Monday, December 23, 2013

Lab KPI & SKT Sambil Jalan² @Cameron Highland ~10 Hingga 12 Dis. 2013.

As Salam,

Kan Mama ada bilang yang hujung tahun ni jadual Mama padat dgn kursus/lab/bengkel, lps hadiri teambuilding, slps tu bengkel MPK dan Fail Meja di opis, ni Mama baru balik dari Lab KPI (Key Performance Indicator) dan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) 2014 yang diadakan di Hotel Equatorial, Cameron Highland pada 10 hingga 12 Dis. 2013. Kebetulan plk, balik dari Cameron, Mr. Papa plk oustation terlibat dgn sukan MAKSWIP di Perlis dari 12 hingga 15 Dis 2013 (kalau x boleh upgrade bilik bawa family berjln ke CH).

Lab KPI dan SKT ni adalah bagi membincangkan/menetapkan KPI dan SKT untuk tahun hadapan, selalunya yang terlibat kump. P&P (Pengurusan dan Profesional) je tp 2 thn kebelakangan ni kami kump. sokongan turut sama terlibat utk sama² bagi input. Ikutkan nama Mama x masuk dalam list pun tp menggantikan kawan yg x dapat nak hadir, xpelah anggap je tolong kawan, lepas ni mungkin kita plk ada masalah perlukan pertolongan kawan jgk kan. Macam biasa selalunya perjalanan untuk ke tempat kursus/lab/bengkel kena naik car pool utk jimatkan budget. Nasib baik Mama dapat tumpang bos naik kereta dia, kali ni bos bawa/tumpangkan 5 orang anak buah dia ..^_^..Tq Bos..

10 Dis 2013 (Selasa) - Pagi tu Mr. Papa hantar Mama ke opis seperti biasa (tp masuk lewat sbb x punch card..hehe), dah janji dgn bos kul 10 pagi akan gerak dari opis. Memang kami bertolak jam 10.00 pagi dr opis, tp sblm tu Bos nak singgah Puchong ada urusan lain sikit sblm meneruskan perjalanan ke CH. Kami sbg penumpang ok je, skjp je pun urusannya, sempat singgah stesen minyak untuk tapaw Mc'D lagi, dan perjalanan pun diteruskan sampai la kami berhenti makan di RnR Tapah. Alhamdullillah perjalanan berjalan dgn lancar, kul 1.00tgh dh sampai di RnR Tapah, tp Mama x makan pun di RnR Tapah tu sbb rasa kenyang mkn McD kul 11 pg, seorang je dr team members yg makan di RnR, yg lainnye x jd nak makan sbb bos kata nak bawa kami makan di Mee Rebus Tapah (sedap n terkenal di Tapah katanya). beberapa km je dr RnR Tapah. Sebenarnya masa sampai di RnR Tapah tu bos berbelah bagi nak naik ikut Tapah atau Simpang Pulai, sbb sblm pergi, ramai yg nasihat naik ikut Simpang Pulai, kebetulan ada kawan2 yg dh naik awal melalui Simpang Pulai, bgtau jammed laluan Simpang Pulai, itu yg akhirnya kami semua sepakat naik ikut laluan Tapah (dekat sikit ikut tapah - lebih kurang 45 minit dr tempat makan Mee Rebus Tapah dah sampai Ladang Teh Cameron Valley ).


Mama berselfie bersama anak² sblm sampai opis n oustation ke CH. Abg muka masyam je sbb nak ikut Mama, jarang sgt dia kata nak ikut Mama, ntah knape mood dia sedey plk pg tu nak ikut Mama, Adik Ziqry maintain manja..

Alhamdullillah kami selamat sampai di CH, kami berhenti dulu di Ladang Teh Cameron Valley..kunun nak lepak minum teh 3 layer, my friend kata sedap teh 3 layer kat sini, sekali pergi kat kaunter kata xde jual teh 3 layer..sudahnya minum teh tarik je la. Kununnya jgk nak bergambar sakan la dkt Ladang Teh ni tp cuaca hujan time ni, w/pun renyai² xde la semata² kami nak turun bergambar kan, bergambar dari cafe ladang teh ni je la.



Yeay kami dah slmt sampai..sejuknya..




Saya penggemar teh tarik, so mmg x melepaskan la minum teh tarik..hehe


Perjalanan diteruskan lagi, bagusnya our bos suka JJCM, siap tanye kami semua nak pergi mana lagi ni, bgtau je dia, dia boleh bawakan sebelum lab kami bermula malam nanti. Kami dah tentu² la ikut je mana bos nak bawa, xkan memandai² nak arah bos bawa kami jln plk. Bos rekemen kalau nak pergi ladang strawberry dia prefer pergi di Big Red Strawberry Farm, di cafe Big Red pun ada pelbagai menu makanan yg sedap² (kata bos suka JJCM kan). Dalam pukul 4.00ptg gitew kami selamat sampai di Big Red Strawberry Farm, Taman Agro Tourism.

Wah beshnya tgk salad segar ni..


terus tuju cafeteria dia, sbb bos bgtau dia suka sgt makan fries dkt sini.. , dia kata ala fries ni biasa² je tp rasa dia sedap..owh ok, jom kita rasa, w/pun sbnrnya perut memasing dah senak.


see..mcm² menu ada, semuanya pun menggiurkan..yummeh..hehhee


Tapi akhirnya kami pakat kongsi² je makan fries dgn waffle strawberry ni. (sbb masing² dah kekenyangan pekena Mee Rebus dan Laksa di gerai Mee Rebus Tapah). Betul la sedap fries dia maybe sbb dia goreng garing.


kasi zoom sikit waffle strawberry dia, sedap n lembut..:)


Selesai makan, x abis² nak bergambar² lagi, bos pun x kisah, dia pun lebih kurang kaki bergambar jgk..hehe.

Strawberry x berapa nak menjadi, nak petik pun ladang strawberry x buka pun time ni, tutup sbb strawberry pun masih hijau lagi.


beratnya bakul sayur makcik :p


Hahaha..dekat sini pun mau bergambar jgk, mcm bdk² la makcik ni..



Dari Big Red sempat lagi kami terjah ke Pasar Malam Brincang, yela time ni rasa hari pertama ni je la yg ada masa nak berjalan, malam nanti n  esok lusa jadual dah penuh dgn pengisian lab. Tak sangka plk rupanya keesokkannya ada aktiviti bebas lagi, kiranya ini la yg dikatakan sambil menyelam minum air, kerja sambil berjalan..^_~.

Sedar x sedar kami sampai Hotel Equatorial  untuk check in jam 7 malam, lab bermula jam 8.30 mlm.., mmg x sempat la nak baring² atas katil, balik mandi, turun dinner n g lab.


Aduiyai x sangka malam pertama pengisian lab Pengarah buat surprise, mlm tu kalau ikut jadual mmg la aktivitinya taklimat daripada Pengarah, tp x sangka Pengarah nak buat taklimat mlm tu ala² teambuilding, dah la baru balik teambuilding, sampai cameron kena jgk buat benda yg ala² teambuilding, dah la tu x pasal² Mama antara insan terpilih kena jd presenter malam tu, dh la tu presenter yg pertama kena kedepan..adess nak x nak kedepan jgk la kan..(Mama ni x pandai jd presenter pun tau, x perform lgsung..huhu).

Hari Kedua - 11 Dis. 2013 (Rabu)- Pagi tu after breakfast, jam 8.00 pagi bermulanya sesi perbincangan n penetapan KPI dan SKT mengikut seksyen masing², xde la formal sgt sbb kami duduk in group mengikut seksyen. After Lunch aktiviti bebas, malam baru sambung balik sesi perbincangan.

Kiranya aktiviti bebas kami panjang jgk la, disebabkan semalam xde rest, sibuk berJJCM, aktiviti bebas yg diberi kami gunakan utk rest/tido terlebih dulu, dalam kul 4.00ptg baru kami keluar berjalan, tp xde la kemana pun, kami ke Pasar Malam Brinchang sekali lagi, kali ni confirm nak membeli, hari pertama sampai cuci² mata dulu.Tapi nampknya cuaca kat Cameron ni hujan je, tp kami redah jgk..hehe


Yeay, dapat jgk makan ice cream malaysia starwberry, Mama sorang je yg beriye makan ice cream dgn keadaan sejuk²..


Owh ye x melepaskan peluang makan durian CH..tgh musim durian, kalau lalu dekat tapah tu sepanjang² jalan ada jual durian.


Apenye barang yg Mama beli dekat Pasar Malam Brinchang ni..apa lagi ole² utk anak² la..Topi Bear dgn Bantal Minion n for Mama Cactus, tak lupa jgk utk kawan² opismate Asam Strawberry.  Disebabkan pengaruh Mama sibuk nak beli bantal minion ni abis semua kawan² pun beli utk anak² memasing..penuh kereta dgn bantal, itu belum masuk sayur2an n buah2an lg yg akan dibeli keesokan harinya..

Ole² utk anak² - Topi bear dan bantal minion.
Mama mulanya mmg target nak beli bantal minion sorang satu, tp sblm nak sampai ke kedai jual bantal ni, tersinggah la plk kedai mainan n nampak topi kepala bear, my friend beli terus Mama pun pikir belikan je la utk Zaquan n Ziqry sorang satu dalam masa yg sama bantal minion tu tetap jgk nak beli 1 n dok bygkan bdk² mesti x berebutkan bantal, x sangka plk Adik Ziqry dh besar dh kenal watak minion tu, sudahnya bantal minion ni yg diorang berebutkan.


Pokok Cactus for Mama. 6 bekas Rm10, Mama kongsi dgn kawan²..so dapat la sorang 2. Hope bertahan lama la pokok cactus Mama ni.


Memasing dah dapat yg dihajati, jom la balik, malam nanti sambung semula lab. Rasanya kalau esok kami singgah Pasar Malam lagi mesti ada je yg dibelinye, so x leh lelama dkt Pasar Malam ni, duit cepat melayang..

Last Day @ Cameron - 12 Dis 2013(Khamis) - Masa untuk present KPI dan SKT sekyen memasing. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar.

Our Team Seksyen~Seksyen Audit Perbelanjaan dan Pengurusan~



Masa yg ditunggu²..kul 1.00tgh check out, ibu² semua dah x sabar nak balik mau jumpa anak². Goodbye Cameron.


Me n my bos. Our KPP (Ketua Penolong Pengarah).
 Ini la bos kami yg baik hati :)


Sebelum kami meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya, sempat la menyinggah pasar yg jual sayur2an n buah2an sebelah Hotel Equatorial ni je, mmg dah target nak beli Jagung, Strawberry dan sikit sayur2an utk buah tangan family. Mak aihh nasib la bos bawa kereta exora, penumpang je dah 5 org, bygkan hasil shopping penumpang 5 orang ni, mmg penuh la satu kereta. Tepat jam 2.30ptg kami meneruskan perjalanan balik.

Otw back..penuh kereta sampai minion kena pangku..hehe


Perjalanan balik kami kali ni melalui jalan Simpang Pulai sbbnya bos baik hati nak singgah Ladang Teh Sungai Palas (yg shooting Ombak Rindu tu), tp sudahnya kami x jumpa pun Ladang Teh tu, jdnya perjalanan mmg straight je, betul² berhenti di Petronas utk isi minyak dan sembahyang, mmg xde berhenti utk makan pun sbb sblm check out mmg dh lunch di hotel n memasing mmg target nak sampai Putrajaya sblm pkl 7.00mlm.

1st time la Mama lalu ikut laluan Simpang Pulai ni, igtkan jalan dia x lekuk², rupanya jalannya lekuk² gak mcm laluan tapah bezanya jalan dia besar, siyes masa pergi lalu Tapah hari tu xde la pening sgt, balik plk yg rasa pening n rasa jauhnya perjalanan. 


Sempat lg berselfie OTW back..Alhamdullilah kami selamat sampai Putrajaya tepat jam 6.45ptg.


Petang tu, Adik Mama yg tolong jemputkan anak² dr Tadika n Taska serta menjemput Mama di opis Mama. Malam tu Mama n anak² tumpang bermalam di rumah Adik Mama di Putrajaya sbb Mr Papa pun dah selamat sampai Perlis untuk sukan MAKSWIP. Huhh..esoknya kena g keje seperti biasa, ikutkan mcm malas je, mcm letih je, tp bygkan org yg memandu mesti lg penat, bos plk tu, xkn kita yg duk menumpang ni plk yg lebih² letih..heheh..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. CH memang best...seronok gie sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu, CH antara tempat peranginan yg eija suka pergi jgk..:)

      Delete
  2. Nmpk muda bos akak =)
    Bestnya p ch
    Rindu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos mmg muda lagi, kami sebaya sebnrnya (tp k.eija x nmpk muda pun kan..huhu)

      mmg best, boleh la ajak Papa ZN g bercuti ke CH lg Nad..

      Delete
  3. untung nye kursus sampai ke CH .. kami ni tak lepas sbb terkeluar zon .. hahaha


    sape tudung maroon tu ..melentok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke, yg kami ni plk, akhir tahun je melambak kursus/lab yg diadakan di luar zon, ikutkan hati malas nak pergi, ni kira paksa rela, tp dh sampai kan enjoy je la sambil menyelam minum air..hehe

      tudung maroon tu kawan, dia pun dh nak bertukar jabatan, dapat naik pangkat, biasalah tu posing lentok namanye..hehe..

      Delete
  4. bestnya bgslah bos kak eija ni spoting ... wahh sakan eh makan² jalan² smabil kursus.. terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah dapat bos yg sporting,
      mmg terbaik..sambil menyelam minum air..hehe..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails