Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Monday, May 28, 2012

Rutin Check-up Bulanan Zaquan& Ziqry| Check-up Ziqry Umur Setahun & Zaquan 4 Tahun | Pic Zaquan& Ziqry 0 -12 Bulan ♥

As Salam,


Umur Ziqry sudah pun 1 tahun sekarang dan seperti biasa rutin check up bulanan Ziqry perlu dibuat untuk dapatkan suntikan imunisasi bagi umur setahun. Appoinment Check up bulanan setahun Ziqry adalah pada 14 Mei 2012 dua hari lepas ulangtahun kelahirannya yg pertama.


Akceli anak mama Ziqry demam pada hari ulangtahun kelahirannya, deman+selsema+batuk. Paling cian malam lepas sambut besday dia, Adik tersungkur depan rak tv, abis luka bibir dia, mama yg tgk darah menitik2 kuar pun rasa ngilu dibuatnya,nasib baik adik Ziqry jenis kuat, dia nangis time tersungkur tu jerk, lepas dibersihkan w/pun nmpk kesannya mcm teruk tp adik maintain cool.

Pada hari check up berkenaan disebabkan adik Ziqry demam, so adik Ziqry x kenala cucuk, kena tunggu adik baik dari demam baru boleh cucuk. So misi bg appointment baru utk bg suntikan shj nanti. Tarikh yg misi bg adalah pada 23 Mei 2012. 

Pada hari berkenaan Mama cuma minta refer ke Doktor utk masalah demam, selsema dan batuk dia. Sebabnya time ni Adik Ziqry nye batuk agak teruk smpai suara dia dh jd rock..hehe, Alhamdullillah now dah sihat walafiat.


Pic taken 14 Mei 2012@Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi.
Ziqry 1 tahun 2 hari
Cian bibir adik luka, 
Nmpk x gigi adik sudah tumbuh 2 batang lagi di bawah..:)


Pada 23 Mei 2012 Ziqry pun kena cucuk imunisasi ditemani oleh Papa & Abg Zaquan, Sorry mama x dapat nak temankan Abg & Adik pada tarikh berkenaan. Mama ada sesi raptai APC, mmg xdpt nak bercuti or skip time berkenaan. Papa bgtau Adik x nangis pun time kena cucuk kali ni, wah bagusnye adik...^_^..


Pada hari yg sama, Zaquan pun buat check-up utk 4 thn, check-up dia sbrnya tarikh yg sama pd 14 Mei 2012, tp pd tarikh berkenaan Abg Zaquan sedang bertolak & bercuti ke Medan Indonesia. Kebetulan Adik pulak kena cucuk minggu berikutnya terus bgtau nak bawa Abgnya check-up sekali pada tarikh yg sama. Zaquan nya Check- up biasa jerk xde cucuk2, dapat ubat cacing utk abg Zaquan minum.


Hasil Pemeriksaan:-


Berat: 8.8kg
Tinggi: 76 cm
Kesihatan:Demam, batuk dan selsema tapi Adik Ziqry tetap Aktif :)


Perkembangan:-


Terkini adik sudah tumbuh lagi 2 batang gigi dibawah pulak, sebelum ni mama ada cerita kan yg giginya sudah tumbuh 2 batang diatas pada usia 11 bulan. Jika 2 batang gigi diatas gigi kapak, kali ni 2 batang gigi dibawah halus  la pulak. Seawal usia 8 bulan++ adik dah pandai panjat tangga, 10 bulan dah mula bertatih dan berjalan..Now 100% dah dapat kaki, sgt aktif berjalan..x mo dipegang. Adik sgt2 suka makan tau..


Sekejap jerk masa berlalu, nmpk kan perubahan muka Ziqry dari sebulan ke sebulan, dah setahun pun la ni..sbg simpanan mama dan utk tatapan Ziqry bila besar nanti, pic Ziqry dr 0 - 12 bulan.


Muhammad Khair Ziqry ( 0 - 12 bulan)


Heheh...mama x berkesempatan la nak buat pic Zaquan (2008-2012), insyaallah mama cuba buat nanti ye abg zaquan :)), Layan kan dulu pic yg mama pernah buat utk Zaquan 0 -12 bulan dulu.

Muhammad Khair Zaquan (0 - 12 bulan)
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. Comelnya..
    Cepat je diorg membesar kan sis.. ;)

    ReplyDelete
  2. @Salina@IbuAqil: terima kasih :),
    itulah mmg terasa cepat sgt masa berlalu, rasa mcm baru jerk ngandungkan Ziqry..hehhee

    ReplyDelete
  3. Baguslah eija buat macam ni boleh nampak perkembangan mereka. Kakak dulu masuk album sebab dulu mana ada blog...

    ReplyDelete
  4. bagus2 best tgk perkembangan anak ni kan..heee tumbuh gigi mesti byk yang nak digigit nye tu

    ReplyDelete
  5. @Kakzakie:eija mmg suka simpan gmabar, tp itula sejak zaman IT ni jarang sgt cuci gmbar, simpan dalam lappy/Hard Disk jerk tp risikonya bila lappy/HD rosok hilang sume kenangan. Itu yg mana yg boleh simpan dlm blog, kita simpan kan..:)

    @amiey lee: heheh, bila dah tumbuh gigi ni x thn time dia nak BF la, dh pandai menggigit..huhu

    ReplyDelete
  6. suka tgk gmbr anak2 eija dari bby sampai skrg ni... kejap je dua beradik ni dah besar kan. thn depan abg zaquan dah masuk tadika kan?

    ReplyDelete
  7. suka tgk gmbr anak2 eija dari bby sampai skrg ni... kejap je dua beradik ni dah besar kan. thn depan abg zaquan dah masuk tadika kan?

    ReplyDelete
  8. @Izan Ishak: terima kasih Izan,
    itula skjp jerk rasanye 2 beradik ni dah besar..haah thn depan Zaquan dah 5 thn, kami nak daftarkan masuk taska..:))

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails