Sunday, May 27, 2012

Terkini Tentang Abah.

As Salam,

Ekoran daripada Abah mama terkena serangan jantung kali kedua pada 21 Mei 2012 dan memerlukan pembedahan jantung dengan segera. Alhamdullillah, Abah mama dah selamat menjalani pembedahan jantung kedua pada 24 Mei 2012, Pembedahan Jantung Pertama pada 21 Mei 2012 dan kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HUKM. Insyaallah 3-4 hari lg akan keluar Hospital.

Mengikut apa yg my mum cerita pada mama bagaimana mulanya kejadian Abah diserang serangan jantung, sedey jerk mendengarnya:-

Pagi lebih kurang jam 6 pagi (21 Mei 2012) Abah mama batuk2, batuk2 sampai batuk berdarah dan muntah darah, lepas tu my mum pun risau la bila tgk Abah dah muntah2 darah bagai & dalam masa yang sama Abah berpeluh sampai menitik2. Abah minta my mum tolong sapukan minyak angin, tp my mum ckp " mcmmane nak sapu minyak angin, badan awk berpeluh2 ni". my mum dapat rasanya yg Abah terkena serangan jantung & nasihatkan Abah pergi klinik@Hospital. Maybe Abah pun mmg dapat rasakan yg dia sakit dada & terus suruh my mum call salah seorang anak yg boleh bawa g klinik@Hospital. My Mum terus call adik mama yg kedua tu sbb dia dok dekat dgn kawasan rumah my parents. 

Pagi2 tu jugak Adik Mama terus bawa Abah & My Mum ke Emergency HUKM, Alhamdullillah Abah orang yg pertama tunggu giliran dan apabila diperiksa oleh Doktor, rupanya ada 2 saluran jantung Abah yg tersumbat, 1 pada saluran yg lama dh buat "by pass" tersumbat kembali dan terdapat 1 saluran baru yg dikenalpasti telah tersumbat. Pagi tu juga Abah kena operate, Operate jantung ni ada mcm2 istilah & ada byk cara, Kali ni Abah kena operate "Masukkan Belon". Belon ni dalam bentuk cecair & abah dioperate di Peha untuk masukkan Belon tu naik ke atas saluran Jantung.

Abah selepas hari pertama operation jantung yg pertama (21 Mei 2012). Masa ni mmg nmpak Abah x stabil lagi, iyelah baru lepas operate.
Masa ni lepas habis waktu bekerja Mama terus g melawat Abah, w/pun nmpk x stabil tp Abah masih boleh berckp & bgtau ape yg dia rasa ketika ini & apa yg berlaku semasa dia diserang serangan jantung, mmg dia ada bgtau yg dia rasa sakit dada pada pagi tu.

Abah 2 hari selepas operation jantung kedua (24 Mei 2012)
Abah dah nmpk sihat, ni masa kami melawat Abah di Wad HUKM semalam (26 Mei 2012). Dah boleh melayan cucu2.

Ziqry pun nak bermanja ngan Atok, Pantang nmpk makanan n pantang disua msti dgn rela hati suka disuap + sgt kuat makan.


Alhamdullillah Abah nmpak stabil & sihat selepas pembedahan. Ya Allah Ya Tahunku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Kau Berikanlah Kesihatan Yang Baik Buat Abahku, Moga Abah cepat sembuh & boleh menjalani kehidupan seperti sediakala..AMIN.

P/S: selepas selesai melawat Abah, kami ke tingkat 2 pulak x sabar ni nak melihat anak buah twins..nnti mama story di lain N3.


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. sayu baca kisah abah eija ni..alhamdulillah,cepat jugakkan bawak ke hosp.
    semoga abah eija cepat sembuh dan kembali sihat seperti dulu..
    tak sabar nak tengok baby twins tu.tahniah buat ur sister'sfamily..:))

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...teringat arwah abah 2 hari sblm abah masuk icu mak kata abah sakit dada...just sapu minyak angin pasal mmg tak tau pun yg abah ada sakit jantung.

    ReplyDelete
  3. moga cepat sembuh dan kembali cergas seperti sediakala

    ReplyDelete
  4. @Kamalia: Terima kasih lia,
    itulah nasib baik awal bawa g hospital dan alhamdulillah skrg dh stabil ..hope semakin stabil & sihat hendaknya..
    hehehe..eija sbg makciknya lg la x sabar sbbnya 2 hari slps lahir baru berkesempatan utk melawat..chumell sgt..:))

    @Lelord:Terima kasih sis,
    oh itula bahayanya sakit jantung ni, dia boleh menyerang bila2, Abah eija dulu pun masa mula2 kena thn 2004 x pernah tau pun dia ada jantung, selama ni dok risau dia nya penyakit kencing manis..

    @Syiela: thanks syiela :)

    ReplyDelete
  5. sedey tgk gmbr yg pertama... ;(
    tetibe teringat kt abah saya, huhu!

    moga pakcik cept sembuh, dan bleh jalani kehidupan seharian seperti biasa....

    ReplyDelete
  6. @Nad@MamaZakwanNayli: AMIN, terima kasih Nad :)

    ReplyDelete
  7. izan yg baca entry ni rasa sebak sangat2... izan doakan abah eija cepat2 sembuh dan kembali sihat spt biasa...

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails