Sunday, December 7, 2014

Semoga Abah Diberikan Kesihatan Yang Baik

Assalammualaikum,

Pagi khamis (20 Nov 2014), Mama dapat berita daripada adik perempuan kedua Mama bgtau Abah diserang sakit jantung lagi, ini merupakan serangan jantung yg ketiga sepanjang tempoh Abah diketahui ada penyakit jantung bermula tahun 2004.


Mama dimaklumkan abah diserang sakit jantung lebih kurang sama seperti kali kedua kena serangan 2 tahun lalu dimana abah batuk berdarah, muntah dan terus mengadu sakit dada dan my adik terus bawa ke emergency ward HUKM.

Pada hari Khamis berkenaan Mama terlibat dengan kursus, nasib baik kursus in house dalam opis je, jadinya hari Khamis tu Mama amik time off/half day, tengahari dari opis jemput Ziqry di taska terus pecut ke hospital HUKM (Zaquan bercuti bersama atok n neneknya di Tanjung Balai, Pulau Karimun dan Johor di ketika itu).

1st time ni Mama drive sendiri dari opis ke HUKM, redah je, mmg la Mama tau HUKM tu dimana tp selama ni org yg bawa x pernah lagi drive sendiri, alhamdullillah dipermudahkan, selamat sampai x sesat dan senang dapat parking. Mama dimaklumkan yg Abah masih di emergency ward, sesampai je di HUKM Mama pun terus la ke emergency, cian jgk dkt Adik Mama dia sorang² uruskan Abah dr kul 9pg x selesai² lagi masa mama sampai tu dah pkl 2 lebih, kebetulan dia pun masih ada urusan di sekolah, jd Mama plk take over tunggu Abah di emergency, Adik² yg lain jauh, diaorang sampai petang time waktu melawat. 

Pkl 4ptg jugalah baru dapat result Doktor samada abah perlu warded atau tidak, disaat dipanggil waris kepada pesakit Mohd Zin sila masuk ke emergency ward, berdebau pun ada + aduihai macam mana nak masuk ni sbb bdk x dibenarkan masuk, nasib baik jgk mood Ziqry ok dan misi yg bertugas time tu pun layan baik siap offer Ziqry duduk di kaunter dgn dia, dapat la mama uruskan dgn mudah.

Ermmm..keputusan doktor nampaknya Abah kena warded, dimaklumkan abah akan ditahan di Wad Pemulihan Jantung di TIngkat 6, HUKM. Ini kerana doktor perlu pantau memandangkan abah ada muntah pagi tu, nak pastikan abah x muntah lagi pd hari tu sbb kebarangkalian untuk diserang sakit dada lagi adalah tinggi.



Selepas selesai urusan pemindahan ward dr emergency ke Ward Pemulihan Jantung, Mama terus inform pada adik beradik yang lain Abah confirm kena tahan ward n kebetulan jam 4.30pm dah waktu melawat n my adik yg dari Shah Alam pun dah nak sampai dialah yg tolong amik my mum melawat Abah di ward.

My Abah kena tahan wad selama seminggu lebih juga la, kena buat endogram dan ganti belon lagi, menggantikan belon yg dimasukkan pada tahun 2012, nampaknya saluran jantung Abah tersumbat lagi, yang paling merisaukan kami semua my Abah berkemungkinan mengalami masalah kegagalan buah pinggang berfungsi buat sementara plk, serius mmg kami semua sgt susah hati kalau kena 3 penyakit serangkai - Jantung, Kecing Manis dan Buah Pinggang ni, susah la..x sanggup rasanya tgk if lps ni Abah kena buat rawatan Dialisis. My Mum cuba jgk rawatan tradisonal amik air penawar dari Ustaz Dr Rashid sbb doktor pesan my Abah kena byk minum air masak. Alhamdullillah my Abah xde la kena sampai tahap dialisis.

 My Abah hari kedua di Ward Pemulihan Jantung HUKM


Abah selepas endogram..



Terima kasih buat makcik² kami yg datang melawat
now mentang² la dah ada group wasap family adik beradik abah, makcik² pun dok update pic dalam whatsup group huhu....

Alhamdullillah Abah selamat keluar wad pada 28hb Nov 2014(Jumaat), nampak sgt Abah masih x sihat sbnrnya, sbb 2 hari sblm nak keluar  wad yg br doktor detact kemungkinan kegagalan buah pinggang x berfungsi buat sementara waktu, masalah jantung slps buat endogram nampak dah ok.


Mmg sedih tgk Abah x berapa sihat slps keluar dari ward, ni pic masa minggu lepas Mama dtg melawat abah slps keluar ward, Abah terbaring je sbb kaki bengkak. 


Alhamdullillah, minggu ni Abah dah beransur sembuh, bengkak di kaki dah surut, Abah pun dah mula bekerja seperti biasa.


Ya Allah Ya Tuhanku kau berikan lah kesihatan yang baik buat Abahku..AMIN.

P/S :- 2-3 minggu ni Mama bz, bz dgn keje audit, holidays, balik holidays keluar audit lagi, kursus plk, dapat berita abah sakit n last audit pada 24-28hb Nov 2014, jadinya Blog mama pun x berupdate..ikut kan byk benda nak simpan dlm blog my memories ni tp x berkesempatan.., nampak gayanya n3 percutian akan tersadai lagi la..huhu..

P/S:- N3 auto publish..hujung minggu tuan tanah bz g kenduri..
N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. Alhamdulillahhh... semoga diberi kesihatan yg baik selalu.. amin!~

    ReplyDelete
  2. Ya Allah....semoga ayah kak eija cepat sembuh.....inshaaAllah

    ReplyDelete
  3. tetiba rindu abah aida. abah aida pun x la brape sihat sgt :(
    moga abah mamakerry dikurniakan kesihatan yg baik.
    pulih and gembira spt sedia kala in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  4. salam..semoga sihat dan kembali ceria. memang hati terusik bila yang tersayang tak sihat kan? bw byk bersabar & jgn putus2 berdoa. :)

    ainniah.com

    ReplyDelete
  5. Assalam

    semoga abah sis terus sihat...

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails