Tuesday, August 13, 2013

6 Syawal..Sudah Mula Bekerja

Salam 6 Syawal,

Ramai ke kawan² blog Mama ni yg turut sama bekerja hari ni, x berkesempatan nak BW lagi ni (leka berFB n IG je..hehe), hari ni Mama dah mula bekerja, mood mmg kelaut la..hari pertama bekerja slps syok berjalan cuti raya..mmg malas je nak g keje kan. Kami ni w/pun x beraya ke mana sgt, kg pun dekat2 je tp masa kami pack jgk sampaikan tengah malam semalam baru sampai rumah kami tau, kain baju pun x sempat mendobi lg..semalam bz settlekan segala urusan sblm nak g holiday next week.

Hari ni g opis sunyi sepi je opis, 2 orang je yg bekerja di Unit Mama ni termasuk Mama, itupun kalau dikira Seksyen 4 org je yg keje di Seksyen Mama hari ni, kawan² ramai yg mula bekerja pada 8 syawal. Cafe pun x buka lagi ni, pagi td sib baik Mr. Papa nak bawa g breakfast sama2..breakfast kat Mamak la, mane lagi.., tengahari ni thn lapar je..nasib dkt opis ni ada MyShoppe boleh la nak mkn kudap²an..huhu

Mood nak update story raya blom sampai lagi sbb pic x transfer lagi, tp di FB n IG beriye dh Mama upload..hehe

Pic 6 Syawal @ Atas Kerusi Menghadap PC & HP..:p


p/s: pipiku makin boolat..adoiyai mcmmane ni..susahnye nak diet..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, August 6, 2013

Adik Ziqry Demam Panas | Zaquan n Ziqry Datang Kerja Opis Mama

As Salam,

Lagi 2 hari kita akan menyambut syawal 1434H, orang ramai pun dah mula bercuti, Tadika n Taska Zaquan n Ziqry pun dah mula bercuti dari 5hb - 13 Ogos 2013, fuhh lama tu cuti mcm cuti sekolah. Mama esok (7 Ogos 2013) baru mula cuti, so semalam dan hari ni terpaksa la Mama usung 2 hero Mama Zaquan n Ziqry ke opis.

Aduihai x diduga Ziqry pulak diserang demam panas pada ahad tengah malam, tp Mama redah je bawa dia g opis pg Isnin tu, mmg meragam je la dia, xmo tido baring, nak berpangku je, Alhamdullillah hari ni dah beransur sihat sikit tp still jgk meragam, riuh opis dibuatnya dgn jeritan suara tangisan dia..igtkan dah sihat sikit mood dia ok la bawa diri sendiri, sekali nak berkepit jgk dgn Mama, Abg dia pulak dh ada geng bermain, mmg srnok la ada kawan bermain sampai x igt dh adik dia, sampaikan Adik plk yg merengek2 minta Abg dia main sama.

Semalam Adik Ziqry longlai betul, sampai berpangku je dgn Mama, hari ni ada perubahan sempat la Mama snap pic2 dia hari ni.

muka bdk  x sihat, terlentok je

nmpk dia dh sihat sikit hari ni bila nak join abg dia bermain..
ni diorang main depan partition Mama je.


main Saidina, sbnrnya Abg n Adik bkn pndai main pun..kwn dia ni umur dh 8 thn, pndai la main..so dia mainkn utk 3 org..abg n adik cuma baling dadu je..huhu


ermm main sama2nye skjp je, semua xmo kwn ngan adik sbb adik bknnye pndai main sama, sudahnye itu yg adik berkepit je la ngan mama, main kat tempat mama je la dik..


Setelah puas menjerit & melalak sampai bingit satu opis akhirnya Adik Ziqry tido jgk, ini yg Mama taip laju² ni.


Ok la Adik Ziqry pun dh mula meragam nk tido berpangku pulak dgn Mama. Moga Adik Cepat Sembuh..AMIN, nak raya ni x syok la kalau anak² demam. Jgn Mama n Papa pun demam jgk nnti sudah...

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR & BATIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 5, 2013

Laily Cokies| Hari Jualan Terbuka Opis | Alhamdullillah..Dah Dapat Gaji Tolong Wat Biskut Raya

As Salam,

Setiap tahun Mama akan jd ejen jual biskut raya homemade dari Family In Law Mama, Tahun  ni terdapat 45 jenis biskut raya keluaran Laily Cokies ( thn ni x sempat nak promote pd kawan² blog) tp adik ipar punye strategi pemasaran di FB dh ok sgt..dia yg byk buat bhgn promosi ni. Alhamdulillah Mama jual di opis Mama ni jualan maintain je w/pun ada persaingan, kiranya mmg dh ada regular customer, opismate yg dh bertukar jabatan pun still jgk contact n order biskut raya dr Mama :).

Seminggu sblm puasa hari tu sempat jgk la Mama joint aktiviti kelab opis Mama ni iaitu jualan terbuka bg opis kami ni ada dioffer satu table RM10, so Mama pun amik kesempatan promote biskut raya Laily Cookies w/pun dh ada reguler customer, tp at least boleh perkenalkn biskut raya bg staff yg baru masuk n kebetulan hari tebuka opis ni open pd bahagian lain jgk. mmg membantu dptkn new customer..

saje try market, so bw sikit je x sangka pulak rupanye ada gak yg nk beli biskut raya awal.


ni antara biskut raya yg menjd best seller Laily Cookies..dijamin sedap n harga pun berpatutan..

Cornflakes Choco..2 thn berturut2 jd best seller di opis mama ni..


Parmesan Cheese, best seller tahun 2011 di opis Mama, tp sehingga kini still jgk ada permintaan setiap tahun..


Truffle Bala..Biskut Raya feberet bg Kelab di Opis Mama, Alhamdullillah dh masuk tahun katiga kelab order borong dr Mama utk tujuan goodies Majlis Khatam Al-Quran.


               Almond London..Ini Biskut Raya Feberet Zaquan.., Almond dia sebiji tau.


New biskut raya 2013 - Roda Impian..sedap tapak dia tu rasa mcm biskut samperit ditengahnya ada jem strawberry. Tahun ni Mama byk tolong wat biskut ni, dalam masa yg sama ngap masuk mulut..huhu..


 Tidak ketinggalan biskut dulu2 yg masih menjadi kesukaan org ramai, ada penggemarnya tersendiri.., Samperit..sedap lembut cair di mulut.


sumber gambar biskut raya: cilok dr FB adik ipar, org kuat bhgn pemasaran lailys cookies..hehe..

Akceli Mama berkongsi tapak/table dgn member..dia jual baju..boleh la terjah FB dia..EL ILONA, pelbagai jenis peplum ada dijual, shawl pun ada dijual.


Ini antara gerai2 yg ada masa Hari Terbuka/Jualan Opis Mama.., Mmg happening semua opismate Mama ni..semua sporting n  kaki bisness punye..

Gerai Tupperware


Gerai Telekung n ada jual Cookies jgk..


Biskut raya lagi, kek lapis n makanan kesihatan & supplement


Semangat sungguh bdk2 ni, siap jual makanan ..see spagethi pun ada


Gerai RM1 - Gerai Buah2an.


Alhamdullillah jgk thn ni dapat join sama² family mertua buat biskut raya, secara x langsung dapat la tambah pendapatan sampingan sikit dgn wat part time ni.., kalau dulu betul² tahun pertama jd isteri kpd mr. papa je Mama dapat tolong, pastu dah beranak kecik x dpt nak tolong dah, kali ni Zaquan n Ziqry dh besar sikit dptla menolong w/pun sbnrnye riuh rendah dibuatnya dgn kehadiran 4 org cucu Atok n Nenek, itu baru 4 dah riuh..huhu

Alhamdullillah semalam dah dapat gaji hasil dr tolong wat biskut raya, dapatla Mama buat belanja untuk holiday ke Jakarta/Bandung nnti..(mmg itu je Mama punye budget), sblm ni dh main kutu bandung utk buat duit pakaj RM1k seorang. Duit komisen jualan biskut raya dah buat duit raya. Terima Kasih Mak & Ayah. Bukan Mama je yg dapat gaji semua 1 family pun dpt gaji w/pun cuma tolong sikit², yg beshnye cucu² Atok n Nenek pun dapat tau..see ada gaji untuk Zaquan n Ziqry w/pun byk buat riuh dr menolong, yg selalunya cucu² Atok ni tolong ialah tolong angkat try, akceli diorg ni semangat je nk menolong, especially time tabur2 choc rise pd biskut, tp tu la byk plk tgn x jd biskut raya jdnya nanti.

Gaji Tolong Wat Biskut Raya..Terima Kasih Mak & Ayah @ ATok n Nenek Zaquan n Ziqry.


Disebabkan tahun ni tolong MIL wat biskut raya, Mama x berkesempatan nak buat biskut raya sendiri, tahun lepas semangat 4 jenis biskut raya buat sendiri. tahun ni sempat wat sejenis je itupun semangat buat seminggu sblm puasa hari tu, biskut almond crunchy, nanti ada masa mama upkan hasilnya. Sepanjang menolong MIl wat biskut raya ni masa mmg pack la, balik kerja terus balik umah mandi dulu  n terus berbuka di rumah MIL, lps mangrib dh start tolong buat biskut sampai tgh mlm n sahur terus diluar, sampai rumah selalunya 2-3 pagi. Penat tp berbaloi..alhamdullillah..^_^..Yeay lagi 3 hari nak raya pastu 2 minggu lps raya..time to holidays.. ^_^..Moga segalanya dipermudahkan dan berjalan dgn  lancar.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

♥ Bookmark Raya & Felt Handphone Strap ♥

As Salam,

Yeay dpt kad raya lg..kali ni dpt bookmark raya n felt handphone strap dari blogger Ina@ IntaNBerliaN. Cantik la bookmark raya ni siap ada gambar ina bersama puteri²nya Alisha & Aqilah. TQVM Ina..^_^..Aklceli mama join segmen bookmark raya ni di blog ina dimana ina offer kepada semua yg berminat utk join dan akan dpt bookmark raya dr beliau..bagusnya bookmark raya selain dr tanda ingatan sempana hari raya dpt digunakan sbg bookmark n sudah pasti setiap kali terpandang bookmark ni kita akan mengingati pengirimnya..., confirmnya ina, k.eija akan sentiasa igt pada ina :), x sangka dapat Felt Handphone strap  sekali..TQ sekali lg ina..k.eija suka :))

♥ Bookmark & Felt Handphone Strap ♥

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, August 2, 2013

Terkejar² Untuk Bershopping | Hasil Shopping 1 Hari

As Salam,

29 Julai yg lalukan Mama amik cuti semata² untuk shopping barang raya @ baju raya anak², walaupun amik cuti rehat tp rasa terkejar² je nak shopping sbbnya pagi seperti biasa macam waktu nak g kerje tu kami hantar Zaquan n Ziqry ke tadika & taska, kami je yg bercuti anak² x bercuti..hihi

Sblm hantar diorang ke school, sempat lg singgah drive thru McD dulu bg anak² makan dalam kereta, lgpun Mama dia pun sama bendera merah..:p (kurang sikit rasa letih nak bershopping). Selesai hantar diorang ke schooll Mr. Papa terus je memandu ke tempat yg ingin dituju.., destinasi pertama Mid Valley, tp x sempat nak shopping kat Mid Valley pun kami singgah untuk park kereta je pastu naik train ke Sogo. Memang 1 stop shopping di Sogo je. Itu pun Mr Papa ingtkan Mama kena shopping cepat² x leh lama²,  kul 3 ptg kita dh nak kena bertolak naik train ke Mid Valley semula (iyelah org perempuan kalau dh shopping kan x ingat dunia), memang la kami sampai kul 11 pg di Sogo..means 4 jam je masa yg ada utk shopping..tp siyes x cukup bg Mama..hahaa, iyelah nak shopping baju anak je dh berjam², itu belum lg brg Mama. 

Sampai² Sogo je dh terus melekat kat level bawah tu tgk handbag, mmg niat nak ganti handbag pun, last Mama beli handbeg 3 thn lepas..so patut berganti kan...lgpun dh tau nak dpt bonus RM500..boleh la beli handbeg buat reward diri sendiri. Sblm tgk handbeg yg Mama pilih..inilah antara hasil shopping kami. Mr. Papa pun shopping baju, seluar n kasut kerja dia.

hasil Shopping 1 hari


Baju raya anak² untuk Zaquan n Ziqry, thn ni budget mmg ciput je sbb insyaallah 2 minggu lepas raya nak bercuti ke Jakarta & Bandung pulak..so xdelah shopping sgt raya kali ni.., duit simpan untuk shopping kat sana pulak nanti..huhu..

Untuk Abg Zaquan - Seluar 2 helai, t -shirt 3 helai
Untuk Adik Ziqry - Seluar 3 helai, T- Shirt 3 helai, 2 pasang baju tido & 2 pasang baju basahan. (Adik dpt lebih sikit sbb selama ni dok pakai baju lama abg dia je n  byk dh baju lama² abg dia yg pinggang seluar n leher baju yg dh longgar , Mama pun dh kurang sgt menyoping baju anak² sbnrnya).

Last but not least, untuk 4 orang anak² buah kesayangan sorang sepasang..


Fuhh rasa amik baju sikit je, tp keseluruhan belanja utk baju anak² & anak buah ni je dh capai RM472.15.., mmg budget RM500 pun tp tulah nilai duit sekarang kan, RM500 untuk beberapa helai baju  je sbnrnya.


Akhirnya dpt jgk reward buat diri sendiri..
cantik tak pilihan handbag Mama ni..Carlo Rino..after less dpt RM179.90.


Mengada² nak pakai wrislet pulak skrg ni, jdnye terbeli jgk, Wrislet Sembonia RM69.00


Mama ada gak tgk² n pilih² baju n seluar untuk Mama pulak..ermmm tp yg ada sales semuanya dh xde size Mama ni, sudahnye xde la dpt baju jalan Mama..nasib ada jgk handbag n wrislet untuk diri sendiri :) 

Sedar x sedar dah 3.15ptg..extra 15 minit je dr masa yg Mr. Papa tetapkan..hehe, terus kejar train nak balik pulak, igtkn sempat singgah nak shopping kat JJ Mid Valley plk, tp x sempat jgk sbb kena berkejar balik ke Putrajaya pulak jemput anak, last masa untuk jemput anak pukul 5.30ptg..itu yg rasa terkejar² betul time utk bershopping w/pun kami ni bercuti rehat.

Selesai jemput anak kami plan nak singgah Tesco Kajang pulak nak beli baju melayu Mr. Papa & anak², kami mmg suka beli baju melayu siap dkt Kedai d'Khair Collection yg terletak dalam Tesco Kajang ni..mmg suka dgn kain baju melayu dia..selesa n jahitan pun kemas.

Baju Melayu/Baju Raya Tahun ni..Tema Oren.


Ada cerita time kami beli baju melayu ni, Adik Ziqry menangis nak pakai baju melayu, dia nak terus pakai, xnk buka, sampai org yg jual tu cakap pelik la, selalunya budak nangis xmo pakai, dia nangis nak pakai.., kami pun bagila dia pakai sampai dia rasa dia nak buka dgn sendiri..



Time ni sekali lg terkejar² sbb nak kejar balik untuk berbuka di rumah Family Mertua pulak, kami mmg setiap hari kerja biasa berbuka di rumah family mertua, lepas berbuka terus tolong buat biskut raya, setiap hujung minggu pulak Mama akan berbuka di rumah Family Mama pulak. Dalam masa nak mengejar masa waktu berbuka sempat lagi Mr. Papa beli 1 bucket KFC untuk menu berbuka kami sekeluarga w/pun sbnrnya Mak dah siap masak dh sbnrnya, ni mesti kes Mr. Papa terliur tgk kami makan Mc'D dlm kereta pg tu..huhu..terus menu berbuka beli KFC.., w/pun agak terkejar² untuk shopping tp alhamdullillah kiranya 80% dah siap barang raya kami shopping.., malam lepas berbuka pun masih sempat lg menolong Family Mertua wat biskut raya w/pun Mr. Papa ngadu dia sgt letih shopping kali ni.. 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails