Friday, May 16, 2014

Persidangan Penolong Akauntan Kali Ke 11 | Slot Best dari Amin Idris

Salam Jumaat,

Blog Mama ni nampaknya mmg la dapat update paling byk seminggu sekali x pun sebulan sekali je rasanya..huhu. Minggu ni mama x update blog sbbnya hari Isnin (12 Mei 2014) bday my little boy Ziqry yg ke -3 tahun, kami amik cuti rehat (nanti ada masa mama update n3 bday Ziqry), lps tu bersambung dengan cuti hari wesak, lps cuti terus hadiri Persidangan Penolong Akauntan di The Everly Hotel, Putrajaya (14 -15 Mei 2014). Hari ni masuk kerja dah ada kerja menanti.., inipun sbb persidangan semalam habis awal..setengah hari, sempat la buat n3 auto publish untuk hari ni..hehe.

Semenjak Mama menyandang jawatan Penolong Akauntan ni pada tahun 2004 alhamdullillah sebanyak 5 kali Persidangan (termasuk thn ni) Mama dapat hadir. Persidangan ni bkn setakat ilmu yang kita dapat tp time ni la sbnrnya time utk jumpa kawan² kan especially kawan² yg satu batch, Mama sempat jgk la berjumpa dan bertegur sapa dgn kawan² satu batch tp x sempat plak nak bergambar², kali ni mmg Mama x sakan nak bergambar pun..huhu, lgpun kami geng BPAD ramai, dh x boleh nak dipisahkan, nak jugak duk sesama..hehe.

Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam Kali ke 11
"Penolong Akauntan Sebagai Tonggak Pelaksanaan Perakaunan Akruan"


Yeay..persidangan kali ni bkn shj dapat menambah ilmu tetapi juga dapat menambah koleksi powerbank mama..hehe , goodies utk persidangan kali ni kami semua dapat Powerbank jenama Pineng :) (koleksi powerbank Mama yg ke-4..)

Mama xmo la membebel hal² lain, cuma dalam byk² slot Mama suka slot bersama trainer Amin Idris dengan tajuk: Magnet Diri untuk Eksekutif, Rasanye ramai yg kenal Amin Idris ni dimana dia salah seorang pengacara rancangan Assalammualaikum di TV Al Hijrah, dia jgk byk bg program² motivasi utk sekolah, universiti dan badan² berkanun dan juga seorang penulis buku.


Suka la dgn cara penyampaian dia, x bosan, mmg gelak je. antara yang melekat dalam kepala ni ialah 'jgn membangau' (jgn cari alasan ye), Matlamat kita mesti besar, kalau org lain kata matlamat kita gile..cakap balik 'So What..kau ada'. Akceli slot dia lebih kepada slot motivasi la.., motivasi ni mesti penceramah yg best baru kita pun rasa x ngantok nak dengar kan..

p/s: makanan dekat everly hotel, sedap semuanya..2 hari bersidang rasanya senak giler perut ni..terlebih makan :p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

No comments:

Post a Comment

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails