Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Thursday, October 2, 2014

Dugaan Malam Sebelum Outstation | Kisah Sadis..Kereta Rosak!

Asssalammualaikum

Minggu ni bz sikit sbb baru blk drpd outstation. Oustatation terakhir for year 2014 buat Mama ialah ke Miri, Sarawak pada 22hb - 26 Sept. 2014. Alhamdullillah dah selamat pun pergi dan balik w/pun diduga dengan masalah kereta rosak teruk malam sblm nak outstation. 

Ya Allah ya tuhanku memang tak terjangka dek akal perkara ini akan berlaku disaat² ketiadaan suami disisi dengan malamnya tu Mama dan anak² nak bermalam di Putrajaya (Rumah Adik n Tq to my adik yg tolong jagakan anak² sepanjang Mama outstation) sbb flight Mama ke Miri seawal jam 10.15pagi (22.09.14) dan my son Khair Zaquan pun ada lawatan ke Kidzania pada 22.09.14 berkenaan.

Selepas Isyak lebih kurang jam 9.00mlm pada ahad malam (21.09.14) Mama pun get ready nak bertolak ke Putrajaya. Malam tu masa nak masukkan beg ke dalam bonet kereta selepas start enjin mama perasan kenapa plk ekzos kerata ni keluar air mcm air paip pastu berasap, terus tutup bonet dan masuk semula dalam kereta untuk meneruskan perjalanan, tp disebabkan hati x sedap ternampak ekzos berasap mcm tu Mama pun terus la call Mr. Papa bgtau mcm pelik sgt kenapa ekzos tu keluar air laju, time ni enjin masih boleh dihidupkan, elok je tgh bercakap dgn Mr. Papa tetiba terdengar bunyi enjin dah macam enjin motorbot, bgtau la Mr. Papa, Mr. Papa kata tekan minyak kuat², ermm..tekan punyer tekan..terus terstop enjin, ahhhhh sudah..mcm mana ni...kereta baru pakai 3 bulan x kan dah buat hal?

Terus terfikir ni mesti keje anak² sbbnya sehari sebelum kejadian, anak² dok membasuh kereta mama dia ni.., teringatkan air yg mengalir dr ekzoz tu terus tanya pada si Abg ' Abg ada masukkan air dalam ekzos kereta Mama ke, air keluar byk ni dr kereta Mama?, Abg pun menjawab 'mana ada, abg basuh kereta je, abg xde masukkan air pun', berulang² kali tanya dia, jawapan yg sama jgk dapat, tp bila Mr. Papa dok tanya dia thru call time tu, baru la dia mengaku 'haah dia ada masukkan air dalam ekzos kereta Mama'. Nak marah pun terkedu dah sbb enjin kereta dh x boleh hidup dh pun.., Mama budget masalah bateri je bila kereta terberhenti tgk lampu merah menyala dkt icon bateri. Mr. Papa plk dok bising² mcm mana boleh jd mcm ni, yg kita ni dh kalut² 3 beranak nak memikirkan kereta rosak, esok nak outstation, fligt pagi, zaquan nak pergi lawatan lagi...

time ni terasa mcm Mr. Papa x membantu utk menenangkan langsung, serabut kepala lg ada la sbb dia dok keep calling nak marah² kitaorg..(tp sbnrnya Mama paham maunye x bising, kereta br pakai mcm mana boleh rosak plk, tau plk anak yg buat, knape plk mama x tgk anak betul² kan, lps tu yg plg sakit kepala berapa plk kos nak byr kereta tu nanti). Mama terus call my Adik Lelaki @Ateh Cu Zaquan n Ziqry, dia la yg tolong suggest call honda assist (HIP) terus untuk tgk kan kereta n dia terus tolong mama dapatkan contact no utk call honda assist (HIP) tu. 



Mama pun terus call bgtau kereta x boleh hidup n bgtau tak tahu punca. Pihak Honda Assist bgtau semua service centre dh tutup waktu mlm ni, yg mampu dia tolong pun panggilkan mekanik yg berdekatan utk dtg tgk, mmg cepat je mekanik ni sampai. Lebih kurang dalam 10- 15 minit mekanik pun sampai, dia try start enjin je dia tau dah ini bkn masalah bateri, dia terus kata ni masalah api x sampai ke enjin, minyak x sampai, Mama pun terus persoalkan soal minyak??, minyak penuh tu mama isi full tank pd hari Jumaat sbb tau nak outstation x mo la kalut² pagi nak kuar outstation br nak isi, 'iye kak ni bkn masalah bateri, mustahil kereta baru 3 bln pakai ada masalah bateri, kalau dengar bunyi enjin, ini masalah fius'.

Bila mekanik sendiri dh ckp mcm tu, terus sekali lagi Mama ter recall kejadian semalam sebelum kejadian, selain drpd anak² dok sibuk membasuh kereta mama dia, diaorang jgk sibuk nak mandi dkt luar ptg tu w/pun ptg tu hujan renyai², Mama dh jd macam singa suruh diaorang masuk pun diaorang buat perangai xmo dengar kata, Mama pun mula la terkeluar ayat yg x sedap didengar 'ok nak sgt main kat luar kan, haaa main la sepuasnya sampai demam, esok demam jgn nak nangis² dkt Mama', mama terus tutup pintu rumah, tp adalah dalam 10 minit mcm tu Mama bukak pintu semula dan suruh diorang masuk time ni dh mmg siap dgn rotan² sekali nak libas kalau x dgr kata jgk, time mama pegang diorang tu dgn baju basah²nya, mama mmg terbau bau minyak petrol, Mama mmg tanya diorang 'kenapa bau minyak ni, korang main minyak ke, mcm biasa la diaorang menafikan n evidence pun xde, x nampak pun tank minyak kereta terbuka or ada botol minyak yg diorang main. 

Disebabkan dh ter recall akan kejadian bau minyak petrol ni, Mama pun terus la tanya Zaquan depan mekanik tu 'abg ada buka tank minyak ni ke, ada isi air dlm tank minyak ni ke', mula² dia x nak ngaku, tp bila mekanik ni sendiri tanya pada dia' boleh plk dia ngaku, dia kata adik masukkan air paip dalam tank minyak.., aduihai anak..maknanya confirm la ini keje korang berdua. Time tu jgk mekanik terus bgtau, ' masalah mcm ni insurans x cover tau kak, lgpun anak akak sendiri pun dah ngaku dia buat' 'owh ye ke, rosak teruk ke kereta saya ni?' ' teruk jgk la kalau sampai air dah bercampur dengan minyak ni, umpama akak masukkan diesel dalam kereta akak, kalau air yg dah bercampur minyak ni sampai ke enjin, silap² rosak enjin akak ni, sekarang sy mmg x boleh nak tolong akak start enjin kereta ni, kalau akak nak selamatkan kereta akak, mmg jgn hidupkan enjin dan jalankan kereta, kena toing/tarik kereta ni terus ke service centre/bengkel terus, nanti dia akan bersihkan/keluarkan minyak dari tank, pastu tgk la kalau dh air sampai fius kena ganti 1 set fius, 1 set tu mahal jgk kak estimate dalam RM2k-3k' .

huarggg..time mekanik ni dok explain masalah kereta ni dgn kos yg maybe kena bayau dkt mama, air mata mama dah mengalir (mmg nangis sampai bengkak² mata weiii), mamat mekanik yg tgk mama dh mula nangis pun rasa kesian agaknya 'dia pun dok tenangkan 'biasalah kak anak nak membesar, sabar je la, sy bgtau ni estimate price je, harga yg sbnr tu sy x tau la. Dalam kepala Mama masih jgk fikir mcm mana aku nak g outstation ni, kereta rosak dah, still jgk pujuk hati tanya sekali lg dkt mekanik tu ,' mmg x boleh repair mlm ni jgk ke, sbb sy nak outstation awl pg esok', 'kalau akak nak sy jumper n cuba start juga kereta akak ni, boleh je sy buat, tp rosak teruk nanti kereta akak, kereta akak ni baru 3 bulan pakai ni, 'ermmm ok.., mcm mana nak toing kereta ni', ' xpe akak call semula Honda Assist tu nanti dia bgtau insurance suruh toing kereta, akak bg la kunci kereta akak ni dekat family akak, esok pg org insurance hntar org toing kereta' , 'owh ok'. Tup² malam tu jgk toing sampai, mamat mekanik tu tolong call kan maybe sbb mama bgtau 'sy kena settlekan malam ni jgk kereta ke bengkel'. 

Dalam masa yg sama lps mekanik tu bla, Mr. Papa keep calling tanya perkembangan n Mama pun ada inform dkt wasap group officemate bgtau masalah yg mama alami, terima kasih jgk buat kawan² yg mmg bg semangat x putus² dan ada yg sanggup nak tolong dtg amik tp jalan terbaik nak x nak terpaksa minta tolong family juga, kalau boleh xnak susah kan family dan kawan² kalau benda ni boleh disettlekan sendiri, Mama dah call family Mama inform tp kebetulan ketiga² adik lelaki Mama pun sedang bekerja, 2 org adik lelaki mama pun sama outstation, kalau x, mmg diorang xde masalah nak bantu Mama, Mr. Papa ckp, better try call Ayah kalau semua org mmg xde sbb Ayah yg paling dekat dgn rumah kami sekarang, itu yg nak x nak terpaksa jg minta tolong pada family mertua selepas semua cara mama cuba selesaikan sendiri, akhirnya mama call FIL bgtau boleh tak tolong ikut sama ke service centre utk tarik kereta,time tu dah kul 11mlm kalau x silap sedang elok plk FIL ada dkt rumah dan dtg pada masa yg sama dgn trak toing sampai..dr sepatutnya bertolak ke Putrajaya pkl 9 mlm, akhirnya nak dekat jam 12mlm br gerak ke Putrajaya..Terima kasih sgt² pada FIL n MIL yg byk membantu uruskan masalah kereta daripada toing kereta ke Service Centre Honda, Hantar Mama n anak² ke Putrajaya dan tolong uruskan masalah kereta semasa mama outstation hinggalah sampai kereta Mama tu siap diambil. Alhamdullillah kereta siap pada hari Sabtu dengan kos RM1.7K..

kena ganti 1 set Fuel Pump Module
1 set F/Pump ni je berharga RM1,546.64 nasib ada diskaun 15% - after less RM1,314.64
plus petrol charge RM50 + Service Injector RM185 + Labour Service RM200 + service charge 6% (RM12) total kos RM1,761.64. Huargghhh menangis nak menyelesaikan kos repair kereta..(nasib bulan ni Mama dpt duit kutu)


Mana nak jangka kan, bendanya dah berlaku pun..memang mama pun salah disini sbb terleka membiarkan anak² bermain diluar tanpa pemantauan sbb selama ni dioarang x pernah pun main luar jauh daripada rumah, diorang selalu main dgn anak² jiran sebelah rumah, anak² jiran pun selalu keluar masuk masuk rumah kami, mana nak jangka sel² otok dia sangat lah berhubung sampaikan dia terfikir main² isi minyak gunakan air. Ramai jgk yg persoalkan mcm mane dia boleh buka kunci kereta dan buka tank minyak, oh my Zaquan dia tau buat semua benda tu sbb kami biasa buat keje bersama² sejak Mama drive sendiri ni, bila time Mama nak isi minyak dia org yg pertama akan turun dan tolong buka kan tank minyak, kalau boleh dia nak tolong tuangkan minyak, tp tang isikan minyak tu Mama mmg x pernah bg sbb takut terlepas, agaknya sbb tu la dia teringin sgt nak isi minyak dlm tank, pili paip tu dia anggap mcm dia sedang isi minyak...

Malam kejadian tu, mama mmg x sedap hati selagi x tau masalah yg sbnrnya ttg my car, jam 1.30pg Honda Assist call inform yg esok pagi kena jumpa service Manager utk check masalah kereta, x boleh tido dibuatnya w/pun tau esok kena bangun seawal jam 5pg, nak kena kejar ERL jam 8.00pg, kiranya Mama outstation dengan hati yg sgt x tenang..:'(, tp alhamdullillah perjalanan mama dipermudahkan, sempat jgk naik erl jam 8.02pg n sempat la pergi Golden Lounge utk yg pertama n terakhir kali (kemudahan utk lepak Golden Lounge berakhir 31 Dec 2014 ni) dan lepas call minta ayah tolong tgk kan kereta dkt service centre br lega sikit.

The Moral Of The Story, kita mmg x boleh terleka barang sedikit utk memantau anak² walaupun x dinafikan time dia buat keje tu selalunya time kita sedang sibuk buat kerja rumah, memasak, time kita keluar sidai baju, dia pun sibuk keluar dan akhirnya berjaya keluar bermain di rumah jiran sebelah, yg kita ni dok igt selamat dah dia dok rumah jiran, rupanya dia ada keje lain yg bergeliga...

Kesan daripada kejadian ni, anak² tidak dibenarkan langsung keluar daripada rumah untuk bermain di luar rumah, main basikal pun x boleh apatah lagi melepak di rumah jiran, anak jiran pun x dibenarkan masuk dalam rumah oleh Mr  Papa, Mama la yg kena galas amanah itu sbbnya skrg ni kami bertiga di rumah. Bila dh jadi mcm ni, kesian pun ada dkt Zaquan, dia tau dia salah, dia tau dia dh x boleh nak keluar rumah main dgn kawan baik dia lagi, yelah kunci dh kena sorak, bila dia tgk kunci xde, xdelah dia nangis melawan, tp dia nangis sedih..dia nangis sedih teresek² sendiri dan terus naik atas tgk tv.., mau nye hati mak x sedih tgk dia bersedih, tp itulah abg..anggap je la ini pengajaran buat abg dan mama..

Sekian, kisah sadis saya..:'(
n3 auto publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

4 comments:

  1. Ya allah kesiannya kak eija ... Anak2 mmg pntg kt leka sikit mulalah dia org buat peojek

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sedey sgt.., tp benda dah jadi pun pengajaran buat kami supaya lepas ni lebih berhati²..

      Delete
  2. Astaghfirullahal'aziiimmm.... itulah Eija memang ujian betul. Kereta baru anak-anak pun exited sama. Sambil mencuci mereka tak terfikir akibat dari apa yg dibuatnya. Biasa org ada masalah air begini kalau kena banjir tapi Eija pula memang senjaga dituang air. Sedihnya... anak-anak tengah ligat Eija tak boleh leka sikit. Memanglah kena marah sebagai memberitahu kesalahan kalau tak mereka tak faham... Sabar ajelah..

    Selamat Hari Raya Haji dari kakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, selamat hari raya buat k.zakie jgk..

      itulah masa kejadian tu cuma mampu membebel je dkt dia bg peringatan jgn buat mcm ni lagi kan dah menyusahkan kita semua..,xdela sampai naik tgn tp denda dia dgn x bg dia keluar bermain bebas² diluar lg sbg pengajaran buat dia..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails