Monday, September 22, 2014

Rombongan Menghantar Adik Kahwin Cum to Cuti² Kelantan | Perjalanan Dan Tempat Menginap

Assalammualaikum,

Alhamdullillah majlis telah pun selamat diadakan dan kami pun sudah selamat pergi dan balik. Ekceli ada beberapa perkara/dugaan jugak telah berlaku pada kami yg x di duga telah terjadi, kalut sgt or excited nak ke Kelantan..huhu

Alang² dah menghantar rombongan pengantin lelaki ke Kelantan ni sekali la kita bercuti² Kelantan ye, percutian ditaja lagi..mestilah srnok..cuma yg x beshnya x cukup korum, Adik Lelaki Mama sorang yg bujang skrg ni (no. 4) tidak dapat ikut sekali sbb x dpt cuti, Adik Ipar yg perempuan pun sama x dapat cuti sbb baru sgt bekerja dan Mr. Papa sendiri pun x dpt ikut sbb ada kursus sehingga 11hb (Jumaat) n ada kelas pada hujung minggu. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam (12 - 15 Sept. 2014). Majlis akad nikahnya berlangsung pada 13 Sept 2014 (sabtu) dan majlis persandingan pada 14 Sept 2014 (ahad). Mama amik cuti 12hb tu (Jumaat) dan 15hb (Isnin) ye lah perjalanan jauh kan , nasib baik 16hb dapat cuti umum Hari Malaysia, ada masa untuk rest n amik cuti 2 hari dapat cuti 5 hari..:), eh bkn 5 hari mama bercuti 6 hari, esoknya Mama EL, Ziqry demam panas..

Petang khamis (11hb)  lepas balik keje n jemput anak² Mama terus balik ke rumah my parents bermalam disana (Cheras) n kami semua pakat bertolak/berkonvoi sesama adik beradik dari Cheras. Ini kerana mengikut perancangan kami nak bertolak jam 5 pagi sebelum suboh pada 12hb (Jummat) sbb  nak elak jammed org nak keluar bekerja pd hari tersebut. 

Tp kita hanya merancang tuhan yang menentukan, x sangka plk Adik Mama kalut² duk simpan barang siap² dalam kereta pd malam sblm bertolak sampai tertinggal kunci dalam kereta dan kereta plk dah terlock, kunci spare plk xde, dah satu hal plk nak panggil org buka, sbnrya malam tu jgk Adik Mama dah call auto assist perodua tanya, diorang boleh je dtg tp charge yg dikenakan RM200, rasa ralat plk nak membayornya, adik kata mcm mahal je, so tunggu la esok pagi kunun nak tanya bengkel kot² murah, pagi tu my mum tetap bersiap awal, kul 5 pg dia dh kejutkan semua org bangun siap² awal dgn harapan bengkel buka je nanti terus bertolak, ermmm nampaknya sekali lagi diduga, org bengkel yg kami panggil dtg rumah tu x berjaya nak buka, nak dekat sejam dia cuba membukanya, sudahnya panggil jgk auto assist perodua, alhamdullillah berjaya buka, 2 minit je berjaya buka ko, kena charge RM150, jimat RM50 hengget je pun drpd harga dia dtg malam, tp kalau tau nak jd cenggini, better la malam tu jgk buka kan..sbbnya dh rancang nak kuar kul 5pg sudahnya kul 10.30pg br kami gerak dari Cheras.., ape pun alhamdullillah selesai satu masalah dan perjalanan diteruskan seperti yang dirancang..

Kami pergi 4 buah kereta, Pengantin bawa satu kereta dia bawa barang hantaran dan Zaquan sbg penumpang, Mama dan Adik Ziqry plk naik satu kereta (kereta Mama) dgn Adik Mama yg no. 5 @ Ateh Cu Zaquan n Ziqry dan Pak Ngah (abg my mum) , Adik yang no. 2 tu suami isteri bawa abah dgn sorang kembar, Kakak Aisyah (kembar terpaksa dipisahkan sbb lasak sgt kalau dia naik bersama) n Bonda Wiwin @ Mak Yang Zaquan n Ziqry satu kereta bawa my mum n anak dia Sara.

Kali ni Mama memandu tau, bergilir memandu dgn Adik, kalau ikutkan Mr. Papa, dia x bg Mama memandu sbb dia risau Mama x biasa memandu jauh lagi n katanya bahaya kalau kita x biasa dgn jalan tu, tp Adik Mama ni confident je dgn Mama kata Mama boleh nye memandu lgpun dh mmg dia dh letih nak memandu. Masa perjalanan pergi Mama memandu dari Gua Musang sampai la Pasir Putih dan masa perjalanan balik plk dari RnR Gambang sampai ke rumah. Alhamdullillah lps dh la mama memandu jauh...ngeee..^_~..

Alhamdullillah kami selamat sampai tempat penginapan jam 8.30 mlm, wow 10.30pg - 8.30mlm (10 jam perjalanan), tp kami berhenti di Raub Pahang untuk makan tengahari (makan di restoran mamak je) dan berhenti di RnR Gua Musang untuk solat dan minum petang. 

Jauh lagi perjalanan ni, isi perut dulu for lunch @ Syed Bistro, Raub Pahang.


Adik x pandang pun camera sbb bz dgn iPad..


Paksa Zaquan minum 100 plus sbb dia x sedap perut, boleh plk pagi tu perut dia masuk angin sbb tido malam x pakai baju kan dh masuk angin, muntah² dia pg tu sblm bertolak, nasib baik x muntah² sepanjang perjalanan..



Berhenti rehat  utk minum petang plk @ RnR Gua Musang
muka keletihan je semua, Adik Mama paksa jg Mama bawa lps berhenti rehat ni..


Penginapan @ Dee Wana Resort

Kami bermalam di Dee Wana Resort, boleh dikatakan dekat jgk la dengan rumah Pengantin Perempuan, dalam 15 minit perjalanan je. Tempat penginapan ni Adik Mama (Pengantin) yang uruskan n dia jgk yg membayornya. Tq Pengantin belanja kami tempat tinggal. Kami punyer rumah 3 bilik, selesa la untuk kami yg datang ramai 1 family ni kan..untuk rumah 3 bilik ni kadarnya RM450/1night..,  3 mlm RM1350. Ermm..murah ke mahal?, rasa mcm mahal je, ke sbb rates cuti sekolah, tp 3 bilik ok la kot.., ianya menjadi pilihan sbb nak kan swimming pool..kata nak sekali dgn agenda bercuti²..haruslah ada swimming pool utk happykan bdk²/anak²..barula terasa mcm bercuti kan...




Ruang Tamu dilengkapi dengan sofa, meja makan dan tv.
hehee..tp pic yg ado nan lengkap..asal boleh je ambil pic



Yang syoknya..swimming pool betul² berhadapan je dgn bilik kami.


2 hero Mama dah intai² pool


Esok ye Bang, ni dh malam, esok pepagi kita mandi..


Ini dia pool depan bilik je, mmg seperti yg dijanjikan, pepagi lagi anak² dh tuntut nak mandi 
(nanti pic n strorynya mama up di lain n3 la..)


pool dia xdelah besar, tp boleh la jnji ada pool kan...


Ruang Dapur, tp xde tempat untuk memasak, cuma dilengkapi dengan kettle dan peti sejuk kecik.., boleh la..


Bilik..
2 bilik - 1 katil Queen dgn 1 katil Single
1 lg bilik 2 katil Single.





See..kanak² riang..
amboi sonoknye bergurau senda...
Alhamdullillah Abg Zaquan dah sihat sepenuhnya, tp Kakak Aisha plk bdn dedar² nak demam..



Alhamdullillah dah selamat sampai, bilik pun ok, tapi sekali lagi diduga...ada yang tertinggal...berderau darah semua orang dibuatnya..apa agaknye..??? nanti kita cerita di next n3...

p/s : Tuan tanah keluar outstation..last outstation for year 2014..ke Miri Sarawak kamek dari 22 - 26 Sept. 2014.

n3 auto publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

3 comments:

  1. harga camtu dgn homestay cantek camtu..berbaloi sangat kot! cantek n kemas yg penting ada pool!

    ReplyDelete
  2. budak2 la paling hepi sbb diorg dpt main sepupu dan siap mandi kolam tu .. mmg besh ...asik ipar kite pun kawen org kelantan .. majlis pun br selesai jg ...

    ReplyDelete
  3. Ehhh... buat kakak tertunggu-tunggu pulak. Apa bendalah yg suspenkan kakak agaknya.
    Jgn kakak tertinggal next N3 pulak.

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails