Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Thursday, March 6, 2014

Outstation di Kedah Dan Berjumpa Kawan Poly PSP :)

As salam,

Fuhh..Fuhh..tiup habuk sat, berabuknye blog my memories ni, sebulan x jenguk, dah masuk bulan Mac dah, n3 utk bulan Feb yg lepas hanya berkesempatan up dua n3 sahaja..huhu, nampak nau bz kan.., ermmm...disebabkan Mama br balik dr outstation minggu lepas (22hb - 27hb Feb 2013 di Kedah), so n3 bulan Mac ni Mama mulakan dgn cerita Mama outstation di Kedah, Ikutkan hati nak sgt update n3 holidays pd bulan lepas, tp tu lah bila dh lmbat update dan cerita jd basi, jd malas nak mula/korek blk cerita lepas..huhu

Sbnrnya kebetulan bulan lepas mmg bz before kami mula keluar Audit, biasalah byk kena update before keluar + Unit Mama skrg ni dah bergabung dh jd satu seksyen je, kenala update keje hakiki dulukan..blogging ni cuma mengisi masa lapang je..(dulu addict tp skrg mcm dh kurang berblog)

Outstation Ke Kedah ni kira 1st Audit/Outstation Mama utk tahun 2014...1st time kena working on sunday, so hari Sabtu dah kira hari perjalanan, kiranya non stop la keje minggu sudah, tp dapat cuti ganti/cuti tanpa rekod sehari sbb bekerja hari Ahad (Mama x plan lg nak cuti bila guna CTR tu)

Flight Mama tengahari Sabtu jam 12.30tgh, pkl 9.15pg dh mula keluar rumah, sempatla breakfast dulu dgn anak², Mr. Papa plk mcm biasa hujung minggu ada kelas, nasib baik Ayah n Mak Mertua boleh tolong hantar pergi dan balik ke KLIA..Terima kasih Mak n Ayah..:)




Di Kedah kami duduk hotel Holiday Villa di Alor Setar, ok la hotel dia sbb yg penting hotel dekat dgn tempat makan, memang meriah betul kami makan, makanan dkt Kedah ni masih lagi murah n sedap. Nak pergi Pekan Rabu pun jalan je. Dari Hotel ke tempat Auditi, driver tolong jemput, lg pun xde la jauh sgt dalam 20 minit perjalanan.

Kebetulan plk Mama update status dkt FB, terus kawan ex-poly PSP komen ajak jumpa, mmg kebetulan sgt n x sangka diberi kesempatan utk berjumpa semula slps 13 thn tinggalkan zaman study di PSP, bkn ape kami ni super senior/1st batch Politeknik Seberang Perai (PSP) tau..byk kenangan bila diimbau..hehe..

Kami pun set date berjumpa di Mcd City Plaza pada hari Isnin (24 Feb 2014) after office hours jam 6 ptg, shopping mall ni sebelah Hotel Holiday Villa je, terima kasih sgt dgn kawan sekelas Mama Zainab yg berusah payah arrange perjumpaan kami, igtkan nak jumpa dia je, x sangka dia arrange dgn kawan² lain yg duk di Kedah ni (ikutkan nak berjumpa 6 org termasuk Mama, tp lg 2 org x dpt nak join), Kebetulan lagi rupanya seorang lagi kawan poly Mama ni (Mira) kerja di tempat yg Mama nak Audit ni (dia bkn rakan sekelas, tp kenal la) mmg langkah kanan betul la Mama datang Audit di Kedah kali ni..sgt² hargai usaha kawan² nak berjumpa w/pun seketika je, tetap happy.


Agenda perjumpaan..borak² sambil mkn McD..
love uolss...




Mama, Masliza, Mira dan Zainab



Disebabkan hari Sabtu dh mula bertolak dan bekerja pada hari Ahad, rasa lain mcm  plk, rasa mcm lama nye outstation..huhu, maybe sbb amik waktu hujung minggu kami, waktu balik plk awal, selalunya balik outstation flight ptg/mlm, tp kali ni dpt blk flight awal sbbnya di Kedah hari khamis depa abis keje awal, kul 3.30ptg dh balik, so kami set exit meeting pagi dan amik flight blk tengahari jan 1.55ptg, so kena la check out hotel terus/awal. 

time to check out hotel, sblm balik sempat rakam pic view dari atas/tingkap hotel..nice view di waktu pagi nampak menara alor setar dgn kilauan cahaya lampu di sekitar pusat bandar alor setar.


Hari last day time nak balik dapat plk buah tangan..Cheese tart pelbagai perisa ni daripada Mira (kwn poly + staff di tempat Auditi), Thanks Mira susah payah plk dia siap buatkan cheese tart homemade ni tau, air tangan mira.., mcm tau² je eija ni mmg penggemar cheese tart, tqvm eija suka n sedapp..:)


Sekian, kisah outstation Mama di Kedah..^_^..Alhamdullillah 1st Audit ni smooth je, bos ok, pihak auditi pun ok..^_~. Yang besh pengalaman manis sbb dpt berjumpa kawan² lama, ada rezeki kita berjumpa lagi ye..Friendship Forever n Always Keep in touch k ♥

p/s: Lately ni Mama bz n seriously Mama mmg x jenguk pun blog Mama ni apatah lg dapat blogwalking..ermmm.. :(

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

4 comments:

  1. o0o dulu poli seberang perai ek ... lama la dok utara ek dedulu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...dulu dkt poly seberang perai..
      masa dkt poly PSP dulu amik sijil je, so 2 thn jgk la dok utara..

      Delete
  2. bestnya kan dapat jumpa balik geng2 study dulu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah best dapat berjumpa semula setelah 13 thn tu x berjumpa..
      zaman² study dulu mmg best..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails