Thursday, October 9, 2014

Lawatan Tadika ke Kidzania & Aktiviti Tadika Bersama Bomba

Assalammualaikum,

Seronok Abg Zaquan dapat pergi lawatan ke Kidzania, nak tunggu Mama n Papa bawa entah bila la, kebetulan Tadika ada buat lawatan ke Kidzania so bagi je lah dia join, lgpun jarang sgt tadika Generasiku tu nak buat lawatan ke tempat² yg besh mcm ni, selalunya diorang punye lawatan asik ke Balai Bomba je...hehhe..(setiap tahun diorang ada aktiviti bersama Bomba), kali ni ke Kidzania pada 22 September 2014 (Isnin) dengan bayaran RM90. Ermmm..x pasti la murah ke mahal rates yg dikenakan oleh tadika ni, sbbnya kalau tgk pd website tiket masuk ke Kidzania seperti berikut:

Entrance Fee
Fees Structure
AgeGuestFee
Ages: 0 – 1BabyFree
Ages: 2 – 3ToddlerRM 35
Ages: 4 – 17Kid (Malaysian)RM 60
Ages: 4 – 17Kid (International)RM 75
Ages: 18 – 59Adult (Malaysian)RM 35
Ages: 18 – 59Adult (International)RM 50
Ages: 60+SeniorRM 30


Tapi kalau untuk rates school visit lain plak, dia ada banyak pakej, boleh la tgk dekat website Kidzania kalau nak tau info lanjut. So pada mama x kisah la kalau mahal sikit RM90 ni sbb dah termasuk la sekali kos pengangkutan dan makan kan sbb diaorang pergi pagi sampai ke petang, dimaklumkan oleh Cikgu jam 6ptg baru sampai school, yang penting anak happy.

Menarik n bagus sbnrnya Kidzania ni, satu tempat yang memberikan pendedahan ttg dunia pekerjaan kepada kanak², bg diaorang rasa mcm mana sbnrnya dunia pekerjaan ni kan..diorang diberi peluang secara praktikal untuk setiap pekerjaan.

See..happy faces

mewarna ye abg, ini kunun² jd pelukis la agaknye..


Wah kusyuknya..


Hasilnya boleh bawa balik..
hehe..tp sorry la my son Zaquan ni kurang berseni sikit, dia mmg x minat pun mewarna..
dia ckp, abg punye lukisan warna x sempat habis sbb cikgu sibuk amik gambar abg..
hahaha..sabar je la abg ni, mcm la mama x tau abg mmg x minat mewarna ni kan..


Pic bersama kawan²
yang ini jd juruteknik TNB 



Pic as a Doctor..

Pic ni cikgu bagi siap dgn frame Kidzania maybe dh masuk dalam pakej school
adalah kenangan pernah masuk Kidzania kan..


Pada hari lawatan Zaquan ke Kidzania ni Mama outstation ke Miri + dengan susah hati kereta rosak lg, so mama xdapat la nak tau reaksi dia sbnrnya slps lawatan, kebetulan Cikgu yg wassap dulu gambar² ni, Mama pun terus tanya dengan Cikgu, dia happy ke x pergi sana, lega bila cikgu bgtau dia happy sangat.

kalau pergi sendiri mesti puas bergambar², tp g lawatan tadika ni xkan cikgu nak snap pic anak kita je kan, dah ambil 3-4 keping pun ok la, janji ada jgk. Insyaallah kalau ada rezeki Mama n Papa bawa Abg Zaquan pergi Kidzania lagi kita bawa Adik Ziqry sekali ye..

**********************************************************************************************
Aktiviti Tadika Bersama Bomba

Kebetulan citer pasal lawatan tadika Abg, ni mama share pic² Zaquan join aktiviti bomba anjuran pihak tadika bersama bomba. 

tak igt bila tarikhnya, Zaquan ada lawatan ke Bomba KL.
excited je dia bila diberitahu nanti abg ada lawatan ke KL
tp kena bgn awal tau sbb 7.30pg dh kena sampai school sbb nak naik bus..


Dapat hamper sbb join pertandingan mewarna cikgu kata
Alhamdullillah w/pun dia x suka sgt pun mewarna tp dia suka join aktivti² yg dianjurkan..
dah 2 kali Zaquan bawa blk hamper sbb join pertandingan mewarna anjuran bomba ni


Bersama kawan²


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. Kakak rasalah Eija memang budak-budak suka ke Kidzania. Anak kakak yg dah sebelas tahun pun suka apa lagi Zaquan. Seronoknya mereka bercerita sebulan tak habis.

    Tahniah buat Zaquan sebab dia aktif memang patut dpt hamper... galakkan dia selalu eija.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itulah kak, pengalaman baru buat mereka

      terima kasih kak, mmg selalu galakkan dia aktif ..

      Delete
  2. Bagus ke kidzania kan lagi pada anak-anak. Good exposed :) nak tunggu alfateh besar sikit baru nak bawak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu good exposed buat anak²..:)
      yelah kalau dh besar sikit lg berbaloi bawa sbb at least dia dah paham sikit..

      Delete
  3. samalah amir pun x suka mewarna, tp baru² ni dia macam dah teliti sikit.. kalau dulu semua satu warna jer.. skrg dah pandai jgk buat warna ikut kesesuaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ok la kalau ada improvement, ermm.. Zaquan ni mewarna ikut mood tp mmg nampak la dia x minat sgt sbb kalau bdk yg betul² minat mewarna ni mesti pantang nampak kaler dgn buku kan mesti nak terus mewarna.., tp nasib baik dia jenis minat join aktiviti sekolah, kalau cikgu offer nak join pertandingan mewarna tak, laju je dia kata nak..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails