Monday, September 21, 2015

Cuti Sekolah..Abg n Adik ke Melaka Pulak

Assalammualaikum,

Hari ni dah bermulanya cuti persekolahan penggal kedua (19-27 Sept.2015), sejak anak dah bersekolah penuh ni kan..Mama nya kena lah peka dgn jadual cuti sekolah anak tp sbnrnya Mama n Papa hampir terlupa, nasib ada group wasap sekolah dok inform..ngeee..

So last minute planning, Mr. Papa kata memandangkan cuti sekolah sekali dgn minggu cuti raya haji, boleh la Mr. Papa bawa g melaka, ikut Mr. Papa nya plk keje, lgpun 3 hari je bekerja, hari khamis dah cuti raya haji, hari jumaat plk mr. papa amik cuti rehat, x berbaloi nak keje patah balik ke Melaka. Selalunya kalau cuti sekolah x kemana, nak x nak mama bawa la abg g opis Mama, yg adiknya g taska. Kira ok la Mr. Papa nak bawa anak² ke sana plk, xde la bosan sgt diaorang, cuti sekolah x g bercuti pun at least dpt keluar daripada rumah srnok la bdk² tu...

Mmg anak² teruja sgt nak ikut Mr. Papa nya blk Melaka, paling x menahan Adik Ziqry pagi² hari Sabtu lg dh kejut Mr. Papa ' Papa, bangun kata nak pergi Melaka..' adeiii..x sabar ye adik nak tinggalkan Mama..huhu, ikutkan hati..., kan srnok kalau Mama pun boleh ikut g Melaka, tp Mama nak kena simpan cuti, cuti dh sikit..bulan depan kita g bercuti sama² ye anak²...

Rutin semenjak kami PJJ ni hari jumaat lepas balik keje Mr Papa akan blk rumah kami di Bangi dan Pagi Isnin lepas suboh gerak ke Melaka terus masuk opis. So pagi td lepas suboh diaorang gerak ke Melaka. Alhamdullillah pagi td kul 8.30pg dah terima call daripada diaorang bgtau dh selamat sampai opis Papa dia dah..ok...selamat bercuti ye anak²..

Pagi td lepas suboh.., Muka happy nak ikut Mr. Papa balik Melaka..
beriye mcm nak holidays sakan, tp sbnrnya nak g opis Papa je..hehe



erksss..sempat lg selfie ngan Mama, iye la 3 hari 2 mlm xdpt nak peluk cium, selalunya tido bawah ketiak Mama je hero² mama ni.., ni td peluk puas² sebelum diaorang bertolak.


Abg n Adik jgn nakal² k, kalau Abg n Adik perangai baik kali ni, mesti next time Mr. Papa bawa lagi tau.., 2 bulan je lg nak abis sekolah dah..cepatnya masa berlalu...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

5 comments:

  1. bestnye jln2 melaka..
    lya x bwk asya kemana pon ct sekolah aritu.
    masing2 x sihat

    ReplyDelete
  2. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, dah lama sgt x aktif blog, inipun baru buka tgk ada komen..

      Delete
  3. Replies
    1. iye eima, rasanya nak pencen dah berblog sbb mmg x dpt nak bahagikan masa update blog..huhu, baca blog kawan2 pun x sempat ni nasib ada media sosial yg lain yg boleh berhubung dgn kawan2 blog yg kita pernah kenal...

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails