg berbayar RM15 tu tp dekat gerai2 yg menjual buah durian..

Ermmm...sedapppnya...dah mmg hantu durian kan, Tapi......

ehhh ada tapi....


Pada pandangan Mama mmg la sedap Durian Musang King ni isi dia tebal n rasa lemak manis tapi kalau nak dibandingkan dengan durian2 kampung lain yg Mama pernah rasa, rasanya Mama pernah rasa Durian yang lebih sedap dari Musang King ni cuma maybe Mama x tau Durian tu Gred ape, selama ni dok makan durian dari kebun Mertua pun dah sedap sgt rasanya..iyelah durian ni pun ikut pokok dan grednya kan...dpt yg sedap tu mmg sedap la x terkata....

Nasib kami baik masa pilih sebiji durian ni, mmg rasanya sedap x terkata la..kami makan 3 orang..kebetulan durian pertama yg kami pilih ni ada 3 ulas..merasa la sorang seulas..mak aiii...mmg puashati besar sungguh isinya, warnanya pun kuning betul dan rasanya lemak manis.. seulas makan mmg ler x puas, minta la lg sebiji, masing2 tgh layan kesedapan durian, bila disuruh pilih, kami kata kat penjual tu..ala pilihkan je la untuk kami...ermmm dah tentu2 dia pilihkan untuk kami yg besar punye..sekali bukak mmg byk la isi nya tp rasa dia mcm dah terlebih masak pulak..tp makan jgk ler sampai kenyang dibuatnya...

Ini la rupanye Isi Durian Musang King


Erkss..komplain terlebih masak la...tp licin jgk kami kerjakan..hihi..Sendawa pun berbau durian, serius kenyang makan Musang King ni..1st time lepas makan durian ni nak makan nasi pun x lalu..sbb dah kekenyangan sampai ke mlm tu, mlm balik kerja MIL offer makan mlm..pun ckp dgn asben bkn x nak makan tp tgh td pekena Musang King sampai x boleh nak makan nasi rasa dia..huhu

2 biji makan 3 orang semuanya RM41..okey la tu dah teringin sgt kan..sorang RM13.60..

kulit & biji je yg tinggal..hehe


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, December 18, 2012

JJCM| Sup Tulang Power!

Sup Tulang Power

Semangatnye Tuan Punye Blog makan Sup Tulang Power..
Badan pun bertambah semangat..adeii..susahnye mau mulakan misi diet..
As salam,

Alhamdullillah hari ni dpt JJCM bersama Officemate@Sup Tulang Power. Ini antara tempat favourite kami la sbb sup tulang nya mmg power..dulu Mama pernah story dah ttg Sup Tulang Power yg mmg terkenal dikalangan warga Putrajaya ni..dulu dikenali 'Sup Bawah Pokok' sampai skrg ni pun kami dok panggil 'Sup Bawah Pokok'...hehe...

Weiii..kalau terlewat sikit sampai abis supnya..tulangnya pun x nmpk byg. Pada kami semua mmg sedap la, beriye Mama kata sedap x tau la tekak orang lain kan, sbb sedap ni kan subjektif..kalau org x mkn pedas..sekali dpat sup tulang power ni yg mmg boleh tahan pedasnya, mesti kata x sedap kan..kami suka sbb dia cukup rasa pedas, masam dan manis..supnya bubuh daun limau purut..

Tadi pun kami terjah, menunggu nk dpt tempat duduk..lagi² hari ni hari gaji+bonus penjawat awam...tekak memasing nak mkn luar dr cafe area opis..

p/s: duit mengalir mcm air apa pun tetap bersyukur ada gak bonus buat perbelanjaan sekolah anak + mcm tau² je bonus masuk, lappy kesygan meragam dh 2 hari bila on x menyala minta diganti motherboard...aduhhduhh...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 13, 2012

JJCM ~ Rojak & Cendol UNITEN

Cendol & Rojak Sotong @Uniten























As Salam,

Alhamdullillah kenyang hari ni pekena Rojak & Cendol Di UNITEN...kat sana byk betui pilihan nk mkn skrg ni, pelbagai cucur n pisang goreng ada, tp plg terkenal rojak n cendol dia...bulan lepas dh pekena sekali, hari ni dok pekena lg...ari tu mkn rojak ayam hari ni try mkn rojak sotong pulak...sedappp..bertambah sedap kwn yg belanja hari ni..tq my friend :-*

Mulanya nk mkn asam pedas dkt food court Uniten...sanggup my friend nk bawa sbb mama yg teringin nk mkn asam pedas dok citer ngan dia aritu g melaka x sempat mkn asam pedas....mmber dh willing nk bawa sekali dh tutup rupanye restoran asam pedas tu...so itu yg terus buat pilihan mkn rojak n cendol di uniten je....dah la bawa kita g mkn siap dia belanja kita sekali...moga kawanku ini terus dilimpahi rezeki...amin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 10, 2012

Bluberry, Manggo dan Durian Crepe Menggunakan Resepi 5 Jenis Tepung

As Salam,

Ni projek seminggu yang lalu untuk try buat crepe menggunakan 5 jenis tepung, Hari Ahad lepas (2/12/12)  Mama try wat Bluberry n Manggo Crepe n masa Mama Cuti Rehat pada hari Selasa lepas (4/12/12) lebih dari bancuhan crepe ni Mama wat Durian Crepe pulak.


Sebelum ni Mama dah try buat Durian Crepe menggunakan resepi dari kawan Mama, kali ni Mama nak try buat menggunkan resepi 5 jenis tepung, resepi dapat dari Adik Ipar Mama, ikutkan kalau search kat blog banyak je kan resepi dia ni, tp disebabkan Adik Ipar dah cuba buat, lebih baik la Mama menuntut ilmu dari dia je..


Alhamdullillah Misi berjaya tp Mama ada ubah sikit resepinya..hehe



My Bluberry n Manggo Crepe..


Ini resepi nye..sms je ngan Adik Ipar minta resepi, tp sblm tu masa dia buat Mama dah tanya n bgtau dia nnti Mama nak try buat jgk ler guna resepi Adik ni n Mama pun mmg dah rasa hasil yg Adik Ipar buat..mmg sedap.



Kalau ikut resepi yg Adik Ipar bg ni, xde letak perasa, tp Mama memandai2 letak perasa tambahan untuk bluberry Mama letak perasa Orange Emalco dan untuk Manggo Mama letak perasa Pandan. Itu lah memandai ubah resepi so rasanye off coz la lari, bila letak perasa tambahan ni buat rasa dia muak sikit la bila kita makan, tp kalau makan crepe dia sahaja ok..tp bila orange kena ngan bluberry..out sikit la rasa dia, tapi Pandan mmg kena la ngan Mangga dan Durian. So pada Mama kalau x letak perasa tambahan lagi sedap sbb yang penting fillingnya tu dah confirm sedap. (So kalau kwn2 nak try buat, ikut la resepi asal yg kat text sms diatas tu ye...)

Macam biasa ini antara bahan2 utamanya. Lebih kurang je dgn resepi yg sebelum ni, bezanya ada 3 tambahan tepung - Tepun Pau, Tepung kastard dan Tepung Jagung serta guna susu cair (Mama guna susu full cream Dutch Lady), sebelum ni guna Santan.



Untuk resepi ni bancuhannya dapat byk itu yg mama bahagikan ikut kaler..Hijau Pandan  untuk Manggo Crepe dan Orange untuk Bluberry..


Langkah2 untuk membuatnya sama la seperti yang Mama pernah terangkan pada 1st trial membuat Durian Crepe


Sebelum ni Mama ada nasihatkan kat kawan² kalau nak buat, buat la kecik2 sikit, tp Mama tetap buat besar kuali tu..huhu, bkn ape sedap pulak melenggang kuali..:p

Serius tau kawan2, pd siapa yg betul2 nak buat tu mmg kena buat nipis2 sikit n kecik je, kalau wat lebar mcm Mama ni nnti bila kita nak lipat dia jd mcm tebal sikit la kat bawah dia, tp mcm Mama ckp sebelum ni la Mama buat untuk makan sendiri n ikut selera Mama je.. 

Ini la rupanye My Bluberry n Manggo Crepe..


Durian Crepe perisa pandan..^_^


Model x berbayar n peminat tegar crepe..Adik Ziqry...


Setelah mencuba 2 resepi untuk membuat crepe yg pelbagai crepe ada skrg ni kan..Mama tetap suka pada resepi yg 1st trial Mama buat tu, bkn bermakna resepi 5 jenis tepung ni x sedap tau...mmg sedap time mmbakor tu sbb Mama letak perasa kan, dah mcm bakor kek tau naik bau pandan n orange tu..Cuma pada Mama kalau nak kata yg betul2 lembut dan terasa lemak dia tu Mama prefer pada resepi pertama, ini pandangan ikhlas Mama setelah mencubanye sendiri..x tau la selera kawan2 kan..

Ape pun Mama x pernah rasa rugi untuk mencuba sbb mmg anak2 Mama suka sgt makan crepe ni..Zaquan n Ziqry dua2 suka mkn crepe dia sahaja, kalau Acik dia sibuk dok buat crepe ni masing2 dok minta kat Acik, sekejap je pulak tu makan habis 1 minta lagi 1..sampai naik segan dah Mama ngan Acik dia...sbb Acik dia buat jual...


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, November 26, 2012

Alhamdullillah Rezeki Musim Buah!

As Salam,

N3 lepas Mama ada citer yg Zaquan & Ziqry ikut Atok n Neneknya g balik ke kampung n dalam masa yg sama Zaquan ikut Atok g kebun..

Alhamdullillah, rezeki musim buah ni, puas makan buah2an..paling puas dapat makan durian dari kebun la.., ada rezeki lebih, Atok n Nenek Zaquan n Ziqry siap suruh bawa balik umah parents Mama..sama² merasa..Terima kasih Mak & Ayah..Moga terus dilimpahi rezeki..

So Weekend lepas hari Sabtu kami balik rumah parents Mama hantar buah2an yg Mak & Ayah kirim, tak sangka pulak Adik Mama nak buat sambutan sempena 1st Solid Food anak dia yg kembar tu..rezeki lagi..ada makan2.., anak² Mama pun skrg suka/syg baby tau..skrg ni kalau kata nak balik umah Wan Ummi bkn main suka lg sbb dpt jumpa baby..

Macam2 buah ada..Durian, Rambutan & Langsat..Ubat demam & batuk ni..:P


Ada durian free ni yg wat mama excited nak buat Durian Crepe sendiri..menjadi tau 1st trial Mama wat Durian Crepe..(Nnti mama up N3 nya di N3 lain)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, November 22, 2012

Owhh Mama Pun Sudah Rasa Keenakkan Durian Crepe!

As salam,

Fenomena Durian Crepe sana sini sekarang ni kan, asik tengok orang dok updates pasal keenakkan Durian Crepe ni, akhirnya Mama pun sudah dapat merasa keenakan Durian Crepe ni.

Semalam mama dapat rasa Durian Crepe hasil air tangan adik ipar, ermmm mmg sedap sbb duriannya pun mmg durian dari kebun..durian kampung giteww mmg ler sedap. Hari ni pulak Mama beli Durian Crepe dari opismate Mama Tun Nur Safiya pun sgt sedap..

Ishh²..x cukup²nya Mama ni makan Durian Crepe, dah dapat free dari Adik Ipar pun siap beli lg dari Opismate. ..Hehe, bukannya apa sbnrnya beriye Mama nak rasa yg kawan Mama tu buat sbbnya byk sgt version resepi Durian Crepe ni sampai Mama nak try buat sendiri pun cornfius..mana satu resepi dia yg sbnrnya..dh la mmg x pernah rasa Durian Crepe ni punyer rasanya yg sbnr..

Siyes..2 hari ni Mama balik umah dok citer pasal resepi Durian Crepe ni dgn adik Ipar x abis²..bersungguh betul kami mengkajinya..resepi mana sbnrnya yg betul² sedap. Bagusnya Adik Ipar Mama ni sekali try buat menjadi..tp itupun dia kata nak improve kan lagi sbb x berapa puas hati dgn kulit dia..isi dia mmg compom terbaekkk..

Setelah merasa kedua2 Durian Crepe..yup mmg betul la lain resepi lain la sikit rasanya..mmg ada perbezaaan antara Adik Ipar Mama pnyer dgn yg Mama beli dari opismate Mama..Perbezaannya dari segi kulit tu la..tp papehal pun kedua2nya pun sedap..terbaekkk..Dua2 pun mmg ada terima tempahan..So kawan2 yg berminat boleh la kalau nak order dr Adik Ipar Mama n kawan Mama tu..

Durian Crepe made by my Adik Ipar@Chocolate World




Ini Contact No..untuk mereka yg berminat untuk order




Nak contact dia boleh lah terjah blog dia atau PM di FB dia Shima Hashim


Bercerita pasal resepi kulit untuk Durian Crepe ni Mama tengok resepinya ada mcm2 version kan, bahan²nya ada yg guna sampai 6 jenis tepung, 3 jenis tepung saja n ada yg guna tepung gandum jerk, telor nya pulak ada yg letak 2, 4 dan yg paling byk letak 8 biji telor pun ada, ada yg letak santan n ada jgk yg gantikan dgn susu cair/fresh milk n ada tu tepung ngan air jerk..Itu yg terfikir2 nak guna resepi yg mana satu ni ek..Adik Ipar pun try buat yg guna 2 jenis tepung jerk dulu..nnti dia nak try buat yg guna 6 tepung pulak, mmg kena byk try n error kan..kena la berani mencuba baru tahu hasilnya..kalau ikut basic nya mmg la buat lempeng tu guna tepung gandum ngan air jerkkan, sbb tu la guna resepi mane pun insyaallah mesti jadi pnyer..

Pada Mama durian crepe ni yg penting isi duriannya tu kan..kalau dpt durian yg jenis pahit tu x sedap la jdnya..Whipping Cream tu mmg dah sedap rasa manis2 ice cream gitew..kelakar tau baru tau Zaquan sgt suka makan Whiping Cream tu, time Acik dia sibuk duk sejukkan Whipping Cream dlm peti ais dia sibuk curi2 rasa dlm peti sejuk sampaikan Acik dia tuang satu cawan utk dia makan..amboi abis satu cawan dia makan. Kulitnya tu pulak pada Mama, Mama suka kalau dia jenis yg lembut sikit..itu pandangan Mama la ye..

Mood x sabar nak cuba buat sendiri hujung minggu ni..^_^.., dah korek ilmu dah dari Adik Ipar n Mama Tun Nur Safiya..hehehe..tp dont worry Mama kalau buat mmg untuk tekak Mama n family jerk bukan untuk tujuan dijual ye...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, January 17, 2012

Terpengaruh Jugak |Memang Sedap La Buah NGAKU ni Bila Dah Jd Kerepek Goreng

As Salam,

Hari ni sweetmama busy, ada meeting (Meet n Eating...hehhe), hari ni seharian ada perbincangan ttg skop audit, minggu kedua Februari dh mula jlnkan pengauditan. So ari ni kami pakat2 wat perbincangan smbil wat makan2 (mcm biasa Pot Luck). Menu Pot Luck kami hari ni Nasi Lemak, Sweetmama mcm biasa bawa Sambal Goreng Kentang (atas request tau)

So semalam masa dlm kereta OTW nak balik dr kerja bgtau la en suami, nnti kita singgah kedai runcit mama nak beli ubi kentang ngan cili (nmpk sgt jarang masak sampai xde stok brg dapur dlm peti ais..hehehe). Sekali balik lepas jemput Zaquan & Ziqry en suami terus menyusur laju masuk ke Econsave. Ohh lupa dah gaji, mmg time untuk beli brg dapur. 

Disebabkan pengaruh rakan2 blogger iaitu bila asik dok baca betapa sedapnya Buah NGAKU/ARROW HEAD ni sweetmama pun terpegaruh gak beli & buat. Walaupun pada mulanya mmg xde dlm list pun senarai untuk dibeli. Alang2 dh nmpk beli jerk la walaupun agak mahal sikit dr harga di Tesco RM0.88 sprti yg diwar2kan. 

Kunun nak mencuba dulu kan..So beli sikit jerk..beli 10 biji dgn harga RM1.60


Malam tu gak Goreng, Sambil goreng smbil ngap masuk mulut..Siyes memang sedap ler..terasa lemak manis gitew, x payah letak2 garam lg dah. kupas kulit dia, Potong nipis2 & terus goreng. (tp sweetmama guna sagat, mcm mudah rapuh ler, tgk org lainnye cantik jerk bulatnye)


Pagi ni bawa g opis war2kan kat kawan2 ttg kesedapan buah NGAKU ni, n diorang pun x tau pun ttg buah NGAKU dan Ngaku br 1st time makan, dan sweetmama pun ngaku yg sweetmama pun br 1st time try buat kerepek ni, inipun sumenya sebab pengaruh rakan2 blogger...hehehehe

Abis dh pun sebalang kerepek NGAKU ni dimkn bersama kawan2 buat kudapan masa perbincangan td, tp itula sikit sgt ler dptnya dgn 10 biji buah NGAKU ni, lepas ni harus cari lagi kalau g Hypermarket, dh ler musim CNY jerk ada kan..

p/s: sweetmama dibantu oleh Zaquan tgh malam semalam semasa menyagat ubi kentang & buah NGAKU ni, tp bila dh siap jd kerepek Zaquan dh terlelap, pg td masa g keje pun Zaquan tido dlm kereta, sorry Zaquan, mama x tinggalkan pun untuk Zaquan rasa, nnti mama wat lg untuk Zaquan rasa pulak, dh bg en suami rasa pagi td dlm kereta, dia pun ckp sedap cuma dia x lalu sgt nak mkn kerepek pagi2 time perut kosong.


p/s: sorry x dapat nak berblogwalking kat blog kawan2, sat lg bersmbung lg perbincangan, ini pun taip n3 laju2..hehehe



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails