Monday, October 20, 2014

JJCM / Dinner Treat @Restoran Hj. Sharin Low BTHO

Assalammualaikum dan Selamat Tengahari,

Elok plk time lunch ni citer pasal JJCM kan, x abis² JJCM, ala bkn selalu pun JJCM, ni kes lambat update n3..huhu, ni story 2 minggu lepas pada hari Sabtu (11 Oktober 2014) my younger bro a.k.a Ateh Cu Zaquan n Ziqry berniat nak belanja kami sefamily makan² sempena duit elaun outstation dia yg terlebih²..heheh. Pilihan tempat makan adalah terbuka kepada setiap family members nak pilih makan dimana, dia tukang bayau je katanya. Mama biasanya mengikut je pilihan yg lain, x pandai sgt nak buat pilihan sbb bkn selalu JJCM pun. Akhirnya setelah berbincang di dalam Wassapp group family, Restoran Hj. Sharin Low branch Bandar Tun Hussien Onn (BTHO) menjadi pilihan JJCM/Dinner treat kami iaitu sebuah restoran cina muslim.

Ikutkan plan asal semua ada, tp last minute x cukup korum tp agenda dinner treat by my younger bro tetap diteruskan sbb my adik dah siap booked awal. Ikutkan jgk Mr. Papa kata dia x dpt nak join sbb ada kelas, tp kebetulan kelas dia habis awal dapat jgk Mr. Papa join. Menu pilihan adalah nasi putih bersama lauk pauk n lauk pauknya my adik dh siap orderkan, kami sampai untuk isi perut je..:P

Menu - Masakan Khas Cina Muslim
Alhamdullillah menu dia ok kena dengan selera kami n harga pun reasonable . 


Pic gegar, apadaa Mak Yang Zaquan n Ziqry ni amik gambar gegar..
menunggu makanan yg diorder sampai..


Tengok Mak Long Iti amik, cantik je kan..:p
Zaquan mcm biasa dia akan amik port sebelah Ateh Cu dia..


Yeay..Makanan sudah terhidang..
Menu dia mmg ok sgt berasa cuma portion dia agak sikit sbb dia cuma ada 2 pilihan regular n large, kami pilih regular je sbb kalau large mcm byk sgt.



Mama paling suka Sotong Goreng Tepung Masak Asin dia, menu ni My Adik siap tambah order 1 lagi..


Zaquan plk suka Ikan Masak Steam Nyonya dia ni, dia makan sampai bertambah² nasi n menghirup kuah ikan ni tau.


Makanan dah terhidang atas meja, sila la self service ye..


Happy faces at dinner treat.


kami 2 beradik mmg suka bergambar tau..


tp yang ni paling susah nak bergambar, bkn senang nak dapat pic berdua ni tau..


Apepun Terima kasih tukang belanja @ Ateh Cu, moga bertambah² lagi rezeki, lps ni kalau ada rezeki lebih lg jgn lupa belanja kami lagi..^_^..

Ateh Cu n Wife


Sekian, dari sy Food Lovers
Tgk pipi la..boolat..


Ateh Cu kata x rugi dia belanja kali ni, makanan sedap n menu yg diorder licin sume..hehe

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, October 16, 2014

JJCM | CHOP d'STOP CAFE

Assalammualaikum,

Malam selepas selesai majlis pertunangan Adik Ipar pada 06.09.2014, Adik Ipar yang bertunang tu nak belanja 1 family makan..owh ok  Mama pun sempat balik rumah mandi tukar baju dulu lepas tu Adik Ipar, FIL n MIL jemput di rumah kami naik 1 kereta.

Bestnya nak g JJCM..org belanja plk tu kan..Destinasi JJCM ialah CHOP d'STOP CAFE, Owh Menu Western..mmg feberet Mama la.., 1st time ni Mama makan di CHOP d'STOP CAFE ni, almaklumla mmg susah sgt nak g JJCM melainkan kalau ada org ajak pergi, selalunya Mama JJCM dgn opismate je..

Gini la rupanya Kedai CHOP d'STOP CAFE dalam kawasan ala² medan selera gitew..terletak di Bazaar Rakyat PKPS Seri Kembangan


Sedang menunggu makanan yg diorder
pic hasil tangkapan Ziqry, dia sibuk main hp time ni..
Tq Acik Cha belanja kami makan..


Adik Sara yg comeii..
malam tu makan burger dengan Adik Ziqry..


Ini dia menu Burger Adik Ziqry dan Sara, x cukup sampai order satu lagi Burger, tp bila dah order 2 x abis plk..


Nasib ada Abg yg kuat makan, dia yg tolong abiskan burger order 2nd time, dah la dia punyer menu Grill Chicken Chop, habis dia makan sorang, Dia mmg suka mkn chicken chop so mmg x heran dia boleh mkn 1 pinggan..


Yang ini Menu Mama..Gril Chicken Chop Chezzy,
Veryy the Chezzy n portion dia pun byk,
org lain mkn x abis, tp Mama makan abis licin..hehe, 
siyes sedap sgt pada tekak Mama..


Heheh..itu je la, org lain punye menu xdela Mama sibuk² nak amik gambar, amik gambar menu sendiri je..ye la org sibuk nak makan, kita sibuk nak amik gambar plk, selesai makan kami pun terus balik, MIL siap tapaukan balance yg diorang x abis untuk Mama bawa balik, esok kami 3 beranak makan sampai menjilat jari..:p, itu maknanya mmg sedap la, lps ni boleh la ajak Mr. Papa try makan dekat sini plk, sbb masa hari kejadian dia xde..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, October 14, 2014

Aktiviti Cuti Umum Hari Malaysia...Ke Kidz Paradise

Assalammualaikum,

Cuti umum Hari Malaysia pada 16 September 2014 kami ke Kid'z Paradise, The Mines. Last minute planning, mmg xde rancang pun cuti umum nak keluar berjalan sbrnya sbb Mama n anak² br balik dr holidays di Kelantan (story holidays n perkahwinan adik x abis story n updates di blog ni lg). Nak dijadikan cerita, Mr. Papa kan x dapat join kami ke Kelantan sbb berkursus n disebabkan cuti umum Hari Malaysia thn ni jatuh pada hari Selasa, jadinya Mr. Papa amik siap² cuti rehat pd  hari Isnin tu, xdelah dia nak berpatah balik ke sini dari Melaka hari Isnin Malam kan, pagi selasa tu baru Mr. Papa tanya ttg voucher Kid'z Paradise yg ada dalam simpanan Mama, Mama kata ada last voucher utk sekali lg je masuk, so Mr. Papa kata boleh la hari ni cuti bawa bdk² g Kid'z Paradise, apalagi srnok la bdk² bila diberitahu nak ke Kid'z Paradise tempat main pasir.  Mama xmo story panjang lebar pun sbbnya mama dah pernah story details ttg Kid's Paradise pada N3 Mama yg sebelum² ni masa kami beli voucher Kid'z Paradise dan sudah guna 6 voucher, ini last voucher before tamat tempoh pada 5 Nov 2014, kiranya kali ke-4 la kami menghabiskan masa disini..^_^..



Selamat sudah reedem last voucher Kid'z Paradise, lps ni xde lagi la kita melepak disini melainkan kalau Mr. Papa nak belanja beli voucher RM150/8 Admission ni lg ye anak²..


Layan kan je la gambar² my son Zaquan n Ziqry @ Kid'z Paradise ni

dah sampai sini yg paling diorang aim  sand pool ni la.., kalau ckp nak pergi Kid'z Paradise diorang blur sikit tp bila bgtau nak pergi main pasir br diorang melonjak x sabar nak g main pasar..



Khusyuknya memasing main pasir


Adik Ziqry paling khusyuk sampaikan diajak bergambar pun x layan..




Akhirnya dapat jgk sekeping pic dia pandang camera n tersenyum..


Dah puas main pasir, kita main ball n slide plk..


Last but not least, Adik Ziqry suka main vrommm..vromm...(kereta/moto) ni, dia xmo lepaskan bila dia dpt benda alah ni sampaikan berlaku insiden dia digigit ekoran berebutkan mainan kereta ni. 


Dalam kes ni ada sorang budak tu yg tetiba nakkan kereta yg Ziqry main ni, maybe bdk tu geram Ziqry main lama sgt n dia tunggu je Ziqry abis main tp Ziqry x lepas² kan juga, tetiba Mama nampak Ziqry tolak bdk yg cuba rampas mainan dia, Mama pun marahkan Ziqry kenapa tolak kawan, sekali bila mama dtg dekat bdk tu terus lari n Ziqry dh nangis time ni n ckp bdk tu yg gigit dia dulu, aduihai ciannya Adik kena gigit dulu sbb tu adik tolak blk bdk tu, lps tu kami terus daring je dkt bdk tu, sbb x sangka bdk gegirl tu sanggup berebut sampai gigit dekat pipi plk tu sampai berkesan tanda gigi dkt pipi Ziqry. Lps insiden ni, kami mmg perhati je Ziqry main, rupanya bdk gegirl tu x puas hati dia cuba utk baling pasir plk dkt Ziqry, tp dia perasan kami daring terus buang pasir dkt lantai.., ermmm..kita pun paham bdk² gaduh berebut mainan tu biasa la, tp kalau sampai mencederakan tu dh kira x elok la kan..kena la kasi warning n daring jgk..apepun kita as a parents mmg kena sentiasa pantau anak kita bermain w/pun kita rasa tempat mcm ni selamat je nak tinggalkan anak²..tp risiko kita tanggung sendiri...so sendiri mau igtla..peringatan utk diri sendiri jgk ni..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, October 9, 2014

Lawatan Tadika ke Kidzania & Aktiviti Tadika Bersama Bomba

Assalammualaikum,

Seronok Abg Zaquan dapat pergi lawatan ke Kidzania, nak tunggu Mama n Papa bawa entah bila la, kebetulan Tadika ada buat lawatan ke Kidzania so bagi je lah dia join, lgpun jarang sgt tadika Generasiku tu nak buat lawatan ke tempat² yg besh mcm ni, selalunya diorang punye lawatan asik ke Balai Bomba je...hehhe..(setiap tahun diorang ada aktiviti bersama Bomba), kali ni ke Kidzania pada 22 September 2014 (Isnin) dengan bayaran RM90. Ermmm..x pasti la murah ke mahal rates yg dikenakan oleh tadika ni, sbbnya kalau tgk pd website tiket masuk ke Kidzania seperti berikut:

Entrance Fee
Fees Structure
AgeGuestFee
Ages: 0 – 1BabyFree
Ages: 2 – 3ToddlerRM 35
Ages: 4 – 17Kid (Malaysian)RM 60
Ages: 4 – 17Kid (International)RM 75
Ages: 18 – 59Adult (Malaysian)RM 35
Ages: 18 – 59Adult (International)RM 50
Ages: 60+SeniorRM 30


Tapi kalau untuk rates school visit lain plak, dia ada banyak pakej, boleh la tgk dekat website Kidzania kalau nak tau info lanjut. So pada mama x kisah la kalau mahal sikit RM90 ni sbb dah termasuk la sekali kos pengangkutan dan makan kan sbb diaorang pergi pagi sampai ke petang, dimaklumkan oleh Cikgu jam 6ptg baru sampai school, yang penting anak happy.

Menarik n bagus sbnrnya Kidzania ni, satu tempat yang memberikan pendedahan ttg dunia pekerjaan kepada kanak², bg diaorang rasa mcm mana sbnrnya dunia pekerjaan ni kan..diorang diberi peluang secara praktikal untuk setiap pekerjaan.

See..happy faces

mewarna ye abg, ini kunun² jd pelukis la agaknye..


Wah kusyuknya..


Hasilnya boleh bawa balik..
hehe..tp sorry la my son Zaquan ni kurang berseni sikit, dia mmg x minat pun mewarna..
dia ckp, abg punye lukisan warna x sempat habis sbb cikgu sibuk amik gambar abg..
hahaha..sabar je la abg ni, mcm la mama x tau abg mmg x minat mewarna ni kan..


Pic bersama kawan²
yang ini jd juruteknik TNB 



Pic as a Doctor..

Pic ni cikgu bagi siap dgn frame Kidzania maybe dh masuk dalam pakej school
adalah kenangan pernah masuk Kidzania kan..


Pada hari lawatan Zaquan ke Kidzania ni Mama outstation ke Miri + dengan susah hati kereta rosak lg, so mama xdapat la nak tau reaksi dia sbnrnya slps lawatan, kebetulan Cikgu yg wassap dulu gambar² ni, Mama pun terus tanya dengan Cikgu, dia happy ke x pergi sana, lega bila cikgu bgtau dia happy sangat.

kalau pergi sendiri mesti puas bergambar², tp g lawatan tadika ni xkan cikgu nak snap pic anak kita je kan, dah ambil 3-4 keping pun ok la, janji ada jgk. Insyaallah kalau ada rezeki Mama n Papa bawa Abg Zaquan pergi Kidzania lagi kita bawa Adik Ziqry sekali ye..

**********************************************************************************************
Aktiviti Tadika Bersama Bomba

Kebetulan citer pasal lawatan tadika Abg, ni mama share pic² Zaquan join aktiviti bomba anjuran pihak tadika bersama bomba. 

tak igt bila tarikhnya, Zaquan ada lawatan ke Bomba KL.
excited je dia bila diberitahu nanti abg ada lawatan ke KL
tp kena bgn awal tau sbb 7.30pg dh kena sampai school sbb nak naik bus..


Dapat hamper sbb join pertandingan mewarna cikgu kata
Alhamdullillah w/pun dia x suka sgt pun mewarna tp dia suka join aktivti² yg dianjurkan..
dah 2 kali Zaquan bawa blk hamper sbb join pertandingan mewarna anjuran bomba ni


Bersama kawan²


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, October 8, 2014

Cuti Hari Raya Aidiladha | Movie Time | Planes : Fire And Rescue

Assalammualaikum,

Ini citer cuti umum Hari Raya Aidiladha pada hari Isnin (6/10/2014). Yeay Mr. Papa nak bawa kami berjalan sebelum Abg n Adik g bercuti dengan Atok n Nenek di PD pada 7 - 9 /10/2014 sebabnya kami x dapat nak join sekali percutian di PD tu kali ni, jadinya gunakan la masa yg ada ni utk habiskan masa bersama anak² dengan bawa mereka menonton wayang...yeay..movie time..

Macam biasa filem pilihan mestilah comedy animasi yg bersesuaian dengan selera dan minat anak². Kami decide tgk movie Planes: Fire And Rescue yang merupakan sekuel daripada movie Planes. Masa movie Planes dulu pun kami tgk wayang jgk..hehe. Abg n Adik kan peminat setia Cars, Planes ni kan adik beradik dgn Cars..hehe, so now peminat setia Cars n Planes. 

Movie :- Planes: Fire And Rescue
Masa :- 4.35pm
Tempat :- GSC Alamanda.


Ekceli movie ni dah lama jgk ditayangkan di panggung, tp kami baru tau ada sekuel movie Planes ni..


Review Movie :
Pada Mama ok la, straight to the point je cerita dia kali ni, jalan cerita yang mudah difahami, berbanding dgn Planes yg sebelum ni permulaan cerita dia yg agak slow, sampaikan Mama pun tertido tgk..hehe, tp Planes: Fire & Rescue kali ni mama tengok sampai habis tau, Zaquan lagi la siap boleh hafal skrip. Planes: Fire & Rescue kali ni mengisahkan tentang Dusty yang beralih angin menjadi Kapal Pemadam Api plk (firefighter). Segalanya bermula apabila Gear Box Dusty mengalami masalah dan dimaklumkan bahawa Gear Box utk kapal terbang keluaran berkenaan sudah tidak ada dipasaran dan sekiranya Dusty ingin meneruskan jgk cita² nya sebagai juara penerbangan laju dgn masalah Gear Box yg dialami, risikonya adalah tinggi dimana kapalterbang akan terhempas dan seterusnya enjin akan rosak teruk dan mati . Pada mulanya Dusty tidak dapat menerima kenyataan dan cuba juga untuk terbang tinggi sehingga dia telah menyebabkan kemalangan dan kebakaran pada Popwash Juntion Airport dan seterusnya menyebabkan Airport diarahkan ditutup, ekoran daripada inilah demi memastikan Airport boleh terus beroperasi, Dusty membuat keputusan untuk pergi ke Taman Nasional Piston untuk join forest fire dan unit rescue bagi mendapatkan sijil sebagai firefighter. Disini lah kemuncaknya movie ni kisah Dusty mengikuti latihan yang diketuai oleh Blade Ranger sehingga berjaya mendapatkan sijil walaupun menyebabkan beliau akhirnya terhempas, tetapi dapat diselalamatkan dan akhirnya Gear Box dia dapat diperbaiki. Dusty pulang ke tempat asalanya bersama team barunya dari Piston Park dan seterusnya meraikan kemenangannya sbg firefighter dengan persembahan penerbangan fire & rescue di Airport yang telah pun dibenarkan utk dibuka semula. 

***************************************************************************************************************

Memandangkan wayang start petang n kami pun sampai awal di Alamanda, so kita lepak mkn n minum di Rasa Foodcourt dulu la ye..

Sejak balik dr bercuti ke Melaka hari tu, Abg Zaquan dh pandai minta nak minum Coconut Shake tau..penangan coconut shake Melaka, alaa..tp sbnrnya kami tau Abg Zaquan suka coconut shake sbb ada icecream diatasnya. Coconut Shake Rasa Alamanda ni pun sedap jgk tp mahal la harganya..segelas RM4.90.

 'Abg nak makan icecream coconut shake ni sorang² tau, Mama minum air dia, abg makan icecream dia..'

bertuah sungguh mmg dia bedal icecream tu sampai abis..


x kan lepak minum je kan, lama dh rasanye x pekena sizzling yee mee.. ini 2 orang budak botak sangat kuat makan woo..sib baik mau berkongsi makan time ni..


Selesai makan, kami pun terus terjah semula tempat wayang, hari cuti ramai giless org, beratur nak beli popcorn je nak dekat setengah jam, sementara Mr. Papa beratur nak beli popcorn, kami bergambar² dulu la ye..

erkss..seram..tp Abg n Adik ada hati tu nak tgk movie seram ni, 
x boleh la syg..nampak tu P13..awk berdua tu bawah umur lagi..
tp kalau Abg n Adik xde, confirm Mama pun ada hati nak tgk movie Annabelle ni sbnrnya..



Coming Soon..Penguin Of Madagascar, Insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki, kita tgk movie ni ye..



Coming soon ni byk plk movie comedy animasi dok layan trailer before movie start besh² la plk semuanya..

Ok dah happykan papa dh bawa tgk wayang, jom balik..nak kemas beg baju abg n adik..malam ni abg n adik tido rumah atok n nenek tau.., abg n adik kan nak pergi mandi kolam n laut.

Malam tu pkl 11 mlm baru kami hantar abg n adik ke rumah FIL n MIL tp kebetulan nampak FIL n MIL lepak minum di Impian, kami pun sama la terus g ngeteh dulu lepas tu baru hantar, lewat mlm jgk la baru hantar, tp adik mmg betul² teruja nak tido rumah atok n nenek siap blk naik kereta atok n nenek, Abg plk yg mat leleh mlm tu nangis bila kami hantar dia tido rumah atok..tp biasala nangis skjp je..tgk gambar esoknya kemain happy memasing..sampai² PD terus terjah Pool n Pantai la..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, October 7, 2014

Salam Aidiladha! |Korban Rambut Anak² Dan Kisah Aidiladha Kami

Assalammualaikum,

Masih belum terlewat utk mama ucapkan salam Aidiladha buat rakan² muslimin dan muslimat yg dikasihi semua. 




Ramai jugak hari ni yang bersambung cuti kan, tp mama dah mula keje seperti biasa sbb awal bulan depan nak cuti lama, yg untungnya anak² masih sambung cuti, x g school 3 hari sbb hari ni hingga khamis (7- 9 Okt 2014) diorang bercuti ke PD bersama atok dan nenek. Sorry ye Mama n Papa x dpt join.

pic fresh..cilok drpd FB Nenek..
srnoknya diorang bercuti..
percutian atok nenek bersama cucu².



Aidiladha kali ni kami beraya di rumah parents mama di Batu 10, Cheras. Sabtu petang baru kami balik, selesaikan urusan kerja² di rumah dulu, sebelum balik beraya di cheras otw tu singgah g kedai gunting rambut, korbankan rambut anak² transform jd botak boys...bkn ape, abg zaquan diserang kutu lagi, jd bertabahla dia kena botak, ikutkan abg xmo botak sbb nak rambut pacak..


Adik ok je botak..hehe


Selamat sampai dah rumah wan ummi dan atok, wan ummi dah siap masak rendang dan nasi impit, sampai² terus makan boleh gitew..air tgn emak mesti lah sedap kan..


Malam tu lena memasing tido, esok nak raya..

Takde gambar kami 1 family di hari raya sbbnya tahun ni x kemana pun, duduk lepak dirumah aje, anak² je la yang ikut atoknye melihat ibadah korban dijalankan di Perkarangan Masjid. Selalunya pagi raya kami blk jgk kg abah di Sg Kantan, Kajang, tp thn ni sejak arwah Wan dah tiada, masing² beraya bersama family dulu lps tu baru ke Sg. Kantan, ikut perancangan my mum nak blk kg petang, tp my abah ikut ibadah korban di masjid pd waktu tengahari, blk tu dh penat.., anak² yg ikut atoknya pun turut sama keletihan, balik² terus tido memasing..

Banyak pulak tahun ni dapat daging korban.., dapat² je my mum terus buat Sup Tulang Daging Korban..sedapnye pekena sup tulang petang² hari raya..fresh plk tu kan..


Elok lepas makan dan anak² pun dah terjaga dr tido (dah fully charge energy), Mr. Papa offer pergi berjalan keluar, kami ok je..rumah my mum kan dekat je dgn AEON Cheras Selatan, so kami terjah AEON Cheras Selatan je la..janji dpt keluar kan.., saje cuci² mata.., x lama lps tu Mr. Papa terima call drpd adik bgtau ada BBQ di kg. So mlm tu kami terjah kg. Bahagia, Bangi plk ..mkn lagi..hehe, Adik pun ada tag kami di FB ttg BBQ..

Pic cilok dr FB Adik Ipar..
Wah meriah menu BBQ..




Sebelum blk kg, dari Aeon Cheras Selatan kami blk rumah dulu sbb kebetulan Ateh Cu Zaquan n Ziqry nak singgah rumah my mum nak jumpa Abg dan Adik. Kebetulan ada siaran perlawanan bola MU di TV, jd lps habis game MU br kami gerak ke Kg. Bahagia, Bangi. Yang paling excited nak balik kg mestilah Abg n Adik, x sabar nak jumpa Kakak dgn Adik Sara.., Kakak n Adik pun 2-3 kali call tanya bila abg nak sampai. Biasa la diorang cousin rapat..bila x jumpa rindu, bila dah jumpe kalau x gaduh x sah..hehe..biasalah tu kan bdk² gaduh baik gaduh baik, gaduh mcm mane pun lps tu skjp je baik balik. Zaquan main sampai x igt nak makan, dia ni jenis rajin melayan

Yeay..kita serang Abg..
Abg kena jadi kuda bawa Kakak n Adik..

Kami x bermalam pun di kg sbb x planning awal, jadinya malam tu lepas selesai BBQ kami pun balik semula ke Cheras dan bermalam disana. Esok cuti lagi..kemana kita ye sebelum Mr. Papa blk ke Melaka semula n anak² bercuti bersama atok, nenek dan sepupu² dia di PD. Yeay dapat g jalan² lagi..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails