As Salam,
Alhamdullillah last minute planning Mr. Papa utk membawa kami bercuti ke PD (3-4 April 2014 - Khamis - Jumaat) berjalan dgn lancar, Hari Isnin baru booking hotel, kami decide booking hotel biasa yg murah² je, lg pun pergi kali ni semata² memenuhi permintaan Zaquan n Ziqry yang nak mandi swimming pool.
Kami bertolak jam 10pg dari rumah, singgah breakfast dulu baru terus gerak ke PD, sampai ngam² waktu check in jam 12.00tgh. Kami menginap di Hotel Akar Beach Resort, hotel ni mcm ke dalam sikit, dekat dgn Poly PD, sbb tu Mr. Papa tau ttg kewujudan hotel ni..hehe.
Hotel - Akar Beach Resort
Yeay kami dah sampai
Di Ruang Lobby Hotel
Suasana hotel nampak cantik, kemas dan selesa.
Susah nau nak amik gambar anak²
View di belakang hotel, belakang hotel adalah pantai.
Swimming Pool
View Dari Swimming Pool
Tingkat atas ada balkoni.
Bilik - Standart Room
Ini bilik kami, jadi la untuk bermalam 1 mlm je pun, masa booking thru website tu Mr. Papa mmg saje pilih bilik aras bawah sekali, memikirkan senang utk ke Pool nanti.
Rate Standart Room including Breakfast: Weekdays (Gov. Rate) - RM142/1 night.
Bilik kami menghadap Swimming Pool, lagila teruja anak², tidak berhenti mulut si kecik ni mengajak mandi
Sebenarnya time ni Mama yang nak bergambar, yelah beriye mengajak anak² bergambar diaorang xnak, sibuk nak mandi, x sabar nak mandi, tp bila Papa nak snap gambar Mama, tetiba anak² yang dah siap tanggalkan pakaian terus menerpa nak bergambar sekali.
cekci sudah..hehe
Lunch - 3/4/14
Beriye la anak² dah siap tanggal baju kalau boleh nak terus terjah pool, tp sbnrnya pool tgh cuci time ni, so lps Zohor dalam kul 2 ptg, Mr Papa ajak g lunch dulu, kami g pekan PD makan KFC je.
sorang seketul drumstick..
Swimming Time - 3/4/14
Laju memasing berenang skrg ni, kalah Mama..huhu
Ok..Times up, dah nak senja, esok masih ada untuk mandi pool sampai lebam before check out..
Dinner - 3/4/14
Mulanya igt xmo dinner berat² sgt sbb hari tu dah beriye makan nasi lauk, sekali Mr. Papa bawa makan dekat kedai makan asam pedas terus Mama terliur nak makan Asam Pedas, Mama ni peminat Asam Pedas.., bila order asam pedas rupanya kena pilih ikan yang kita nak buat masak asam pedas, sekali ikannya semua besar² xde yg kecik² disebabkan dh mcm org ngidamkan asam pedas, Mama order jgk la asam pedas pari, bila ditimbang ikan pari tu je RM25...ermmm bedal jela, Mr. Papa kata Mama punye asam pedas je dah RM25..huhu
sorry x tolok nak menghabiskannya, ye la ini utk 5 org makan kot
janji lepas ngidam Mama :p
rasa kuah asam pedas dia not bad pekat tp ikan pari dia liat sikit la, mmg x dpt la nak lawan asam pedas melaka.
Adik Ziqry terlelap lg nampaknya, xde rezeki la dia nak joint dinner sama², utk Abg Zaquan kami order Nasi Goreng Kampung dan airnya still sama Choc Ice Blanded. Kali ni ada Kerang Bakar buat kudap²an..
Selesai makan kami singgah lepak skjp tgk pantai dkt area tempat steamboat tu, nak makan steambot sebatang dua perut dah senak kekenyangan betul.
Breakfast - 4/4/14
Kami breakfast pakej hotel, x byk menu pun disediakan di hotel ni, lgpun hari biasa x ramai org so bf pun kena order dulu, itupun diberi pilihan - Menu Western (Sandwich atau Fries) - Mama order sandwich, Menu Malay plk (Bihun Goreng atau Kueytiaw Goreng) - Papa order Kuaytiaw Goreng. Pilihan makanan lain utk anak² ..Koko Crunch. Jadi inilah menu breakfast kami, boleh la buat alas perut sebelum nak sambung mandi kolam pagi tu sampai lebam kan..hehe
Swimming Time Before Check Out- 4/4/14
Yezza..masa untuk swimming sampai lebam before check out, mmg lebam sbbnya lepas mandi Abg Zaquan terus rasa x sedap badan mcm nak demam, lepas bersiap² dia terus tertidur sampai la balik rumah, kami berhenti minum pun dia xde selera nak minum, nak tido dalam kereta. Nasib baik la demam dia x melarat.
Peace, syoknye dapat mandi sepuasnya..^_^..
Ok time to check out
Ehh sempat lagi Mamanya berposing.:p
Sebelum balik ke rumah kami singgah lepak minum di Old Town
Selesai sudah percutian singkat kami 2h1m, di PD je pun tp rasa puashati dapat menggembirakan hati anak², harap anak² pun faham la yg Papa n Mamanya sanggup buat apa shj utk anak² dan anak² patut belajar menghargainya.
Malamnya kami ke kg Jenderam Hilir, esok ada kenduri kahwin sebelah lelaki (Sepupu Mr. Papa), kami x bermalam pun di kg, cuma datang utk menolong apa yg patut, biasalah org yg paling bz Atok dan Nenek Zaquan n Ziqry, Adik² Ipar dan Mr. Papa pun ada membantu, Mama je yg x tolong ape pun, setakat dok tolong melilit bunga manggar je malam tu..heheh.
p/s: ermmm..tension bila terkena catuan air..yang bermula pada Ahad lepas (6/4/14), 2hari sekali kena catu, semalam mlm baru air naik ke tangki..haruu betul..
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!
bestnya p cuti2... time takde org plak tu (weekdays) ;)
ReplyDeleteitulah time weekdays xde org puasla anak² mandi.
Deletesuka tgk abg adik mkn tu, mesra je.
ReplyDeletebestla korang pi swimming poolkan, tinggal aunty kat sini.
hahaa..sama la mcm trio cha jgk, time mesra, mesra la, time gaduh mama n papanye je yg tau..huhu
Deleteala aunty cha jgn la majuk, papa dah offer rugi tolak..hehe
seronok tgk org gie bercuti...insyaallah bulan 5 nie ada rezeki nak ke PD...
ReplyDeleteowh ye ke, x lama je lg tu, bulan depan dah bulan 5, mesti pergi time cuti sekolah bln 5 ni ek..
DeleteAbang Zaquan dah boleh handle sendiri utk berenang ye Eija. Kalau adik Ziqra masih kena kawal lagi. Seronok betul mereka dpt mandi macam ini. Hari itu kan dia kata nak mandi swimming pool. Ha.. dah dapat ni puaslah..
ReplyDeletehaah abg zaquan dh boleh handle utk berenang sendiri, Adik Ziqry x boleh lepas kan dia tanpa pelampung. Betul tu kak, dah dapat kehendak hati diaorang, puashati la..
DeletePlan nak kesini diz week..nmpak nice je hotel ni
ReplyDeletejom jalan2
owh ye ke, selamat bercuti.., biasa² je hotel dia tp boleh la utk bermalam n jnji bersih dan ada swimming pool utk bdk² mandi..hehe..
Delete