Sunday, August 18, 2013

Bercuti ke PD Pada Minggu Pertama Ramadhan

Salam 11 Syawal & Selamat Berhujung Minggu Semua,

Tetiba je kuar citer pasal Ramadhan pulak di bulan Syawal ni, ye baru ada masa nak up N3, ikutkan N3 dh ada dlm deraf cuma hari ni baru ada masa nak mengarang n publish. Pada 4-5 Ramadhan 1434H @13-14 Julai 2013, Mr. Papa bawa kami g bercuti ke PD...oh yeah..oh yeah..beshnye..dpt bercuti w/pun dlm bulan Ramadhan. 

Antara sebab Mr. Papa bawa kami bercuti ke PD pertamanya seperti biasa Mr. Papa ada kelas di Poly PD pada setiap hujung minggu, kena pulak kelas pada minggu pertama Ramadhan, sedeynye kalau x dpt buka puasa bersama keluarga kan dah la baru masuk Ramadhan yang ke-4. Kebetulan jgk kawan belajar Mr. Papa offer harga bilik hotel murah (harga staff) boleh bawa keluarga kalau berminat dia boleh bookingkan, ni kes masing² sian kat bini n anak² berbuka pose tanpa suami/ayah mereka...hehe, lg plk slh seorang kawan Papa tu baru kawin n belum ada anak lg, mmg kesian la nak tinggalkan bini buka pose sorang².

Dah dapat harga murah itu yg Mr. Papa pun setuju utk bawa kami bercuti ke PD. Ini kira 1st time kami dapat teman Mr. Papa g kelas n terus bercuti di PD. Ikutkan Papa pun bgtau dkt Mama suruh kemas beg pd ptg Jumaat balik keje tu, Mama pun surprise je bila Papa bgtau nak bawa kitaorang g PD, secara x langsung mcm hadiah percutian sempena besday Mama yg jatuh pada 2 Ramadhan@11 Julai 2013..^_^..

Dah Papa nak bawa kami bercuti time Papa ada kelas, kena la berkorbon sikit, kami bertolak awal pagi sbb kelas Mr. Papa mula pagi tp nak check in hotel kul 12.00 -1.00tgh. Jadinya terpaksa jgk la bawa kami masuk Poly PD pagi tu n Kami pun kena la tunggu Papa abis kelas sampai kul 12.30tgh dalam kereta. Nak x tak nak redha jelah melayan kereneh anak² yg sememangnya x reti duk diam dlm kereta. Abis je kelas tengahari tu kami terus je tunggu kawan Mr. Papa tu di Hotel iaitu Hotel Ancasa AllSuites Resort & Spa. Hotel ni kategori Apartment. Papa n Mama pernah duduk sekali di Ancasa ni masa baru² kahwin dulu, itupun family day opis Jabatan lama Mama dulu. So mmg tau dh Hotel Ancasa ni mmg ok n selesa. 

OTW to PD


Bila dah sampai lobby untuk urusan check -in sekali receptionist tu bgtau bilik x siap lg, kena tunggu paling lewat kul 3.00 ptg baru dpt bilik, Mr. Papa kul 2.00ptg dh nak kena g kelas semula utk kelas ptg pulak, jadinya Mama n isteri kawan² Papa pun setia la menunggu di lobby, so sempatlah berkenal²an dgn isteri kawan² Mr. Papa, ada 3 orang kawan Mr. papa yg turut sama bermalam di hotel pd hari tersebut. Rupanye harga staff tu harga isteri kpd kawan Papa, bknnye harga kawan Papa, itu yg kalau nak dptkan bilik harga staff kena bawa la isteri dia..mmg murah harga staff Uda Holding ni, Apartment 1 bilik yg harga 180++ cuma RM45.00 je kami bayar utk 1 malam.

Sementara menunggu bilik siap, anak² dh sibuk tunjuk n bgtau nak mandi kolam..(lobby dia depan kolam mandi pulak)



Ok Abg n Adik, lepas dpt bilik Mama janji Mama bawa Abg n Adik mandi kolam ye. So jgn nakal² sgt sbb Mama nak kena handle Abg n Adik sorang², Papa ada kelas sampai lwt petang.




Akhirnya dapat bilik , Apartment 1 bilik.
Ruang tamu


Ruang Makan 
(meja makan Ikea sama mcm meja makan rumah kami la, Abg Zaquan pun pandai ckp, mcm meja makan umah Mama..huhu)


Dapur, tp x leh masak pun cuma boleh masak air je la..


Bilik
Apartment 1 bilik ni dh cukup selesa dah buat kami.


Seperti yang dijanjikan, Mama bawa jgk Zaquan n Ziqry g kolam.., 
Bulan puasa orang melayu mmg xdelah ..kami je kot Melayu yg ada time ni..
So Mama mmg x mandi beriye pun setakat temankan n tgkkan Zaquan n Ziqry mandi je, kalau nak tranining swimming time ni mau tersedut air sekali..hehe
see..laju betul Abg ke depan n menuju kolam..


Yeay dpt berendam dalam kolam


Dari 1 kolam ke kolam lain..


Muka happy n puashati Mama bawa g swimming.
Tp petang tu kami mandi skjp je sbb hujan rintik² dah mula turun,
xpelah, esok sblm check-out Mama bawa g swimming lagi.


Balik bilas mandi semula n menunggu Mr. Papa belikan kami makanan untuk berbuka, Mr. Papa call bgtau disebabkan cuaca hujan, jdnya dia x balik utk bawa kami g Pasar Ramadhan sebaliknya dr kelas dia terus ke Pasar Ramadhan. Mama cuma pesan Nasi Kerabu je utk Mama, selebihnya ikut Papa la nak beli apa.

Menu Berbuka Kami, Ada Nasi Kerabu Mama yg dipesan, Papa belikan utk anak² Nasi Lemak, Ada roti John, Murtabak n Ayam Percik, Alhamdullillah w/pun beli di PARAM, tp nasib kena dgn tekak kami semua, abis semua menu yg dibeli, xde membazir pun.


Ikutkan kawan² Papa ajak kami makan sama² dengan semua family, sbb ada je tempat makan dekat tingkat bawah hotel ni, tp tulah Mr. Papa terpaksa tarik diri secara berhemah bgtau x dpt nak join berbuka puasa bersama kawan² semua sbb takut x senang pulak kawan²/diorang mkn nanti if tetiba anak² kami wat peel plak time berbuka tu, bilik hotel pun lengkap dgn meja makan ok je kami berbuka 1 family dlm bilik hotel je.

Kunun dlm kul 10mlm kami plan nak keluar bawa anak² amik angin malam or g minum merangkap sahur, tp malam tu semua tido awal, kul 9.00mlm dh lepak katil..alamatnya tido la..apa lagi..

Pagi tu Mama tersedar awal n kejutkan Mr. Papa sahur, Sahur dgn Air panas n taufu Fa yg Mr. Papa beli di PARAM semalam je. 

Pagi tu jgk sblm Mr. Papa g kelas, Papa belikan anak2 sarapan dulu, aduihai tgk Papa belikan Abg n Adik Roti telur terliur dibuatnya, iyelah bln2 puasa godaan betul..


Lepas isi perut anak², cepat² bawa diorang g swimming pool, nanti kul 12.00tgh dh nak check-out pulak, nak menyiapkan barang n diorang lagi, mesti makan masa.

Abg yg still teruja n happy dpt mandi pool, Adik pulak xde mood, takut sejuk..


Yesss..mandi sepuas2nya..


Sampai gigil kesejukan baru nak naik,
mmg susah pun nak ajak dia balik..


Sudahnya Adik mmg x mandi pun , Abg yg puas dpt mandi sepuas²nya, Adik selain xde mood sbb kesejukan rupanye mood ngantok lagi, Mama lepak dkt bangku yg ada sambil memerhati Abg Zaquan mandi, tgk² dia dah terlena dah..


Masa untuk balik, percutian singkat di bulan puasa w/pun jadual Mr. Papa penuh dgn kelas, tp puashati dapat bercuti, rilexkan minda n  dpt bawa Zaquan n Ziqry mandi pool..:)

Goodbye Ancasa Allsuites  resort & Spa, Port Dickson.


Abg n Mama srnok tau Papa..^_~..
To Mr. Papa, jgn lupa ada masa n rezeki lebih lg jgn lupa bawa kitaorang bercuti lagi ye.., kami sanggup je tunggu Papa abis kelas, lepas ni kalau Papa bawa lagi, boleh la Mama bawa diorang jalan² pantai pulak..hehe.

P/S: Selamat berhujung minggu n selamat memenuhi undangan open house yang ada, Semalam hari Sabtu (17/8/2013) Open House di rumah mertua Mama, hari ni (18/8/2013) ada makan²/nak beraya di rumah Adik Lelaki Mama di Shah Alam pulak.., minggu menambahkan berat badan lg nampaknye..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

4 comments:

  1. salam aidilfitri dr m3h..wah..bestnye p bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri jgk buat m3h,
      mmg besh w/pun bulan puasa x byk aktiviti boleh buat pun...

      Delete
  2. puasa² pun sempat jugak bercuti .. oklah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm k.eija cerita la, kebetulan minggu pertama puasa x kn nak biar anak bini buka puasa sendiri..,alhamdullillah mr. papa nak bawa kami g bercuti..hihi

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails