Friday, March 28, 2014

Cuti² Malaysia 2014 ~ Rumah Rehat Slim River | Kenduri Kahwin/Rombongan Menghantar Pengantin Lelaki

As Salam,

Ini minggu lepas punye story Cuti² Malaysia, akceli mengikut rombongan menghantar pengantin lelaki (sepupu Mr. Papa) ke Slim River, Perak tp boleh la dianggap Cuti² Malaysia sbbnya kami bermalam di Rumah Rehat Slim River..hehe

Ini merupakan kali kedua la Mama bercuti/mengikut rombongan menghantar pengantin without Mr. Papa. Kali pertama hari tu ke Perak jgk (Lumut) + bersambung cuti sampai ke P.Pangkor. Ada jgk kawan Mama yg bertanya, 'boleh ek k.ct joint family mertua bercuti tanpa Mr. Papa?', ni jawapan Mama 'eh mestilah boleh, bkn ada masalah pun dgn family mertua, kalau dgn Mak Mertua tu dah mcm kawan je, dah biasa sgt lepak² minum..^_^..', lgpun ye lah Mr. Papa kan setiap hujung minggu ada kelas, jdnya Mama pun selalunya hujung minggu x kemana melainkan jika free Mama akan bawa anak² balik ke rumah Parents Mama di Bt.10, Cheras. Owhh ye, kalau nak tau Mama ni suka makan nasi minyak tau, kuat makan :p.

Percutian kali ni 2 hari 1 malam (22 - 23 Mac 2014) dimana majlis persandingan/kenduri kahwin nya berlangsung pada 23 Mac 2014. Kami bertolak pada hari Sabtu (22/3/14) dalam jam 11.30pagi FIL n MIL jemput Mama dan anak² di rumah Mama, lps tu singgah rumah Adik Ipar jemput diaorg plk, kami semua naik 1 kereta..merasmikan kereta baru Atok (Exora) yang baru keluar seminggu..mmg bau kedai lagi ni..

Ini dia cucu² Atok dan Nenek yang teruja naik kereta baru Atok, especially anak² Mama la yg mcm² ragamnya almaklumla kereta kami xde Car Audio Video, kereta atok ada..



Pening kepala Mama melayan kerenah anak² bertuah Mama ni, belum mulakan perjalanan lagi dah bergaduh nak tgk DVD, Abgnya la yg plg over semua org nak kena ikut dia nak tgk movie ape, pastu gaduh nak duduk mana, nak duduk grand stand depan skrin, skjp belakang skjp depan, sampaikan Nenek dia kata sama je ada kereta besar ke kereta kecik ke berebut jgk tempat duduk...huhu..


Org yang paling khusyuk tgk DVD, sampaikan org berhenti isi perut pun dia sanggup duk dalam kereta tgk DVD punye pasal.


Sebelum meneruskan ke destinasi yang ingin dituju, kami isi perut terlebih dahulu di Sg. Ramal, selepas kenyang perut barula perjalanan diteruskan terus menerus sampailah ke tempat yang dituju. Alhamdullillah kami selamat sampai jam 3.00 ptg di Rumah Rehat Slim River. 
Rumah Rehat Slim River


 Cantik tempat dia, rumah rehatnya pun luas dan kadar sewanya pun berpatutan RM60 satu malam. 




Usai mengeluarkan semua barang dari kereta dan dah check² bilik, landing² skjp..hehe, apalagi kita makan la apalagi, kata berehat..mmg berehat dan makan la gamaknye. MIL dah siap masak dari rumah buat bekalan makan kami semua, bukan makanan siap masak je, siap bawa dapur gas dan kuali utk masak breakfast keesokannya.

Alhamdullillah kenyang, pastu landing atas katil skjp dalam 20 minit, FIL dan MIL ajak berjalan ke Pekan Tanjung Malim, alang² kami dah sampai awal, x kan nak memerap dlm bilik je kan. Kebetulan time kami pergi ni, ada pasar malam plk dkt pekan Tanjung Malim ni, apalagi kami cuci mata di pasar malam la, aduihai sekali lagi diuji dengan kerenah anak, mentang² la Mr. Papa xde, mcm² anak² bertuah Mama ni menyalak, x menyabar nak satu² benda tu, Mama dia la yg kena byk bersabar menahan..huhu, dalam pada menahan sabar tu ada kehendak anak tu dipenuhi jgk la. Ermm yg x menahan tu Zaquan skrg ni kalau kita ni cuci mata je dia sibuk nak menyoping, nenek dia nak beli kasut sudahnya dgn cucu² sekali sibuk nak membeli..

Jom kita keluar Pekan...


Aktiviti malam kami diisi dengan berkumpul bersama ahli keluarga pengantin (Mak Uda) dan ahli keluarga yang lain sama² berBBQ, FIL la antara org kuat tukang bakar/kipas BBQ. Anak² plk dh dapat geng, ligat bermain memasing.

23 Mac 2014 (Ahad) - Masa untuk makan nasi minyak/nasi pengantin..hehe, tp sblm tu breakfast di rumah dulu, siap FIL masak roti paratha, bekalan lauk semalam pun masih berbaki dan masih elok utk dimakan. Selesai makan, jam 11.30pg masing² dah siap sedia nak check out dan ke rumah pengantin. 

Wajib la bergambar dulu, tp anak bertuah Ziqry plk xde mood nak bergambar, dtg angin xmo bergambar langsung, xpelah bergambar dgn Abg Zaquan dan anak² buah yg mmg sporting bergambar.


Atok dan Nenek bersama Cucu², sygnya adik Ziqry xde dalam gambar ni, kalau cukup korum kan lg cantik gambar.


Family Adik Ipar, Mama sedang snap pic diaorang guna hp cute mum, Abg pun sama sibuk nak snap jgk guna hp Mama. Ini hasil tangkapan Zaquan.


Zaquan dan Sepupu
Abg nampak Abg sangat.., how time flies..besar dah anak Mama ni.




Inilah pengantin nye..Lutfi ♥ Zaharah.
Pic hasil tangkapan Zaquan.

Selamat Pengantin Baru buat kalian, Moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..Amin



Beriye sama² menghantar rombongan pengantin lelaki, tetapi gambar ahli² rombongan/ahli keluarga yang turut sama menghantar x amik pun..huhu, mana x nya Mama sibuk mengendong anak je. Masa sampai nak jalan ke rumah Pengantin, Adik nak berdukong dgn Mama je plk. Ermmm...xpe lah majlis pun dah selesai dgn lancar dan yang penting sama² dapat meraikan hari bahagia mereka dan alhamdullillah kami selamat pergi dan balik. Awal bulan depan kenduri sebelah Pengantin Lelaki plk, dekat Jenderam Hilir je..balik kampung la kami..

~Selamat berhujung minggu kawan², minggu terakhir cuti persekolahan ni mesti byk agenda menarik kan, Mama duk umah je kot..~

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

3 comments:

  1. ai pun jenis sama cam k.eija tak de hal nk outing ngan family in law...
    tp slalu nye ai yg tak mo pi sbb mls nk kawal anak sesorg ... kiki
    wlupun ade je ateh diorg tlg ... ai is mls ...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, itulah kan time anak buat perangai hilang mood dibuatnya nanti,
      mmg x dinafikan anak² bila ada mak bapak dia depan mata lg dia buat hal lg plk xde papa dia mmg mama dia kena buli punye.., k.eija ni sbb atok nya rajin melayan cucu² so xde la k.eija kisah sgt, kalau rasa x mampu, k.eija pun mesti berat hati nak join.

      Delete
  2. kdg mcm tu lah anak ni... klu kt xde elok pulak berdikari..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails