Monday, September 29, 2014

Rombongan Menghantar Adik Kahwin | Tertinggal Hantaran ! | Hantaran Kedua² Belah Pihak

Assalammualaikum,

Apa...? betul ke semua hantaran telah dibawa keluar dari kereta ni, ujar si ibu kepada anak bongsu kesayangannya yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai suami orang esok malamnya, si ibu  yang memang telah bersusah payah menyiapkan semua hantaran sudah mula kegelisahan dan tidak senang duduk. Betul lah ini je yang ada dalam kereta apit..semua dah dibawa turun, si ibu terus-terusan menyuruh si anak double check dalam kereta semua orang.., si anak ini pulak sudah lah berdebor nak jadi suami ditambah pulak dengan kejadian yang baru didengar ini membuatkan  jantungnya bertambah berdegup kencang sehinggalah terfikir dan terkeluar dari mulutnya memberitahu si ibu untuk berpatah balik ke rumah semata² mahu mengambil baki hantarannya yang tertinggal..., owh walaupun ini kerja giler tp itu sahaja yang terlintas di fikirannya ketika itu...

Ececehhh..tetiba plak nak intro ala² novel.., hahahaha...sorry x pandai pun nak menulis gaya penulisan novel ni..baca novel je pandai..tulis x pandai tau..

ok straight to the point..., ye setelah selamat sampai di rumah penginapan , perkara pertama setelah sampai off coz la mengeluarkan kesemua barangan dari dalam kereta dan sebagai seorang ibu yang menguruskan segala hal perkahwinan adik ini, my mum terus fokus pada barang hantaran adik, iyelah itu antara barangan penting untuk majlis perkahwinan adik ni.., tp bila kesemua barang sudah diturunkan my mum perasan barang hantaran yg ada tidak cukup, 2-3 kali dia tanya adik, ' betul ke ni, ni je hantaran yg ada dalam kereta engkau', tetapi setalah 2-3 kali jgk check dlm kereta makanya sahih la yang ada hantaran tertinggal..kecoh la sekejap kami semua ketika tu, perkara ni bkn sahaja pengantin dan mak pengantin berderau, kami semua pun berderau darah dibuatnya dengan adik yang tetiba nak buat kerja giler nak berpatah balik ke KL..uiii...awk tu bakal pengantin jgn nak buat kerja giler, my mum yang panik pun boleh plk ckp dia nak ikut adik balik...owhh..no..no...bkn dekat tau KL- Kelantan , kita br sampai dgn perjalanan 10 jam nak patah balik..

Macam mana plk hantaran boleh tertinggal..? ekceli miss communication, barang² hantaran tu semua mmg my mum dah siap asing²kan dan kami semua nampak dan perasan my mum siap bungkus semua hantaran dalam plastik dan dengar my mum pesan masukkan semua brg hantaran yg dalam plastik hijau dan box ni tau.., Plastik hijau tu berada di atas box, yg my Adik dengar..semua hantarannya yg berbungkus dalam plastik, x tau plk yg dalam 2 box tu adalah hantaran jgk yg perlu dibawa masuk dalam kereta . Selepas masukkan kesemua hantaran yg berbungkus dlm plastik, hati dia mmg terdetik rasa hantaran dia mcm sikit je, so My Adik tanya dgn my mum..betul ke ni je hantaran yg dibawa mcm sikit je, my mum jawab 'insyaallah cukup semuanya, sbb semuanya mmg ummi dah buat cukup²'. Miss communication nye disni my adik x tau yg 2 box tu adalah hantaran dia so dia x bawa la box tu masuk kereta dia sbbnya kereta pengantin mmg untuk bawa brg hantaran je, dia beranggapan yg box tu akan masuk dalam kereta lain, yang kami pun sbb mmg dah diberitahu kereta kami bawa beg je xdelah plk double confirm ttg box tu..aduiihaii...sbnrnya pagi tu kalut dgn masalah kereta my adik yg terkunci lagi..ermm hikmah kereta adik terkunci, kalau x terkunci bertolak kul 5 pg lagi byk agaknya brg yg tertinggal..

Dalam pada kalut² memikirkan ttg hantaran yang tertinggal tu, tetiba adik dapat call daripada kawannya inform yang dia nak pergi ke kenduri My Adik dan mungkin ini yg dikatakan rezeki, kawan adik tu BFF dia baru nak bertolak dari KL ke Kelantan jam 12 mlm nanti, masa dia call tu jam 9.00mlm, my adik terus minta tolong BFF dia pergi ke rumah my mum untuk ambil brg hantaran yg tertinggal tu, terima kasih sgt² kepada kawan my Adik tu kerana jadi penyelamat kepada keadaan yang x diduga ni walaupun dia sendiri terpaksa jg bersusah payah dari rumah dia di Cheras ke Shah Alam untuk ambil kunci rumah my mum yg ada pd Adik Lelaki Mama yg sedang bekerja di Shah Alam, dr Shah Alam berpatah balik ke Cheras untuk ambil hantaran Adik dan terus bertolak ke Kelantan. Semoga Allah membalas jasa baik BFF my Adik. 

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kami bersyukur kepadamu Ya Allah kerana memberikan kami jalan penyelesaian yang tidak diduga..Terima kasih Ya Allah diatas limpah rahmat yang engkau berikan..

**********************************************************************************************

HANTARAN KEDUA² BELAH PIHAK

Alang² dah story ttg hantaran, mama kongsikan jgk la hantaran daripada kedua² belah pihak..

Hantaran Daripada Pihak Lelaki 
  • 10 dulang hantaran termasuk 1 dulang untuk Kakak Pengantin Perempuan sbb langkah bentul
  • Digubah sepenuhnya oleh my mum sendiri kecuali sirih junjung 
All The Hantaran daripada Pengantin Lelaki untuk Pengantin Perempuan




Kasi Zezoommm satu persatu hantaran...


1. Sirih Junjung
(diberi semasa majlis akad nikah)


2. Cincin, Gelang dan baki wang hantaran
(diberi semasa majlis akad nikah)


3. Jam Tangan Bonia


4. Handbag


5. Telekung


6. Perfumes


7. Kasut


8. Buah²an


9. Coklat


10. Sepersalinan Kain Pasang untuk Kakak Pengantin Perempuan


Hantaran Daripada Pengantin Perempuan
  • 11 Dulang Hantaran
  • Kek Pengantin disponser khas oleh BFF pengantin (My Adik n Wife dia satu tempat study kiranya BFF kedua² Pengantin la..)

All The Hantaran Daripada Pengantin Perempuan Untuk Pengantin Lelaki



Kasi Zezoommm satu persatu hantaran...

1. Biografi Agung Rasullullah


 2 dan 3. Sireh Junjung dan Cincin
(diberikan semasa majlis akad nikah)
gambar cincin x dan nak snap..:p



4. Bunga Telur dan Manisan Wajik


5. Jam Tangan Fossil



6. Kemeja


7. Kasut


 8. Perfumes


9. Wallet dan Belt


 10. Kek SR (sponser drpd BFF kedua² Pengantin)


11. Buah²an


terima kasih kerana sudi membaca, mama suka cerita panjang berjela..:p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. huhuhu .. naya jugak kalau tertgl barang .. jauh tu.. mujo ada kawan adik tu .. walaupun ssh payah kena amik kunci dulu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg naya sgt.., nasibla ada penyelamat..mmg sgt berterima aksih pada kawan adik tu, kalau x, x dapat dibayangkan adik n mak k.eija sanggup nak berpatah semula ke Cheras..

      Delete
  2. nasib baik ... klu tak malu jg kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah malu dibuatnya dh la brg yg tertinggal tu semua yg utama mcm handbeg, perfumes, kain, jam tgn dan telekung, kalau buah²an, coklat dan kasut yg tertinggal mungkin la boleh beli je dkt kelantan kan..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails