Monday, February 13, 2012

12.2.2012 | Kenduri Doa Selamat Sebelah Kami (Wedding My Younger Bro)

As Salam,


Alhamdullillah, selesai sudah majlis kenduri kahwin adik lelaki sweetmama, Sebelah kami buat kenduri doa selamat jerk, jemputan khas buat sedara mara & jiran terdekat.  Sebelum ni sweetmama ada story ttg adik lelaki sweetmama ni yang dah selamat bernikah pada 7 Jan 2012 & bersanding kenduri sebelah perempuan pada 8 Jan 2012.


Ummi la yang paling lega, 4 orang anak dah selesai tanggungjawab, tinggal lagi 2 orang teruna yg menanti giliran...hehehe


Alhamdullillah segalanya berjalan lancar...


Pasang 2 khemah jerk, x sangka pulak tetamu lebih dr jangkaan, tp menu cukup untuk sume..^_^..


Menu Utama:  Nasi Putih Berlaukkan Ayam Goreng Berempah, Daging Salai Masak Lemak, Pajeri Nenas, Sayur Goreng, Ulam, Sambal Belacan ( Katering jerk sume - Pak Lang Caterer) & Sambal Goreng Kentang+Tempe ( tempah dkt MIL)

Menu Tambahan : Laksa ( order jerk jugak..hehehe)



Kuih Muih Sponser By Saudara Mara


Bubur Kacang - Tuan rumah sndiri buat..My Mom..:D


Dadih..Adik yg buat (Mak Ngah Zaquan Ziqry)


Layan kan gambar kami dulu sblm tgk gmbar pengantin, lgpun kami x bergmbar sgt pun sbnrnye, rombongan keluarga pengantin perempuan smpai jerk jam 12.30 tepat, terus mula kan doa selamat & tahlil, selesai doa selamat & tahlil terus ke Agenda makan. DIsebabkan xde sanding2 so kami pun melepak jerk la kat khemah..


♥Mama & papa ♥ 
susah sungguh nak bergmbar bersama Zaquan
Ziqry tido dari jam 11.30 pagi smpai pukul 3.00 ptg..


Mak Ngah & Pak Ngah Zaquan & Ziqry
Masih lg honeymoon berdua, blom ada rezeki untuk ada anak.
Sangat sayangkan Zaquan&Ziqry,
x menahan nak amik Ziqry sbg anak angkat...nak bawa Ziqry balik kg, tp Papa x bg..huhu 



Mak Yang  & Pak Yang Zaquan & Ziqry 
Mak Yang yg tgh preggy twins..now dh 5 bulan..x sabar nak tunggu kelahiran kembar, insyaallah zaquan bakal dapat sepupu kembar perempuan...


Family Mertua Mak Yang Zaquan & Ziqry



Pasangan Pengantin..dah sebulan pun bergelar suami & isteri..




Ziqry br bangun..lena sungguh dia tido tau, mmg menyenangkan mama & papa..:))
Bangun2 terus mama paksa bergmbar..huhu
Zaquan dengan Acik Amy bkn main manja lagi...




Bergmbar kat dalam umah pulak



Pengantin bersama Ummi & Abah


Xpe la xde sanding2 pun kan, lgpun sebelah perempuan dh buat meriah + kalau nak buat grand2/sanding2 itu tanggungjawab empunya diri ler kan..kalau ada budget lebih buat, xde dok diam2 sudah..huhu, Yang penting tanggungjawab ummi abah buat majlis doa selamat menyambut menantu selesai & berjalan dgn lancarnya..^_^.. Kenduri Adik kali ni kami sume adik beradik yang bekerja sumenya menyumbang...Alhamdullillah..moga berkat & bertambah2 rezeki kami sekeluarga.


p/s: 12 Feb 2012 - Genap usia Ziqry 9 bulan - sekejap sungguh rasanya masa berlalu, Pada usia menjangkau 9 bulan Ziqry dh pandai panjat tangga tau dari anak tangga bawah smpai ler selamat smpai anak tangga teratas tp turun tangga x pandai..hehehe..



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, February 10, 2012

Family Trip Holiday 2012 - Cuti2 Freser Hills 5-7 Feb 2012 | 3 Hari Berturut2 @Taman Awam Jalan Pine Bukit Fraser

As Salam,


Adeii, Lambat btol Mama ni menghapdet blog kan, biasala time ada benda nak story, time tu pulak ada byk kerja, kena la dahulukan kerja hakiki dulu...hehehe, BW blog kawan2 pun x sempat lg ni, tp Mama tetap akan BW jugak nnti..


Story Holiday Genting 2012 x abis lg, tp mood nak smbung story holiday Fraser Hills skrg ni, Saba jerk la ye..


Sambung story anak2 & kanak2 yg bergumbira di Playground Taman Awam Jalan Pine ni lagi. Sebabnya kalau ikutkan x byk aktiviti pun boleh buat dekat Fraser Hills ni, Masa kami byk habis di Taman Awam ni, 3 hari berturut2 dr hari sampai hinggala ke saat dh nak turun balik, anak2 request nak main dkt playground..Kalau Bahasa Zaquan " Papa, Nak main buai laju". So ikutkan jerk la kan..

Day 1


erks..nangis, sblm tu bukan main happy lagi main mini golf


Alkisahnya, lepas puas main mini golf, Zaquan pun teruja la tgk sepupu dia Dania main buaian ni
Leka sungguh dia dok memerhati Dania main sambil makin lama dia makin ke tepi,
sebelah buaian yg dania main ni, ada org dok main buaian jgk,
bila dia dh ketepi terjadila pelanggaran, cemas jugak kami sume yg memerhati, mama lg la over siap jerit, dh orang yg dok langgar Zaquan tu serba salah n terus x main buai tu dah..lebih2  lg Zaquan dh mula nangis..

Tapi setelah dipujuk, sekejap jerk nangis nye, giliran Zaquan pulak amik alih buaian yg Dania main..


Kalau nak tau knape Zaquan kata ngan Papa nak main buai laju setiap kali kami lalu taman awam ni..sebabnya hari pertama main Papa dia buai dia bkn main laju lagi. Mula 2 takut pastu srnok siap jerit2 mcm naik roller coaster..huhu



huh Tingginya..


Mama & Adik tumpang posing lagi..^_~..



Day 2

Hari kedua kami penuh dengan aktiviti, lepas sarapan di rumah dan berphoto 1 family kami terus ke Allan's Water ada aktiviti bg makan ikan & Paddle Bot (nnti story di lain n3). 

Perasan x muka Zaquan monyok jerk, 
1 sebabnya dia xdpt nak main paddle Bot , x melepasi ketinggian yg ditetapkan, 
Lepas tu Atok jnji nak bawa pegi naik Kuda di The Paddock, 
tp kami singgah taman awam ni dulu pulak, 
bertambah2 monyok dia bila diajak bergmbar.


 tak sporting la Zaquan ni Kak Moon & Kak Fatimah dh pose cntik dh..


Tapi bila dh nmpak mainan, lupa skjp dia pasal nak naik Kuda..


Tunjuk Skill Memanjat


Buai Lagi


Papa pun sama nak tumpang main..huhu


Berkepit jerk la dia dgn kak moon


Berkerut jerk muka adik bila Atok bg peluang adik pun merasa main


Ohhh..Adik nak hisap besi tu ye..


Sambil melayan Anak2 & Bdk2 ni main , smbil isi perut lagi, dekat sini puas betul makan Cempedak Goreng, hari kedua ni kami siap order cempedak goreng RM10 makan ramai2. Kanak2 makan Ice-Cream :p


Day 3

Sekejap jerk masa berlalu, dh masa untuk check-out & pulang ke rumah, Sebelum balik singgah lepak lagi di Taman Awam ni. Bagi bdk2 ni puas, nnti balik umah dh x teringat2 nak main buai laju kat tempat sejuk lagi..hehehe..




Srnok tgk bdk2 ni happy, sekian n3 ttg Taman Awam Jalan Pine Bukit Fraser, ada 2 lagi Aktiviti menarik kami di Bukit Fraser iaitu aktiviti Paddle Bot di Allan's Water & Aktiviti Menunggang Kuda di The Paddock. (tunggu next n3 ye..)

  

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, February 8, 2012

Family Trip Holiday 2012 - Cuti2 Freser Hills 5-7 Feb 2012 |Makan2 @Fraser Hill Food Garden| Mini Golf @Taman Awam Jalan Pine Freser Hills

As Salam,

Hari ni pc opis sweetmama x leh nk on internet, adehh bosan giler, ni pun sweetmama BW blog kawan2 thru my notes. Dah Lewat petang baru nak update n3 famiy trip holiday Fraser Hills kami, try nak update n3 thru Notes pagi tadi tp knape bila tekan nak upload Pic dia pergi ke Link..(Siapa boleh menjawab permasalahan Mama ni ek..) adeii bila my friend try buat kat Notes dia ok jerk..bertambah2 tension bila mmber ckp My Notes yg ada problem sbrnye..sedeyy..weii..beli mahal2 tp x funtion..(Hopefully masalah setting bkn masalah My Notes..)

Nak story ttg holiday tp mukadimah  luahan hati pasal Notes..Skrg tgh update blog guna pc kawan..Sabo jerk la ye..

Alhamdullillah kami selamat pergi dan balik dari Cuti2 Fraser Hills pada 5 - 7 Feb 2012. Kami selamat tiba di fraser Hills pada jam lebih kurang 3.45 ptg. Sampai2 jerk terus lepak Fraser Hill Food Garden ni...Isi perut dulu ler, masing2 dh kelaparan..bertolak lepas breakfast..masa breakfast masing2 pekena roti canai jerk..


Time ni masing2  nak cari nasi, tp nasi yg ado cuma Nasi Lemak.. Nasi Lemak pun Nasi Lemak ler jnji Nasi..Kami sume order Nasi Lemak , ada ler tambahan Lempeng 2 pinggan, Roti Arab. Pisang & Cempedak Goreng.


Fraser Hill Food Garden ni bersebelahan dengan Taman Awam Freser Hill ( Tempat permainan budak2). So lepas selesai makan kami terus terjah Taman Awam ni..Even masa kami tgh makan time ni my Son Zaquan bersama Kakak2 nya (Anak2 yg MIL jaga) dh sibuk pun bermain kat taman permainan tu..

Dekat Taman Awam Jalan Pine ni selain daripada terdapat taman permainan untuk kanak2 terdapat juga mainan mini golf, So Papa terus offer Zaquan nak main tak mainan Mr Bean..hahaha..mula2 mama pun x phm gak, tp bila tgk mini golf ni br teringat citer part Mr Bean main Mini Golf. Zaquan peminat tegar citer Mr Bean..

Suka betol dia dapat main mini golf ni..


 Tekun memerhati & mendengar cara2 bermain Golf dr Papa..


Okey kita pukul sama2..


 Serius Zaquan sgt suka main golf ni..sampaikan dia xnk kongsi main sama ngan orang lain

At Last Papa belikan 1 Games untuk Kakak2 Zaquan ni
1 games - RM6 untuk tempoh masa 30 minit.

 Zaquan & Kak Moon

Zaquan pulak cukup susah nak diajak bergambar, dia hanya akan nak bergambar bila ada kakak dia (moon), so time ni la Mama dapat menyelit amik gambar bersama Zaquan..huhu


Selebihnya Mama Posing ngan Adik & posing sorang2 (giler posing)


 Adik x leh nak main lagi, kita tgk jerk abg main ye..n teman mama posing2


Gaya jerk lebih ni, tumpang posing ...hehehe




Masa kami mmg banyak habis di Taman Awam..Anak2 yang srnok bermain..3 hari berturut2 main di Taman Awam ni..nnti mama sambung story ttg anak2 yg happy bermain di taman awam ni lagi...

puas bermain kami pun naik ke resort..Rumah Peranginan DBKL di The Pine Resort, Fraser Hill..Mak & Ayah dah setia menanti disana..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!.

Sunday, February 5, 2012

5-7 Feb 2012 Kami Holiday ke Fraser Hills

As Salam,

Insyaallah hari ini selepas breakfast kami akan bercuti ke Bukit Fraser/Fraser Hills. Ini kira  Family Trip Holiday bersama family mertua sweetmama. Family Trip pertama utk thn 2012, Wah best ke tempat sejuk lagi. Last sweetmama bercuti ke Fraser Hills pada tahun 2009 (1- 3 Mei 2009) bersama family mertua sweetmama juga. 

Kali ni kami bercuti ke Fraser Hills dari 5 - 7 Feb 2012 bersempena dengan cuti umum Maulidul Rasul & Thaipusam. Doakan kami selamat pergi & balik ye kawan2 :))


Gambar Kenangan kami 3 tahun lepas semasa bercuti di Fraser Hills.
Time ni baru ada anak sorang, Si Abg Zaquan yg Chomell,
Zaquan baru berusi 11 bulan ketika ni.


Mcm biasa kalau bercuti dengan atok & nenek Zaquan Ziqry kami dok di rumah peranginan DBKL. 
Ini pic kami di balkoni rumah DBKL..View dr atas cantik 


Thn ni dapat bercuti berempat, Wah kiranya Ziqry lg advance dr Abgnya Zaquan dpt bercuti/menjejak kaki ke Fraser  Hillls pada usia 8 bulan..^_^..dh ler direct 3 bulan holiday tempat sejuk..[Dec 2011 (Cameron Highland), Jan 2012 (Genting Highland), Feb 2012 (Fraser Hills)]

Salam Maulidul Rasul & Selamat Bercuti kepada semua kawan2.


*n3 auto publish*



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails