Wednesday, May 21, 2014

Hadiah Buat Cikgu Sempena Hari Guru | Terima Kasih Cikgu!

As Salam,

Ini hadiah ikhlas daripada Abg Khair Zaquan dan Adik Khair Ziqry buat cikgu². 
Terima Kasih Cikgu!
(Abaikan balutan hadiah yg x kemas dan  tulisan Mama yg x cantik, janji hadiah didalamnya ikhlas dari kami).


Abg Zaquan siap senaraikan nama² cikgu dia - Cikgu Syida, Cikgu Huda, Cikgu Amy, Cikgu Ikin, Cikgu Sue, Cikgu Ila, Cikgu Yana dan Teacher. Wah ramainye Cikgu Abg, tp Abg pun dah beriye nak bagi Cikgu hadiah, Mama pun mmg berniat nak bg hadiah dkt Cikgu Abg memandangkan ini tahun terakhir Abg di Generasiku, tahun depan dah sekolah rendah.

Ikutkan sehari sebelum Hari Guru pada 15 Mei 2014, Mama mmg dah planning nak carikan hadiah buat cikgu² Zaquan dan Ziqry sbbnya kebetulan pada hari berkenaan persidangan yg Mama hadiri habis awal, setengah hari, after lunch dah boleh balik rumah, tapi elok je amik awal Zaquan dari sekolah, dia ngadu x sihat, mmg betul dia x sihat badan dedar², bila kata 'nanti Mama nak singgah kedai cari hadiah utk Cikgu Abg dan Adik', dia terus geleng dan ckp ' Abg x nak pergi, abg nak balik rumah tido, melihatkan keadaan dia yg mmg lemah time tu, Mama pun cancel la planning nak cari hadiah sebaliknya mmg terus balik ke rumah, sampai² rumah Zaquan terus tertido sampai lah ke petang. Jd keesokkan tanggal 16 Mei 2014 yang merupakan Hari Guru, Zaquan ke tadika seperti biasa dan balik je dari sekolah dia ngadu:-
Abg :  semua kawan² Abg bg hadiah dekat semua cikgu², Abg je x bagi.
Mama : Itulah Mama nak beli semalam, Abg yg xnak, xpe nanti cuti kita g cari hadiah cikgu'

Alahai sedey Mama mendengarnya, Jadinya cuti hari minggu lepas, sempatla Mama mencari hadiah buat cikgu² Abg dan Adik. Memandangkan semua cikgu² Abg dan Adik adalah perempuan senang bg Brooch je dan yg penting kena cari hadiah di tempat yg Mama berani pergi drive sendiri, almaklumla skrg ni semua kena buat sendiri. Nasib baik la juga Bangi ni byk kemudahan, bersepah bangunan² kedai - mcm2 kedai ada, nak cari barang senang, nak makan pun senang...sediakan je lah duit..hehe.

2-3 kali tau Mama tanya betul ke Cikgu Abg ada 8 orang ni, dia kata betul, sekali bila bagi hadiah ni pada 19 Mei 2014, tertinggal satu nama Cikgu, Cikgu Abg ada 9 org la, 'Mama terlupa Cikgu Hanis', aduihai anak, Abg yg ckp Cikgu Abg ada 8 org, xpe la nnti ada masa kita carikan hadiah utk Cikgu Hanis. Nasib baik Cikgu Adik betul Mama bilang ada 4 orang. Adik pun x padan dengan kecik, teruja sgt nak bagi hadiah dekat Cikgu.

Hadiah Brooch buat cikgu, Mama plk yang rambang mata memilihnya 


Now, Abg dan Adik hari² dok layan lagu "Terima Kasih Cikgu' dari Upin Ipin ni, maybe sbb dekat school diaorg hari² Cikgu pasang agaknya. Bila dengar Mama pun sama ikut layan sedap plk lagu dia, senikatanya pun bermakna..:)


Lirik Lagu Terima Kasih Cikgu :-

Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE ,1,2 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

5 comments:

  1. jgn lupa cari adiah utl cikgu hanis ye zaquan hehe...
    cantek2 brooch nya

    ReplyDelete
  2. wah bestnya hadiah untung cikgu abang, hehehe

    ReplyDelete
  3. mesti cikgu² suka hadiah ni ... rasa dihargai..

    ReplyDelete
  4. wahh cantiknya kerongsang.. untung cikgu yg dapat hadiah ni

    ReplyDelete
  5. suka la cekgu2 khair tu ... harap diorg lebih gigih mengajar berbaloi dgn harga yg dibayar dan berterima kasih ngan ingatan anak2 murid diorg tu .. hopefully so kan k.eija ..... hehehe

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails