Wednesday, September 3, 2014

Cuti² Merdeka | Check In di Wet World Pedas Dulu Sebelum Bercuti ke Melaka

Assalammualaikum,

Alhamdullillah, yeay..dapat menghabiskan quality time bersama family time cuti hujung minggu hingga ke cuti umum hari kemerdekaan Malaysia yg ke 57thn (30 Ogos - 1 Sept. 2014). Terima kasih Mr. Papa bawa kami jalan² sempena cuti² merdeka ni, holidays kali ni semuanya diuruskan dan ditanggung oleh Mr. Papa..(elaun memangku dh masukk..^_^..), Mr. papa yg mmg dh plan awal² nak bawa anak² bercuti time cuti hari merdeka, nak bawa kami ke Melaka katanya dan nak bawa anak² mandi kolam yg utamanya. Melaka merupakan antara tempat percutian feberet kami tau.., sibuk duk google n mencari hotel yg ada pool nak bawa anak² mandi kolam tp time peak seosons cuti umum rate hotel sume mahal bebenor, Mr. Papa pesan pd mama siapkan je beg pakaian dulu, nanti kita terjah je la. At lastnya hari jumaat Mr. Papa blk bgtau kami "jadi tau kita bercuti ke Melaka, kita tido umah Ami je "(Sepupu Mr. Papa n mmg Mr. Papa duk menumpang di rumah sepupu dia buat sementara waktu ni sblm dpt rumah sewa).  Kalau ikut planning asal nak ke Melaka dulu, hari last cuti otw balik baru bak singgah PD, bawa anak² mandi laut..

Tapi sebaliknya plk, rupanya semasa meredahi jem dan dalam memberi tumpuan kepada pemanduan,  dalam kepala mr. papa ligat dok memikir kemana tempat yg boleh bawa anak² mandi manda dgn budget/kos yg ada.., anak² dh demand nak mandi kolam yg ada mainan, tetiba pulak dia terpikir nak ke Wet World Pedas n terus google rates entrance ke Wet World Pedas, tgk rates online mampu sgt nak pergi, ekceli dah pernah pergi kesini sblm ni, sekali dgn family mertua dan sekali family day opis mama. Jadinya perjalanan kami terus menghala ke exit Pedas sebelum bercuti ke Melaka. 

Adikkkk..., manisnya senyuman kamu bila diberitahu nak bawa g mandi, 
Mr. Papa siyes, tension jln jemmed ek..


Hakikatnya our heroes ni x reti dok diam pun dalam kereta, ada je benda diorang nak gaduh 2 beradik, sekejap ke depan, sekejap ke belakang, sabau je la...


ehhh..sampai dah Wet World Pedas, N.Sembilan.
Ini Rates Entrance, sama la seperti di Website
 tp bila beli di kaunter lain plk harganya, itupun pd mulanya (masa beli) , cashier dkt kaunter x inform harga berbeza dgn yg tertulis di board, bila tanye knape duit baki berkurang baru la dan² cashier kat kaunter tu bgtau harga tiket masuk naik dari RM12 ke RM15 bg dewasa dan RM10 ke RM12 bg kanak², terus terang plk tu harga tiket utk 3 hari cuti merdeka..amboi boleh plk nak cekik darah time cuti² merdeka ni, sib baik rates mampu byr...huhu


Abg kena bayau, adik free..

baju renang abg dah ketat, membesar dgn jayanya abg Khair Zaquan skrg ni, yg kelakornya masa dah siap sarungkan baju renang di badan masing², Abg boleh kata, 'adik pakai baju renang abg', sbb baju renang yg dia pakai ketat, kunun bj renang yg dia pakai adik punye..., adoiii..abg, bkn slh adik, bdn abg tu yg dh mengembang n sampaikan baju renang abg pun dh sempit, terpaksa pujuk nanti mama belikan baju renang yg baru utk abg...hahaha..


2 beradik x sabau nak mandi dh sbnrnya..
tunggu jap, Papa settlekan tiket dulu br leh masuk...


Ok jom..dh ada wrisband..


Mama nak bergambar dgn Abg n Adik dulu sblm abg n adik terjun kolam ek..
Cian Mama syok sendiri je posing pandang kamera, mata dan hati anak² dh dalam kolam tu...


tp dapat jgk sekeping pic sporting drpd anak²..


Mamaaa... cepat la masuk kolammm....


Lets go baby...


yezzza...abg n adik x sabar nak main gelonsor dlm air ni..


1,2,3....terjun....


wah beshnya..srnoknya..dia...


Happy faces..


mandi n main la sepuasnya anak²..
Mama n Papa happy tgk abg n adik happy.., puashati dpt tunaikan permintaan anak² yg mmg sukakan aktiviti swimming..


Alright, selesai sudah janji dgn anak², rasanya ada 2 jam jgk anak² bermandi manda.., ikutkan xmo balik, nak mandi lagi.., tp kita kena cepat, kita nak g jalan² lagi ni.., papanya memujuk..'nak pergi opis papa tak, kita nak tgk opis baru papa ni', apa lagi si anak terus teruja nak tgk opis baru papanya....

Heheh..so sweet, insyaallah anak², ada rezeki kita dtg sini lg ye..


betul² letih, baru 5 minit perjalanan dh lelap..


Dua² sekali terus lelap, adik siap landing atas badan abg lagi, bdn abg lagi empuk drpd bantal ye adik..


Eloklah 2 hero ni dah lena, tenang sikit perjalanan kami, perjalanan diteruskan menuju ke Kota Melaka..Yeay Melaka aku dtg lagi dan lagi...♥

p/s: tuan blog berseminar seharian hari ni "Seminar Perniagaan Secara Online Pilihan Masa Kini" anjuran Puspanita. Ermmm..tgh pk nak ceburi bisnez online ape ni..:p

*n3 auto publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, August 20, 2014

Syawal 1435H/Aidilfitri 2014 | Malam Raya & 1 Syawal 1435H Kami

Assalammualaikum,

Dah masuk minggu ketiga di bulan syawal, ramai yg dh abis up story raya masing², Mama baru terhegeh² nak up story raya, minggu lepas mmg x menjenguk langsung blog, Mama outstation ke Bintulu, Sarawak (11 - 15 Ogos 2014/15-19 syawal 1435H), tapi Mama pun xnak ketinggalan nak juga up story raya kami w/pun story dah basi dan rutin raya setiap tahun kami adalah sama dan biasa² je..

Raya tahun 2014 ni giliran beraya di kg. sebelah Mr. Papa di Kg. Bahagia, Bangi (Kg sebelah Ayah) dimana 3 malam bermalam di kg. Bahagia (29 Ramadan - 2 Syawal), lepas tu 2 malam di rumah parents Mama di Cheras  (3 -4 Syawal) dan semalam di rumah Mertua Mama di Bandar Baru Bangi (5 Syawal). Hujung minggu (6-7 Syawal) dah mula bermalam di rumah sendiri. 8 Syawal dah mula kerja. Cepat la pulak rasanya cuti raya 10 hari berlalu..huhu.

Kami berdua anak jati Selangor dan kg. pun dekat² sejengkal je, kg dekat pun still amalkan sistem giliran tau tp setakat ni alhamdullillah mmg xde masalah dgn sistem giliran yang kami amalkan.

Tahun ni alhamdullillah kami semua adik beradik (6 orang) dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama di rumah parents Mama sebelum kami balik ke kg, itu yg untung kg. dekat² ni malam raya masih boleh habiskan masa bersama family. Malam raya tu anak² sibuk la nak main bunga api dgn sepupu dan pakcik²nya, suka la ada yg melayan. 


Malam tu dalam jam 10mlm kami pun gerak terus ke Kg, sampai kg. atok n nenek zaquan n ziqry ajak ngeteh, ikutla atok n nenek ngeteh sekali.., kami semua ni jenis suka ngeteh tengah² malam..hehe.

Seperti kebanyakkan dan kebiasaan kita di pagi syawal sudah tentunya ke Masjid untuk menunaikan solat sunat raya, balik sembahyang raya masa untuk menikmati hidangan/juadah raya yg tersedia hidang dan semestinya rutin wajib bermaaf²an di pagi raya..,Ya begitu jgk la rutin kami di pagi syawal yg mulia ini.

Pagi 1 Syawal Mama mesti nak sedondon 1 family, tahun ni tema baju raya kami GOLD CHOCOLATE, kaler tema last minute pilih, sbbnya kain baju mama dh beli awal, tempahnya yg lewat, bila baju mama dah siap baru perasan sampai 2 pasang baju raya mama kaler gold, jadinya terus ckp dengan Papa thn ni tema GOLD la, Papa ikut je n dia pun tahun ni pesan x pyh belikan baju melayu utk dia (Part baju raya 1 syawal mmg Mama yg uruskan), dia nak recyle je baju melayu yg ada,  untuk dipadankan dgn kaler gold jdnya Mama decide Mr. Papa pakai baju melayu cekelet., jadila tema GOLD CHOCOLATE, nasib la bila bergambar cekelet tu masuk la dgn GOLD. 

Tahun ni jgk baju melayu anak² adik lelaki Mama/Ateh Cu Zaquan n Ziqry sponser, sampin plk Mak Yang Zaquan Ziqry sponser. Tq Ateh Cu dan Mak Yang Zaquan n Ziqry, jimat budget Mama n Papa..hehe..thn ni mmg budget ciput je pun.., 1st time thn ni anak² xde kasut raya, selalunya kasut raya ni budget Mr. Papa, tp yelah sejak dah kena berulang setiap hujung minggu Melaka - Bangi, terasa jgk costing dia.. , ada jgk budget Mr. Papa utk anak², Songkok tu Mr. Papa yg belanja k n Mr. Papa shopping dekat Padini sorang 2 pasang baju jalan anak² dapat..:)).

Begitula serba ringkas Syawal 1435H kami, tp ni Mama nak fokus aktiviti 1 Syawal 1435H kami..xde story menarik pun, just nak simpan pic² masa kami ambil di pagi syawal.., tahun lepas kami ada agenda dan dapat bergambar lengkap dengan keluarga mertua Mama, siap dengan tema Raya Pertama..hehe, tahun ni mana yg ada je lah bergambar n tahun ni kami semua ambil kesempatan bergambar dengan Atok / Unyang Zaquan n Ziqry dengan tema selfie/wefie..hehhe, :p

2 Hero Ready untuk ke Masjid.
Dah smart² berpakaian baju melayu lengkap bersongkok dan bersampin, tp nak suruh posing ambil gambar bkn main susah, x sporting.., yelah yg Mama nye pun sibuk nak ambil gambar je..hehe


Abg n Adik nak ikut ke Masjid tp biasalah peel memasing sblm nak keluar rumah, mesti buat hal dulu (sibuk nak makan nasi ngan telor sblm ke masjid..ini abg dia punye peel, yg adik plk mengikut), sudahnya balik dari masjid, Mr. Papa kata x sempat pun nak sembahyang raya,  dengar khutbah raya je.., xpelah..khutbah raya pun berguna tu..


Aktiviti menikmati hidangan mmg xde la nak snap² sbbnya time org lelaki kuar g solat sunat raya, kami yang x ke masjid ni dah siap makan dah..hehe.

Sesi wajib di pagi syawal..bermaaf²an, tp tahun ni mama x feel sgt la bermaaf²an sbbnya time kita sibuk nak bermaaf²an time tu lah anak² pun sibuk buat perangai, time ni la plk dia merengek nak main bunga api, sabau je la.

FIL n MIL / Atok n Nenek Zaquan n Ziqry


Sesi bermaafan antara cucu² bersama atok n nenek



Abg minta maaf Nenek...


Adik minta maaf Atok..


kami plk dengan atok, lps bersalaman dengan atok, Mr. Papa plk dlm hati ada taman, rasa sayu sbbnya atok skrg ni dah pelupa n dah x nampak, jd masa bersalam tu mmg lama jgk la atok akan tanya n pegang tgn kita..


Kami anak beranak plk nak minta maaf, mmg nak cepat betul sbb si hero dh x sabau nak main bunga api kan..


Lepas bersalam, mestilah sibuk nak bergambar kan, mmg susah betul nak dapat kerjasama daripada anak² utk bergambar, inipun kebetulan je suruh adik ipar candid² je la gambar kami, janji ada family pic..hehe, nasib ok n mama suka tgk pic ni, cerita disebalik zaquan peluk belakang mama tu sbnrnya dia dok pujuk mama bg dia main bunga api..,bila mama kata ok tp amik gambar n minta maaf dulu, ok skjp je lepas tu terus melalak...


ini buktinya Abg Zaquan melalak di pagi raya, bkn sbb insaf minta maaf sampai nangis² tp nangis nak main bunga api punya pasal.., nasib la adiknya x sama menangis, cuma mengikut nak main bunga api sama..

bonding time with acik²


Inilah yang disalaknya.., nak main bunga api..., nak main bunga api.., berdua pun jadi nak main, Ok..ok..main la bunga api sampai puas.., nanti kita bergambar reramai tau..



Selfie dgn acik eiya n acik cha..
hakikatnya..anak² cuma sporting bergambar dgn acik² dia je, kalau mama n papa yg ajak mmg dia x layan..cian mama tau..


mmg betul x dilayannya, bila Mama n Papa dh ready nak bergambar bersama, anak² nak bermain daun di halaman plk.., tp kami 1 family tetap selfie/wefie..hehe



Layan kan je la pic kami bergambar² di pagi raya ni w/pun gambar x berapa cantik sbb anak² x sporting n utk bg kerjasama bergambar

bertiga dengan adik Ziqry,
see..sibuk nak main daun pokok rambutan, main la janji kamu diam...


Adoiyai..mama je yg beriye memandang kamera..


Huhu..jadi la janji ada family potret di pagi syawal.


Kenangan kami 4 beranak with atok/unyang Zaquan n Ziqry



With Fil n MIL


With Adik² Ipar


Model kerete..hehe, baru ada  mood si kecik ni dtg nak bergambar..


Selesai bergambar, kami pun terus gerak beraya ke kg sebelah Mak Mertua Mama di Jenderam Hilir


tp Wak (Nenek) xde  n makcik² yang lain xde g beraya ke Kuala Selangor, kami beraya di rumah Mak Uda Mr. Papa je syawal pertama tu, pastu balik rumah atok dengan aktiviti Zzzzzz..heheh..cover tido penat wat kuih x abis² lg kot..1 family tido.

Itu je la kisah 1 syawal kami, kalau rajin ada la n3 syawal yg seterusnya, tp minggu ni br blk audit, bz nak nyiapkan report..

n3 auto publish..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 4, 2014

Salam Syawal 1435H/Aidilfitri 2014

Assalammualaikum,

Masih lagi di bulan Syawal, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Syawal 1435H/Salam Aidilfitri 2014 buat kawan² blogger yang saya kasihi semua..Maaf Zahir Dan Batin. 

Hari ni Mama dah mula bekerja setelah 10 hari bercuti raya, so mood raya tu masih ada dan mood nak menghapdet blog pun sgt Malasss..bersawang giless blog my memories ni kan... mood M sgt byk woo...huhu.., story raya nanti la mama update, lgpun storynya sama je spt tahun² yg lepas jgk..tahun ni giliran beraya di kg sebelah en. suami..

Family Potrait pd 1 Syawal 1435H @Kg. Bahagia, Bangi.


Hehe..sempat lagi..selfie hari pertama bekerja setelah 10 hari bercuti/pic 8 syawal
makin boolat pipiku..menjadi² selera makan lebih² lagi time raya ni kan..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 10, 2014

30.06.2007 - 30.06.2014 ~ Alhamdullillah 7 Tahun! | Berbuka Puasa Di Luar Sempena 7th Anniversary

Salam 12 Ramadhan,

Menghampiri 2 minggu sudah kita berpuasa, Alhamdullillah dapat menjalani ibadah puasa seperti kebiasaan bezanya tahun ni kami berpuasa tanpa Mr. Papa disisi tp itu tidaklah sampai kami rasa kosong di bulan Ramadhan ni sbbnya Mama n anak² bermalam di rumah Mertua membantu MIL n FIL buat biskut raya [cari duit poket utk raya :)], seperti jgk thn² sblmnya tiada masalah utk berkejar balik masak sbb hidangan berbuka tu mmg complete Mak Mertua dah siapkan (Tq MIL n FIL), Mmg bertuah sungguh Mama ni keluarga dekat² dapat la menumpang kasih, hujung minggu plk masa utk Mama berbuka puasa bersama Family Mama plk. Begitulah rutin Mama di bulan puasa ni, pergi kerja seperti biasa w/pun bulan puasa mama x bertukar waktu bekerja pun, still amik WP3 (8.30pg - 5.30ptg) , jemput anak² dari tadika/taska selalunya pkl 6ptg jgk baru berjaya gerak keluar dari Putrajaya, biasa dah meredah jammed, itu yg sampai rumah kul 7mlm, lepas maghrib dah start operasi buat biskut raya sampai la tgh malam..(lai²..sapa mau order biskut raya..)

Panjang plk mukadimah, straight to the point, pada 2 Ramadhan 1435H / 30 Jun 2014 (Isnin),  alhamdullillah genaplah usia perkahwinan kami 7 tahun. 7 tahun yang penuh dengan suka dan duka, sedangkan lidah lagi tergigit inikan plk suami isteri kan, moga kami berdua tabah hadapi setiap ujian dan dugaan yang menimpa, sentiasa doa kan yang baik2..insyaallah, moga ikatan perkahwinan ini sentiasa di bawah limpah rahmat Alllah S.W.T..Amin.


Pic nikah 7 tahun yang lepas
30.06.2007


Berbuka Puasa @Secret Recipe Sempena 7th Anniversary

Memandangkan anniversary kami jatuh pada bulan puasa, ingatkan dh xde agenda makan² dah, tp kebetulan plk Mr. Papa bercuti sbbnya Melaka amik cuti 1st Ramadhan yg jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke hari Isnin, so dapat la kami makan² diluar / berbuka puasa diluar bersama 4 beranak pada hari ulangtahun perkahwinan ke- 7 kami ni.., lepas ni maybe la xde peluang nak berbuka bersama diluar sbbnya hujung minggu pun Mr. Papa ada kelas.

Tempat makan untuk berbuka puasa pilihan Mama di Secret Recipe, Alamanda, bkn selalu pun makan di SR, selalu pergi SR beli kek je..huhu, , Menu pilihan macam biasa tekak western kami ni..

Adik Ziqry buka puasa terlebih dahulu, yg bagusnya dia mmg peminat tegar kurma, sebelum Mr. Papa jemput kami untuk berbuka puasa (Mama keje seperti biasa, anak² pun ke tadika/taska spt biasa, Mr. Papa sorang je yg bercuti), Mr. Papa sempatla pergi service kereta kami n dapat la kurma 3 biji, bila sampai SR pun dpt lgi kurma, 3 biji kurma yg dpt habis adik bedal, bila tgk ada kurma lagi dekat SR pun beriye dia makan, bagus² Adik elok tau makan kurma ni byk khasiatnya, berbeza betul dgn Abg dia x minat lgsung kurma..



Ini menu pilihan Mama..Chicken Parmigiana


Mr. Papa punye menu..Spagetthi Bolognese
tp yg beriye makan Zaquan n Ziqry



Utk Abg n Adik..Mushroom Soup sorang satu..


Abg Zaquan paling demand, kunun bila tanya nak makan ape xmo makan, tp dia punye demand tinggi dekat dessert,  ini Abg Zaquan punye..Hot Choc, Sundee Ice Cream n x lupa jgk Choc Indulgence dia.., x termasuk dia bedal Spagetthi Papa lagi..huhu


Anak bujang ni dah kuat makan skrg ni..


Ini Dessert Mama, Lava Choc..nyum2..sedap..


Alhamdullillah, selesai berbuka puasa, dapat makan² sempena anniversary ni pun dah rasa happy yang penting ingatan pada tarikh² penting kami.., selalunya mmg meraikan dgn makan² je pun, dah lama x bertukar² hadiah..huhu.


p/s : Tuan tanah makin lama makin merudum mood berblog ni, acaner ni..huhu, waktu yg ado..sbnrnya tuan tanah cover tido penangan bantu wat biskut raya..hehe..nak ngadap pc mata rasa letih woo..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails