Wednesday, October 8, 2014

Cuti Hari Raya Aidiladha | Movie Time | Planes : Fire And Rescue

Assalammualaikum,

Ini citer cuti umum Hari Raya Aidiladha pada hari Isnin (6/10/2014). Yeay Mr. Papa nak bawa kami berjalan sebelum Abg n Adik g bercuti dengan Atok n Nenek di PD pada 7 - 9 /10/2014 sebabnya kami x dapat nak join sekali percutian di PD tu kali ni, jadinya gunakan la masa yg ada ni utk habiskan masa bersama anak² dengan bawa mereka menonton wayang...yeay..movie time..

Macam biasa filem pilihan mestilah comedy animasi yg bersesuaian dengan selera dan minat anak². Kami decide tgk movie Planes: Fire And Rescue yang merupakan sekuel daripada movie Planes. Masa movie Planes dulu pun kami tgk wayang jgk..hehe. Abg n Adik kan peminat setia Cars, Planes ni kan adik beradik dgn Cars..hehe, so now peminat setia Cars n Planes. 

Movie :- Planes: Fire And Rescue
Masa :- 4.35pm
Tempat :- GSC Alamanda.


Ekceli movie ni dah lama jgk ditayangkan di panggung, tp kami baru tau ada sekuel movie Planes ni..


Review Movie :
Pada Mama ok la, straight to the point je cerita dia kali ni, jalan cerita yang mudah difahami, berbanding dgn Planes yg sebelum ni permulaan cerita dia yg agak slow, sampaikan Mama pun tertido tgk..hehe, tp Planes: Fire & Rescue kali ni mama tengok sampai habis tau, Zaquan lagi la siap boleh hafal skrip. Planes: Fire & Rescue kali ni mengisahkan tentang Dusty yang beralih angin menjadi Kapal Pemadam Api plk (firefighter). Segalanya bermula apabila Gear Box Dusty mengalami masalah dan dimaklumkan bahawa Gear Box utk kapal terbang keluaran berkenaan sudah tidak ada dipasaran dan sekiranya Dusty ingin meneruskan jgk cita² nya sebagai juara penerbangan laju dgn masalah Gear Box yg dialami, risikonya adalah tinggi dimana kapalterbang akan terhempas dan seterusnya enjin akan rosak teruk dan mati . Pada mulanya Dusty tidak dapat menerima kenyataan dan cuba juga untuk terbang tinggi sehingga dia telah menyebabkan kemalangan dan kebakaran pada Popwash Juntion Airport dan seterusnya menyebabkan Airport diarahkan ditutup, ekoran daripada inilah demi memastikan Airport boleh terus beroperasi, Dusty membuat keputusan untuk pergi ke Taman Nasional Piston untuk join forest fire dan unit rescue bagi mendapatkan sijil sebagai firefighter. Disini lah kemuncaknya movie ni kisah Dusty mengikuti latihan yang diketuai oleh Blade Ranger sehingga berjaya mendapatkan sijil walaupun menyebabkan beliau akhirnya terhempas, tetapi dapat diselalamatkan dan akhirnya Gear Box dia dapat diperbaiki. Dusty pulang ke tempat asalanya bersama team barunya dari Piston Park dan seterusnya meraikan kemenangannya sbg firefighter dengan persembahan penerbangan fire & rescue di Airport yang telah pun dibenarkan utk dibuka semula. 

***************************************************************************************************************

Memandangkan wayang start petang n kami pun sampai awal di Alamanda, so kita lepak mkn n minum di Rasa Foodcourt dulu la ye..

Sejak balik dr bercuti ke Melaka hari tu, Abg Zaquan dh pandai minta nak minum Coconut Shake tau..penangan coconut shake Melaka, alaa..tp sbnrnya kami tau Abg Zaquan suka coconut shake sbb ada icecream diatasnya. Coconut Shake Rasa Alamanda ni pun sedap jgk tp mahal la harganya..segelas RM4.90.

 'Abg nak makan icecream coconut shake ni sorang² tau, Mama minum air dia, abg makan icecream dia..'

bertuah sungguh mmg dia bedal icecream tu sampai abis..


x kan lepak minum je kan, lama dh rasanye x pekena sizzling yee mee.. ini 2 orang budak botak sangat kuat makan woo..sib baik mau berkongsi makan time ni..


Selesai makan, kami pun terus terjah semula tempat wayang, hari cuti ramai giless org, beratur nak beli popcorn je nak dekat setengah jam, sementara Mr. Papa beratur nak beli popcorn, kami bergambar² dulu la ye..

erkss..seram..tp Abg n Adik ada hati tu nak tgk movie seram ni, 
x boleh la syg..nampak tu P13..awk berdua tu bawah umur lagi..
tp kalau Abg n Adik xde, confirm Mama pun ada hati nak tgk movie Annabelle ni sbnrnya..



Coming Soon..Penguin Of Madagascar, Insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki, kita tgk movie ni ye..



Coming soon ni byk plk movie comedy animasi dok layan trailer before movie start besh² la plk semuanya..

Ok dah happykan papa dh bawa tgk wayang, jom balik..nak kemas beg baju abg n adik..malam ni abg n adik tido rumah atok n nenek tau.., abg n adik kan nak pergi mandi kolam n laut.

Malam tu pkl 11 mlm baru kami hantar abg n adik ke rumah FIL n MIL tp kebetulan nampak FIL n MIL lepak minum di Impian, kami pun sama la terus g ngeteh dulu lepas tu baru hantar, lewat mlm jgk la baru hantar, tp adik mmg betul² teruja nak tido rumah atok n nenek siap blk naik kereta atok n nenek, Abg plk yg mat leleh mlm tu nangis bila kami hantar dia tido rumah atok..tp biasala nangis skjp je..tgk gambar esoknya kemain happy memasing..sampai² PD terus terjah Pool n Pantai la..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. dah nampak besar panjang dah zaquan ni .. agak2 die ingat lagi tak fahim ek ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dah besar panjang dh diorang ni..
      ehh mestilah igt, plg dia igt masa fahim punye gigi dh tanggal..beriye dia cerita..

      Delete
  2. bestkan time happy2 dgn anak2 camni. suka bwk anak2 jenjalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..best tgk anak happy kitapun happy..lgpun mama dia ni pun jenis kaki jln..hehe

      Delete
  3. macam seronok jer ceritanya .. tp tu lah hujung minggu bizi x sempat tgk wayang huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la cerita yg sesuai ditonton bersama anak²..
      biasalah la k.eija pun bkn selalu tgk wayang skrg ni, tp bila ada masa lapang n ada masa utk keluar n kebetulan ada cerita yg sesuai utk bdk² terterjah jgk la panggung wayang..hhee..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails