Showing posts with label Hari Raya Korban. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Korban. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Cuti Hari Raya Aidiladha | Movie Time | Planes : Fire And Rescue

Assalammualaikum,

Ini citer cuti umum Hari Raya Aidiladha pada hari Isnin (6/10/2014). Yeay Mr. Papa nak bawa kami berjalan sebelum Abg n Adik g bercuti dengan Atok n Nenek di PD pada 7 - 9 /10/2014 sebabnya kami x dapat nak join sekali percutian di PD tu kali ni, jadinya gunakan la masa yg ada ni utk habiskan masa bersama anak² dengan bawa mereka menonton wayang...yeay..movie time..

Macam biasa filem pilihan mestilah comedy animasi yg bersesuaian dengan selera dan minat anak². Kami decide tgk movie Planes: Fire And Rescue yang merupakan sekuel daripada movie Planes. Masa movie Planes dulu pun kami tgk wayang jgk..hehe. Abg n Adik kan peminat setia Cars, Planes ni kan adik beradik dgn Cars..hehe, so now peminat setia Cars n Planes. 

Movie :- Planes: Fire And Rescue
Masa :- 4.35pm
Tempat :- GSC Alamanda.


Ekceli movie ni dah lama jgk ditayangkan di panggung, tp kami baru tau ada sekuel movie Planes ni..


Review Movie :
Pada Mama ok la, straight to the point je cerita dia kali ni, jalan cerita yang mudah difahami, berbanding dgn Planes yg sebelum ni permulaan cerita dia yg agak slow, sampaikan Mama pun tertido tgk..hehe, tp Planes: Fire & Rescue kali ni mama tengok sampai habis tau, Zaquan lagi la siap boleh hafal skrip. Planes: Fire & Rescue kali ni mengisahkan tentang Dusty yang beralih angin menjadi Kapal Pemadam Api plk (firefighter). Segalanya bermula apabila Gear Box Dusty mengalami masalah dan dimaklumkan bahawa Gear Box utk kapal terbang keluaran berkenaan sudah tidak ada dipasaran dan sekiranya Dusty ingin meneruskan jgk cita² nya sebagai juara penerbangan laju dgn masalah Gear Box yg dialami, risikonya adalah tinggi dimana kapalterbang akan terhempas dan seterusnya enjin akan rosak teruk dan mati . Pada mulanya Dusty tidak dapat menerima kenyataan dan cuba juga untuk terbang tinggi sehingga dia telah menyebabkan kemalangan dan kebakaran pada Popwash Juntion Airport dan seterusnya menyebabkan Airport diarahkan ditutup, ekoran daripada inilah demi memastikan Airport boleh terus beroperasi, Dusty membuat keputusan untuk pergi ke Taman Nasional Piston untuk join forest fire dan unit rescue bagi mendapatkan sijil sebagai firefighter. Disini lah kemuncaknya movie ni kisah Dusty mengikuti latihan yang diketuai oleh Blade Ranger sehingga berjaya mendapatkan sijil walaupun menyebabkan beliau akhirnya terhempas, tetapi dapat diselalamatkan dan akhirnya Gear Box dia dapat diperbaiki. Dusty pulang ke tempat asalanya bersama team barunya dari Piston Park dan seterusnya meraikan kemenangannya sbg firefighter dengan persembahan penerbangan fire & rescue di Airport yang telah pun dibenarkan utk dibuka semula. 

***************************************************************************************************************

Memandangkan wayang start petang n kami pun sampai awal di Alamanda, so kita lepak mkn n minum di Rasa Foodcourt dulu la ye..

Sejak balik dr bercuti ke Melaka hari tu, Abg Zaquan dh pandai minta nak minum Coconut Shake tau..penangan coconut shake Melaka, alaa..tp sbnrnya kami tau Abg Zaquan suka coconut shake sbb ada icecream diatasnya. Coconut Shake Rasa Alamanda ni pun sedap jgk tp mahal la harganya..segelas RM4.90.

 'Abg nak makan icecream coconut shake ni sorang² tau, Mama minum air dia, abg makan icecream dia..'

bertuah sungguh mmg dia bedal icecream tu sampai abis..


x kan lepak minum je kan, lama dh rasanye x pekena sizzling yee mee.. ini 2 orang budak botak sangat kuat makan woo..sib baik mau berkongsi makan time ni..


Selesai makan, kami pun terus terjah semula tempat wayang, hari cuti ramai giless org, beratur nak beli popcorn je nak dekat setengah jam, sementara Mr. Papa beratur nak beli popcorn, kami bergambar² dulu la ye..

erkss..seram..tp Abg n Adik ada hati tu nak tgk movie seram ni, 
x boleh la syg..nampak tu P13..awk berdua tu bawah umur lagi..
tp kalau Abg n Adik xde, confirm Mama pun ada hati nak tgk movie Annabelle ni sbnrnya..



Coming Soon..Penguin Of Madagascar, Insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki, kita tgk movie ni ye..



Coming soon ni byk plk movie comedy animasi dok layan trailer before movie start besh² la plk semuanya..

Ok dah happykan papa dh bawa tgk wayang, jom balik..nak kemas beg baju abg n adik..malam ni abg n adik tido rumah atok n nenek tau.., abg n adik kan nak pergi mandi kolam n laut.

Malam tu pkl 11 mlm baru kami hantar abg n adik ke rumah FIL n MIL tp kebetulan nampak FIL n MIL lepak minum di Impian, kami pun sama la terus g ngeteh dulu lepas tu baru hantar, lewat mlm jgk la baru hantar, tp adik mmg betul² teruja nak tido rumah atok n nenek siap blk naik kereta atok n nenek, Abg plk yg mat leleh mlm tu nangis bila kami hantar dia tido rumah atok..tp biasala nangis skjp je..tgk gambar esoknya kemain happy memasing..sampai² PD terus terjah Pool n Pantai la..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, October 7, 2014

Salam Aidiladha! |Korban Rambut Anak² Dan Kisah Aidiladha Kami

Assalammualaikum,

Masih belum terlewat utk mama ucapkan salam Aidiladha buat rakan² muslimin dan muslimat yg dikasihi semua. 




Ramai jugak hari ni yang bersambung cuti kan, tp mama dah mula keje seperti biasa sbb awal bulan depan nak cuti lama, yg untungnya anak² masih sambung cuti, x g school 3 hari sbb hari ni hingga khamis (7- 9 Okt 2014) diorang bercuti ke PD bersama atok dan nenek. Sorry ye Mama n Papa x dpt join.

pic fresh..cilok drpd FB Nenek..
srnoknya diorang bercuti..
percutian atok nenek bersama cucu².



Aidiladha kali ni kami beraya di rumah parents mama di Batu 10, Cheras. Sabtu petang baru kami balik, selesaikan urusan kerja² di rumah dulu, sebelum balik beraya di cheras otw tu singgah g kedai gunting rambut, korbankan rambut anak² transform jd botak boys...bkn ape, abg zaquan diserang kutu lagi, jd bertabahla dia kena botak, ikutkan abg xmo botak sbb nak rambut pacak..


Adik ok je botak..hehe


Selamat sampai dah rumah wan ummi dan atok, wan ummi dah siap masak rendang dan nasi impit, sampai² terus makan boleh gitew..air tgn emak mesti lah sedap kan..


Malam tu lena memasing tido, esok nak raya..

Takde gambar kami 1 family di hari raya sbbnya tahun ni x kemana pun, duduk lepak dirumah aje, anak² je la yang ikut atoknye melihat ibadah korban dijalankan di Perkarangan Masjid. Selalunya pagi raya kami blk jgk kg abah di Sg Kantan, Kajang, tp thn ni sejak arwah Wan dah tiada, masing² beraya bersama family dulu lps tu baru ke Sg. Kantan, ikut perancangan my mum nak blk kg petang, tp my abah ikut ibadah korban di masjid pd waktu tengahari, blk tu dh penat.., anak² yg ikut atoknya pun turut sama keletihan, balik² terus tido memasing..

Banyak pulak tahun ni dapat daging korban.., dapat² je my mum terus buat Sup Tulang Daging Korban..sedapnye pekena sup tulang petang² hari raya..fresh plk tu kan..


Elok lepas makan dan anak² pun dah terjaga dr tido (dah fully charge energy), Mr. Papa offer pergi berjalan keluar, kami ok je..rumah my mum kan dekat je dgn AEON Cheras Selatan, so kami terjah AEON Cheras Selatan je la..janji dpt keluar kan.., saje cuci² mata.., x lama lps tu Mr. Papa terima call drpd adik bgtau ada BBQ di kg. So mlm tu kami terjah kg. Bahagia, Bangi plk ..mkn lagi..hehe, Adik pun ada tag kami di FB ttg BBQ..

Pic cilok dr FB Adik Ipar..
Wah meriah menu BBQ..




Sebelum blk kg, dari Aeon Cheras Selatan kami blk rumah dulu sbb kebetulan Ateh Cu Zaquan n Ziqry nak singgah rumah my mum nak jumpa Abg dan Adik. Kebetulan ada siaran perlawanan bola MU di TV, jd lps habis game MU br kami gerak ke Kg. Bahagia, Bangi. Yang paling excited nak balik kg mestilah Abg n Adik, x sabar nak jumpa Kakak dgn Adik Sara.., Kakak n Adik pun 2-3 kali call tanya bila abg nak sampai. Biasa la diorang cousin rapat..bila x jumpa rindu, bila dah jumpe kalau x gaduh x sah..hehe..biasalah tu kan bdk² gaduh baik gaduh baik, gaduh mcm mane pun lps tu skjp je baik balik. Zaquan main sampai x igt nak makan, dia ni jenis rajin melayan

Yeay..kita serang Abg..
Abg kena jadi kuda bawa Kakak n Adik..

Kami x bermalam pun di kg sbb x planning awal, jadinya malam tu lepas selesai BBQ kami pun balik semula ke Cheras dan bermalam disana. Esok cuti lagi..kemana kita ye sebelum Mr. Papa blk ke Melaka semula n anak² bercuti bersama atok, nenek dan sepupu² dia di PD. Yeay dapat g jalan² lagi..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails