Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Wednesday, August 19, 2015

Kan Dah Kena Simen Kaki

Assalammualaikum,

Pengalaman dan pengajaran ni.., pengalaman buat zaquan dan Mama dia.., Pengalaman Zaquan 1st time terseliuh kaki sampai kena bersimen kaki dibuatnya dan pengajaran buat dia supaya lepas ni kalau nak main dgn kawan² tu beringat. Pengalaman buat Mamanya plk bila 1st time menguruskan urusan dari klinik ke hospital dengan mendukung Zaquan yg beratnya 36kg terus terasa diri ni mcm supermak. Boleh dikatakan setengah hari jgk masa habis di klinik dan hospital je, sampai kul 12 mlm baru selesai urusan hospital. Agak kalut jgk sbb pagi Isnin tu (10 Ogos 2015) tu Mama ada latihan pembelajaran audit GST di Menara Tulus, almaklumla Mama baru bertukar unit, so mmg berat hati la nak skip latihan.

Kronologi Zaquan Terseliuh Kaki.

9 Ogos 2015 (Ahad) - Hari kejadian sbnr kaki Zaquan terseliuh adalah pada hari ahad. Tengahari tu Zaquan minta izin beraya rumah jiran depan, dia pergi dengan jiran sebelah rumah (kawan baik dia Akil), biasalah bdk² kan sambil beraya sambil amik kesempatan bermain, Mama ajak balik masuk rumah x dihiraunya..tau² masuk rumah muka sedih tp xde nangis² pun, muka sedih bgtau kaki abg terseliuh, dia bagitau kaki abg terseliuh sbb dok panggil adik balik, tp adik x nak balik rumah, padahal sblm dia masuk rumah Mama mmg dh tegur jgn asik main je, masuk rumah n mama mmg nampak dia terlompat² sbb rumah jiran depan tu ada permainan yang loncat² tu (x tau apa ke nama mainan tu) tp Zaquan siap tunjuk gambar mainan tu dia selalu tgk dkt eventube..huhu. Pengaruh eventube jgk la ni sbb tu melompat x ingat..

Petang dan malam ahad tu dia masih boleh berjalan seperti biasa, dia ada ngadu sakit kaki sikit² tp mama x nampak bengkak di kaki dia, mama plk siap urut² kaki dia bila dia bgtau kaki abg ni terseliuh. Malam tu tido macam biasa dan esoknya ready nak g school seperti biasa.

10 Ogos 2015 (Isnin) - Dah siap nak pergi sekolah, mcm biasa pakai kasut sekolah bila dah sampai depan pintu pagar sekolah..huhu, masa nak suruh dia pakai kasut sekolah dia mengadu kaki dia sakit sampai x boleh nak pakai kasut, tp dia xdela sampai xnak pergi sekolah, ,semangat je nak g school siap cakap xpelah abg pakai sebelah kasut, sebelah kaki yg sakit abg pakai selipar. So pagi tu dia pergi school macam biasa sampai abis waktu sekolah.

Dalam masa yg sama Mama x sedap hati, pagi lps hantar Zaquan terus call Papa bgtau Papa "rasa kaki Zaquan tu mcm serius plk sampai sakit bila nak pakai kasut sekolah", apalagi terus kena bebel dgn Papa, Papa kata patutnya terus g klinik je pagi tu.., Mama pun x tau la kenapa Mama pun ala² blur maybe sbb Mama x nampak bengkak di kaki Zaquan time tu + pagi tu (seminggu tu) Mama ada 1st latihan pembelajaran. Tension je kena bebel, igtkan bgatau dgn harapan Papa boleh amik cuti hari tu tolong solvekan problem, ermmm..tension² pun tp dalam hati tetap x sedap hati, Pagi tu jgk terus ckp dgn bos nak pergi bawa anak ke klinik tengahari nanti, bos ok je apepun anak² kena utamakan.

Jadinya tengahari lepas amik Zaquan, kami pergi lunch dulu lepas tu jam 2ptg terus ke Klinik Kesihatan P18.

selamat sampai klinik, muka happy mcm x sakit je..huhu

Biasalah urusan di klinik pun amik masa lama, tgk jam dah pkl 3 ptg, terus inform bos masuk lwt ptg sikit, tp result slps x-ray dan berjumpa doktor di klinik bgtau ada keretakan sikit pada ankle Zaquan dan Doktor terus suruh refer Hospital dan dia terus buat surat refer ke Hospital dan maklumkan maybe kaki Zaquan kena simen dan Doktor siap pesan pada Mama kalau boleh jangan bagi kaki dia pijak lantai apatah lagi berjalan, tindakan cepat doktor terus bagi Wheelchair untuk Zaquan duduk dan pesan kat Mama nanti bawa anak pergi kereta naik Wheelchair, apalagi bertambah kalut la Mama bila doktor pesan mcm tu, maknanya Mama kena bawa Zaquan g hospital sendirian nanti macam mana la agaknya.

Result X-ray Kaki Zaquan di Klinik Kesihatan P18
Mama pun x pandai nak baca mcm mana, masa dpt terus tanya kaki dia patah ke, doktor kata xdelah, tapi..ermmm ada tapi tu yg seriau dibuatnya, ada keretakan sikit..masa dengar tu aduhaii hopefully x teruk sgt..tp bila diberitahu kena refer hospital dan maybe kena simen, mama plk yg nak nangis mendengarnya, anak rilex je..

Jam 4ptg dari klinik patah balik ke Menara Tulus tempat sesi pembelajaran, Mama nak amik handbag, Mama tinggalkan handbag dkt sana sbb x jangka nak kena pergi hospital plk.

Jam 4.15ptg sampai di Tadika Ziqry, kena la amik Ziqry dulu bawa dia sekali g hospital sbb dah teragak confirm lama urusan di hospital nanti.

Jam 4.30ptg sampai hospital putrajaya,  3 kali pusing jgk la br dapat parking kereta. Time ni la terasa supermak sgt sbb dok mendukong Zaquan sampai ke Emergency Wad..masa sampai tu fikir nak cepat je sampai emergency n dgn Ziqry nye pun dok ada sekali xdan dh nak fikir nak cari wheelchair kat mana.., dah sampai emergency baru minta wheelchair utk Zaquan.

Masa dapat no giliran di emergency ward, misi dkt situ dah inform patient ramai sgt tau so dia x jamin pkl 7 pun belum tentu dapat jumpa doktor. Memang betul pun kata misi tu pkl 9mlm baru no kami dipanggil, itupun masuk wad doktor tgk, "dia kata boleh tak pergi x-ray sekali lagi dkt makmal hospital plk", "mana tau lain plk result dia..lepas tu baru masuk jumpa doktor balik". Nasib la time ni Mr. Papa dah sampai hospital. Mr Papa balik kerja dari Melaka terus ke Hospital Putrajaya. Ngam la timing Mr. Papa sampai br no. kena panggil sbb di bilik separa kritikal tu x boleh bawa masuk bdk..

Muka pun dah toya je, iyelah dari siang sampai ke malam dgn berpakaian sekolah lagi masih lagi menunggu no giliran dipanggil utk berjumpa doktor..bertabah je la..

Jam10mlm jgk la baru dapat jumpa doktor semula dan Doktor mengesahkan confirm mmg sama la x-ray seperti di klinik tadi ada keretakan sikit dan kaki dia perlu disimen, tp kena tunggu skjp sbb doktor yang nak simen tu tgh simen patient lain. Kebetulan hari tu mmg ramai la plk pesakit yang patang tangan dan kaki tau..

Jam11mlm baru selesai simen kaki Zaquan, lepas simen kena buat x-ray sekali lagi dan lepas tu baru amik ubat. Akhirnya bersimen jgk la kaki Abg Zaquan dan dapat Mc 11 hari. Sedar x sedar dah nak jam 12tgh malam jgk la baru selesai sume. 

At Lastnya , kena simen jgk kaki abg, tp alhamdullillah dia cool je sepanjang dia terseliuh kaki sampailah akhirnya kena simen sampaikan doktor pun surprise dia boleh tahan sakit , terseliuh kaki masih boleh pergi sekolah kata doktor..

Esoknya Mama EL..letih rasanya masa abis menunggu di klinik dan hospital. Mr. Papa plk amik cuti rehat 2 hari dan 2 hari lg EL, kiranya minggu tu Mr. Papa cuti jaga anak, itu yg minggu ni giliran Mama plk cuti seminggu jaga anak² dengan kebetulan kami sebnrnya 3 beranak x sihat, demam dan batuk². Hopefully anak² cepat sihat..

Bandage dkt kaki Zaquan tu la ni dah terbarai² dah sbb dia dok x tahan gatal menggaru² sampai terbarai, hari pertama slps simen dia start merengek x tahan gatal dan panas, esoknya Papa dia dah kemas dan betulkan tp skjp je eloknya, semalam pun Atok dia dh siap kemaskan jugak tp dia bukak balik, hari khamis ni (20hb) dah nak follow up check up dgn Doktor semula..aduihai abg Zaquan..

20 Ogos 2015 (Khamis) -  follow up check up Zaquan di hospital, moga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Hope next week Zaquan dan Ziqry boleh ke sekolah seperti biasa dan Mama pun boleh masuk keje..cuti dh tinggal sikit ni..huhu.

p/s: tetiba charger usb ni rosak x leh nak transfer gambar dr hp ke pc, kunun dok rumah boleh la update blog buat n3 auto publish byk²(nak settlekan n3 raya x abis² ni:p)...usb plk x leh guna, inipun copy blk gmbr yg dr FB je..nanti ada masa mama update blk N3..x besh rasanye N3 xde gambar.. 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. Alahai ujian betul. Tapi abang Zaquan ni kita kuat Eija. Boleh dia tak merengek malam tu sampai nak ke sekolah lagi.. harap-harap esok jumpa doktor dah boleh bukalah simen tu. Memanglah gatal dan tak selesa kalau bersimen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, ujian yang mendatang supaya lebih beringat lepas ni..
      tq kak, harap²nya begitulah sembuh sepenuhnya..

      Delete
  2. get well soon zaquan .. baru je dtg rumah aunty awak dah injured dah .....
    harap cepat ok la kaki zaquan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq eima, itulah kan x sangka plk sampai bersimen² kaki dibuatnya.

      hari tu g open house rumah eima kita x bergambar pun kan.., tuan rumah bz sgt..hehe..apepun sedap tau semua menu yg eima masak, pandai eima masak..:))

      Delete
  3. aduhai syg...
    strong boy.
    moga cepat sembuh ye zaquan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty, Alhamdullillah Zaquan dah sembuh sepenuhnya skrg ni..

      Delete
  4. Ujian untuk adik Zaquan.. Moga cepat sembuh yea dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, ujian supaya sentiasa lebih berigat slps ni..
      terima kasih, alhamdullillah zaquan dah sihat sepenuhnya skrg ni..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails