Friday, May 16, 2014

Persidangan Penolong Akauntan Kali Ke 11 | Slot Best dari Amin Idris

Salam Jumaat,

Blog Mama ni nampaknya mmg la dapat update paling byk seminggu sekali x pun sebulan sekali je rasanya..huhu. Minggu ni mama x update blog sbbnya hari Isnin (12 Mei 2014) bday my little boy Ziqry yg ke -3 tahun, kami amik cuti rehat (nanti ada masa mama update n3 bday Ziqry), lps tu bersambung dengan cuti hari wesak, lps cuti terus hadiri Persidangan Penolong Akauntan di The Everly Hotel, Putrajaya (14 -15 Mei 2014). Hari ni masuk kerja dah ada kerja menanti.., inipun sbb persidangan semalam habis awal..setengah hari, sempat la buat n3 auto publish untuk hari ni..hehe.

Semenjak Mama menyandang jawatan Penolong Akauntan ni pada tahun 2004 alhamdullillah sebanyak 5 kali Persidangan (termasuk thn ni) Mama dapat hadir. Persidangan ni bkn setakat ilmu yang kita dapat tp time ni la sbnrnya time utk jumpa kawan² kan especially kawan² yg satu batch, Mama sempat jgk la berjumpa dan bertegur sapa dgn kawan² satu batch tp x sempat plak nak bergambar², kali ni mmg Mama x sakan nak bergambar pun..huhu, lgpun kami geng BPAD ramai, dh x boleh nak dipisahkan, nak jugak duk sesama..hehe.

Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam Kali ke 11
"Penolong Akauntan Sebagai Tonggak Pelaksanaan Perakaunan Akruan"


Yeay..persidangan kali ni bkn shj dapat menambah ilmu tetapi juga dapat menambah koleksi powerbank mama..hehe , goodies utk persidangan kali ni kami semua dapat Powerbank jenama Pineng :) (koleksi powerbank Mama yg ke-4..)

Mama xmo la membebel hal² lain, cuma dalam byk² slot Mama suka slot bersama trainer Amin Idris dengan tajuk: Magnet Diri untuk Eksekutif, Rasanye ramai yg kenal Amin Idris ni dimana dia salah seorang pengacara rancangan Assalammualaikum di TV Al Hijrah, dia jgk byk bg program² motivasi utk sekolah, universiti dan badan² berkanun dan juga seorang penulis buku.


Suka la dgn cara penyampaian dia, x bosan, mmg gelak je. antara yang melekat dalam kepala ni ialah 'jgn membangau' (jgn cari alasan ye), Matlamat kita mesti besar, kalau org lain kata matlamat kita gile..cakap balik 'So What..kau ada'. Akceli slot dia lebih kepada slot motivasi la.., motivasi ni mesti penceramah yg best baru kita pun rasa x ngantok nak dengar kan..

p/s: makanan dekat everly hotel, sedap semuanya..2 hari bersidang rasanya senak giler perut ni..terlebih makan :p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, May 8, 2014

Berjimba² Hujung Minggu Before Mr. Papa Keje Jauh | The Amazing Spiderman 2

As Salam,

Hujung minggu lepas (4 Mei 2014), kebetulan short course for semester ni hari Ahad Mr. Papa xde kelas, jdnya gunakan la sepenuhnya cuti hujung minggu tu kan. Mr. Papa plan nak bawa kami g tgk wayang sbb 2 minggu sebelum tu masa kami tgk wayang movie Rio 2 Zaquan ada request nak tgk movie Spiderman 2 time tu Spiderman 2 coming soon, ni kiranya mengotakan janji + hari² terakhir menghabiskan cuti hujung minggu bersama family before Mr. Papa keje jauh.

Pagi ahad tu Mama sempat masak dan sediakan breakfast terlebih dahulu sebelum keluar, masak nasi goreng dan goreng sosej je, tengaharinya pulak kami terjah kenduri kahwin jiran keluarga mertua Mama n lgpun kenduri tu FIL n MIL tukang masaknya (keluarga mertua Mama kan caterer, sesiapa berminat nak khidmat catering utk perkahwinan or sebarang majlis pun boleh la kalau nak order dengan Puncak Sakti Catering..promo skjp..hehe). 


Tiket wayang Mr. Papa dah booking sehari sebelum lg, nasib baik kami booked time 3.30p.m xdela terkejar² sgt lgpun perut dah siap berisi, boleh terus terjah wayang 

Abg dan Adik : kita nak pergi tengok wayang kan.
Papa : yelah, esok Papa dah keje jauh tau..


Yeay..lets Rock n Roll..Movie time..:))
Sebelum masuk panggung wayang, wajib posing² dengan background Spiderman 2 ni..


Abg Zaquan la yg paling teruja sbb penuhi permintaan dia kan, jdnya bila diajak bergambar pun sporting la, Adik Ziqry plk yg x sporting bergambar time ni..


Igtkan xmo menyinggah makan/minum, tp kami sampai kul 3.00pm setengah jam lg before wayang start, Mr. Papa ajak lepak minum starbuck, minum je ye, Popcorn dah siap² beli dah, belum masuk wayang Popcorn dah abis..huhu.

Hahhaa..Abg n Adik lepak starbuck mcm org besar la..gaya x menahan.., mata memasing memandang ke bawah leka memandang bot dibawah tu sbnrnya sambil mulut memasing sibuk merengek papanya nak naik bot, jawapan papa lg best nanti kita naik dkt melaka je murah sikit (amboi, mentang² la dah nak jd org melaka lepas ni..)



Ini la yg beriye anak² tenung..


Mama pun sibuk berselfie berphoto gedix dgn Mr. Papa :p


Pendapat Mama tentang movie The Amazing Spiderman 2 - xdelah best sgt, jgn marah bg peminat fanatik Spiderman, ni pendapat Mama je kan..setiap orang ada pendapat dia sendiri, Mama rasa x best sbb watak spiderman tu jd x menonjol sbb adanya watak² lain spt elektro, ehh yelah dah namanya pun The Amazing Spiderman 2 : Rise the electro. Bila mama tgk spiderman berlawan dengan electro dah mcm tgk ultramen plak..lawan2 api gitew..huhu, tp apepun Mama layan je citer ni lagi pun watak Max Dillon sebelum jd electro ala² watak psiko sikit n ada unsur² lawak dkt situ n ada part sedey la plk bila endingnya gilfriend Spiderman Gwen mati n ending dia nampak tergantung sgt sbb pasti akan ada sambungan Spiderman 3 plk kan..

Selesai tengok wayang, kami isi perut di Nandos ni kira makan malam la..

Penangan baru balik dr tgk movie Spiderman 2,
kunun² nak jd Spiderman..huhu
Pic by Acik Eiya..


Alhamdullillah, dapat jgk abiskan masa bersama family before Mr. Papa g Melaka dan yeay..kami enjoy w/pun keesokannya baru terasa sgt² yg Mr. Papa akan berjauhan dengan kami buat seketika ini.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, May 6, 2014

Terasa Sgt Melepaskan Org Yang Disayangi Pergi!

As Salam,

Alhamdullillah Mr. Papa dah selamat sampai Melaka tengah malam semalam dan selamat melapor diri di tempat baru pagi tadi. Kami 4 beranak sangat² terasa kesedihannya :(, mulut kata ok, tp hati hanya Allah je yg tau. 

Semalam sepupu Mr. Papa yg jemput dari rumah ke Melaka, sebelum bertolak kami sempat lagi keluar minum bersama dan anak² pun x tido lagi, Zaquan siap tapau benjo nak makan dekat rumah, time Mr. Papa nak pergi plk dia nangis nak Papa suapkan, masalahnya sepupu Mr. Papa dah tunggu, Papa cuma sempat suapkan 2 sudu je ke mulut Abg dan Adik, time nak salam peluk cium ni la baru terasa sgt² kesedihannya nak melepaskan org tersyg pergi.., apepun kami terima seadanya perancangan yang ALLAH dah tetapkan buat kami.

Xmo cerita panjang..sedey plk, semalam pun mama x leh nak tido sampai dah confirm Mr. Papa dah selamat sampai Melaka. Ini antara wasap² Mama n Papa, Mr. Papa baru naik kereta 5 minit dh x senang duduk pikirkan family ..^_^.., begitulah jgk perasaan Mama ye Papa.., kami 3 beranak menangis sedey nak lepaskan Papa keje jauh, duduk berjauhan dengan kami.






p/s : hari ni satu keje pun x jd..asik berwassap je..:p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, May 5, 2014

Dapat Naik Pangkat, Tahniah Mr. Papa | Independent Woman !

As Salam,

Alhamdullillah, My asben a.k.a Mr. Papa Zaquan n Ziqry dapat naik pangkat..TAHNIAH Mr. Papa, moga terus dilimpahi rezeki untuk menyara kehidupan kita, Mama tumpang happy walaupun kita terpaksa menjadi pasangan jarak jauh (PJJ) buat sementara waktu ni..perasaan bercambur baur, happy sbb Papa dapat naik pangkat, sedey sbb terpaksa berjauhan, kena jadi independent woman la lps ni..

Mr Papa dapat naik pangkat dan posting di Melaka bermula minggu ni, hari ni 05.05.2014 merupakan tarikh Mr. Papa melapor diri, tp hari ni Mr. Papa lapor diri di HQ Putrajaya terlebih dahulu, esok baru melapor diri di Melaka. Malam ni Mr. Papa dah bertolak ke Melaka..sob..sob ..:(

Ermmm..buat masa ni, biarlah Mr. Papa pergi dulu tgk keadaan tempat kerja baru dia mcm mane, mana la tau dia rasa x besh ditempat baru, biarlah dia yg minta tukar kesini semula, Mama sbnrnya berat hati nak transfer ke Melaka memikirkan dekat sini semuanya dah ada, rumah sendiri pulak tu, Zaquan pun kami dah register sekolah disini dan family pun dekat. Mama tau nak x tak kalau Mr. Papa rasa selesa bekerja disana Mama kena juga ikut transfer ke Melaka, ok..Mama paham sgt² tempat seorang isteri adalah disisi suami dia, Allah adalah sebaik²nya perancang, insyaallah pasti ada jalan terbaik buat kita bersama.

Bermula esok jgk Mama kena jadi Independent Woman...Yaaa..must be n must be strong. Mama lah Mama dan Papa kpd anak², Lepas ni no more jd penumpang disebelah sebaliknya Mama kena drive sendiri pergi dan balik keje dan Mama kena hantar anak² g school sendiri. Anak² silalah bagi kerjasama buat Mama ye, Mama tau korang anak² manja Papa, tp korang kena belajar paham lepas ni xde dah Papa yg mandikan korang pepagi dan hantar g school, Mama yg kena take over sume tu..Luv uolss..my sons n hubby...

Hari² terakhir dapat bergelak dan lepak² kedai minum di kedai Mamak bersama, sebelum ni hari², lepas ni maybe ada tp kurang la kot..
Selfie 3 beranak..
Papa n Sons


Selfie 2 beradik..
Abg dan Adik

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, May 2, 2014

Tutorial Memakai Shawls Stail Sweetmama

Salam Jumaat,

2 minggu x jenguk blog, dah masuk bulan baru pun..Welcome Mei, goodbye April, bz sikit sbb baru balik outstation, mcm biasa byk story nak up tp mood M melanda. Kebetulan ada deraf n3, up dulu la n3 ni..

Ehh..tetiba je plak nak buat tuto pakai shawl, bkn tetiba tp sbb request dr kawan blogger jgk,  walaupun ekceli byk sgt tuto pakai shawls di You Tube dan blog yang kita boleh lihat dan belajar kan, ini cumalah tuto pakai shawls simple je dari Mama. Gaya mama pakai shawls ni pun Mama belajar dari kawan opis Mama dan mmg sgt selesa mama pakai shawl stail ni. (tp memandai je tulis stail sweetmama kan..:p)




Step bergambar memakai shawl 



Bahan:-
Anak Tudung
Shawl
3 Jarum/Pin 
2 Brooch

Langkah²
1. Pastikan shawl sebelah panjang dan sebelah pendek. (Mama selalunya pendek sebelah         kiri, panjang sebelah kanan)
2. Sematkan jarum pin sebelah tepi (pipi) kanan dan kiri shawl
3. Tarik shawls yang sebelah panjang (kanan) kebelakang dan terus ke sebelah shawls yg         pendek (kiri)
4. kemaskan shawl yg telah di tarik dari belakang td. (shawl yg panjang akan berada di           depan sebelah kiri)
5. Sematkan jarum pin menggunakan jarum pin yg disematkan pada step no. 2 td di tepi         kiri shawl.
6. Tarik shawl yg panjang td  (kiri) terus sampai ke tepi pipi kanan shawls 
7. Sematkan dgnjarum  pin, shawl yg sebelah pendek td akan  kelihatan berjurai.
8. Kemaskan bahagian hadapan, pinkan (brooch) di bahu kiri dan kanan.
9. Siap sudah, di bahagaian belakang pun nampak kemas sahaja.


Close up..Depan dan Belakang
Stail Jurai di hadapan


Menggunakan step 1 -5 yg sama, kalau x suka jurai dihadapan, boleh jgk shawl dipakai jd 2 layer di belakang dimana yg sebelah pendek yg sepatutnya jd jurai di hadapan td lebihkan sikit dan kemaskan je di belakang menjadi 2 layer.

Close up Depan dan Belakang
Stail 2 layer di belakang


p/s: harap dapat membantu nad.., maaf kalau x paham step2 memakai shawls stail sweetmama ni sbb x pandai sgt buat tuto ni..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails