Monday, May 20, 2013

Ziqry Turns 2 | Sesi Potong Kek Detik 12 Malam

As Salam,

Sambungan daripada N3 Ziqry Turns 2, lama sungguh nak bersambung N3 nye, seminggu dah berlalu..Mama dia lately ni bz..huhu. Staright to the point, Masa untuk potong bday kek yang Mama dah buat (abaikan dekonye yg x cantik langsung), Adik Ziqry dah 2 tahun ni nampaklah juga keterujaannya tu, dula masa setahun x heran pun dgn kek, skrg ni mmg la pantang tgk kek, feberet :)

Anak2 pun mmg x tido lagi menunggu masa untuk potong kek punye pasal, lg pulak diaorang dok nengok Mama dia bertungkus lumus menyiapkan kek bday ni, memang tepat 12 tgh malam tau kami potong bday kek Ziqry ni, dah sampai Impian Maju baru kami call Atok, Nenek dan Acik2 Zaquan n Ziqry untuk joint kami sama2 potong kek.

Disebabkan anak2 pun dh tak sabar potong kek, kami potong kek 4 beranak dulu..hehe


Bday Boy dah x sabar tu nak potong kek, 
lilin sepatutnya 2, lg sebatang tercicir la pulak dekat rumah..


Fuhhhh..besarnye mulut adik terbuka.., dah mama snap time adik nganga mulut..ape la mama ni..


Sama² potong kek, bulan depan giliran adik pulak potong kek Abg ye.., Kek Abg nanti kita beli je la..x sempat la Mama nak buat..[kena outstation..:( ]


 Atok, Nenek dan Acik dah sampai,
kami beralih tempat di luar pulak


Zaquan menunggu sepupunya, sibuk suruh call sekali lagi..


Xde sambutan meriah.., dapat main ape ke nama mainan ni pun Mama x tau, tarik benda alah ni meletup n kuar reben..itu pun kemain suka lg Abg n Adik..


Sepupu yang ditunggu² dah sampai
Kakak Eisya pun berkongsi bulan kelahiran yg sama dengan Ziqry bulan Mei (Kakak 29 Mei )
Nampaknye x lama lg Abg dan Adik boleh lah tumpang potong kek bday kakak pulak ye..hehe


Zaquan dpt main skjp je dgn kakak, sbb x tido sepanjang hari menunggu nak potong kek punye pasal, dia x leh thn mata dah, ngantuk sgt, sudahnya dua2 pakat tido dalam kereta sama2..


Bday Boy@Adik Ziqry geng ngan Adik Sara..
amboi siap duk atas meja nak main ngan adik sara..


Bday boy bersama Atok


Last but not least pic kami berempat..
pic x jelas sbb waktu malam guna camera hp je.., 
tp jadilah ada jgk drpd xde kan..hehhe


~ HAPPY 2nd BDAY ZIQRY~

p/s: Rezeki Adik Ziqry bulan kelahiran sama dengan pakcik dan sepupunya yang lain iaitu bulan Mei, dapat potong kek utk kali kedua pada 19 Mei 2013..nnti sambung next n3...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, May 15, 2013

Kad Selamat Hari Ibu Daripada My Son

As Salam,

Inilah hasil kerja tangan my son Zaquan sempena Hari Ibu (dekat sekolah Zaquan lebih dikenali/dipanggil dgn panggilan Khair), Teruja dapat kad daripada anak w/pun ini cuma merupakan aktiviti seninya di sekolah tp secara x langsung menerapkan nilai2 murni kasih sayang kpd Ibu. Terima kasih Zaquan, Mama sayang Zaquan jugak..♥♥♥


Teruja, almaklumlah anak baru pertama kali mula bersekolah pada tahun ni..:)

p/s: agak bz..minggu ni minggu menyiapkan report, minggu lps bz oustation, blk2 oustation dah la kena pergi lab 2 hari, hari ni baru nak mula start wat report.., maaf la x sempat terjah rumah kawan2..huhu

p/s: esok ada sambutan hari guru di tadika n taska Zaquan n Ziqry, nak buat potluck ape ek esok..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, May 12, 2013

Ziqry Turns 2!



As salam,

Hari ni 12 Mei 2013 merupakan hari ulangtahun kelahiran my 2nd hero..Muhammad Khair Ziqry yang ke-2 tahun. Cepatnye masa berlalu 2 thn dah usia Adik, tahun ni Mama xde pun buat majlis besar-besaran buat anak2, Mr. Papa pun dah mula kelas memasuki semester ke-2 (short course) bermula semalam 11 Mei 2013.

Alhamdullillah walaupun tiada sambutan meriah utk anak2 seperti thn2 sblmnye (Zaquan la yg plg beruntung 4 thn berturut2 x pernah miss buat majlis harijadi utk dia), tp kami x pernah lupa utk at least buat potong kek detik 12.00mlm, bkn kami 4 beranak je tapi alhamdullillah selalunya dpt disambut bersama family mertua ( atok, nenek dan acik2 zaquan n ziqry) sbb kami duduk berdekatan sebelah taman je boleh calling2 terus lepak sambut di Impian Maju je...hehe ( nnti mama up gambar sesi potong kek di next n3)

Hari ni just nak buat short n3 sblm 12 Mei 2013 berlalu, dapatla mama coretkan sedikit ucapan buat anakanda tercinta yg genap usianya 2 tahun pd hari ini.
Mama doakan moga anak Mama ni membesar dgn sihat, ceria dan menjadi anak yg berguna kpd agama, keluarga, bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat..amin.
This song for you my son :-


"you're my honeybunch, sugerplum,

Pumpy-umpy-umpkin, 
You're my sweetie pie,
You're my cuppy cake, 
Gundrop snoogums- boogums,
You're the Apple of my eye
And i love you so..
And i want you belive
That i'll always be right here
And i love to sing sweet song to you
Because you are so dear"


Love..love..love you baby..., Adik dh 2 thn tp Mana rasa Adik mcm baby je lg tau....

Ikhlas dari Mama kek harijadi Adik yg ke-2 thn...hasil air tgn Mama. Srnok tgk Adik suka mkn choc cake yg Mama buat ni :-). Hari ni bday boy asyik la buka tutup buka tutup peti ais sbb dok mkn baki cake harijadi dia.

P/S: Abg Zaquan siap request bday dia bln depan nak Mama wat kan cake jgk..bentuk love.., maaf abg nmpknye Mama xdpt nk tunaikn sbb Mama kena outstation pd tarikh harijadi abg...huargg sedihnye xdpt nk sambut pd detik 12mlm 6 Jun nanti..xpelah moga ada masa kita berempat utk sama2 potong cake..w/pun sepotong kek SR kan...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 6, 2013

Kali Pertama Mengundi Pada PRU13.

As Salam,

Selesai sudah PRU13 yg berlangsung pada 5 Mei 2013, Tahniah kepada BN kerana terus kekal menerajui Negara. Mama pun dah selesai jalankan tanggungjawab mengundi kepada negara, hidup dah 33 tahun, ini baru pertama kali Mama mengundi sbnrnya, 2 kali terlepas..x cukup umur :p (baru nak ada kesedaran mengundi..huhu)

Mama x mo citer lebih² pasal PRU13 ni pun sbbnya Mama ni bknnye kaki politik, dengar boleh tp nak komen lebih² tu xdelah, selalu gak dok dgr komen² kawan² pastu balik dok komen dengan laki je..hahaha

Mama n Papa punyer pusat undi berlainan, Mama di Seksyen 4, Mr. Papa di Seksyen 5, tp xde masalah sebelah menyebelah je, Pagi tu..(xdela pagi sgt pun..) kul 10.30 pg baru gerak ke pusat mengundi di Seksyen 4 dulu, means giliran Mama la g ngundi dulu. Tempat mengundi Mama di Sek. Keb. Jalan Empat Bandar Baru Bangi.


Owhh..Mama di saluran 4


Mak aihh..itulah dtg lmbat lagi..,ini barisan saluran 4, time ni 10.45pg..panjang tu..ditambah dgn cuaca sudah mula panas..

Tangan Mama sudah bercalit


Alhamdullillah selesai sudah Mama saya mengundi..hehe
Tepat kul 12 tengahari tu baru selesai Mama mengundi,
Cian Zaquan, tertido² menunggu Mama selesai mengundi
Adik Ziqry tgk tgn Mama bercalit cam pelik je n dia geram nak gigit sbnrnya..




Setelah selesai urusan Mama ngundi, baru la nak isi perut, singgah tempat biasa..Impian Maju dulu sblm Mr. Papa pulak g buang undi, sampai Impian Maju tgk Atok, Nenek n Acik2 Zaquan n Ziqry pun ada lepak kat sana, diorang sume pun baru selesai ngundi cuma MIL je la yg akan g ngundi di Bangi Lama. 

Dah selesai isi perut, kami semua lepak rumah MIL sbb giliran Mr. Papa pulak nak ngundi, dia mengundi di Sek Men Jalan Reko, Seksyen 5 dekat area rumah family mertua je, Mr. Papa kuar ngundi kul 1.30tgh tp dia balik rumah nak dekat 4.30ptg..lagi lama..sambil menyelam minum air la tu Mr papanye..dh selesai undi g melepak ngan kawan² dulu..sembang² politik dulu ye tak..huhu..

Kesimpulannya semalam mmg dok melepek di rumah je la, kul 6 ptg kuar rumah semula g minum pulak kat Impian lagi, pastu balik rumah kami kunun nak sama² melepak tgk tv sambil menunggu keputusan PRU13 n sambil² layan bola MU lwn Chelsea..sekali tv yg tgk kami semua...muahhhaha...

Pagi ni bangun masing² tertanye sesama sendiri..hari ni cuti ke keje (masing² kan dah berangan kunun dpt cuti umum slps pilihanraya) , ntah dah tertido semalam, sekarang ni kan dunia cyber, internet lg laju dr tv, nak tau cuti ke x, tgk FB je, Mama pun check jgk ler FBnye, tgk masing² update x cuti, jd kejutla anak² g sekolah, 'kita x cuti la hari ni'..huhu (diri sendiri pun sibuk mengupdate status di FB jgk..:p)

Putrajaya keje, Selangor cuti..jd jalan nak g opis hari ni clear..lengang je plus mereka yg balik ngundi di kg halaman masing² ada yg mmg dah apply cuti/sambung cuti hari ni, so opis pun sunyi sepi je ari ni..

p/s: sekejap nye masa berlalu kan, esok sampai 10hb Mama oustation ke Labuan, balik dari outstation hujung minggu 12 Mei 2013 hari ulangtahun kelahiran Ziqry yg ke 2 tahun..thn ni mmg xde planning utk wat majlis bday besar²an utk anak², hanya sambutan utk kami berempat anak beranak je kot..xpela yg penting moga Adik Ziqry dikurniakan kesihatan yang baik, cergas, aktif dan ceria2 selalu ye dik..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, May 2, 2013

Anak² Tak Sihat | Demam, Cirit Birit Dan Muntah² :'(

As Salam,

Sedihnya bila tengok anak² x sihat kan, My heroes Zaquan n Ziqry x sihat diserang demam, cirit birit dan muntah². Zaquan paling teruk cirit birit + muntah² n pertama kali dia sakit teruk sampai lembik dibuatnya. Ziqry pulak demam dan batuk.

Ermmm..Mama pun x pasti daripada mana puncanya berlaku / virus ape yg diorang kena, sekali tengok mcm keracunan makanan or maybe gastrik cuma kalau nak kata keracunan makanan kami berdua yg makan benda yg sama x kena pulak sakit perut n Zaquan pun selama ni x pernah ada sakit gastrik n biasa je kalau lwt makan. Ada jgk kawan² yg ckp  maybe sbb swimming punca anak² sakit (terlebih minum air klorin n air pool pun bknnye bersih sbnrnya kan)..Ermm ada betulnye jgk..means lepas ni Mama terpaksa slow kan aktiviti swimming kami, baru je planning nak masukkan Zaquan swimming class.

Berikut kronologi Zaquan n Ziqry diserang sakit:-

27 April 2013  (Sabtu)

Happy time..weekend kami dihabiskan dgn aktiviti swimming kali ni bersama Mr. Papa, syok la anak² Papanye ada sekali (pertama kali Papa joint kami swimming). Mmg kami mkn di luar di Restoran Maritim Boat Putrajaya - keadaan kesihatan seperti biasa je sampai ke pagi esoknya.

28 April 2013 (Ahad)

Hujung minggu, anak² pun pandai amik kesempatan bangun lewat, Mr. Papa lagi la bls dendam tido sbb minggu study week, selalunya hujung minggu kul 7.00pg Mr. Papa dah keluar rumah utk ke kelas. Pagi tu kul 10.00 pg jgk la baru anak² bangun. Pagi tu baru tersedar yang badan Ziqry tiba² panas, nampaknye Adik Ziqry diserang demam panas.

28.4.2013 - 10.00pg - Bangun² pagi dah tentu² la masing² kelaparan cari makanan, mmg selalunya pagi kami breakfast di Impian Maju je..ehhehe, tp pd hari berkenaan sbb Papa nak cover tido dia kan, xde lah Mama kejutkan Papa bawa kitaorang kuar g breakfast, tp Mama ada gorengkan nugget n sosej utk anak², tp sementara menunggu Mama masak tu diorang dah cover perut dgn roti dan susu dulu. Dalam masa yang sama lps goreng nugget dan sosej, Mama beriye la pulak nak buat kuih keria, buat la sekali dgn Zaquan, bersungguh Zaquan menolong n sgt x sabar nak merasa time belum goreng masa dok uli keledek dgn tepung, dia dah curi² makan adunan kuih tu..ermm x kan la Zaquan alah dgn keledek pulak.., Zaquan mmg excited sgt sbnrnya tolong Mama buat kuih, dia punye keria, keria Mickey Mouse lagi, tp sbnrnya dia x mkn langsung pun keria dia tu sbb dah kenyang makan nugget n sosej..(itu yg agak confius sbb musabab Zaquan diserang muntah² n cirit birit ni..), Time ni dia masih sihat n aktif seperti biasa.

28.4.2013 - 12.00 tgh - My Mum n Adik² Mama singgah rumah kami nak jumpe Zaquan n Ziqry, sempatlah hidangkan kuih keria yang Mama buat tu :), Zaquan n Ziqry pun happy je bermain mcm biasa w/pun Adik Ziqry demam.

28.4.2013 - 2.00ptg -  Wan Ummi, Mak Ngah Cbah n Mak Yang Zaquan n Ziqry dh nak balik, Zaquan pun menangis nak mengikut Mak Ngah n Mak Yang dia, Mak Yang dia x sampai hati n bawa jgk la Zaquan sbb diorang planning nak mkn Tutti Frutti di Seksyen 8, BBB. Masa ni la bermulanya Zaquan x sihat. Sampai² Tutti Frutti Mak Yang Zaquan n Ziqry pun pelik Zaquan teruja nak amik je lebih, tp dia tiba² xde mood nak makan, dia cuma lentokkan kepala di meja, Adik² Mama igt itu trick Zaquan utk ikut diorang blk (xmo dihantar ke rumah semula). Mak Yang Zaquan n Ziqry siap update gambar di Fb dia bgtau Zaquan xde mood sbb bersalah tinggalkan Adik Ziqry dirumah.

Pic Zaquan xde mood mkn tutti frutti pada 28.4.2013

Rupanye dia betul² xde mood sbb bdn dia tetiba rasa x sihat agaknye sbb OTW nak balik rumah Zaquan muntah selambak dalam kereta Mak Yang dia, keluar segala isi makanan nugget n sosej yg dia mkn. Balik lepas mandikan dia, dia terus tido sampai lah ke petang.

28.4.13 - 8.00 mlm - kalau siangnya dia muntah, mlm tu tetiba dia tercirit, sampaikan kami terpaksa pakaikan dia pampers, nasib la ada pampers size XL yg terslh beli utk Ziqry hari tu. Malam tu jgk Mr. Papa nak amik Motor di rumah FIL, so kami pun pergi rumah Atok n Nenek Zaquan n Ziqry slps isyak, OTW dlm kereta pun Zaquan tercirit lagi sampai bocor. sampai rumah Nenek dia, dia pun kelesuan terbaring je, time ni kami fikir maybe perut dia sebu masuk angin so Papa bagi dia minum air 100plus sikit, tp setengah jam lepas tu dia muntah balik. FIL n MIL mmg sarankan kami bawa je Zaquan ke emergency, tp Mr. Papa diam je, Mama ikut je Papa nak bawa Zaquan ke klinik/hospital. 

28.4.13 - 11.00mlm - Kami satu family bersama FIL, MIL n Adik² Ipar lepak minum di Impian lagipun Papa nak layan bola MU lwn Arsenal, kebetulan Zaquan tido dlm kereta dgn harapan dia sihat la keesokan harinya, lgpun stok smecta (ubat cirit birit) ada di rumah, budget nak bg dia minum air garam dan smecta je sbg cover sblm ke klinik. Tapi time ni pulak Adik pun berjangkit virus cirit birit ni, tercirit sampai bocor kena seluar yg dia pakai.

28.4.13 - 12.00mlm - Tamat perlawanan bola, kami pun minta diri balik rumah dulu, Zaquan tido dlm kereta time ni (kereta park depan mata kami je), time ni kami terus buat keputusan kena jgk bawa Zaquan ke klinik/hospital sbb dia boleh tercirit tanpa sedar, bayangkan dia boleh tido dgn tercirit n bocor time tu dlm kereta, balik rumah bersihkan zaquan dan basuh kereta n terus pecut g klinik dulu, dah masuk klinik jumpa doktor, bgtau masalah Zaquan n kebetulan time jumpa doktor dia nak termuntah terus doktor kata kalau kes camni dh kena dari tengahari tadi kena refer hospital terus ni, doktor dh ckp mcm tu kami pun  refer Ziqry je la.

@Klinik Zalfah, Bandar Baru Bangi
Zaquan yg dah kelesuan

Adik Ziqry pun dah terlelap, dia pun sama baru lps tercirit time ni.., tp Adik Ziqry ni tercirit slh satu sbbnya nak beralih bulan.


Dari klinik ke emergency, selesai g klinik kami terus ke emergency hospital kajang


No. giliran kami 2007 - pukul 2.11 pagi baru dipanggil.
Aduihai kesian sungguh rasanye time ni, tengah² pagi masih sibuk berurusan di hospital, dahla Mr. Papa ada final exam keesokkannnya, cian pd Papa jgk, time dia nak amik exam pulak anak² x sihat.


Resultnya: Dari pemerhatian Doktor Zaquan belum sampai tahap kena masukkan air w/pun kami rasa dia mcm dh lembik sgt sbb setiap apa yg dia makan keluar (muntah) ditambah dgn cirit birit lg. Doktor kata selagi dia ada perasaan nak makan tu kira ok lg, sbb Zaquan ni dia still nak mkn cuma bila mkn keluar blk. Doktor suspek Zaquan apendiks sbb selain dari muntah² n cirit birit, dia jgk sakit perut, bila Doktor tekan perut dia, dia ckp sakit n sakitnya lebih pada sebelah kanan. Tapi papehal pun doktor suruh pantau sampai keesokkan harinya dulu sbb time check up tu Zaquan xde demam² cuma muntah² n cirit birit sekali. In case kalau berlarutan jgk baru doktor suruh refer emergency semula n maybe warded. Malam tu kami cuma dibekalkan dgn ubat shj la.

Memang sedih rasanye sbb mlm tu lps kami bagi dia makan ubat n minum air garam, air garam tu keluar balik..bezanya malam tu dia dpt tido dgn lena tanpa cirit n muntah.

29 April 2013 (Isnin)

Mama kena la amik cuti kecemasan jaga Zaquan n Ziqry yg x sihat, Mr. Papa ada final exam, nasib baik jgk la examnye pada pukul 2.30ptg, kalau pagi mesti kelam kabut sbb kami tido pun nak dekat pukul 4.00pg kot br dapat lelap. Sempat la kami bersarapan sama² dulu, Pagi tu Zaquan cuma makan roti bersama teh o panas, baru makan sikit dapat bertahan 15 minit je lps tu muntah balik. Ciannye anak Mama, dah la masa nak muntah tu dia akan ckp 'Saaaakiitt' baru dia akan muntahkan. lepas sarapan bg dia makan ubat, terus lena sampai ke petang, tersedar pun cuma minta air Teh O pastu sambung tido semula, nampak mcm nak ok tp lps dia terjaga semula tu keluar blk air teh o tu.

Zaquan cuma mampu tido je la, tido pun siap spare gayong di sebelah utk tadah muntah dia


Adik Ziqry badan dedar2, tp alhamdullillah xde muntah², cirit pun sekali dua je..

Memang lena sungguh Abg dan Adik tido tengahari tu


29.4.2013 - 8.00mlm - Zaquan mmg xnk makan pun tp nasib dia masih nak minum air masak, cirit dia nmpk dah kurang n malam tu lps mandi dia pun dh xnk pakai pampers lagi. Ziqry pun nmpk dah sihat n aktif. Papa pun dah balik dari exam, alhamdullillah Papa kata boleh la dia jawab n hope keputusannya nanti pun memberangsangkan. 

cerita selingan :-Boleh pulak malam tu kami semua kepenatan tanpa sedar yang kami semua tido lena dgn pintu x berkunci, Mama dok igt lps Papa blk kelas pintu pagar rumah tu Papa dah kunci sbb mmg Mama nampk Adik Ziqry yg tutup pintu rumah tp budget pintu pagar papa dah kunci, yang Papa pulak igt Mama basuh kain so nanti mesti Mama nak sidai kain, tp ptg sampai ke mlm tu hujan, Mama pun fikir xpelah sidai kain esok je, lgpun nanti Papa kata nak pulangkan Motor pd Ayah mesti Papa akan kejutkan Mama time nak kuar rumah nanti, sekali 4 beranak tertido mati daa, MIL n FIL call pun x sedar, nasib la MIL n FIL tergerak nak dtg rumah, siap MIL naik atas kejutkan kami punyelah tido mati x sedar bunyi hp...huhu

30 April 2013 (Selasa)

Kebetulan Mr. Papa mmg dah amik cuti rehat pd hari Selasa sbb Isnin dia apply cuti tanpa rekod, alang² hari rabu cuti umum, dia terus la amik cuti hari selasa, kunun nak rehatkan minda slps sehari exam, tp mana nak sangka anak² sakit, so cuti jaga anak la, bergilir la kami, Isnin Mama jaga, Selasa Mr. Papa pulak  jaga anak. Pagi tu Mr. Papa la hantar Mama g keje bawa sekali la anak². Ziqry nampak dah sihat cuma Zaquan la still nampk lemah lagi..

Zaquan pada pagi hari selasa OTW hantar Mama g opis.


10.00 pg - Mr Papa call bgtau Zaquan still jgk muntah w/pun cuma minum air, so Papa nak bawa g klinik kesihatan pulak dgn harapan dapat la cek darah, tp bila pergi Doktor still kata Zaquan masih tahap ok n mcm biasa dapat ubat yg sama jgk..ermmm..hope sgt Zaquan cepat sembuh..

5.45ptg - Mr. Papa bersama anak² jemput Mama balik kerja, tengok Zaquan tido je dalam kereta, Papa kata Zaquan mcm tu la tido je, makan x lalu pastu dia ngadu sakit kepala pulak, badan dia pun dah mula panas..demam, masa chek up di klinik pagi tu suhu dia 37.5.  Disebabkan dia x makan n tido je, so xdelah dia muntah² n berak².

9.00mlm -  Sekejap² Zaquan terjaga dari tido, x selesa sbb badan panas n selalunya bila terjaga dia akan minta nak minum air, mama pun bagi, lega rasanye dia xde muntah², tp tercirit² pulak dia malam tu

Zaquan pd malam selasa, cirit, demam n sakit kepala pulak,
cian sungguh anak Mama, susut dah berat badan n nampak kurus sgt dah abg.
mmg time check up pagi tu berat turun  sampai 1.5 kg.



1 Mei 2013 (Rabu)

Selamat Hari Pekerja..hari ni cuti umum, Mr Papa ada planning nak bawa kami keluar berjalan ke shopping mall, Mr Papa nak abiskan baki baucer BB1M dia. Bila bgtau Zaquan kita nak g JJ, nampakla sikit ceria muka dia, bertambah ceria bila bgtau nak belikan buku kaler² utk Abang n Adik. 

Kami siap sedia pakaikan dia pampers..cian pulak tgk abg, rasa lain sgt tgk bdk umur 5 thn pakai pampers.., nasib pakaikan pampers, sampai² JJ, dia dah tercirit..itu x mkn ape pun lg tu cuma minum air suam dan ubat shj. Pagi tu offer dia makan Mc'D pun dia geleng xmo, selera makan dia dh kurang sgt..tp alhamdullillah selepas tunaikan hajat dia nak bermain games di Pusat Hiburan Sekeluarga JJ, dia happy n baru la nak makan, w/pun dia cuma makan 5 suap je tp at least dia nak makan..n lega jgk hati dia x muntah lps makan cuma mlm tu mcm biasa dia tercirit je..

Nampakla ceria sikit Zaquan n Ziqry w/pun ikutkan badan masing² x berapa sihat, tp ini slh satu cara psikology utk bg anak² bersemangat n happy.



2 Mei 2013 (Khamis)

Hari ni masuk hari yg ke -5 Zaquan masih berlarutan x sihat n Ziqry pulak on n off demam n batuknya masih ada, terpaksa la minta tolong MIL jagakan, nasib jgk MIL boleh tolong jagakan, mulanya nak hantar Zaquan je, Ziqry nak hantar g taska, tp Atok offer kalau dia demam xpelah Ziqry duduk dgn Atok sekali..Terima kasih Atok n Nenek yg sudi jagakan Zaquan n Ziqry. 

Sepanjang 5 hari anak² x sihat ni dah 2 klinik kami refer (klinik swasta dan klinik kesihatan), emergency hospital pun kami dah refer, nampknya kalau x ok jgk Zaquan sampai ke petang ni, kami kenalah refer pakar kanak² pulak.

Moga anak² Mama cepat sembuh, x sanggup tgk anak² Mama n Papa tanggung sakit sampai x bermaya. Moga adalah perubahan Zaquan hari ni..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails