As Salam,
Alhamdullillah hari ni dapat menunaikan Ibadah Puasa tapi sedeynya bila tak dapat bersahur / terlajak waktu bersahur..bertambah sedey sbb persiapan menu bersahur dah siap Mama sediakan awal iaitu malam semalam dah bertungkus lumus menyiapkan menu bersahur..almaklumlah teruja ramadhan datang lagi dan teruja nak ajar Zaquan berpuasa.
Kiranya sejak dia dah mula bersekolah ni, nak ajar la dia berpuasa n Zaquan pun selalu cakap ' nanti bulan puasa cikgu cakap x boleh makan dalam kelas kena makan sebelum datang sekolah kan Mama'. Jadinya Mama n Papa paham la dia bersungguh cuba untuk berpuasa w/pun bila Papa n Mama igtkan 'Abg kena puasa tau..dah x boleh beli nasi lemak n singgah petronas beli air milo lg tau'. mulut dia laju je ckp ' Abg xnak puasa' , tp bila Cikgu n Kawan² kata dah nak masuk bln puasa kena puasa nak plk dia puasa...ape pun dia baru 5 tahun, untuk permulaan ajar dia mkn sahur bersama kami n x kisahla dia nak buka puasa kul berapa.., tp kalau dapat berpuasa lagi bagus.
Disebabkan kami semua terlajak sahur, Zaquan n Ziqry mkn pagi la.., Zaquan jenis pagi mesti nak pekena nasi jgk, jdknye xdela Mama rasa ralat sgt masak awal pun sbb pg tu Zaquan makan nasi dgn lauk yang Mama masak.
Hope esok kami terjaga la untuk bersahur bersama.., Akceli dah seminggu Mama x sihat, batuk selsema n badan pun suam² kuku, agaknye itu slh satu faktor bdn rasa letih n x tersedar utk bangun awal.., Adik Ziqry pun dah berjangkit demam batuk selsema dar Mama ni, bdn dia pun on..off..on..off dedar² ...hope cepatlah sembuh sepenuhnya..amin.
Ermmm..nampknye menu yang sepatutnya jd menu bersahur kami pagi td, jadi menu berbuka hari ni..x rugi pun masak sbnrnya, kan dah senang dah ada menu untuk berbuka hari ni, cuma fadilat bersahur tu la x dapat.
Menu apa yg Mama masak..?
*
*
*
*
*
*
*
Semangat tu masak Rendang Ayam dan x lupa jgk Sambal Bilis Goreng Garing untuk stok menu bersahur kami..
Rendang Ayam Sweetmama
Resepi :-
Bahan² : Seekor Ayam (Mama masak 8 ketul ayam je), 2 Batang Serai, 1/2 inci Lengkuas, 1 inci Halia, 8 ulas Bawang Merah, 5 ulas Bawang Putih, 10 tangkai Cili Padi, Cili Kering, Santan, Kerisik, Garam dan Daun Kunyit.
Cara² Memasak : Kisar bahan untu ditumis (Bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai - blend je semua ni bersekali)
Tumis bahan² yang telah dikisar
Setelah naik bau dan masak masukkan 1 cawan santan (Mama guna santan kotak, so tambah 1 cawan air), kacau sentiasa sampai dia dh menggelegak, masukkan kerisik dan ayam (Ayam ni mama goreng half cook terlebih dahulu), perasakan dengan garam dan agak² dah kering dan masak taburkan daun kunyit ..gaul rata, seterusnya sedia untuk dimakan.
Sambal Bilis Goreng Garing
nak tau resepinya senang saje..Mama pernah up n3nya disini : http://mamakerry.blogspot.com/2012/07/resipi-sambal-ikan-bilis-goreng-kering.html
p/s: Alhamdullillah rezeki, 1st ramadhan dah dapat bubur lambuk Kg. Baru..sponser dari pihak bank utk opis..bertambah lg menu berbuka hari ini.
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!
Takpe, bleh wat utk berbuka :)
ReplyDeletemmg jd lauk berbuka kami pun :)
Deletenyum2!!! terliur jap
ReplyDeletehihi..bln puasa tgk gmbar makanan mmg terliur je dibuatnya
Deletefahim ckp cekgu tak suruh posa pun ....cekgu bg je mkn ...cuma sape posa cekgu hana bg duit raya je ... hahahah
ReplyDeletetah la fahim tu ... ai tak ajor pun lagi tgu next year ...die belum paham pe tu puasa sebenarnya ....
hahaha..owh ye ke..
Deletezaquan ni dok ckp cikgu suruh makan kat umah, tp frust betul dia smlm k.eija mmg x bekalkan dia makanan n minumum pun smlm sekali g sekoalh ada je kawan sekolah yg bawa..hari ni terus ckp nak bawa bekal..
sama la zaquan pun x paham..kami ni kunun nak ajar dia puasa awal sekali x berjaya daa...
takpe eija... kalau dah terlajak mmg tak boleh buat apalah. izan pun semalam macam tu. abg muhaimin masam je muka dia sbb pegi sekolah tak sahur.
ReplyDeletetgk rendang ayam tu buat izan terliur je.. hukhuk...