Friday, September 5, 2014

Cuti² Merdeka | JJCM ke Melaka |Batu Berendam Coconut Shake, Asam Pedas Kota Laksamana Dan Klebang Original Coconut Shake

Assalammualaikum,

Hari ni ada mood nak sambung citer cuti² merdeka kami..^_^..

Percutian di Melaka, setiap tahun pergi pun x pernah jemu sbb Melaka ada byk tempat menarik utk dilawati..yelah Negeri Bersejarah dan byk tempat makan yg besh, Melaka kan terkenal dgn Ikan Bakar di Umbai, Asam Pedas dan Coconut Shake. 

Memandangkan tempat² lawatan di Melaka ni boleh dikatakan kami dah pernah terjah seperti melawat Taman Buaya, Zoo Melaka, Merasa naik Menara Tamingsari, naik cruise dan mandi manda di Melaka Wonderland Theme Park & Resort.. (tp sygnya byk n3 percutian Mama x pernah abis update..huhu), jadinya kali ni bercuti ke Melaka, Mr. Papa kata malas la nak repeat tempat² melawat lg sebaliknya Mr. Papa lebih teruja nak bawa kami JJCM..so kali ni bercuti ke Melaka mmg JJCM je..

Terima kasih Papa bawa kami JJCM, x sangka tau Mr. Papa sendiri yg terus nak bawa ke tempat² makan yg dia selalu lepak semenjak dh bekerja di Melaka ni dan diantara tempat melepak minum Mr. Papa ialah di Batu Berendam Coconut Shake, yeah destinasi pertama JJCM kami. Alhamdullillah kami selamat sampai Melaka lebih kurang jam 5.30ptg, call tuan rumah a.k.a sepupu yg kami ingin tumpang bermalam, tuan rumah kata dtg je la walaupun diorang tiada di rumah ptg tu, memandangkan tuan rumah xde, itu yg Mr. Papa bawa kami makan dulu, malam baru kami sampai rumah sepupu Mr. Papa. 

Batu Berendam Coconut Shake

Akhirnya sampai dan merasa jugak Mama Coconut Shake Batu Berendam ni, selalu tengok Mr. Papa post pic dkt IG yg dia minum Coconut Shake, kali ni merasa sendiri, selalu mama saje je komen minta Mr. Papa tapaukan..hehee. Mulanya nak pergi klebang, sbbnya Mama cuma tau Coconut Shake Klebang yg femes (tau tp x pernah pergi), sekali Papa kata Klebang tutup awal, menjelang kita sampai klebang dh tutup, tu yg Papa kata, Papa selalu lepak minum coconut shake Batu Berendam je, sedap je pada tekak dia.., dekat Coconut Shake Batu Berendam ni pun ramai je orang yg minum, Mama ok je kalau dapat merasa dua² tempat pun ok..heheh..


Waktu Urusniaga dia sampai malam tau..
Isnin - Sabtu - 12 pm - 11 pm
Ahad - Cuti.
Nasib baik papa bawa jugak terjah waktu hari pertama sampai (sabtu), kalau kita plan nak g hari ahad..tutup rupanya..



Sbnrnya Batu Berendam Coconut Shake tu bkn nama kedai, dia ada nama kedai, lupa plk nak snap nama kedai, tp popular dgn Coconut Shake Batu Berendam dan Yong Tau Fu
Dia buka kedai dan gerai di luar jalan tu, memang ramai orang, kami sampai pusing 2-3 kali nak cari parking, nak lepak kat gerai luar pun full, itu yg lepak dalam kedai je, yg dlm kedai pun org silih berganti dtg.

Abg n Adik muka toya sbb br bangun tido


Nyum..Nyumm...Coconut Shake Batu Berendam.
Siap ada coklat rice atas ice cream


Menu petang kami..Coconut Shake, Cempedak Goreng dan Nasi Lemak.
Nasi Lemak tu Zaquan sorang je yg makan, adik xde mood
Mama n Papa simpan perut nak g JJCM Asam Pedas plk malam nanti.


yang special nya dkt sini..Tambah Air Kelapa Muda Percuma..


Asam Pedas Kota Laksamana

Kan mama bgtau td Mama n Papa nak simpan perut nak pekena Asam Pedas Kota Laksamana, yang ini permintaan Mama bgtau dkt Papa nak makan Asam Pedas Kota Laksamana..ngalah org ngidam. Asam Pedas Kota Laksamana ni Mama tau drpd Adik Ipar Mama, Cute MuM yg bawa kami pergi masa kami otw singgah Melaka balik dr kenduri kahwin sepupu di Johor  tahun lepas (16 Sept 2013, itulah mmg byk betul n3 percutian n JJCM x dan nak update di blog). 

Asam Pedas Clayport @ Restoran Kota Laksamana













Asam Pedas Kota Laksamana ni pun antara Asam Pedas femes kat Melaka ni, ramai betul peminat/pelanggan dia, sepenuh² nya org makan dkt sini, yelah rasa asam pedas dia pun sedap. Sebelum² ni kalau pergi Melaka kalau nak makan asam pedas kami makan dekat Asam Pedas Power Bukit Cina, tp bila Mama dh rasa yg Kota Laksamana ni mcm prefer yg Kota Laksamana lg, tp pd Mr. Papa plk dia lebih suka makan Asam Pedas yg dekat Pasar Borong Batu Berendam..(nnti kalau dtg Melaka lg, Papa bawa mama mkn Asam Pedas Batu Berendam plk ye..)


Menu Dinner kami berdua, Asam Pedas Pari
Set Asam Pedas dia siap dgn sayur kobis goreng dan telur asin.
1 set ni RM9.00


Abg Zaquan x padan dgn dah makan nasi lemak sebungkus ptg td, malamnya makan Nasi Goreng Kampung. Menu goreng² dia dkt sini pun sedap la, sbb nasi Goreng Kg. yg Zaquan makan ni sedap berasa n pedas lagi tu..


Alhamdullillah, kenyang n licin.., lepas ngidam..


Klebang Original Coconut Shake

Klebang Original Coconut Shake ni mmg la sgt femes kan, selama ni mama cuma tau kalau nak coconut shake yg femes tu dkt klebang, tp x pernah pun sampai n rasa coconut shake klebang nya tu, sekali bila Mr. Papa bawa tanjat mama, ramai betul org beratur utk beli, itupun gerai/kedai dah siap asing utk beli bungkus dgn minum disitu, sampai mengakibatkan jln jemmed jgk la sikit sbb kiri kanan jln org park kereta berhenti nak bungkus, utk yg nak makan dalam kedai, boleh park kereta ke dalam sikit, sekali lagi..Mak aihhhh..ramainye, kalau nak makan, self service tp amik makanan pastu bayau dulu sblm makan. Antara menu dia nasi lemak dan mee goreng bungkus kepok lekor dan pelbagai jenis kuih muih. Satu lg masalahnya org ramai tp tempat duduk terhad/ full.., kebetulan kami pergi time peak hours, time lunch hour..pkl 2ptg, lama gak la berdiri menunggu meja kosong..,alhamdullillah ada rezeki merasa, kali ni Mr. Papa mmg bersabar betul sbb dia sendiri yg bawa kan lgpun kata xde agenda lawatan, just percutian JJCM..hehe..

Ini baru beratur nak bayau makan sampai ke luar² panjangnya barisan..


Aduihai, sekali lg adik xde mood sbb tidonya terganggu..
jalan jemmed sampai tertido² adik, mulanya Mr. Papa nak bawa kami g jln² bandor, ermmm tp time cuti umum ni jln nak g bandar hilir sesak teruk, kami tersekat nak sejam at lastnya Mr. Papa patah balik terus ke Klebang.., Papa kata kita g minum dulu nanti baru papa bawa g jalan, kita jalan ke JJ @Aeon je..bawa abg n adik main..


Menu kami..nasi lemak sampai 5 bungkus ko.., nasi lemak bungkus dia sedap weiii..mama mkn 2 bungkus, lg 3 bungkus tu papa makan sekali dgn anak², anak² kalau ada Papa dia mmg nak mkn bersuap dgn Papa nya aje.., kuih muah dia pun sedap, semua menu abis kami makan..hehe


Muka happy..puas JJCM..


Pada pendapat Mama setelah merasa Coconut Shake di kedua² tempat di Melaka ni, kedua²nya pun sedap, dua² mama minum sampai abis, cuma x dinafikan mestilah yg original lg sedap sbbnya yg original klebang ni dia punya coconut shake halus sikit kalau yg dkt Batu Berendam tu dia ada rasa kasar isi kelapa tu, mmg kalau tgk masa dia blend mmg byk isi kelapa dia letak n maybe dia saje blend x halus or mmg dia ada campur isi kelapa potong halus² ke mama x pasti, tp bila minum mmg terasa berbiji isi kelapa sikit n dia ada letak coklat rice. x kisah la yg penting dapat merasa dua² tempat..

Sekian, N3 JJCM Melaka, w/pun JJCM di 3 tempat je sepanjang cuti² merdeka 3D2N, Mama tersgtlah rasa berpuashati n happy...sbb mama ni kan mmg food lover a.k.a kuat makan :p, anak² pun happy sampai x mo blk, nak tido Melaka lagi..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. Salam. Hee seronok jalan jalan cari makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      hehe..mestilah srnok dpt jalan² cari makan , lg² jalan² cari makan tempat yg kita x pernah pergi kan..

      Delete
  2. Hi, boleh kunjungi A Famosa Resort lain kali :) 5* Villa 827

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
  3. Alaaa..klebang lg sdp ye sis?br nk try yg kt batu berendam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut tekak dan selera masing2 jgk dik, k.eija rasa coconut shake klebang lg sedap sbb dia blend halus, yg batu berendam tu terasa mcm isi2 kelapa dia yg keras tu dan dia tabur chocolate rise so rasa manis sikit..., kesimpulannya dua2 pun sedap...hehe.

      Delete
  4. xpernah lg sampai sini, cuma pernah sampai Teluk Intan
    pekena Air Kelapa Lemon + asam boi, kaw2.. Jalan Sultan Abdullah (kalau tak silap)

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails