Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja & Selamat Bercuti| Zaquan Holiday Genting 2 hari 1 Malam

As Salam,

Selamat Hari pekerja semua, mesti ramai yang holiday sane sini sempena cuti umum hari pekerja ni kan, lebih2 lagi sape yg amik cuti hari Isnin (30.4.2012) dapat sambung cuti jd 4 hari (28 April 2012 -  1 Mei 2012).

Kepada mereka yg sedang berholiday, happy holidays diucapkan dan kepada mereka yg bekerja, moga jadi pekerja yg berdedikasi. 

Cuti Hari Pekerja hari ini kami x kemana pun, yg syoknye my son Zaquan la, hari ni dia g holiday ke Genting 2 hari 1 malam (1-2 Mei 2012) bersama Acik Uyun@Cute MuM. Kali ni Acik Uyun g Holiday Genting bawa Atok, Nenek & Zaquan sekali. Seronok betol Zaquan dapat berjln saja..2 minggu lg nak ke Medan pulak. Terima kasih ye Acik Uyun & Family sbb sudi bawa Zaquan Jalan2 sama.

Kalau nak tau awal pagi lg Zaquan dah bangun dan bersiap, dia dah tau dah Genting tu tempat untuk berseronok2, So bila Mama ckp jerk 'Abg cepat mandi, nnti pagi2 Atok dah nak dtg jemput Abg g Genting main ngan Eisya'. Dia pun x byk kerenah terus mandi & bersiap pastu terus turun bawah intai tingkap 'Mana Atok ni, kata nak dtg jemput Abg'. 

Pukul 9 pagi Nenek Zaquan call bgtau agar kami yg hantar Zaquan ke Impian, lepak sarap dulu. Lewat sikit kami sampai sbbnya kereta ayah pulak x boleh start, bateri kong, tp sib baik mmg ayah dah beli siap2 bateri kereta. Papa jd pomen kejap gantikan bateri kereta dulu. Kereta kami pulak mmg masuk bengkel so kami pinjam kereta ayah (FIL). Itu yg mmg kami xde planning kemana cuti hari pekerja ni sbb kereta mula hantar repair hari Jumaat lepas (27.4.2012) blom siap lg smpai kehari ini.

ini pic yg sempat mama snap pagi td sebelum Zaquan bertolak nak g holiday ke Genting.
Nampakkan muka happy & excited dia, lebih2 lagi excited nak bawa beg sandang pulak.
sempat peluk2 n cium2 adik sebelum pergi.
 * Zaquan dah rasmi beg mama dapat free(doorgift) sempena msyrt agong kelab perbendaharaan. Cantik pulak beg free ni..:p

Selepas bersarapan bersama, dalam pukul 10.30 pagi Zaquan, Acik & Nenek pun bertolak menuju ke destinasi yg dihajati. Kami pulak..Mama, Papa & Adik Ziqry singgah g beli barang rumah ke Pasaraya CS, Hentian Kajang. Niatnya nak beli Drypers Ziqry murah RM30.99. Sekali sampai CS, mak aihhh ramainya serbu pasaraya CS ni..alang2 dah sampai kami beli jugak ler, sekali bkn beli drypers jerk byk pulak brg yg dibelinya td..hehhee..

Balik dr CS, teruk lepak pekena Cendol, Laksa & Mee Rojak dekat area taman perumahan mama ni jerk..

Hehehe..adik yg kehausan,,papa bg jugak adik rasa 2-3 sudu..hope x sakit perut adik, Otw nak balik umah terus tertido, itu yg mama amik kesempatan update n3 hari ini..hehehe


Mesti Zaquan sedang bergembira disaat ini, lebih2 lagi ada geng, sepupu dia eisya/dania. Sebelum bertolak pergi ke Genting td, Papa ada bekalkan Zaquan duit belanja untuk berseronok2 di sana nanti sebanyak RM200. Moga Zaquan selamat pergi & balik dan yg penting dia msti enjoy punyer sbb Genting pun mmg salah satu tempat feberet kami sekeluarga. Rasa mcm baru jerk bercuti ke Genting pada 19-21 Jan 2012 yg lps, syok zaquan dapat ke Genting lagi..Happy Holidays yaa..jgn nakal2 tau. Mesti penat atok nak melayan dia naik dua permainan feberet dia nnti Bumber Car dan Rides de Paris berulang2 kali..hehehe



p/s: ermmm..bosannye, Papa pulak keluar ngan kawan dia lepas selesai lunch bersama td, tinggallah mama dgn adik ziqry berdua lepak kat umah..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi..kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

5 comments:

  1. wahh seronoknya zaquan dapat jalan... sesekali bg kebebasan pd diakan... dia pun ok xpe.. klu amir jgn harap... klu ibu dia tak ikutt.. dia pun xmahu pergii punyer...

    ReplyDelete
  2. seronok la zaquan ado org bawak dio berjalan kan...:)

    ReplyDelete
  3. anak2 kalu dpt berjln ke tmpat yg blh main2 cam gini.. mmg seronoklah kan kak eija... saya dulu pun camtu gak... hahha.. kalu tau nak g jln2, bangun pun awai.. semua keje beres..hihii

    ReplyDelete
  4. Bestnyer p bercuti :)

    Dah lama Myra tak ke Genting :)

    ReplyDelete
  5. bestnyer jenjalan . dah lama x dtg sini.. hi!

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails