Wednesday, September 19, 2012

Pakej 2D1N@Gold Cost Morib

As Salam,

Bersawang dah blog, dapat cuti bersambung n sambung lagi cuti untuk bercuti mmg x sempat jenguk blog pun. Alhamdullillah baru balik dari Cuti2 Malaysia di Gold Cost Morib pada 17 - 18 Sept 2012. 

Tercapai jugak nak ke Gold Cost Morib bawa anak2 bercuti :). 
Beli Voucher thru Groupon..memang berbaloi..2D1N RM188 includes:-
  • 1x buffet breakfast for 2 people.
  • 1x buffet dinner for 2 people.
  • 2x theme park entry tickets.
  • 1x 5-min ATV Ride for 2 people.
    OR
    1x motorised bicycle ride for 1 person. 
Mama pernah bgtau yg Mama nak booking untuk bercuti semasa hari anniversary kami pada 30 Jun 2012, tp asik terlepas jerk nak booking, so tetiba try tgk groupon sekali lagi, tgk ada promosi Morib Gold Cost ni 72% off RM188 dari RM664. Kalau x silap sampai hari ni masih ada lg promosi di Groupon ni..kawan2 blogger pun ramai yg dah pegi rasanya kan..

Voucher Groupon ni Mama beli pada 10.7.2012, mulanya berhasrat nak booked utk bercuti pada tarikh hari jadi Papa 16 Okt. 2012 nanti, tp bila check tarikh berkenaan kena tambah RM100 lagi. kunun nak surprise, akceli Mama beli voucher ni mmg x bgtau Papa pun pada mulanya tau..dah 3 minggu beli baru bgtau..hehe, itupun terpaksa bocorkan rahsia sbb Papa tetiba suruh Mama check website Groupon tgk ada x promosi Morib Gold Cost, beria2 tu dia suruh Mama check n booking depan dia, itu yg lastnya terbocor gak rahsia bgtau Mama dah beli la..

Kebetulan hari Isnin 17.9.2012 kita dpt cuti umum sempena hari Malaysia yg jatuh pada hari Ahad n waktu tu x kena surcharge pulak n amik cuti pun  1 hari jerk lagi..apa lagi booked tarikh berkenaan jerk.., Mama booked sekali ngan opismate Mama, kunun nak berjimba2 sekali, tp bila dh ada anak ni pegi kat tempat2 mcm ni mmg x sempat la nak berjimba2 ngan kawan..melayan anak2 mandi ler..mandi sampai lebam..huhu

Voucher Groupon..mmg berbaloi²

x sempat nak update n3 percutian kami disana hari ni, masuk2 keje bz buat keje belek website air asia..adeiii tambang murah kembali lagi..Vietnam pun x pegi lagi tp dh ada planning nak berjimba2 ngan opismate lagi dgn tambang murah ke ??? (dalam M'sia jerk pun), x berjaya lg dr pagi td mencuba ni..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, September 13, 2012

Raya 2012| Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Office 2012!

Salam 26 Syawal,

Cepatnye masa berlalu lagi 4 hari shj syawal bakal berakhir. X sudah² Mama story ttg Raya 2012 kan, akceli xde la byk mana pun story Raya 2012 ni, tp sbb Mama jenis lambat up story...dh 2-3 hari berlalu pnyer citer baru nak up..huhu..

Nak story ttg Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 di pejabat Mama. Sambutan Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan telah pun diadakan pada 7 Sept 2012@20 Syawal, x dpt joint sbb Cuti Rehat.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Bahagian Pejabat Mama diadakan pada 10 Sept 2012@23 Syawal. Kali ni Mama bkn urusetia, so mmg rilex la..x mcm Sambutan Hari Raya Aidilfitri Office 2011..Bznya unit kami terlibat dlm urusan hidangan menu.., kali ni siyes kami dtg makan jerk..hahaha...

Ini senarai menu hidangan utk Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012


Antara Pic Makanan yg sempat disnap via notes jerk..(sejak dh guna smartphone ni mmg dh x usung kamera dah..)


Menu pertama Mama terjah, pencuci mulut Pulut Durian (2 pinggan Mama mkn..huhu) , siyes Mama rasa sedap sgt..rasa dia creamy gitew, bila risik resepi dia campur santan + susu ideal. Kali ni Mama rasa Mama mkn x byk w/pun menu sbnrnya mcm2 pilihan..sbb byk pilihan sgt kot sampai x termakan. Biasalah lepas mkn pencuci mulut terjah menu feberet western food, lepas tu baru mkn nasi, lepas tu x larat dh nak mkn menu2 yg lain..


Raya tahun ni geng opis byk yg x dpt joint, 1 team g Audit n ramai yg berkursus..So mmg terasa sgt kurang orang tp Majlis tetap diteruskan dan Alhamdullillah berjalan dgn lancar. Mereka yg berkursus di IPN siap ditapau makanan lg dan dihantar kesana.

Wif geng Officemate



Yang sadisnya keesokkannya selepas majlis ni, ramai yg diserang cerry berry, x dpt dikenalpasti pulak apakah menu yg buat ramai diserang sakit perut sampai ada yg MC, Mama terkena gak tp xdelah teruk sgt...huhu..., mcm2 spekulasi ada, tp xde lah kami perbesarkan sgt pun iyelah ada jgk yg mkn semua menu yg ada tp sihat walafiat x terkena lgsung sakit perut. Yang penting dh selesai pun majlisnya n majlisnya pun berjalan dgn lancar...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, September 12, 2012

Raya 2012| Open House 2012 Family In Law!

As Salam,

Alhamdullillah Open House family in law (FIL) Mama yg diadakan pada 8 Sept 2012@21 Syawal 1433H telah pun berjalan dengan lancar. Adik Ipar Mama@Cute MuM dh pun up N3 Open House & Jumpa Kawan Blogger semasa Open House, Mama baru nak up N3 versi Mama..Hahaha..selalu jerk lewat updates kan..So Mama xmo citer panjang² sbb mcm biasa selalunya open house FIL Mama mmg meriah dgn tetamu yg dtg silih berganti & menu dimasak sendiri (ada biz catering sendiri~Puncak Sakti Catering~, sedia menerima tempahan) 

Tahun ni 1st time Adik Ipar Mama yg bongsu request tolong masakkan Makaroni Bakar sbg slh satu hidangan n 1st time jgk Mama buat utk bg tetamu yg ramai rasa, dalam hati ni risau gak selalu masak utk tekak sendiri, suami & anak2 jerk, ni nak bg org lain rasa masakan kita, Alhamdullillah menjadi dan habis..maknanya ok ler tu kan, siap ada yg bertanya resepi n tanya Mama terima tempahan ke x..? Mama x amik tempahan pun ye, credit to Mama Tun Nur Safiya, Mama byk belajar masak dr dia sbnrnya..:)

Niat dihati mmg nak sampai rumah FIL awal + mmg MIL dah pesan minta dtg awal utk tolong apa² yg patut, tp ada jerk halangan nak sampai awal padahal Mama bangun awal jerk, sesudah suboh dah start operasi memasak Makaroni Bakar, dapat 4 bekas, 2 bekas siap dibakar, 2 bekas lg siap dh sos makaroninya tinggal nak bakar di rumah FIL jerk. Tapi gitu gini, gitu gini selesai masak, tugas nak memandikan anak² Mama jgk yg nak kena selesaikan, masalahnya nak ngejutkan Papa bangun pagi, Anak² mmg jenis bangun awal pagi semuanya, Zaquan siap terlepas main dgn kawan jiran sebelah sikit pnyer payah nak suruh mandi pagi sbb nak main pnyer pasal siap kena libas dgn Papa dia pagi tu baru dia nak mandi..huhu..cian pun ada bila tgk dia asik kena marah n rotan jerk tp tulah sejak dh pandai berkawan ni makin xmo dgr kata pulak..

Sudahnya pukul 10.30 pagi baru nak bertolak dari rumah, pagi tu Papa bawa Zaquan n Ziqry naik moto sbb nak pulangkan Moto Atok, Moto 125 Papa ada di bengkel, Mama pulak drive kereta. Akceli pagi tu dah start hujan renyai2, tp Papa redah gak bawa anak² naik motor lgpun diorang merengek nak naik motor xmo naik kereta.

candid pic mereka naik moto pagi tu..cepat2 hujan sudah turun, Papa x pakai helmet sbb ada jalan shortcut dr rumah kami ke rumah Atok n Nenek Zaquan n Ziqry (sebelah taman jerk kami ni..)


Adik Ziqry dh selamat tukar baju sbb baju adik basah kena air hujan,
x lama lepas sampai rumah Atok n Nenek, Ziqry syok layan tido cuaca pun mendung gitew..
Lama tau Ziqry tido sampai pukul 2ptg baru dia sedar..

Zaquan pulak sampai2 isi perut dulu..pekena nasi briyani ..sedap nasi briyani Atok n Nenek ni tau..
Zaquan makan sampai 3 kali tp dia suka lauk ayam jerk la..


Menu Hidangan yang dah tersusun cantik..Macam2 Ado..
Menu Utama:- Nasi Briyani lauk Ayam Masak Hitam, Rendang Daging, Dalca, Sayur Acar disamping menu pilihan lain Laksa, Soto, Lemang & Nasi Impit, Special Rendang Ayam masak sekali dgn pucuk ubi, x ketinggalan menu Makaroni Bakar sweetmama la..hihi..Pencuci mulut ada Buah Oren, Dadih, Tapai & Agar2. 


Close up sikit antara menu yg dihidangkan..


Adik Ziqry baru bangun tido time ni, bangun² tido Mama terus bawa lepak kat luar dalam khemah makan jumpa baby, Ini baby kawan bloggers mamafarah4@K.Norr, x sempat pulak nak bergambar dengan k.norr & family, sempat bergambar dgn baby dia yg last ni jerk..hihi..Anak² K.Norr ni 5 orang perempuan semuanya n ada sepasang kembar mmg comel² kesemuanya.


2nd time sebenarnya bertentang mata dgn k.norr ni, tp ini 1st time la dpt betul2 berbual w/pun x sempat sgt nak berbual panjang n lebih mengenali k.norr ni sbbnya  time ni bila tgk hasil tangkapan pic Mama n baby k.norr, perasan tudung mama senget terus masuk dlm rumah betulkan tudung, lepas tu bila keluar semula schoolmate@kawan blogger Fazilzura pulak dh sampai. So dok melepak dgn Zura pulak.., tp sebelum tu sempat dah berbual dgn k.norr ni cuma x sempat untuk berbual lebih panjang lg kan, xpelah lepas ni insyaallah ada masa kita boleh berjumpa lagi sbb k.norr ni duk Bandar Baru Bangi jugak.  

Pertama kali jumpa dgn K.Norr ni masa tu k.norr dtg rumah MIL amik biskut raya n k.norr yg tegur ni sweetmama ye?, masa tu siyes blur² jerk bila ada org kenal kita, tp mmg budget msti kawan blogger Cute MuM, time tu tersenyum jerk la xde pun mama borak² sbb Mama time tu x friend lg dgn k.norr..hihi, sorry k.norr..lepas ni kalau jumpa kita bertegur sapa ye.. (k.norr pun dh up N3 kami berjumpa disini)

Wif Fazilzura & Cute MuM. 
Tq Zura dtg gak w/pun tgh menunggu hari..Zura dh sampai rumah MIL Mama, rumah Mama jerk dia x sempat sampai, hari tu masa bulan puasa amik biskut raya dh janji nak jumpa di rumah Mama, tp x kesampaian sbb bila Zura dah sampai area taman perumahan Mama, Mama baru nak OTW  dr rumah MIL amik biskit raya yg Zura order..sudahnya kami jumpa depan Impian Maju jerk..hehe..



Jadi blogger ni besh bila dapat merapatkan jalinan persahabatan, dulu masa sekolah kami xdelah rapat pun, jadi kawan blogger ni pulak yg merapatkan persahabatan kami, sekarang ni berkawan dh x kira umur dan status kan, kawan² Adik Ipar pun boleh jadi kawan kita, kawan kita pun pun boleh jadi kawan Adik Ipar..sama² berkawan bertukar² pendapat dan saling sokong menyokong ..^_^..

Petang sikit Jue a.k.a Ibu 2F pulak sampai, 1st time Mama dapat berjumpa & bersembang dgn Jue ni, Dalam kata malu² nak jumpa tp bila dah mula berborak tu ok jerk kan..peramah, asben Jue pun jenis peramah orgnya, Farisyah pun peramah n suka melayan Adik Ziqry, lepas ni kalau terjumpa di mana²..tegur la ye,lg² pulak kami ni kerje area Putrajaya jgk..



Seronok bila dapat berjumpa kawan² blogger tau dapat tambah kenalan :)

Lewat petang Family Mama pun sampai, Wiwin pun sampai jugak..n jadi perhatian skjp.. :)


Malam hari opismate Mama sampai, Tq sudi jgk dtg..diorg ni risau jerk nak dtg sbb bkn open house rumah Mama, tp rumah MIL, tp mcm Mama explain la FIL buat open house ni mmg utk 1 family anak beranak semua dia suruh jemput kawan² masing²..utk sama² berkongsi rezeki yg ada kan..rezeki jgn lah ditolak..hihi..

Opismate Hairani n Asben, Amboi Adik Ziqry siap nak ikut acik Hai balik sbb asben acik Hai elok layan n dukung dia..


Wif opismate shima@Mama Tun Nur Safiya.. ini lah opismate@Blogger Mama Tun Nur Safiya yg byk mengajar ttg ilmu masak memasak ni..:))


Alhamdullillah segalanya berjalan dgn lancar mlm tu siap tambah menu lain pulak, nasi putih dgn lauk gulai jering..mmg sedap. Siapa yg x mkn gulai jering tu ada Menu sampingan mee goreng.

Terima kasih kepada semua kawan² yg sudi datang beraya ye..:))

Pukul 11.00 mlm selesai sudah majlis open house FIL dan selesai urusan mengemas pukul 1.00 pagi, selepas selesai semuanya kami pun balik rumah kami, Adik dah puas tido tgh so pukul 1 pagi pun dia x lelap² mata lagi, Zaquan pukul 10.30 mlm tu tertido kepenatan seharian x tido lagsung..

Esoknya 9/9/12 @22 Syawal kami x kemana pun sbb Zaquan tetiba x sihat badan, sakit perut & muntah2..seharian tu dia muntah sampai kemalam, badan pun dh mula dedar² nak demam, Ziqry pun sama cirit birit tp sib baik x muntah², Ziqry cirit birit maybe sbb beralih bulan (Hari ni genap usia Ziqry 1 thn 4 bulan).

Nasib ada lebih air garam masa adik Ziqry kena cirit dulu n ubat demam mereka masa last demam bulan puasa aritu pun ada lagi, so ubat tulah kami bg anak² minum. Alhamdullillah hari Isnin dah pulih..risau gak kalau berlarutan x sihat cuma Adik Ziqry jerk la kalau beralih bulan kena cirit birit mesti sampai 3-4 hari..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, September 11, 2012

Raya 2012| Minggu Kedua Raya/Merdeka Raya!

As Salam,

Minggu kedua raya, Mama pernah story kan yg naik² keje jerk Mama kena g kursus dlm mood raya, selesai kursus malam tu kira malam merdeka..30 Ogos 2012 n cuti umum merdeka jatuh pada hari Jumaat dan bersambung la cuti sampai ke hari Ahad..so, mmg ramai la yg buat open house 3 hari tu kan..

Nasib baik kursus abis awal, so Mama sampai Putrajaya pun tengahari, disebabkan sampai awal, Mama minta Papa hantar Mama balik rumah terus, time ni x terus amik Zaquan n Ziqry w/pun sbnrnya dh rindu tahap gaban kat diorg, Papa kata kalau amik pun msti diorg tgh tido waktu tgh, so balik dari keje nanti kita g kuar makan mlm sama².

Malam tu lepas Papa balik keje, kami pun keluar g makan, Zaquan dh pandai minta makan Chicken Chop, Mama nak masak barang basah mmg xde lgsung dlm peti ais time tu, sbb dh tau nak kursus n tinggalkan rumah seminggu xde lah tinggalkan barang basah dlm peti ais + beli ari tu di Carrefour pun mmg utk masak² utk family dtg beraya umah jerk hari Ahad tu..hihi.

So mlm tu kami pekena chicken chop di Austin Steak House.., Kami keluar rumah awal gak lepas maghrib kol 8 tu dah gerak kesini, tp lepas selesai makan terus jerk balik rumah semula nak tunggu kol 12 mlm baru nak kuar rumah semula nak tgk bunga api 

Menu Papa & Adik Ziqry..
Suka betul adik mamam Spagetthi, kelakar la adik ni kalau bab makan..selera jerk..comel tgk gelagat adik tunggu Papa suap spagetthi dlm mulut dia..


Menu Mama & Abg Zaquan
Kali ni Mama malas nak try menu lain..Grill Chicken Chop sama menu mcm Abg Zaquan..

Comot dh adik, dh mamam spagetthi tetap nak ngecek Mama n Abgnye Chicken Chop..

Merdeka Raya (30-31 Ogos 2012 @12 -13 Syawal 1433H)

Kalau nak tau kisah merdeka raya kami sadis jerk sbbnya mlm merdeka tu, kami ni beriye² la kunun nak tgk bunga api kat luar rumah area Fasa 4 Tambahan sudahnya 4 beranak tido lena gitew..kul 2 pagi baru tersedar..hahaha, penangan chicken chop lepas makan, baring2 tgk tv..terus tertido, dlm kol 11.30 mlm Zaquan yg kejut kami nak kuar g minum, mmg Papa plan nak kuar pun mana tau ada bunga api kat luar kan, Mama pun mmg dh bersiap pakai suar jeans bagai tp iye la baru bgn tido lps bersiap tu boleh baring semula sementara tunggu Papa bersiap n panggil, sudahnya tertido itu yg sedar kol 2 pagi elok jerk semua lena tido..xde la sesi2 nak nengok bunga api mlm tu..

Keesokannya cuti merdeka 31 Ogos Mama ada jemputan ke majlis hari lahir anak kawan sekolah Mama, kebetulan dia buat petang lepas Jumaat n kami pun mmg xde planning nak kemana time tu, dapat la Mama hadir ke majlis anak kwn Mama tu di Cheras merangkap raya sekali la dirumah dia. Jumpa la jugak kawan sekolah yg lain, tp x amik gmbar pun..sbbnya sampai2 jerk rumah kawan tu Zaquan dh buat peel menangis2, Akceli dia x mo pegi sbb dia dh pandai berkawan dgn anak jiran sebelah rumah ni, dia pk nak main jerk smpai ajak kuar berjalan pun xmo..bertangguh2 suruh tunggu dia abis main dulu..

Dari Cheras kami terus plan nak beraya ke rumah Adik Ipar Mama @ Cute MuM, iyelah alang2 dh keluar dan tgh free ni kami redah jerk la w/pun masa kami OTW tu n call Adik Ipar bgtau kami nak dtg rumah, mereka xde di rumah, kami sanggup jerk tunggu beraya rumah mertua dia dulu sebelah rumah..hihi.., 

Bila kami beraya jerk rumah Cute MuM ni hero² Mama dah aim kereta x de bumbung sepupu dia, Eisya. Zaquan la paling x malu..mainan org bkn main lg dia main..nasib baik mood Eisya baik bg sepupu dia 2 org ni main. (Mama x amik gambar mereka bertiga yg srnok bermain sbb HP dua² Mama n Papa dah kehabisan bateri). Seronok tgk diorg main sbbnya kereta xde bumbung Eisya tu siap ada lagu² terkini lg, bila Ziqry dgr jerk lagu bkn main lg dia menari siap angguk² kepala n goyang² badan lagi.

Balik dari rumah Cute MuM kami terus lena dah sbb balik pun dah malam, esok nya Mama ada jemputan open house opismate pulak.

Open House (1 Sept 2012@14 Syawal 1433H)

1hb Sept Mama g open house opismate Mama pulak, time ni cuaca panas betul kan, So Papa plan lewat petang baru nak kuar rumah, so pagi n tgh tu kami lepak rumah jerk la, tunggu jgk kalau ada kawan2 yg sudi nak dtg beraya, tp xde la pulak. Petang tu kol 5 ptg baru gerak kuar nak beraya..Meriah sungguh open house opismate Mama ni sampai bertambah 4 ekor ayam dia kena goreng sbb tetamu ramai yg dtg. (Menu utama dia Nasi Ayam & Mee Bandung Muar).  Bz tuan rumah sampai Mama pun x sempat nak bergambar2 dgn dia.., sampai² rumah dia, Adik Ziqry dh lena tido dpt kena aircond lg la lena dia tido, Zaquan pulak dh dapat geng main. Lepas Maghrib baru kami gerak balik rumah kami...lepas tu terus singgah Econsave beli barang dapur/basah, mana tau esok ada tetamu nak dtg beraya kan..

Malamnya Adik Ipar Mama/Cute MuM pulak dtg beraya ke rumah kami, sorry la kami xde hidang menu special mlm tu..

Kuar Berjalan/Menunggu Kedatangan Tetamu (2 Sept 2012@15 Syawal 1433H)

Penangan beraya di rumah Adik Ipar@Cute MuM, Hero² kami especially Zaquan la dah pandai minta nak beli kereta xde bumbung macam Eisya, Ziqry w/pun kecik lg tp bila nmpk mainan token kereta bkn main lagi tunjuk nak main.

Hari Ahad tu mood Papa baik nak bawa kami keluar berjalan survey harga mainan kereta yg Zaquan nak + ekceli nak cari mainan kereta Tamiya. Papa bawa kami g Plaza Metro Kajang jerk, malas nak gerak jauh² mana tau ada tetamu nak dtg boleh cepat balik rumah.

Puas la round satu Metro Kajang n kedai² yg berhampiran Kajang cari tp x jumpe mainan yg dihajati. Tp xpelah at least puas dpt bawa Zaquan & Ziqry berjalan w/pun Zaquan x puas hati xdpt mainan yg dia nak tp kami kenalah explain..bgtau mainan yg dia nak tu jauh kat KL n mahal..hihi..(sampai skrg dok salak nak kereta xde bumbung tp kami buat xtau jerk sbb tgh berbelah bagi nak belikan ke x, sbb atok n nenek kata jgn ikutkan sgt kehendak dia tu..huhu)

Petangnya Mama dpt call dr Schollmate Mama bgtau nak dtg beraya, W/pun Mama masa tu ada diluar masih di Kajang, tp Mama berbesar hati nak terima kunjungan kawan², cepat² ajak Papa balik bgtau ada kawan nak dtg rumah lg pun kami kuar area Kajang jgk mmg xde masalah nak balik rumah cepat, siap dapat masak Kuey Tiaw Goreng utk tetamu lagi :), "terima kasih ye my friend sudi dtg rumah aku..:))". Bila tetamu dh sampai rumah kita segan pulak nak snap2 pic tetamu, itu yg xde gambar tu..hihi

Layan gambar hero Mama ni jerk la..

Zaquan ni mmg peminat kuey tiaw..
kalau Mama masak Kuey tiaw dia tersedar kol 2 pagi pun minta nak mkn kuey tiaw Mama..

Kereta idaman masing²..xdpt nak beli..bergambar jerk la @Plaza Metro Kajang


Wah Adik nak yg ini ke..hihi


Minggu Ketiga Syawal Giliran Family Mertua Mama pulak buat open house n Jamuan Raya Opis, hari ni sudah di penghujung syawal..masih byk lagi ke invitation ke open house yg kawan² terima..Mama ada jgk tp kena ikut jadual Papa free ke x minggu ni..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, September 10, 2012

Raya 2012| Giliran Adik Beradik Beraya Di Rumah Sweetmama Pulak!

As Salam,

Lewat updates n3 hari ni, hari ni ada jamuan raya opis..la ni baru sempat buka blog..hihi..sebelum nak up story jamuan raya opis, up dulu story awal raya yg x abis2 lg nak diceritakan ni..

Selesai sudah kami beraya di rumah Adik Beradik Mama, kini giliran Adik Beradik Mama pulak mengunjungi rumah Mama..w/pun terbalik, patutnya mestilah ziarah rumah kakak dulu, barulah kakak turun rumah Adik Beradik yg lain kan, tp zaman sekarang ni dh x berkira sgt pasal tu, sbb zaman skrg ni lebih kpd konsep masa kan, mama pun mmg x kisah sgt pun..janji dtg..hehe..

Setelah memikirkan menu apa yg nak dihidangkan, akhirnya Mama buat Nasi Impit, Rendang Daging, Makaroni Bakar & Ayam Ala² Kenny Rogers. 

Kalau nak tahu ini baru pertama kali Mama masak rendang sendiri tau, selalunya dulu tolong² Ummi masak jerk, nak buat sendiri dari A to Z tu xdelah sbb Mama rasa masak Rendang ni renyah, tp bila dah masak sendiri..ohh senang jerk masak rendang ni rupanya. Maybe masa kita kecik² dulu tolong Ummi masak, ummi masak byk sekali masak 2 kilo daging, pastu kerisik buat sendiri, Mama masak shortcut, santan pun guna santan kotak, kerisik beli yg dh siap jerk..masak pun 1/2 kilo daging jerk..45 minit dah siap rendang minang Mama ni..hihi..puas hati sbb Ummi kata pandai dah masak rendang.. :P

Menu Makaroni Bakar tu pulak atas request Adik² Mama sbb Mama dok tayang dlm FB hasil Mama buat Makaroni Bakar so diorg pun excited gak la nak rasa kan, Hahaha..skrg ni dh pandai dh wat Makaroni Bakar ni sbb senang jerk buatnye..cuma kosnya tinggi sikit ler..

Ini ler menunya Nasi impit & Rendang Daging serta Makaroni Bakar..


Close up sikit rupa rendang daging minang hasil tgn sendiri..


Ayam Ala² Kenny Rogers, ini mmg antara menu yg Mama rajin masak x kira waktu, sbb dgn adanya Pemanggang Vantage tu makin rajin pulak Mama masak menu ni..Nak up story pemanggang n ayam ala2 kenny rogers pun x terbuat²..huhu, penangannya sampai Ummi n Adik Mama pun dok nak order pemanggang vantage ni..

Time ni Mama masak Seekor Ayam, laku siap ditapau oleh Adik Mama..

Adik & Ummi yg dtg beraya rumah Mama, dah masak macam², baru Ummi bgtau yg Adik Lelaki Mama x dpt nak dtg, ada hal..ermm tp dh masak pun kan..nasib baik diorg tapau makanan yg Mama masak..^_^..

Kelakar la time ni sbnrnya, Ziqry bila tgk baby wiwin dok dlm baby seat ni, Ziqry pun sibuk nak duk dlm baby seat wiwin, terpaksa la Mama kuarkan baby seat Ziqry, tp baby seat Ziqry  x leh gerak/buai mcm wiwin nye..itu yg masa amik pic ni dia nangis..huhu

Sebelum tu elok jerk dia main dgn Wiwin, N3-N3 sebelum ni pun penuh dgn gambar Ziqry yg gemar melayan Wiwin, Zaquan time ni bz bermain ngan kawan2 sebelah rumah..sampai x igt nak balik rumah, dia masuk rumah pun sbb teringat nak makan Chicken Chop (Ayam Ala2 Kenny Rogers tu..)


Abis dah story minggu pertama raya 2012, masuk minggu kedua raya 2012 dah penuh dgn open house kan..sana sini org bz wat open house..Mama ada gak terima jemputan open house..tp sepanjang minggu kedua raya Mama x amik gambar lgsung sbb ada jerk halnye time nak amik gambar bateri abis ler + segan pulak nak bergambar kat rumah org, ni rumah sndiri n rumah adik beradik sendiri berani la bergambar..hihi..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails