Monday, August 6, 2012

Menang & Hadiah!

As Salam,

Salam Nuzul Al -Quran. Byk benda nak update..tp minggu ni, minggu yg bz, dah mula dengan audit susulan. So layankan jerk N3 yg berkurun baru nak publish..huhu..

Menang Contest FB
Like n Share FB Page Kamus Besta
Jun 2012


Hadiahnya: Voucher KFC Bernilai RM50.00
Semalam dah rasmi berbuka puasa di KFC guna voucher ni..
suka kalau menang voucher mcm ni..Jimat..hihi..


Menang Promosi Majalah Lisa/Karmin
Edisi 14 / 1 Jun 2012


Hadiahnya :- Album Hello dari Karmin serta hamper sony music (Bag, T-shirt Michael Jackson, dan 3 buah CD keluaran Sony Music).

Tq Capa tolong amikkan hadiah ni, kebetulan 2 org opismate mama yg turut sama menang promosi dari Majalah Lisa ni :)


Mama dah lama x dengar CD sbnrnya, 3 CD yg diberi pun CD lama, zaman 90-an dulu..dh lama x layan..huhu. dah dapat simpan jerk la..Apa hadiah pun Mama mmg terima seadanya..

Mama pernah bgtau mcm x sempat jerk nak amik hadiah 1st time menang dari Majalah Cosmo , Alhamdullillah mmg rezeki hadiah utk mama agaknya, last day tu Papa amikkan jugak..TQ Papa. 
Hadiahnya produk b.liv.


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, August 3, 2012

8 Ramadhan ~ Shopping Raya| Tahun Ini Abg & Adik Berkasut Raya Sedondon

As Salam,

Planning untuk shopping pada hari sabtu hujung minggu lepas@8 Ramadhan menjadi tapi lebih kepada cuci mata..huhu. Sebenarnya Mama igt Papa nak bawa Mama g shopping kat Sogo n Jalan Tar rupanye Papa bawa kami g Mid Valley. (Sebelum tu mmg ada bincang ngan Papa nak g Sogo n Jln Tar, n sebelum2 ni pun kalau nak shopping baju raya mmg g Sogo).

Mid Valley pun ok jerk sbnrnya tp kalau shopping baju anak² mcm x puas la shopping kat JJ Mid Valley..x byk pilihan..ermmm ntah bila tgk sales kat JJ mcm x de sales sgt jerk..After less 50-70% pun sehelai t-shirt masih lagi RM25++. Time ni rasa mcm rugi pulak mama x borong t-shirt snails utk Zaquan masa event 'Jom Beli Barang Raya' anjuran KPDNKK. Dekat sana t-shirt snails baru RM19.

Ermmm..tp xpelah masih ada masa lg untuk shopping barang raya. Yang penting lepas satu masalah, kasut anak² dah dapat. Ini under budget Papa, mmg setiap thn Papa akan pastikan ada budget untuk beli kasut raya anak². Baju raya anak² mmg under Mama. Itu yg Papa ckp, iye2 jerk nak shopping, tp Mama x shopping pun..huhu..bkn xnk shopping tp xde yg berkenan, bila suruh Papa yg tolong pilihkan pun, Papa sndiri ckp xde yg berkenan & harga sales pun mahal.

Nak belikan kasut anak² xde masalah sgt, mmg setiap thn budget RM200 seorang, so pilih jerkla byk pilihan yg cantik2 smpai rambang mata nak memilih. Semenjak Zaquan dah besar & pandai buat pilihan ni, kami ikutkan jerk pilihan dia, thn lepas pun Zaquan pilih sndiri kasut raya dia. Tahun lepas merah, thn ni pun merah jugak nmpknye pilihan Zaquan. 

Raya tahun ni nmpknya Abg &Adik berkasut raya sedondon. Pilihan Zaquan ialah Kasut Jenama Reebok. Maybe disebabkan Aura Spiderman yg tgh hangat skrg ni, dia berkenan dgn Reebok Spiderman (dh jd peminat spiderman skrg ni). Sekali tengok Papa n Mama pun berkenan. Mmg nmpk cantik pun design spiderman ni. Kebetulan pulak ada size kecik sekali, so belikan Adik Ziqry nye design yg sama.

Kasut raya sedondon Abg & Adik
♥Reebok Spiderman♥
Abgnye size 11 (RM199), Adiknye Size 6 (RM169)

Beli 2 pasang kasuti percuma 1 botol air


Proses mencuba kasut, Zaquan excited n beri kerjasama yg baik,
dia mmg nak sgt beli kasut baru siap Papa ugut kalau buat perangai Papa beli kasut Adik jerk..itu yg baik jerk time ni


 Adik mula² ok jerk, tp bila dapat lepas bebas mula la dia nak explore satu kedai,
dia nangis tu bkn sbb xnk pakai kasut, tp marah bila dia x dpt nak kumbar semua stokin n kasut yg ada kat depan mata dia tu..huhu

"Amcam cantik x kasut Abang "?
Nampak macam  kaki org besar pulak..

Selesai urusan beli kasut, Mama terjah jugak la Ekspo Parenthood yg berlangsung di Mid Valley, tp biasalah ramai betul umat manusia, nak memilih pun susah, sudahnya Mama lalu tgk² jerk, lgpun lebih byk pilihan untuk kelengkapan baby, mama perasan diapers murah, Diapers Drypers cuma RM32, nak beli tp stok Drypers Ziqry masih ada stok lagi. Sudahnye keluar ngan tangan kosong, lgpun x sedap hati nak belek lama² kat situ, susahkan Papa pulak kena jaga anak².


Adik amik kesempatan keliling replika Mickey Mouse..

Lepas tu kami terus masuk JJ, mcm mama cerita di permulaan tadi la..cuci mata jerk lebih..hehe.., Zaquan mcm biasa tetap kena g tempat mainan dia tu.

Dalam pukul 5.30 ptg kami dah siap sedia cari tempat mkn, mcm biasa gak kalau sampai Mid Valley tekak rasa nak makan Grill Portuguise jerk. Cop tempat duduk awal2, kalau lewat nnti xde tempat duduk pulak, itu yg sanggup jerk kena tunggu 2 jam pun xpe lah..


Lepas berbuka kami pun balik rumah terus, xde menyinggah kemana lagi dah, tp sampai rumah jam 9.30 mlm jugak ler..

Keesokannya Abg n Adik masih lg sibuk ngan kasut baru mereka, kalau ikutkan hati Zaquan dh nak rasmikan dah, puas la kami explain itu kasut raya, tunggulah hari raya baru pakai ye sayang.. ♥

p/s: Semalam seharian Mama berkursus (best penceramahnya Dr Robiah-pengetua Ustazah pilihan), hari ni pulak terlibat dgn Majlis Tadarus, Sembahyang Dhuha & Tasbih anjuran Puspanita Jabatan, Sorry ye x sempat nak melawat rumah kawan2.


*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, August 1, 2012

Jom Beli Barang Raya!

Salam 12 Ramadhan,

Akceli event Jom Beli Barang Raya anjuran KPDNKK ni dah berakhir pun minggu lepas, hari ni baru berkesempatan nak update n3 tentang event ni. ..hehe..

Eventnya pada 25 - 29 Julai 2012. Kami yg opisnya berhampiran dgn tempat event ni x melepaskan la peluang untuk terjah ke 'Jom Beli Barang Raya' ni. Ermmm..kali ni xdela excited sgt pun sbbnya ini merupakan kali ketiga event ni diadakan n jualannya pun sama jerk mcm thn2 sebelumnya.

Pandai betul strategi KPDNKK, event diadakan betul² pada tarikh hari dapat gaji org gomen. Kami yg rasa event ni mcm biasa jerk pun setiap hari terjah dari hari Rabu sampai hari Jumaat..


Hasil rembatan pada hari Rabu, kunun pada mulanya ada masa 3 hari, hari Rabu nak cuci2 mata jerk, lagipun masa rehat singkat 1 jam jerk. Mula2 tahan hati gak nak beli sbb pikirkan hari Sabtu nnti plan nak g shopping, tp terbeli gak..hihi
Ini baju untuk Adik Ziqry..
Ok la sepasang after less dapat RM15 (Brand Issue) dan sepasang lagi RM20 (Brand Disney)

X sempat nak survey abis, so xde la baju untuk Abang, mcm biasa Abg jeles, mana boleh Adik ada baju baru, Abang x dapat. Mama pun terlupa nak masukkan terus baju tu dalam mesin basuh, balik² umah jerk Mama terus letak atas meja, ermm Abg Zaquan yg mmg sentiasa elert apa yg Mama beli ni pun mula la menyelongkar. Sudahnya keesokan paginya dia yg rasmikan dulu baju Adiknya, dh la x basuh lagi..pastu sibuk ckp ngan Adik 'Adik Mama beli baju untuk Adik satu, untuk Abg satu'. Adik Ziqry x sihat so dia buat hal dia sendiri jerk la + dia mana phm lagikan..

Anak Mama dh besar dh pandai berkata2, rasa bersalah sgt bila Zaquan ckp mcm tu..patutnya Mama jgn bawa balik dulu baju baru Ziqry tu kan. Mama nak cover kesalahan dari Zaquan terus ckp, 'Mama nak belikan utk Zaquan, tp baju Zaquan xde size, yg ada size baju adik jerk', 'baju Abg nnti kita beli hari Sabtu'.

Abg Zaquan yg happy kununnya baju baru Adik adalah baju dia.
mmg la Zaquan muat tp mcm sarung nangka n senteng la seluar dia tu..


Hari Kedua kami terjah lagi n misi mama mmg nak cari sepasang baju raya untuk Zaquan. Akhirnya dapat dah sepasang baju raya untuk Zaquan - Jeans & Kemeja Brand Snails n Sons. Murah jerk Jeans tu after less RM35 dan kemeja after less RM19


Sampai rumah terus tunjuk kat Zaquan n bgtau dia yg Mama beli baju raya untuk Zaquan, seronok la dia n sekali lagi ayat petah keluar dr mulut dia ' Mama dah dapat size baju Abg ye', ' Dah ada size ye' 'Papa.., Mama beli baju raya untuk Abg..Cantik'.Huhu..

Hari Jumaat, rehat yg panjang..kemana lg kami nak g kalau x ke tempat jualan 'Jom beli barang raya' . Tapi kali ni Mama cuma beli barang dapur 'Adabi' jerk. tahan nafsu untuk mmbeli, nnti abis pulak budget utk shopping hari Sabtu..

Nanti Mama up n3 planning Shopping pada hari minggu lepas..Agak2nya kami shopping ke x..?

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, July 31, 2012

9 Ramadhan ~ My 1st Trial Onde²/Buah Melaka..Menjadi :)

Salam 11 Ramadhan,

Hujung minggu 9 Ramadhan Mama amik kesempatan untuk berbuka di rumah family Mama, tp tu lah cuma Mama & Anak² jerk yg dapat berbuka bersama family Mama, Papa ada tugas part time..wat biskut raya..huhu..W/pun sedih Papa xdpt nak joint tp nak wat camner kan..itu semua rezeki untuk menampung perbelanjaan raya.

Akceli plan asalnye nak hantar biskut raya kat customer..mmber school@mmber blogger jugak (Fazilura). tp tulah plan nak berjumpa x kesampaian tp Zura willing untuk amik order biskut raya tu dkt rumah my mum nnti.(dah amik pun pagi semalam)..TQ Zura jadi ejen biskut raya..kawan2 yg lain kalau nak jd ejen/nak order Homemade Cookies  dari my MIL ni pun boleh gak.

Lepas balik dari amik biskut raya dari rumah MIL, Mama n Zaquan pun mulakan agenda nak buat Onde²..Kuih Feberet Mama ni, dulu masa kecik² my mum selalu buat utk kami, kali ni Mama pulak try buat utk my mum rasa. Alhamdullillah..1st time buat menjadi, lagipun senang bangat buatnye..

my 1st trial Onde²/Buah Melaka
Alhamdullillah..menjadi (almaklumlah tgn keras baru nak balajar memasak..hehe)

Resepi Asal: Mama amik dari Blog my friend@Blog Mama Tun Nur Safiya

Setelah mencubanya sendiri ni mama letakkan bhn & cara memasak cara mama:-

Bahan2 & cara memasak: 2 CawanTepung Pulut, 2 Sudu Besar Tepung gandum (My Mum ckp x letak tepung gandum pun xpe sbnrnya), 1/2 Sudu Perasa Pandan, 1/2 Sudu Pewarna Hijau dan 11/4 Cawan Air (Air ni tuang sikit2 dulu ye). Kesemua bhn ni diuli sampai jd satu doh, dah jd doh sedia untuk digentel dan masukkan inti didalamnya.

Inti yg digunakan Gula Melaka/Gula Kabung (Ada gak yg suka letak inti kelapa didalamnya kan) yg dipotong kecik2 (jgn kecik sgt pulak..sbbnya mama terhiris halus2..rasa mcm dh byk letak semasa menggentel rupanya bila masak x berapa rasa dia nye gula kabung tu) & gentel la bulat2. 

untuk memasak onde2/buah melaka ni..Didihkan air di periuk terlebih dahulu, lepas air mendidih bolehlah masukkan onde2 yg dh siap kita bulat2kan tu..Apabila timbul onde2 tu maknanya dah masak la onde2 kita tu..last sekali taburkan putih kelapa  pada onde2 yg dah siap dimasak (kelapa tu kukus la dulu skjp utk bg dia thn lama).

Siap utk ditapau ke rumah my mum sbg menu manisan 9 ramadhan kami..:)


Bulan puasa ni mmg ramai yg mencuba pelbagai resepi kan, kami diopis ni pun rasanya pagi2 sampai opis dh bercerita pasal mknan dan masakan..hahaha..dr menu bersahur, berbuka..sampai ke biskut raya..kalau boleh semuanya nak buat sndiri..semuanya di hujung jari..nak ngan xnk masak jerk kan..


Selamat memasak menu simple ni ye kawan2


P/S: OTW nak ke rumah my mum, Ziqry muntah sbb meronta2 xmo duduk dlm baby seat, akhirnya mama beranikan jugak la memandu dgn memangku Ziqry, elok jerk Mama pangku Ziqry setelah dia meronta2 utk melepaskan diri dr duduk di Baby seat, dia pun muntah sbnyk2nya..abis driver seat n stereng kereta kena muntah Ziqry..Mama yg memangkunya apalagi, Nasib baik berbuka dirumah my mum, kalau berbuka dgn kawan2 diluar mcm mane la agaknye, msti terus cancel agenda berbuka puasa dibuatnya. Balik pun Mama memandu sambil memangku Ziqry, nasib baik dia tgh x sihat, xde lah dia melasak sambil duk di pangku mama, kalau time sihat tu maunya dia berdiri smbil memegang stereng..Adeii..tgh memikirkan camner la Mama nak drive lepas ni if kena bawa Ziqry sekali.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Alkisah Bersahur 5 hingga 10 Ramadhan

As Salam,

Dah lama x update ttg menu bersahur kan, iyelah hari tu beriye berazam nak maintain masak n bangun sahur sepanjang bulan ramadhan thn ni, bagaimanakah setelah  masuk minggu kedua kita berpuasa ni. ..maintain lg ke? atau...hangat2 taik ayam..

Aduhai x dinafikan minggu kedua, 2 hari terlajak x bangun sahur..dengan masalah anak x sihat, Ziqry terjaga2, dh kacau time nak bangun masak..huhu..(alasan jerk ni..:P)

Apepun, hopefully lepas ni dapat maintain masak & bangun bersahur..

5 Ramadhan - Alhamdullillah masih bertahan untuk bangun masak & bersahur. Lebih2 lagi memang tau Papa nak EL sbb xde siapa yg boleh jaga Zaquan & Ziqry, So kena la siapkan mkn minum anak2...Zaquan bgn2 pagi dh tentu2 nak mkn nasi. Jd pagi tu Mama buatkan ayam goreng utk Zaquan.  Menu Sahur 5 Ramadhan kami pulak :- Ayam Masak Kicap


6 Ramadhan - Mentang2 lah sudah gaji, mood mls masak dtg, terus ajak Papa bersahur diluar, dekat Impian Maju la yg paling dekat dgn kawasan perumahan kami, Papa pun x keberatan..layan kan aje.., padahal Mama bkn nak mkn ape sgt pun, menu sahur Mama pagi tu Roti telur ngan Teh Tarik, Papa pulak Nasi Putih lauk Daging Goreng Kunyit & Sup Kosong. Nasib baik anak2 tido lena x sedar pun kami angkut keluar masuk dlm kereta.

7 Ramadhan - Tak boleh biasakan sgt makan sahur diluar, nnti kalau dh sedap mkn diluar msti mood malas masak melanda, jadinya 7 ramadhan tu gigih jugak la bangun pagi masak untuk sahur, menu sahur 7 ramadhan kami, Ikan Masak Sambal. Nmpk mcm byk tp ikan sardin ni kecik2 jerk, Pagi tu mama boleh ratah 3 ekor ikan sardin ni..



8 & 9 Ramadhan - Hari minggu terlajak bangun..sedar2 dah kol 6 pagi, kepenatan balik dr wad emergency hosp kajang dh kol 12mlm, sempat lepak minum beramai2 dgn family papa dulu, sampai umah dh kol 1.30 pagi, dh la 8 Ramadhan tu kami planning nak g shopping..nasib baik dapat bertahan, 9 ramadhan pulak akibat keletihan soping, mama sedar dh kol 5 pagi tp bdn rasa letih nak bgn masak, bangun2 tgk Papa x balik2 rumah lagi, ermm boleh pulak jam dh pukul 5 pagi Papa x balik2 dari lepak keluar ngan kawan2..terus sms Papa suruh belikan jerk mkanan untuk sahur pagi tu, sib baik sempat gak kami bersahur..1st time bersahur bertiga, Zaquan sedar awal pagi...

10 Ramadhan.., terlajak lagi sedar2 dh kol 5.15 pagi, terlajak nak masak jerk la, tp sahurnya sempat lagi..sahur ala2 org bujang gitew mkn biskut cicah ngan air hot white coffee n makan kuih onde2 yg mama wat utk berbuka 9 ramadhan..mmg betul2 mcm org bujang sbbnya Mama sorang jerk yg bersahurnya, kejutkan Papa x bgn2 pun dia, lgpun masa kejut tu bgtau dia 'Papa nak sahur tak tp minum air panas ngan kuih jerk'..huk2..agaknye sbb tu Papa mls nak bgn..(thn jgk ye onde2 tu x basi w/pun salut kelapa, nnti mama update kuih onde2 mama yg x seberapa tu..yg penting menjadi)

Sahur 11 Ramadhan..? plan nak masak western..Macaroni Bakar..minta2 bangun dan masak.., kalau jd nnti mama update gambarnye..hihi

*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails