Monday, July 30, 2012

Ciannye Anak² Mama..Dua² Tak Sihat | Adik Ziqry Hingga Ke Emergency!

Salam 10 Ramadhan,


Kisah minggu lepas, anak² mama yg x sihat, dua² x sihat, paling cian Adik Ziqry kena Cirit Birit sampai lesu n lembik badan.., Abgnya Zaquan pulak batuk². Akceli kami 4 beranak kena batuk mula berjangkit dengan Papa, lepas tu Mama pulak kena tp Papa n Mama maintain lagi bila sakit, Anak² sakit teruk dibuatnya.


Kebetulan masa Papa EL pada 25 Julai 2012@5 Ramadhan tu la Abg & Adik mula sakit teruk, dua² lemah, nasib baik Papa cuti dpt juga jaga anak² yg sakit.


ini masa tengah tunggu waktu berbuka n  tunggu Papa order Chicken Foldover (Buy 1 Free 1). Masa sampai Mc'D Papa tanya Zaquan nak mkn ape, Zaquan ckp dia x mo makan pape, dia nak tido..1st time tau smpai Mc'D dia xmo turun. So Mama pun duk dlm kereta jaga Abg, Papa bawa Adik g order. Tp maybe org ramai, lama gak la kami menunggu smpai Zaquan tersedar n tetiba teringat dkt Papa dia n ckp nak ikut Papa pulak, time tu la kami bergilir beratur..(Sorang 1 kupon jerk boleh tukar pun..)


muka org sakit, sampai rumah pun mmg dia terus baring n tertido time kami sibuk berbuka.


Ini pulak muka lesu Adik, kalau nak main dengan dia pun, dia x layan..

Ikutkan Mama ada g Klinik Pakar Kanak² An Nur pada 13 Julai 2012 ekoran masalah Adiknya 'Telur' merah melecet sampaikan nak basuh pun dia nangis, Mama rujuk Pakar sbb time tu Mama risau takut Ziqry kena 'Angin Pasang'. Rupanya bukan kena Angin Pasang tp doktor suspek merah tu sbb kesan cirit birit. Memang 2-3 hari sebelum tu Ziqry ada mcm tercirit jerk tp kami fikir itu disebabkan masalah beralih bulan, mmg setiap kali anak² Mama beralih bulan mereka selalunya kerap mmbuang air besar/badan mula la dedar².

Doktor  explain kalau kena 'Angin Pasang'  simpton telur dia tu  akan keras, tp time doktor pegang adiknye telur tu xdela mengeras n elok pulak time doktor pegang Ziqry x nangis pun...Doktor ada bg 2 jenis ubat Sapu & Ubat Cirit Birit (Smecta). Tapi itulah Ziqry x berapa suka mkn ubat Smecta tu. Itu yg melarat pulak cirit biritnya sampai keminggu berikutnya.


So pada hari Jumaat lepas (27 Julai 2012@7 Ramadhan) kami pun buat keputusan bawa anak² ke Klinik Kesihatan pulak. 

Ziqry yg masih lagi lemah..kurus sudah anak mama..
Dah la Cirit Birit x hilang, sekali tgk dkt kedua2 belah peha Ziqry ada kesan merah lebam n bengkak. Adeii masa bila pulak kena gigit ni..

Kami pergi Kilinik Kesihatan Bandar Bangi register sbg pesakit luar, register untuk dua² anak sekali, Lgpun Zaquan nya batuk pun x baik² pun lagi.


Kebetulan pulak Doktor yg kami jumpe tu Kak Yani (Isteri kepada Sepupu Papa) , So memudahkan la kami untuk berbicara masalah sakit Zaquan n Ziqry.  Keputusannya Ziqry kena amik darah dan bila keputusan darah menunjukkan yg mmg darah Ziqry ada sikit bakteria n Doktor bg ubat Antibiotik utk buang kuman berkenaan, dan utk kes Cirit Birit dia apa yg Doktor explain adalah memandang kan dah 2 minggu lebih Ziqry terkena cirit birit jdnya bdn dia pun dh x boleh nak menerima dgn susu sedia ada dah, so Doktor suggest tukar susu buat sementara waktu tukar kepada susu soya/bebas kandungan laktosa.

Cian adik nangis2 kena amik darah lebih2 lagi urat adik halus susah nak cari urat utk cucuk..dua² tgn kena cucuk sbb yg pertama x berjaya nasib baik sekali lg cucuk berjaya kalau x berjaya jugak kena cucuk kat lengan pulak.



Ubat Adik - Antibiotik, ubat cairkan kahak (Dalam masa yg sama adik Batuk & Selsema) dan krim sapu utk kesan merah di peha dia tu. Kesan merah tu doktor kata elergik..(mcm2 elergik pulak adik Ziqry skrg ni..)

Kak yani ada pesan Ubat Semcta tu mmg elok n itu antara pendekatan terkini utk redakan mslh cirit birit, akan tetapi klinik kerajaan mmg tidak bg kemudahan ubat Smecta n K.yani suggest beli di Farmasi n paksa jugak Ziqry mkn Smecta tu masukkan dlm air minuman dia.

Ubat utk Abg - Antibiotik, Batuk & Selsema.



Selesai urusan klinik, kami terus ke Manjaku cari susu yg doktor suggestkan..
Disebabkan emergency n Mama pun x sempat nak research pun pasal Susu Soya/susu bebas laktosa ni, jadinya Mama beli jerk Susu Isomil Plus ni. Mula² Adik xmo minum langsung pun susu ni, alhamdullillah now dia dh nak minum susu soya ni.


Selepas selesai semua urusan, kami masuk kerja seperti biasa & hantar anak² di rumah Mak. Balik² kerja Mak&Ayah bagitau Ziqry semakin teruk adalah, xmo mkn & minum langsung..bertambah² lesu.., Jadi nya lepas berbuka kami terus ke Wad Emergency Hospital Kajang..risau jugak kami kalau anak x sihat2 ni, takut penyakit lain pulak yg dpt. Lagipun takut Ziqry kena Dehidrasi (kurang air dlm badan).


Menduga betul kalau ke Emergency ni kan, mana² Wad Emergency pun msti ramai orang, kami sampai jam 8.30mlm urusan selesai jam 12.00mlm. Keputusannya masih sama..hasil pemeriksaan darah Ziqry menunjukkan mmg ada kesan bakhteria tp masih lagi peringkat yg ok belum kritikal lagi dan pemeriksaan secara klinikal oleh Doktor pun, Doktor tgk Ziqry masih lagi sihat..(tp iyela hati IbuBapa yg menengoknye, anak x sihat sikit pun hati dh x sedapkan). Ubat yg doktor bg cuma air garam jerk..


Abg & Adik@Emergency, 
Abg layan games kat Tab, 
Adik yg cedih sbb pagi dh kena cucuk, mlmnya kena cucuk lagi..kali ni adik nya tindakan refleks lg teruk menjerit siap kaki nak tendang² misi yg tgh cucuk adik..huhu


Alhamdullillah masalah cirit birit Adik dah pulih secara total pada 29 Julai 2012. (semalam x membuang lgsung la pulak..), tp pagi ni badan adik pulak dedar² mcm nk demam panas pulak.., Zaquan pulak batuk masih ada tp under control..x demam. Hopefully anak² Mama n Papa ni cepat sembuh ye..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

11 comments:

  1. anak ayu pun semuanya demam....kec amani dan yana jer...mmg susah hati kalau anak sakit :( moga anak sweetmum cpt sembuh ya

    ReplyDelete
  2. Semoga zaquan & ziqri cepat sembuh, anak² tak sihat mmg risau .. anak sy pun batuk dah 2 minggu ni masih ade bersisa lagi .. cuaca pun panas semacam ramadhan ni...

    ReplyDelete
  3. eija. ayu mendoakan agar anak2 eija cepat sembuh..

    Ya Allah, kau sembuhkanlah kedua-dua anak sahabatku.. moga kesejahteraan yang baik2 untuk mereka adik beradik..

    Eija, thanks bkongsi ttg penyebab penyakit cirit birit hingga akibatkan telur kemerahan.. yalah.. kalau ayu sure akan anggap angin pasang juga

    dan thanks syer ttg susu apa y molek ditukar, tapi.. selalunya kalau ke pakar, mmg kita akan dpt suggestion dr pakar kan...

    tabah dan sabar ya eija, moga abang dan adik cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. mmg klu anak2 tak sihat mmg kite ssh hati ..

    ok lain kali klu kena lagi diarrhea, bancuh je smecta tu dlm susu ... diorg tak prasan ade ubat dlm susu tu ....

    ke2, klu tak ok lepas 2-3 hari tukar susu beli susu tanpa laktosa cth susu lembu tak de laktosa mamex gold... rasa cam susu biasa klu soya ni rasa pelik sikit mmg budak tak penah minum akan refuses

    dah ok cirit birit sambung balik susu asal die

    tang melecet tu ...tiap kali basuh bontot sapu vaseline insyaallah tak kena merah tu ...tp once dah merah kena beli bepanthen..insyaallah mujarab

    tak pun sapu je minyak but2 HPA ...

    semua ni pengalaman aku membesarkan fahim .....

    ReplyDelete
  5. sian kan..sedih tgk anak2 x sihat..alhamdulillah mereka dah recover..

    ReplyDelete
  6. siannya..smoga anak anak sweetmama cpt smbuh...kalau anak2 tak sihat memg kita jd risau..

    ReplyDelete
  7. Allah... tak sampai hati kakak bila baca adik kena cucuk sampai dua kali. Kalau kakak dah menangis sama eija.

    Moga abang dan adik terus sihatlah hendaknya...

    ReplyDelete
  8. salam eija..siannya zaquan dan ziqry..semoga cepat sembuh ye sayang..eija pun take care tau!

    ReplyDelete
  9. mmg kesian sgt tgk anak sakit nnih...safiya pun pnh kena cirit birit nis siap kena tahan di ward lagi..

    ReplyDelete
  10. moga anak2 cepat sembuh kak eija..
    ksian nye tgk zaquan ziqry..muke tak larat jek sume..slalu aktif kemain..
    sabar byk2 ye kak eija..

    ReplyDelete
  11. ooo cirit birit.. sian ziqry.. patut muntah2.... moga 2 beradik ni cpt sembuh...

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails