As Salam,
Hari ni masuk hari ke-2 Mama EL (emergency leave) sebab jaga anak² yg x sihat, musim demam melanda, hari ni dengan Mama sekali badan rasa x sihat, selsema, sakit tekak n bdn dedar².
Mulanya Zaquan yg diserang demam pada 16 Dis. 2013, kebetulan malam Isnin tu kami singgah umah atok n nenek Zaquan n Ziqry sbb nak pulangkan motor, terus Zaquan kata nak tido umah Atok, nasib atok n nenek willing nak jaga. So hari Selasa tu Zaquan x g tadika duk umah Atok n Nenek (Alhamdulillah nampak dh sihat sikit, suhu bdn dah turun), Ziqry je kami hntar g taska, balik dari jemput Ziqry dari taska cikgu bgtau Ziqry plk bdn dedar² nak demam (berjangkit dgn Abgnya la tu), tp keesokkannya (Rabu - 18 Dis. 2013) kami hantar Zaquan n Ziqry seperti biasa ke tadika n taska.
Tengahari Rabu tu dapat call dari cikgu Ziqry bgtau suhu badan Adik Ziqry naik sampai 39, terus suruh kami amik , mmg kami pun terus jemput adik Ziqry dari taska dia tp x terus ke klinik sbb paginya mmg dah siap² bagi makan ubat demam, Mama bawa adik lepak opis Mama sbb dah setengah hari kan.
Adik lepak @Office Mama dulu ye,
time ni mula² sampai ok sgt dia, siap berselera je makan roti sambil main iPAD.
Menjelang petang badan dah rasa x selesa, duduk dalam aircond plk tu, mmg nak Mama peluk dia je la.., ptg tu mmg Mama x dapat nak buat keje langsung la..
Malam tu terus bawa anak² ke klinik, bila g klinik suhu badan dah turun dari 39 kepada 37.5, suhu badan abg pun sama dalam 37 je n doktor bg ubat demam, selsema n batuk je.
Semalam dua² Zaquan n Ziqry suhu badan skjp turun n naik. Time duduk rumah nampak sihat la plk anak², siap main mcm org x demam, tp biasalah bila malam suhu badan akan naik mendadak, itu yg pagi ni Mama amik jgk EL sbbnya anak² belum betul² recover lagi ditambah dgn diri sendiri pun dah berjangkit demam. Hopefully hingga hujung minggu ni kami sihat sepenuhnya..AMIN.
Ini dia hero yang demam tp x padan dengan demam, semalam, lewat ptg baru nak tido sbb siangnya sibuk bermain, menjelang malam asik la terjaga² sbb x selesa suhu badan makin naik..
Pagi ni beriye masing² nak makan ubat sendiri, janji korang suka makan ubat, jgn malas² makan ubat ye anak²..
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!
Aduuuhh ksiannya!
ReplyDeleteMoga cepat sembuh zaquan ziqry!
Makin susut ka badan zaquan tu nnt
Takpe, dh sehat nnt soh mama masak sedap2 :)
terima kasih nad,
Deleteitulah bila demam selera makan diorang mmg akan kurang la berbanding x demam.
hahaha, ala mama dia pandai masak yg biasa²/simple² je.
patut la haritu aqeef ada ckp..khair demam..badan dia panas kat skolah..hehe..
ReplyDeleteowh ye ke, hehe, itulah ikutkan masa eija balik dari cameron hari tu, dia ada ngadu badan dia panas, tp time tu dedar2 je lagi, minggu depannya tu yg naik suhu badan dia, lps tu nampak dh sihat, bila adik dia yg berjangkit dgn dia, dia demam balik, sudahnya dua² demam. Alhamdullillah now dah sihat, tinggal selsema n batuk yg masih berbaki..
Deletealahai siannye..semoga cpat sembuh ye
ReplyDeleteterima kasih mimi,
Deletealhamdullillah now dh beransur sihat sbb demam dah kebah tinggal selsema dan batuk je la yg masih ada. Hari ni dh g taska n tadika spt biasa..