Tuesday, June 17, 2014

06.06.2014 ~ Happy 6th Bday Muhammad Khair Zaquan! | Bday Celebration @Tadika

As Salam,

11 hari sudah berlalu, hari ni baru berkesempatan nak update N3 ttg hari ulangtahun kelahiran our hero chinta hati Papa n Mama ni. Bz nau Mama nya skrg blog x tertengok apatah lagi nak menghapdet, blogwalking jauh sekali la..huhu, ermmm..ada ke lagi pembaca blog Mama ni..

Straight to the point, 06.06.2014 (Jumaat) merupakan hari ulangtahun kelahiran hero pertama kami Muhammad Khair Zaquan yang ke 6 tahun, cepat sungguh masa berlalu 6 tahun dah abg, tahun depan abg dah bersekolah penuh, x boleh nak main² dah, kena lebih beri tumpuan kepada pelajaran, skrg ni tadika bolehla enjoy², Doa dan harapan Mama n Papa moga abg menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat, jadi anak yang soleh dan jadi abg yang terbaik buat Adik..AMIN.

Surprise Dari Mr. Papa Buat Bday Boy

Surprise buat bday boy ialah Mr. Papa balik hari dari Melaka semata² nak jumpa bday boy di hari ulangtahun kelahiran abg, nak surprise punye pasalkan, time Mr. Papa sampai rumah tu kami bertiga tido..hehe, ye lah sampai rumah dah kul 11 malam, lgpun Mama xde plan nak celebrate bday Zaquan mlm tu, selalunya ada gak plan sambut detik 12 mlm, tp kebetulan nak sambut pun atok n nenek ZZ pergi holidays time ni ada di KK, Sabah. Alang² Mr. Papa dah bersusah² balik dari Melaka naik motor plk tu, kami kejutkan jgkla abg dan adik n kebetulannya pulak Nenek Mr. Papa masuk hospital, jdnya Mr. Papa terus ajak kami bertiga ke hospital di KPJ Kajang, lepas tu boleh terus keluar sambut bday abg katanya, lepas tu Mr. Papa dah nak kena pecut ke Melaka semula..

Ini dia bday boy happy, Mr. Papa bawa g makan Mcd di hari ulangtahun kelahirannya, time ni dah kul 12.30mlm, bday boy siap tanya kek xde ke..? hehe, sorry abg, kek xde, tp esok ada kek Ninja Go buat abg, esok abg celebrate dgn kawan² dan Cikgu ...


Bday boy wif Mama..


Tq Papa, bawa kami makan² dihari ulangtahun kelahiran abg ni..


Detik 12mlm di hospital, sempat lagi Abg bergambar dengan Unyang n time ni sbnrnya kami² yang ada dekat sini sempat nyanyikan lagu happy bday to abg, tu yg dia tersipu² malu tu.


Malam tu, kul 2pg Mr. Papa dah pecut ke Melaka semula sbb esoknya hari Jumaat hari bekerja seperti biasa, alhamdullillah selamat sampai.

06.06.2014 ~ Celebrate Bday @Tadika.

Sama seperti Adik Ziqry punye bday sblm ni celebrate bersama kawan² dan Cikgu di taska, Abg Khair Zaquan pun sama celebrate bday tahun di tadika bersama kawan² dan Cikgu, lgpun tahun ni tahun terakhir abg di Tadika. 

Cake Bday Boy - Ninjago
Cake ni mama tempah daripada officemate mama..semakin maju dah kawan mama ni, kek sedap, kek pun cantik boleh buat ikut design yang kita nak..design ni bday boy sendiri pilih tau, nasib baik kawan mama ni boleh buat n merealisasikan la impian abg yg fanatik ninjago ni.., bday boy siap bangga tu 'kek abg ada kaki ngan tangan, kek adik muka je..' huhu..sabar je la dgn abg ni.


Goodies bag buat kawan²


ini isi dalam goodies bag, siap bagi kad ninjago sorang satu buat kawan², yang kelakornya, masa beli goodies ni Mama n Papa x bgtau pun Zaquan n time packing goodies ni time abg tido, so dia mmg x tau apa isi dalam goodies bag utk kawan2 dia, so berlaku adengan menangis lepas smbut bday ngan kawan2..(chatting ngan cikgu dalam wassapp), cikgu pun x thn gelak tgk dia nangis sbb nak collect semula semua kad2 dr kawan dia, apa la abg ni dh bg mana boleh amik blk.


Kad Ninjago


Ala abg ni , ada hadiah buat abg tau..ini reward buat bday boy..lego ironman


Ini antara gambar dari wassapp dengan Cikgu kelas abg..

♫Happy Bday To U..♫ Happy Bday To U, ♫ Happy Bday To Khair♫ Happy Bday To U...

bila mama tunjuk gambar ni dekat abg, abg kata 'abg malu plk bila semua kawan² nyanyikan lagu happy bday dkt abg'.. pemalu rupanya anak Mama ni..control macho gitew..


Ape pun abg happy sgt dapat sambut dgn kawan² ..^_^..



Masa untuk makan kek..




aduihai apa la bday boy nangis nak collect kad ninjago dari kawan²..
nasib baik nangis lepas selesai makan n sambut bday..
inipun masak cikgu dia nak pujuk..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

5 comments:

  1. Zaquan kena ingat pengorbanana papa/mama demi nak bahagiakan anak, tengoklah papa redah malam balik sebab nak sambut sama. (kakak terharu sebenarnya Eija)
    Moga jadi anak soleh dan membanggakan keluarga ye:)

    ReplyDelete
  2. mesilah ada.. sayalah yg baca...

    selamat hari lahir zaquan, tarikh sama dgn ulang tahun perkahwinan auntie hihihi .. dan selang 4 hari amir pulak lahir.. sebayakan...

    ReplyDelete
  3. opss.. terklik publish pulak .. moga menjadi anak yg soleh yer...

    ReplyDelete
  4. wahhhh kek kemain besar tu .... dulu fahim mmg fanatik ngan ninjago skrg die dah tak heran dah ..

    ReplyDelete
  5. wahhh best betul sambut ngan kawan2, ngan mama ngan papa ye..semoga jadi anak yg soleh zaquan..belajar rajin2 ok

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails