Wednesday, February 5, 2014

WW| Ole² Daripada Guangzhou

As Salam,

N3 ringkas hari rabu, TQ Acik Uyun & Aima Zaquan n Ziqry atas ole² daripada Guangzhou ni :-

Skuter untuk Zaquan n Ziqry 


Abg n Adik suka sgt..:),
 Adik pun dah pandai main..sikit punye laju dia main dari muka pintu depan berdesup sampai ke dapur...huhu


FM I ♥ Guangzhou untuk Mama
suka²..:)


ada lagi untuk Mama, Handbeg pink kaler..
Tq² :)


Untuk Papa pun ada tau, Papa dapat power bank, w/pun power bank tu ada problem, Acik Uyun siap gantikan dgn yg baru..:)), terima kasih atas semua ole2 yg diberi, kami sgt hargainya..♥

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, February 4, 2014

Adik Ziqry Dijangkiti Virus/Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

As Salam,

Balik dari bercuti anak plk x sihat, Adik Ziqry confirm dijangkiti Virus/Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), nampaknya kena sambung cuti lagi la (EL untuk beberapa hari) - xpelah demi anak sanggup je Mama n Papa berkorban. Ermmm..akceli pagi tadi Mama n Papa g office seperti biasa dan hantar Zaquan n Ziqry ke Tadika/Taska seperti biasa sbbnya kami beranggapan ulser yg dialami oleh Adik bermula smlm (3/2/2014)  disebabkan oleh panas dalam, x sampai 2 jam hantar Adik ke Taska, Mr. Papa dapat panggilan dr Cikgu Adik, inform yang Adik maybe terkena jangkitan virus HFMD sbbnya ada kesan ruam di tangan dan kaki selain drpd ulser dalam mulut. Kesan ruam di tangan dan kaki berkenaan mula naik pada hari ni, apalagi cepat² la kami amik Ziqry dr Taska dan bawa ke klinik, Mama terus suggest Mr. Papa bawa ke klinik pakar kanak² di Kids Clinic Seri Kembangan (atas suggest kwn² Mama yg pernah ada pengalaman anak kena HFMD dan biasa ke Kids Clinic)

Mama pun x pasti daripada mana Ziqry terkena jangkitan HFMD ni samada drpd Taska ataupun tempat kami bercuti, nak kata daripada taska pun Ziqry baru naik taska selepas bercuti selama 5 hari (30 Jan - 3 Feb 2014), tp ada kemungkinan jgk sbb drpd pembacaan kata simptonnya akan timbul selepas  3-4 hari dia terkena jangkitan. Apapun yg penting kena cepat² bg rawatan kerana mmg ini antara penyakit yg ditakuti oleh kebyakan ibu bapa terhadap anak² mereka, yelah seksa tu tgk anak² xde selera makan, merengek sbb sakit ulser dalam mulut, kita org dewasa ni pun sakit sesangat bila kena ulser kan..x sangka HFMD ni akan menjangkiti Ziqry akhirnya, hope tidak merebak pada Abgnya.

Simpton Bintik² Merah/Ruam di tangan Ziqry bermula pada 4/2/2014


Simpton Bintik² Merah/Ruam di Kaki Ziqrybermula pada 4/2/2014


Ziqry @ Kids Clinic
Bibir dah merah dan kering. Bila doktor check je mulut dia rupanya ulser dah penuh dalam mulut, tekak pun dah bengkak sikit.
Kami mmg perasan Ziqry mula kena ulser ni bermula semalam (3/2/2014) (selera makan dia pun mmg dh nampak merudum dan air liur asik meleleh je), tp masa kami check tu baru ada dalam 2 ulser dan kami bagi Adik Ziqry minum air badak utk redakan panas dlm badan dia dan sapu madu pada tempat yg kena ulser tu. 

Kali ni doktor bg ubat spray mulut..hope dpt meredakan ulser Adik ye.


mcm biasa bila badan x sihat..mood kelesuan jelas terpancar


Byknye ubat..sampai 3 plastik..huhu,
padanla dgn harganya lg pun jumpa pakar..kos utk ini (Serbuk Mandi , Antibiotik Anti Viral, Ubat Spray Mulut Genggigel, Ubat Batuk, Demam dan Selsema + Consultant = RM219 ) dengan harapan Adik dpt rawatan yg terbaik dan cepat sembuh ye syg.


Ini Name Card Kids Clinic if ada sesiapa yg nak try jumpa doktor disini plk,
my friend yg dah biasa ke klinik ni ckp klinik ni mmg ok sgt, recommended. 
Mama pun br 1st time ke sini.



Sampai² rumah terus makan ubat,
nasib baik ubat spray mulut ni adik suka 
hari jumaat nanti (7/2/2014) perlu refer doktor semula..so adik kena rajin² makan ubat supaya cepat baik..

Now..sleeping time slps makan ubat..



'GET WELL SOON SYG..AMIN'.

*********************************************************************************************
Apa itu Hand, Foot And Mouth Disease (HFMD)?

HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus. “Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. “Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari. Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus. HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.

Faktor-Faktor Risiko :-

Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. “Kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun amat rentan penyakit ini sambil tidak menolak kemungkinan, ia boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. “Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun. Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya tahan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa.

Gejala-Gejala /Simptom:-

- Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 390C
- Sakit tekak
- Ulser pada tekak dan mulut
- Sakit kepala
- Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

Komplikasi :-

komplikasi biasanya disebabkan oleh kekeringan air dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makan dan minum.
“Virus enterovirus juga menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis).
“Kemungkinan juga berlakunya sawan berikutan demam panas. 

Artikel Penuh/ sumber : http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails