Monday, March 17, 2014

Trip Holidays Batam 2014 | Shopping ~ Meriah Untuk Mereka Yang Gemarkan Handbags| Nagoya Hill

As Salam,

Trip Holidays ke Batam ni merupakan family trip, mcm biasa family trip daripada family mertua Mama dimana perbelanjaan Tiket Feri, Pak Supir, Hotel dan Makan semuanya sponser by FIL, kami cuma bawa duit utk shopping je, tp itupun budget Mama ciput sgt sbb boleh dikatakan time ni Mama baru balik dr bercuti Bandung dgn kawan²..huhu. ikutkan FIL n MIL nak bawa semua ahli keluarga , tp x semua family members dapat join, tp percutian tetap diteruskan bersama dengan kawan² setaman perumahan dgn FIL n MIL. Ini merupakan pertama kali Mama jejak kaki ke Batam dan kali ke-3 bg FIL n MIL.

Alhamdullillah perjalanan kami selamat pergi dan balik, percutian ke Batam yang terletak di Kepulauan Riau selama 3 hari 2 malam iaitu pada 30hb Jan hingga 1 Feb 2014 (Khamis - Sabtu). Kebetulan cuti umum Chinese New Year dan Hari Wilayah (kami cuma amik cuti 1 hari je sbb cuti bersambung² dgn cuti umum). Kami mula bertolak pada 29hb malam (Rabu) dengan memandu kenderaan sendiri dan pergi berkonvoi 4 buah kereta. (6 buah family termasuk family kami) dan selamat sampai JB tepat jam 5.00pg (30hb Jan). Perjalanan ke Batam adalah menaiki Feri dari Jeti Stulang Laut,JB.


Selamat sampai Stulang  Laut, JB.  kami parking disini dan solat suboh di masjid bersebelahan bangunan ni je.


Selesai solat suboh terus bergerak ke Terminal Feri di The Zon, muka toya je kanak² sbbnya baru bangun tido.


Kena jalan kaki sikit la ye dari tempat parking ke The Zon


The Zon 


Mak Aihhh..ramainya orang dekat terminal pelepasan/kaunter feri. Yela orang sibuk balik cuti CNY. 


Yeay dah dapat tiket Feri .
Urusan pembelian tiket diuruskan oleh FIL


Harga Tiket Feri :- Dewasa - Pergi balik - RM125.00 
                         (pergi RM81.00, balik RM44.00)
                          Kanak² - pergi balik - RM84.00 
                          (pergi RM56.00, balik RM28.00)

time nak balik dari Jeti Batam ke Stulang Laut, JB jangan lupa sediakan tax Rp65,000 seorang.



Sementara menunggu FIL uruskan pembelian tiket di kaunter tiket, kami melepak disini sampai terduduk² atas lantai, yela bangku semua dh dipenuhi dgn orang ramai.



Kami menaiki feri yg awal jam 8.00 pagi (7.30 pagi dah mula boarding dalam feri) Perjalanan dari Jeti Stulang Laut, JB ke Jeti Batam mengambil masa lebih kurang 2 jam. boleh tahan lama jgk masa perjalanannya, sempat la nak tido..


View laut dari dalam feri..


Alhamdullillah kami selamat sampai di Jeti Batam, di Jeti Batam Pak Supir dah sedia menunggu (urusan Pak Supir diuruskan oleh FIL). Yang pakai kemeja kotak² merah ni la Pak Supirnya. 




TEMPAT PENGINAPAN/HOTEL

Kami menginap di Hotel Seruni, lokasi hotel ni startegik dekat dgn tempat makan dan dekat dgn shopping mall Nagoya Hill, kami berjalan kaki je dari hotel utk ke tempat makan dan ke Nagoya Hill.

Hotel Seruni.


Our room
Not bad, selesa je bagi kami 4 beranak. Katil King.


Dilengkapi TV dan peti sejuk.
Pergi time CNY..dapat la limau 2 bijik disediakan dalam bilik..


upss..gambar sensored..sib baik kanak²  bwh umur
Bilik air ada bath tab, srnok la anak², mmg diorang tuntut nak mandi dlm tab ni.., mandi kolam katanya..



SHOPPING :- MERIAH UNTUK PEMINAT HANDBAGS

Bagi mereka yang gemar shopping handbag, Batam adalah antara tempat shopping handbag, bkn handbag je mcm² bag ada termasuk la luggage. Daripada original hinggalah ke pelbagai gred bag ada dijual. Pelbagai gred yang selalu orang dok khabar gred triple A/Copy Ori tu tp disana grednya dinilai Super Premium, Semi Premium dan Premium. Dalam erti kata lain bg mereka yg suka handbags branded tp x mampu nak beli ori byk la pilihan copy ori /pelbagai gred yg boleh tahan kualitinya.

Hari pertama sampai lps makan tengahari kami dah terjah kedai² handbags. Kedai² handbags yang kami terjah ni xde la jauh sgt daripada hotel kami, naik kereta dalam 15 minit je rasanya. Kedai² handbags ni boleh dikatakan terletak di area pekan dia juga lah, berderat² tu kedai handbags yang ado, Pak Supir hantar dan bagi kami cuci mata/menyoping sampai puas, time nak balik baru call minta dia ambil.

Begini la deretan kedai² handbags


Kiri kanan depan belakang boleh dikatanya byknya kedai handbags..jalan je la selagi terdaya..


Pilih²..Yang ini Super Premium


Yang ini Premium..


Yg murah² punye pun ada..pandai² la pilih kalau berkenan



Pelbagai jenama ada..ini antaranya coach dan gucci..


Perfume pun byk dijual disana ye..


Beriye citer pasal meriah shopping handbag, Mama shopping ke..? ermmm ...sila lah percaya Mama x menyoping langsung handbag cuma join cuci mata je..huhu. Bukannya ape dgn budget ciput Rp1juta je Mama bawa nak membeli handbag pun ala² segan gitew, dah la ada hati nak meyoping benda lain lagikan, lagi² ole² Batam...ahhahaa . Lgpun sbnrnya kalau handbags Mama lg suka beli yg original berbanding tiruan tp bkn bermaksud Mama pangkah terus tiruan sbbnya kalau copy  ori gred triple A tu still ok sbb kualitinya masih ok kan, cumanya Mama jd blur nak memilih bila boleh plk Mama pun x search dulu design² handbags yg latest n ori sblm pergi w/pun MIL dah bgtau dekat sana (Batam) nanti rambang mata tgk handbags cantik², so kalau beli copy ori pun xde la malu sgtkan. Lgpun reason kukuh x beli handbags sbb MIL baru je hadiahkan satu handbags masa dia g Batam akhir thn lepas  + Mama ni plk jenis kalau pakai handbags mmg pakai satu sampai hancus.., bkn jenis yg suka bertukar² handbags..sbb tu suka alang² beli handbags biar ori n tahan lama.Tapi kalau budget byk confirm mesti Mama rembat jgk satu yg super premium agaknye..hehe. Semuanya beli w/pun satu handbags Mama je yg x membeli tau. Owh ye kalau nak membeli tawar habis²an tau, diaorang mmg akan letak harga kaw² punye..


Ini la dia Handbags Gucci drpd Batam hadiah drpd MIL masa dia g Batam kali kedua akhir tahun lepas. Sgt² hargainya, dapat terus pakai..n mmg kualitinya ok gred AAA.


NAGOYA HILL

Nagoya Hill adalah antara shopping mall terbesar di Batam. Apa yg menariknya Nagoya Hill ni, ermm..biasalah mcm shopping mall yg lain jgk la..mcm² ada jual..hehe

Disebabkan Nagoya Hill ni berdekatan dengan hotel kami, jadinya kami berjalan kaki shj ke sana, 2 hari berturut² pergi. Time kami pergi ke Shopping Mall selalunya time petang (6.30pm hingga 9.00p.m) sbbnya senang sekali jalan je blk dari shopping mall terus singgah kedai makan utk makan malam.


Misi berjln kaki ke shopping mall
ini hari pertama pergi sekali dgn anak², 2nd day Mama join FIL, MIL dan adik ipar pergi, kanak² tinggal bersama Mr. Papa dalam bilik.



Wajibla bergambar sbg kenangan walaupun adik Ziqry sibuk memandang air pancut, Mr. Papa plk muka x senyum sbb x minat bergambar..huhu


Kanak² Riang


Masuk dalam shopping mall, kanak² riang ni yang pandai nak shopping tau.
Mmg shopping baju diaorang je..


Selesai pusing² dalam mall, kami lepak makan J.CO n pisang goreng cheese dulu di bangku² yg disediakan di ruang luar sementara tunggu yang lain² selesai shopping. Mama setakat shopping bj bdk² je so cepat je abis shopping lgpun byk kedai tutup sbb cuti CNY + budget Mama kan ciput je..hehe


So nyummeh Pisang Goreng Cheese, sedap makan panas²


Makan Malam

Makan malam kami 2 hari berturut² di area berdekatan hotel berdepan dgn Nagoya Hill , lgpun malam pertama makan rasa makanan dia ok, so hari kedua pun lepak mkn malam disini je (lupa plk nama kedai dia..hehe), gerai makan biasa je, tp rasa makanannya boleh tahan la, kena dengan tekak kami, lagipun yang menarik minat kami nak makan sbb nak rasa Murtabak Mesir, dekat sini diaorang panggil Murtabak Mesir, tp rupa dan rasanya sama je mcm Murtabak dkt Malaysia isinya daging dgn bawang.


Makan malam 1st day - makan malam sambil lepak tengok bunga api sempena CNY. Kebetulan time ni sbnrnya Bday FIL. 
Happy Bday Ayah, Happy Bday Atok drpd Zaquan n Ziqry :)



Meriah sungguh bunga api di sini, kalau nak tau mercun pun dkt sini jual secara terang²an je tau.
Pic cucu² atok srnok dpt tgk bunga api, atok yang amik gambar ni tau..


Ini la rupanya Murtabak Mesir..sama je mcm Murtabak kita disini..hehe


Adik Ziqry suka rupanya makan murtabak..


Selepas perut kenyang dan lepak tgk bunga api, apalagi balik mau tidur la..esok mau berjalan lagi..ok nanti Mama sambung cerita ek...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

17 comments:

  1. syok nye jalan2 ... leh naik feri je ek .... besh gile teringin nk pi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah diberi kesempatan utk berjln2, awal thn ni mmg berjln saje..hehe

      nak naik flight pun boleh jgk eima.

      ermm tp pd pandangan k.eija Batam ni biasa² je, maybe sbb k.eija x abis pusing kot, time kami pergi ni kedai pun byk tutup sbb CNY, .org kata kota batam ni slh satu daya penariknya SPA n Massage..tp k.eija x sempat nak g SPA pun..huhu

      Delete
  2. bestnya jenjalan!!!
    seronok je tgk uoll asyik jalan je.. jeles i.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn la jeles ayu..

      eija ni pun jenjalan sbb ada yg sponser..hehe.

      Delete
  3. bestnya kak pg batam ni, tp kalau shopping mmg kene bwk duit bnyklah baru puashati... xpe.. yg penting goreng pisang cheese tu buat sy tegroda hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan kalau g tempat shopping budget byk srnok la, k.eija ni budget ciput je tp xpelah x dpt shopping dapat jalan² tgk tempat orang pun jadila, at least dah pernah sampai dapat la gambarannye sikit..hehe

      goreng pisang cheese tu mmg sedap tau, tp kena makan panas2, kalau dah sejuk dia mcm liat sikit.

      Delete
  4. Salam, Kalau ada simpan contavt number pak supir tolong share kat mybakulbaby@gmail.com . Ada plan nak pergi. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sy xde simpan contact no pak supir tu sbb semuanya diuruskan oleh ayah mertua, insyaallah nanti kalau sy jumpa FIL sy try minta contact no pak supir tu, selalu je terlupa nak minta bila jumpa..nanti dh ada sy emeil k..

      Delete
  5. Salam, tolong share contact number pak supir, ada plan nak pergi. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sbrnya semua urusan pak supir diuruskan oleh ayah mertua, insyaallah nanti sy try minta contact no pak supir tu dr my FIL, setiap kali jumpa asik lupa je nak minta..

      Delete
  6. Boleh tau tak akk kawasan yang akk pergi untuk beli bag tu? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak sorry ye dik, x ingat nama kawasan tu dik, tp yg akak ingat dia mmg betul2 dkt tengah2 pekan/bandar dia rasanya..kawasan shop lot kebanyakkan handbag je, kalau naik kereta dr hotel yang kami duduk tu dlm 10-15 minit je.

      Delete
  7. assalam ,,dik boleh kasi kakak no fon pak supir tu x?senang kalau mahu ke sana nanti ,akak planning mahu ke sana.Terima kasih dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf kak no pak supirnya dh lost contact sbb dok tukar2 hp hilang sudah nombornya, tp FIL eija ada bagitau, dekat sana nanti ramai paksupir yang tunggu di terminal dan hotel, sebelum ni pun FIL eija kenal pak supir daripada hotel tempat dia menginap, kebetulan dpt pak supir yg ok, itu yg setiap kali dtg mesti contact pak supir yg sama tp ni dh hilang plk no. dalam simpanan.

      Delete
  8. Salam, berapa bayaran parking kereta dekat the zone tu untuk 3 hari?

    ReplyDelete
  9. Salam, brp bayaran parking kereta dekat the zone untuk 3 hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, maaf baru buka blog n baca komen..
      maaf ye dah x igt la berapa bayaran parking yang dikenakan..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails