Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Tuesday, May 6, 2014

Terasa Sgt Melepaskan Org Yang Disayangi Pergi!

As Salam,

Alhamdullillah Mr. Papa dah selamat sampai Melaka tengah malam semalam dan selamat melapor diri di tempat baru pagi tadi. Kami 4 beranak sangat² terasa kesedihannya :(, mulut kata ok, tp hati hanya Allah je yg tau. 

Semalam sepupu Mr. Papa yg jemput dari rumah ke Melaka, sebelum bertolak kami sempat lagi keluar minum bersama dan anak² pun x tido lagi, Zaquan siap tapau benjo nak makan dekat rumah, time Mr. Papa nak pergi plk dia nangis nak Papa suapkan, masalahnya sepupu Mr. Papa dah tunggu, Papa cuma sempat suapkan 2 sudu je ke mulut Abg dan Adik, time nak salam peluk cium ni la baru terasa sgt² kesedihannya nak melepaskan org tersyg pergi.., apepun kami terima seadanya perancangan yang ALLAH dah tetapkan buat kami.

Xmo cerita panjang..sedey plk, semalam pun mama x leh nak tido sampai dah confirm Mr. Papa dah selamat sampai Melaka. Ini antara wasap² Mama n Papa, Mr. Papa baru naik kereta 5 minit dh x senang duduk pikirkan family ..^_^.., begitulah jgk perasaan Mama ye Papa.., kami 3 beranak menangis sedey nak lepaskan Papa keje jauh, duduk berjauhan dengan kami.






p/s : hari ni satu keje pun x jd..asik berwassap je..:p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. Salam Eija...semoga tabah brjauhan dgn HB.Best gak dok brjauhan ni..leh brmesej2...cam zaman bercintan cintun dulu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k.atie,

      terima kasih kak :)

      hehe..itulah slh satu hikmahnya kak, kami ni mmg jenis jarang call/mssg bila depan mata, la ni berjauhan mmg asik berwassap n call je la lg2 anak² sblm tido mesti nak ckp dengan papa dia dulu..

      Delete
  2. saya yg baca entry ni pun rasa sedih.. bila pjj ni mmg terasa skrg kena berdikari ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu yana, kena belajar untuk lebih berdikari, lepas ni kena berani drive sendiri sampai ke Melaka..hehe

      Delete
  3. alahai ... sedih kan ....
    harap² k.eija dah anak² cepat dpt terima perubahan ni .....

    mmg lama nk get use ngan situasi ni k.eija .... sy dlu pun hari2 nangis2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sedey..
      yup..hopefully..
      terima kasih sgt2 ye eima :)

      Delete
  4. Semoga tabah berjauhan.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah..
      Terima kasih :)

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails