Showing posts with label Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Cuti2 Akhir Tahun / Family Trip @Cameron Highland | Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland

As Salam,

Tempat Penginapan kami ialah di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland. Kali ni Mak Usu booking Apartment 2 bilik. Tahun 2009 kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan juga, tp time tu Mak Usu booking bilik (macam hotel ) dapat 2 bilik. Kali ni dapat Apartment. Best juga..Besar dan yang penting ada dapur untuk memasak. Kalau bilik sahaja mmg tidak dibenarkan memasak.


Ini rupa bentuk Apatment nya (Apartment 2 Bilik)..^_^..

 Ruang Tamu - Luas dan Selesa

 Ruang Makan


Niat dihati sesampai jerk nak snap2 photo sekitar Apartment ni, Tapi see Ziqry dh x senang duduk dah..merengek ngekor jerk mana sweetmama pegi, terbantut sudah nak snap2 gmbo. Kakak pujuk pun dia x layan. Hahaha..lg pun en suami sibuk ngangkat barang, boleh pulak mama sibuk amik gmbo.. :p

At lastnya terus mama kemas brg, uruskan Ziqry, mandikan dia dan buatkan susu, x sangka malam tu Ziqry muntah lepas minum susu, abis basah 1 baju. Tapi Alhamdullillah Ziqry xde lah meragam sangat w/pun x berapa sihat, Malam pertama sampai masih boleh tido lena dan malam pertama juga Atok yang tidokan dia , Ziqry tertido bila Atok Dukong sambil tepuk2 dia. Hahahah..bukan Ziqry jerk yg tido lena, kami sume pun tido dgn lenanya dgn cuaca yg sejuk...

Keesokannya..bermula la agenda yg dinanti2kan..Jalan2 dengan harapan dapat petik strawberry..n berPs..

*** Kemaskini  (5p.m) - Adeii tersalah info, Td sweetmama update bgtau dok banglokan, sbb Mak usu bgtau dia book Banglo, bila check website, rupanya kategori penginapan kami ni Apartment 2 Bilik..huhu, tp yg pasti Apartment 2 bilik pun mmg best, besar & selesa ..^_^..



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails