Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Wednesday, July 25, 2012

'Encik, Boleh Tak Tolong Parking Kereta Saya'

Salam 5 Ramadhan,

Hari ni Mama drive sendiri kereta ke tempat kerja, Mr. Papa cuti jaga anak² dirumah sebab MIL & FIL ada urusan pemeriksaan kesihatan di klinik. Selalunya Mama minta tolong My Mum yg jagakan, tp bulan puasa ni My Mum mmg x larat nak menjaga dua² anak Mama, My Mum cuma willing utk menjaga Ziqry jerk, disebabkan bulan puasa jugak susah nak bawa Zaquan ke opis, Papa willing untuk bercuti jaga Zaquan & Ziqry. Terima kasih Papa sanggup bercuti untuk jaga anak², Mama tgh ada kerja yg perlu disiapkan. 

Nak citer perkara yg paling memalukan terjadi jugak dkt Mama pagi ni, Alhamdullillah selamat sampai opis tepat pada waktunya tapi yang memalukan Mama tu pagi ni terpaksa tebalkan muka minta tolong org lain parkingkan kereta Mama. Failed sungguh Mama part parking kereta ni.

Hari ni sampai opis awal so cubalah parking kereta dekat basement opis ni, tempat parking mmg masih byk lagi masa Mama sampai tu, so confident jerk masa nak masuk parking tu, awal nak corner masuk parking dh terasa senget ke kanan (sebelah tiang dinding pulak tu) pastu try la adjust, kejap riverse n kedepan tp makin dibuat makin ketepi, Adoiyai kereta sudah rapat sgt ke dinding nyaris bercalar, nasib baik pintu leh buka..n kebetulan ada seseorang yg baru jerk parking kereta selang dari 3 buah kereta tempat Mama cuba parking tu.

So dengan muka tebalnya keluar ckp ngan org tu 'En. boleh x tolong parkingkan kereta saya' (x kenal pun siapa..huk2..). Nasib baik org tu muka nampak baik dan tolong tanpa byk cakap. Lega rasanya bertambah lega sbb nasib baik org tu terror menyelamatkan keretaku tanpa calar..(risau gak kalau calar Papa bising ). 

Hopefully balik nanti xde masalah yg timbul w/pun tau kena tempuh jammed yang teruk sepanjang bulan puasa ni.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. saya pun masih gagal kalau parking.. sbb tu kat opis menonong jer.. msk pagar terus parking lurus x kekanan x kekiri hihihihihi...

    ReplyDelete
  2. hehe..mmg risau kan. orang laki kekadang lg concern pasal kereta hihih..tp nak buat mcmmana, semua calar kt kereta kami, mmg saya pon yg buat :P

    ReplyDelete
  3. hehhehee lela penah ms nk kuo parking...susah yg amat pasal kiri kanan keta yg parking rapat berpeluh2 nak adjust last2 mintak tolong orang

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah .. murh rezki org tu berkat tlg org dlm bulan pose kan

    ReplyDelete
  5. dapat parking kat basement oklah sikit..
    kat putrajayani masalah parking nak2 kat parcel d
    adoi parking tak cukup orang pakat duk parking kat corner jalan
    kereta dah calar balar.. kalau tak sondol org, org sondol kita sebab parking rapat2

    ReplyDelete
  6. @Masya: itulah kan, eija pun kalau ada tempat yg senang nak parking, mmg parking kat tempat yg senang jerk...

    @lydzar: hihi..betul tu pada org lelaki kereta dah dianggap mcm bini mereka dh sbnrnya..sbb tu syg kemain..
    Hahaha..kalau x calar balar..x bernai n pandai pulak bw kereta nnti..

    @Lelord: itulah kan mmg kena gak tebalkan muka minta tolong org..

    @AzuraFazil DIN: Betul tu, moga dilimpahi rezeki buat org yg membantu aku tu..

    @Saleha: ermmm..parking kat basement kami ni pun terhad sbnrnya, kalau nak dpt parking, kena la dtg awal sikit..
    betul tu area Parcel D paling terhad tempat parking dia kan..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails