Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Thursday, July 4, 2013

Sports Day @ Tadika / Taska Zaquan n Ziqry

As Salam,

Ini story 3 minggu yang lepas, Sports Day @ Tadika/Taska Zaquan n Ziqry ( Generasiku Educare) yang diadakan pada 15 Jun 2013 (Sabtu) di Padang Presint 9. Semangat Zaquan nak pergi bersukan setelah bercuti sekolah 3 minggu..hehe, Iyelah 2 minggu cuti persekolahan dia duk umah Atok n Nenek, lepas tu sambung cuti ke Langkawi plk, sampaikan Cikgu dia wassup tanye khabar 'Ada pape ke yg berlaku pada Zaquan sbb 3 minggu x dtg sekolah n nak confirmkan Zaquan joint ke x Sport Day nnti'. 

Alhamdulillah dapat jgk Zaquan n Ziqry joint sukan yang diadakan w/pun Mr. Papa xde bersama untuk sama² bagi semangat utk anak² bersukan sbb Mr. Papa pd hari berkenaan ada  Kawat Kadet Bomba (Kokorikulum), kalau x pergi tolak markah plk. Mama plk kalau x bawa anak² bersukan kesian plk dkt diorang time ni la diorang nak happy² bersukan, nak kenal ape tu erti bersukan kan, lgpun dah bayar RM50 (RM25 sorang)..rugi la kalau x pergi..

Biasalah kan kalau kita sorang je nak handle anak² kelam kabut jgk dibuatnye, Mama ni nekad je bawa sendiri anak² w/pun dlm hati risau jgk 'mcm mane la nak control anak² kat padang ni nanti?' , ' mcm mane la nak parking kereta nanti?'...tp alhamdullillah semuanya under control sbb bila sampai, Zaquan cikgu dia yg jaga, Mama cuma kena control Adik Ziqry je la. Parking kereta plk terpaksa la parking jauh sbb dah dtg lewat tp sib baik dapat parking tempat senang..

sepatutnya awal pagi dah kena ada di Padang, tp itulah melayan kerenah anak² w/pun awal pagi dah bangun tp mcm² yg diorang nak, dah singgah makan nak singgah kedai plk ditambah dgn Ziqry menangis nak ikut Papanya naik motor, sudahnya kul 9.30pg baru kami sampai, sampaikan Zaquan terlepas nak joint perbarisan. Time kami sampai ni majlis sedang dirasmikan oleh Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Sblm Acara sukan bermula dan Zaquan beratur dalam barisan kelas dia, sempat lg minta dia posing² dulu..hihi

Kebetulan plk nak dekat hari sukan Zaquan dpt hadiah kasut sukan dari Abg Jamal (dah mcm anak angkat FIL & MIL dah). Terima kasih Abg Jamal, Zaquan mmg nak sgt kasut sukan ni, sbb masa dia ikut Atok n Neneknya ke JPO atoknya ada kata nak beli kan kasut sukan n dia dah minat sgt dgn kasut sukan puma ni boleh dikatakan setiap kali keluar kalau dia nampk kedai kasut mesti dia ckp dgn kami 'Abg nak beli kasut sukan/kasut bola', x sangka Abg Jamal plk yg belikan di Vietnam.., Adik Ziqry pakai kasut raya Abgnye masa thn 2011, kasut spiderman Adik thn lepas dah sempit.


Abg sporting bergambar tp adik lebih tertarik dgn belon


Majlis dirasmikan oleh Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.


Kawan² Tadika Zaquan dah siap berbaris 
Dah selesai Berikrar dan menyanyi


Zaquan kelas 5 Produktiviti


Abg Zaquan sampai lewat sikit, x sempat sertai perbarisan dan nanyi bersama kawan², tp masih sempat lagi masuk baris n slps selesai upacara perasmian, semua murid² di bawah kawal selia Cikgu².


Acara sukan dimulakan dgn acara untuk kanak² usia dibawah 1 tahun terlebih dahulu, diikuti 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Tahun. Jadinya lama jgk la nak menunggu giliran Abg Zaquan main sukan. Diorang main 1 acara sukan je pun sbnrnya.

Acara sukan untuk kanak² 2 tahun. 
Cari Gula- Gula dalam Mainan

Jom kita tengok Adik Ziqry amik gula² atau amik mainan..

Mestilah amik gula², w/pun pada mulanya dia ala² blur amik gula² igt utk makan..tp kita guide la dia suruh masukkan dalam bekas..


see..ada gaya la Adik cepat² nak masukkan gula² dlm bekas



Ok la Adik Ziqry dapat No. 2
pic bersama Pn. Husna (owner tadika Generasi Educare).


Giliran Abg Zaquan plk. Zaquan main acara Bawa Getah Dengan Straw


Yeay..nampaknye Abg Zaquan pun dapat No. 2


Abg pun nak bergambar dengan Pn. Husna


Tahniah ye abg, x dapat juara pun Mama tetap bangga dengan Abg, nampak semangat kesukanan Abg tu, steady je Mama tgk Abg lari bawa getah dgn straw tu



Apalah Adik ni, Adik pun kan sama dapat no. 2 macam Abg, jgn la amik Abg punyer


Dua² dapat no. 2 , Hadiahnya Medal dan Botol Air. Senang hadiah sama xde lah gaduh²


Sukan selesai dalam kul 12.30tgh siap disediakan dgn makan tengahari. lepas makan Mama bawa anak² g umah sepupu wiwin dia, so melepak la kami sampai ke petang di rumah Adik Mama ni, Ziqry otw nak ke rumah Mak Yang dia tido skjp, tp Abg Zaquan, igtkan dia letih tp x tido lgsung, beriye main dgn wiwin ni.


skjp je lenanya Adik Ziqry, bangun terus tunjuk skill main iPad pd wiwin


Akhirnya masing² lena OTW nak balik ke rumah, Mr. Papa sampai rumah pun anak² dah ketiduran dgn lenanya. 



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

12 comments:

  1. part kutip gule2 tu le paling best ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bdk² lg la suka dapat gula²,
      anak aku Ziqry ni hantu gula, Abg dia Zaquan x heran sgt dgn gula².

      Delete
  2. Anak eima si fahim ngan alisya pun skolah sama ngan zaquan ziqry kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Zaquan satu tadika dgn fahim, satu kelas lg 5 produktif,
      alisya pun satu taska dgn ziqry.
      mmg kami ada berjumpa n tegur2 jgk masa hari sukan tu, tp x sempat la nak bergambar² bersama..akceli dah 2-3 kali jgk kami jumpa..

      Delete
  3. tahniah zaquan n ziqry dpt no 2...jnj de hadiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aunty mimi,
      itulah nasib baik semua pun dapat hadiah

      Delete
  4. sama la nad oi ... fahim slalu cite pasal zakuan ....
    ai pun k.eija kadang je ..k.eija ni slalu blk lmbt kot .. kan kan k.eija

    sekali je terserempak sesama

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..owh fahim selalu cerita pasal zaquan ek,
      zaquan plk jarang nak bercerita hal kawan² kat sekolah..
      sesekali ada la dia bercerita tp byknye dia cerita pasal kawan dia si mukhriz tu la...

      haah k.eija selalu balik lewat, tp bln puasa kena la ubah jadual sbb last jemput bdk kul 5.30ptg kan..

      betul2, tp yg pasti kalau terserempak mesti tegur punyer..

      Delete
  5. meriahnya sukan tadika zaquan ni ... dah macam darjah 1 pulak ... seronok tgk ... zaquan pun mcm x takut².. happy jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mmg sgt happy pun yana,
      teruja 1st time joint sukan..

      Delete
  6. Seronoknya kakEija. Kita esok lusa turn auni, xtau la guaner nak handle. Ihiks...harus angkut satu fmly buat bodyguard.
    Tgk gmbr kakEija ni ceria2 belaka. Sesekali kasi dorg berpeluh yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kalau boleh angkut ok la..
      mesti anak² pun bersemangat nak sukan sbb ramai supporters nye..

      mestilah ceria..w/pun kelam kabut pagi tu, tp demi anak2 k.eija redah je.., betul2..diorang pun excited je mau bersukan..pengalaman pertama buat diorang kan sblm2 ni joint sukaneka di family day opis mama dia je...

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails