Wednesday, August 19, 2015

Kan Dah Kena Simen Kaki

Assalammualaikum,

Pengalaman dan pengajaran ni.., pengalaman buat zaquan dan Mama dia.., Pengalaman Zaquan 1st time terseliuh kaki sampai kena bersimen kaki dibuatnya dan pengajaran buat dia supaya lepas ni kalau nak main dgn kawan² tu beringat. Pengalaman buat Mamanya plk bila 1st time menguruskan urusan dari klinik ke hospital dengan mendukung Zaquan yg beratnya 36kg terus terasa diri ni mcm supermak. Boleh dikatakan setengah hari jgk masa habis di klinik dan hospital je, sampai kul 12 mlm baru selesai urusan hospital. Agak kalut jgk sbb pagi Isnin tu (10 Ogos 2015) tu Mama ada latihan pembelajaran audit GST di Menara Tulus, almaklumla Mama baru bertukar unit, so mmg berat hati la nak skip latihan.

Kronologi Zaquan Terseliuh Kaki.

9 Ogos 2015 (Ahad) - Hari kejadian sbnr kaki Zaquan terseliuh adalah pada hari ahad. Tengahari tu Zaquan minta izin beraya rumah jiran depan, dia pergi dengan jiran sebelah rumah (kawan baik dia Akil), biasalah bdk² kan sambil beraya sambil amik kesempatan bermain, Mama ajak balik masuk rumah x dihiraunya..tau² masuk rumah muka sedih tp xde nangis² pun, muka sedih bgtau kaki abg terseliuh, dia bagitau kaki abg terseliuh sbb dok panggil adik balik, tp adik x nak balik rumah, padahal sblm dia masuk rumah Mama mmg dh tegur jgn asik main je, masuk rumah n mama mmg nampak dia terlompat² sbb rumah jiran depan tu ada permainan yang loncat² tu (x tau apa ke nama mainan tu) tp Zaquan siap tunjuk gambar mainan tu dia selalu tgk dkt eventube..huhu. Pengaruh eventube jgk la ni sbb tu melompat x ingat..

Petang dan malam ahad tu dia masih boleh berjalan seperti biasa, dia ada ngadu sakit kaki sikit² tp mama x nampak bengkak di kaki dia, mama plk siap urut² kaki dia bila dia bgtau kaki abg ni terseliuh. Malam tu tido macam biasa dan esoknya ready nak g school seperti biasa.

10 Ogos 2015 (Isnin) - Dah siap nak pergi sekolah, mcm biasa pakai kasut sekolah bila dah sampai depan pintu pagar sekolah..huhu, masa nak suruh dia pakai kasut sekolah dia mengadu kaki dia sakit sampai x boleh nak pakai kasut, tp dia xdela sampai xnak pergi sekolah, ,semangat je nak g school siap cakap xpelah abg pakai sebelah kasut, sebelah kaki yg sakit abg pakai selipar. So pagi tu dia pergi school macam biasa sampai abis waktu sekolah.

Dalam masa yg sama Mama x sedap hati, pagi lps hantar Zaquan terus call Papa bgtau Papa "rasa kaki Zaquan tu mcm serius plk sampai sakit bila nak pakai kasut sekolah", apalagi terus kena bebel dgn Papa, Papa kata patutnya terus g klinik je pagi tu.., Mama pun x tau la kenapa Mama pun ala² blur maybe sbb Mama x nampak bengkak di kaki Zaquan time tu + pagi tu (seminggu tu) Mama ada 1st latihan pembelajaran. Tension je kena bebel, igtkan bgatau dgn harapan Papa boleh amik cuti hari tu tolong solvekan problem, ermmm..tension² pun tp dalam hati tetap x sedap hati, Pagi tu jgk terus ckp dgn bos nak pergi bawa anak ke klinik tengahari nanti, bos ok je apepun anak² kena utamakan.

Jadinya tengahari lepas amik Zaquan, kami pergi lunch dulu lepas tu jam 2ptg terus ke Klinik Kesihatan P18.

selamat sampai klinik, muka happy mcm x sakit je..huhu

Biasalah urusan di klinik pun amik masa lama, tgk jam dah pkl 3 ptg, terus inform bos masuk lwt ptg sikit, tp result slps x-ray dan berjumpa doktor di klinik bgtau ada keretakan sikit pada ankle Zaquan dan Doktor terus suruh refer Hospital dan dia terus buat surat refer ke Hospital dan maklumkan maybe kaki Zaquan kena simen dan Doktor siap pesan pada Mama kalau boleh jangan bagi kaki dia pijak lantai apatah lagi berjalan, tindakan cepat doktor terus bagi Wheelchair untuk Zaquan duduk dan pesan kat Mama nanti bawa anak pergi kereta naik Wheelchair, apalagi bertambah kalut la Mama bila doktor pesan mcm tu, maknanya Mama kena bawa Zaquan g hospital sendirian nanti macam mana la agaknya.

Result X-ray Kaki Zaquan di Klinik Kesihatan P18
Mama pun x pandai nak baca mcm mana, masa dpt terus tanya kaki dia patah ke, doktor kata xdelah, tapi..ermmm ada tapi tu yg seriau dibuatnya, ada keretakan sikit..masa dengar tu aduhaii hopefully x teruk sgt..tp bila diberitahu kena refer hospital dan maybe kena simen, mama plk yg nak nangis mendengarnya, anak rilex je..

Jam 4ptg dari klinik patah balik ke Menara Tulus tempat sesi pembelajaran, Mama nak amik handbag, Mama tinggalkan handbag dkt sana sbb x jangka nak kena pergi hospital plk.

Jam 4.15ptg sampai di Tadika Ziqry, kena la amik Ziqry dulu bawa dia sekali g hospital sbb dah teragak confirm lama urusan di hospital nanti.

Jam 4.30ptg sampai hospital putrajaya,  3 kali pusing jgk la br dapat parking kereta. Time ni la terasa supermak sgt sbb dok mendukong Zaquan sampai ke Emergency Wad..masa sampai tu fikir nak cepat je sampai emergency n dgn Ziqry nye pun dok ada sekali xdan dh nak fikir nak cari wheelchair kat mana.., dah sampai emergency baru minta wheelchair utk Zaquan.

Masa dapat no giliran di emergency ward, misi dkt situ dah inform patient ramai sgt tau so dia x jamin pkl 7 pun belum tentu dapat jumpa doktor. Memang betul pun kata misi tu pkl 9mlm baru no kami dipanggil, itupun masuk wad doktor tgk, "dia kata boleh tak pergi x-ray sekali lagi dkt makmal hospital plk", "mana tau lain plk result dia..lepas tu baru masuk jumpa doktor balik". Nasib la time ni Mr. Papa dah sampai hospital. Mr Papa balik kerja dari Melaka terus ke Hospital Putrajaya. Ngam la timing Mr. Papa sampai br no. kena panggil sbb di bilik separa kritikal tu x boleh bawa masuk bdk..

Muka pun dah toya je, iyelah dari siang sampai ke malam dgn berpakaian sekolah lagi masih lagi menunggu no giliran dipanggil utk berjumpa doktor..bertabah je la..

Jam10mlm jgk la baru dapat jumpa doktor semula dan Doktor mengesahkan confirm mmg sama la x-ray seperti di klinik tadi ada keretakan sikit dan kaki dia perlu disimen, tp kena tunggu skjp sbb doktor yang nak simen tu tgh simen patient lain. Kebetulan hari tu mmg ramai la plk pesakit yang patang tangan dan kaki tau..

Jam11mlm baru selesai simen kaki Zaquan, lepas simen kena buat x-ray sekali lagi dan lepas tu baru amik ubat. Akhirnya bersimen jgk la kaki Abg Zaquan dan dapat Mc 11 hari. Sedar x sedar dah nak jam 12tgh malam jgk la baru selesai sume. 

At Lastnya , kena simen jgk kaki abg, tp alhamdullillah dia cool je sepanjang dia terseliuh kaki sampailah akhirnya kena simen sampaikan doktor pun surprise dia boleh tahan sakit , terseliuh kaki masih boleh pergi sekolah kata doktor..

Esoknya Mama EL..letih rasanya masa abis menunggu di klinik dan hospital. Mr. Papa plk amik cuti rehat 2 hari dan 2 hari lg EL, kiranya minggu tu Mr. Papa cuti jaga anak, itu yg minggu ni giliran Mama plk cuti seminggu jaga anak² dengan kebetulan kami sebnrnya 3 beranak x sihat, demam dan batuk². Hopefully anak² cepat sihat..

Bandage dkt kaki Zaquan tu la ni dah terbarai² dah sbb dia dok x tahan gatal menggaru² sampai terbarai, hari pertama slps simen dia start merengek x tahan gatal dan panas, esoknya Papa dia dah kemas dan betulkan tp skjp je eloknya, semalam pun Atok dia dh siap kemaskan jugak tp dia bukak balik, hari khamis ni (20hb) dah nak follow up check up dgn Doktor semula..aduihai abg Zaquan..

20 Ogos 2015 (Khamis) -  follow up check up Zaquan di hospital, moga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Hope next week Zaquan dan Ziqry boleh ke sekolah seperti biasa dan Mama pun boleh masuk keje..cuti dh tinggal sikit ni..huhu.

p/s: tetiba charger usb ni rosak x leh nak transfer gambar dr hp ke pc, kunun dok rumah boleh la update blog buat n3 auto publish byk²(nak settlekan n3 raya x abis² ni:p)...usb plk x leh guna, inipun copy blk gmbr yg dr FB je..nanti ada masa mama update blk N3..x besh rasanye N3 xde gambar.. 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 17, 2015

Aidilfitri 2015 | OOTD Raya Sweetmama

Assalammualaikum,

Aidilfitri/Syawal sudah pun berakhir, tp Mama masih terhegeh² nak update n3 hari raya..(x sempat jgk hari tu kunun nak siapkan semua n3 raya auto publish), alang² dh ada mood update blog ni kan n kebetulan now Mama cuti rehat seminggu jaga my son yg x sihat...(nanti mama update story my son terseliuh kaki sampai dpt MC 11 hari), amik kesempatan jenguk² blog minggu ni..^_^..

Saje nak berkongsi OOTD (Outfit Of The Day) Raya Mama tahun ni. 4 helai je pun baju raya Mama tahun ni. Tahun ni baju raya Mama 3 helai beli readymade je senang, x dan nak beli kain n tempah baju. Ada sehelai je yg tempah itupun kain tahun lepas beli dkt Bandung, la ni br siap..huhu.. Lgpun skrg yg readymade pun byk pilihan n cantik² semua sampai rambang mata nak pilih kan, tp Mama senang je janji raya pertama ikut tema..hehe


OOTD Raya Pertama :- Kurung Moden Songket dari Zareeth Zehra dipadankan dengan Instant Shawls Madison Crown Red Aurora Sugarscarf

Ini kes last minute beli sbb nak padankan dgn tema raya tahun ni..Maroon. Beli baju melayu suami dan anak² dulu lps tu br dok cari baju raya Mama nya plk.





Mama mmg suka brand Zawara sbb dia ada size yang mmg bersesuaian dgn Mama n design dress dia cantik² pada mata Mama..♥




OOTD Raya ke-3 :- Wila Dress dari Dreemika by Radiusite dipadankan dengan Instant shawls Scarft Secrets

Wila Dress ni seosons lama pnye tp sbb ada sales raya utk tahun ni mama rembat jgk, suka kain dia jenis tebal dan x melekap dkt badan.



Last but not least, ini baju kurung Mama tempah, kain beli kat bandung tahun lps, tahun ni br siap..dipadankan dengan Instant Shawls Madison Classic Very Grape Sugarscarf.


Kesimpulannya..Mama ni Sugarscarflovers..Raya ni 3 helai Sugarscarf dapat beli utk tudung raya..^_^..koleksi Madison dari sehelai now dah jadi berhelai²..ermmm..lepas ni nak rehat beli Sugarscarf la..(dah GST ni kan kena la amik langkah berjimat cermat..) kalau terbeli pun time sales je..(nak jgk tu..huhu)..:p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, August 12, 2015

Aidilfitri 2015 | Raya ke-4 ~ Dah Terjah Wayang | Movie ANT-MAN

Assalammualaikum,

Raya ke 4 kami org kg dekat² ni dah terjah shopping mall..hehe. Tak plan pun sbnrnya nak tgk wayang n x sangka pun papa nak bawa jalan² g IOI City Mall, Putrajaya. Kebetulan pada hari raya ke-4 ni mama ada jemputan open house kawan sekolah mama, so dari kg kami terus gerak pergi open house rumah kawan mama dekat cheras, ayah n mak mertua pun plan nak balik rumah bangi pada hari raya ke-4 jgk..so kami gerak g open house, FIL n MIL plk terus balik rumah.

Kalau ikut majlis start pkl 3, tp kami pkl 2 dah sampai rumah kawan mama tu..so x sempat la nak bergambar² dgn kawan² sekolah yg lain yg turut sama dtg sbb ni kira mcm small gathering jgk kawan mama tu buat, yg sadisnya tu gambar dgn tuan rumah/kawan sekolah mama tu pun mama x dan bergambar bersama, awal sgt sampai, tuan rumah still bz prepare menu..huhu

Disebabkan masih byk masa, itu yg Mr. Papa terus bawa kami terjah IOI City Mall, Putrajaya.

tgk wayang pakai baju kurung..dah kata raya kan..hehe


Yeay..kita nak tengok wayang..




Movie ANT-MAN
sblm tgk movie ni dok terpikir besh ke x besh movie ni sbb mulanya mr papa nak tgk movie minions sekali bila try tgk tiket online tinggal seat yg depan sekali je tu terus decide tgk ANT-MAN je..


Tiket dah dapat tp lambat lg movie nak start..pkl 5.50pm br movie start..

Movie : ANT-MAN
Tarikh : 20/07/2015
Masa : 5.50p.m
Tempat : GSC IOI City Mall


kita pusing² mall dulu la ye..


Ok kita tgk org main ice skating..
Abg n Adik sibuk nak main sbnrnya tp Abg n Adik mana pandai main ice skating ni..Mama n Papa pun x pandai main..kita tgk je la org lain main..


Lepas tu kami lepak makan di Texas Chicken..
pertama kali try makan dkt Texas Chicken sbb kebetulan br perasan kedai ni time lepak tgk Ice Skating..depan Ice Skating ni je..


Orait..masa utk tgk wayang


sempat lagi selfie dalam panggung wayang before movie start..


Kesimpulannya lepas dh tengok movie ANT-MAN ni..besh sgt cerita dia..Mama bg 5*****
cerita dia bkn sekadar action superhero je tp ada unsur lawak dan family jgk. Unsur lawak tu yg buat terhibur. Action dia pun besh jgk sbb ANT-MAN ni berupaya utk mengecilkan diri dan mampu berkomunikasi dgn semut dah kata 'manusia semut'.

Selesai tgk wayang..terus balik  rumah mertua di Bdr Baru Bangi, malam ni kita tido umah atok n nenek ye Abg n Adik..esok kita dh balik rumah kita sbb Abg dah mula bersekolah pada 22 Julai 2015 (Rabu) dan Mama pun dah mula bekerja pada 23 Julai 2015 (Khamis).

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, August 11, 2015

Aidilfitri 2015 | Raya ke-3 ~ Moh Kita Balik Kg Atok Pulak

Assalammualaikum,

Hari raya ke-3...moh la kita balik kg atok plk, anak² hati mmg dah berada di Kg. Bangi Lama sbnrnya sbb dok igt kat sepupu² dia yg ada dkt sana.

Pagi raya ke-3 tu sebelum kami balik Kg. Bahagia, Bangi Lama, layan dulu tetamu/ sedara belah Wan Ummi datang beraya di rumah, time raya ni la dpt jumpa sepupu² dan anak buah sedara kan.., sedar x sedar anak² buah sedara pun dah besar² dah rasanya...sepupu pun dah tambah bilangan anak.., mama je masih belum ada rezeki nak tambah anak ni..huhu

Zaquan dan Ziqry bersama dua pupu mereka



Ok² jom kita balik kg. atok
ini posing anak² kena paksa bergambar + mama cover drpd nampak gemss namanya..




Lepas zohor kami bertolak balik kg n bila sampai kg..sepupu Zaquan n Ziqry plk dah get ready bersiap nak balik kg nenek diaorang plk, biasala tu bertukar giliran. Sedih la tu sbnrnya abg n adik xde geng tp redha je la ye sbb bknnya x jumpa mlm raya lg dh jumpa..Jadinya aktiviti malam hari main bunga api berdua je la, nasib ada Atok yang rajin melayan cucu main bunga api.. 

Walaupun berdua dah namanya bdk kan suka la tu dapat main bunga api..sbnrnya dlm hati diaorang selain drpd srnok nak jumpa dan bermain dgn geng sepupu dalam kepala dok ingat bunga api dkt kg atok itu yg hari sibuk² mengajak balik kg atok..

Main bunga api..berdua pun menjadi je..





Sekian hari raya ke-3 kami..cepatnya rasa masa berlalu..esok dah hari raya ke-4.., kemana kita ye..

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 10, 2015

Aidilfitri 2015 | Raya ke-2 Di Jenderam Hilir

Assalammualaikum,

Hari raya ke-2 kami dah start jalan beraya di Kg. sebelah Ibu Mertua di Jenderam Hilir, biasalah kalau dah sampai kg Mr. Papa ni mesti lepak lama dekat sini dari keluar tengahari sampai dah lepas maghrib baru kami balik. Anak² plk sambung beraya dengan Atok, Nenek, Acik dan sepupu²nya jalan beraya ke Kuala Selangor rumak Mak Lang Mr. Papa. Kami x join beraya ke Kuala Selangor sbb Mr Papa malas nak drive jauh..dia pun amik kesempatan la dah anak² nak ikut atok n neneknya berjalan biarla anak² je yg g beraya, mama plk ikut je Mr. Papa pnye keputusan..

Raya ke-2 xde gambar sgt, yg ado gambar selfie Mama dgn Papa la..hehe sbb anak² mulanya xde mood, time sampai diaorang tengah tido, kg dekat sgt baru tido 5 minit dah sampai...:p, mau x mengamuk tido kena kacau tp biasalah bila jumpa sepupu² terus datang mood..terus nak ikut atok n nenek jalan beraya. 

@rumah Mak Uda Mr Papa
jom kita selfie gambar kita bertiga..abg sambung Zzzz...time ni.



@ rumah Wak/Nenek Mr Papa di Jenderam Hilir
Amik kesempatan selfie ..dah tinggal berdua...anak² dah selamat ikut atok dan neneknya beraya..  



@ Halaman rumah Wak..
Mama sibuk nak ber ootd raya..:p

nanti mama up n3 ootd raya mama tahun ni.., nak jgk tu..


Itu saje cerita hari raya ke-2 kami..lepak di kg Jenderam Hilir dan lepas tu malamnya balik lepak dkt rumah sendiri sementara tunggu anak² balik dari Kuala Selangor. Tengah malam jgk baru anak² balik..dan hari raya ke-2 dah lepak kedai mamak..kami satu family dan mamak tidak dapat dipisahkan..:p, malam tu amik anak² dekat tempat perjumpaan kami 1 family di Impian Maju..hehe..apalagi lepak minum dulu la..pastu balik cheras semula..tido rumah Wan Ummi lagi ye anak²..esoknya baru kita balik kg Atok di kg. Bahagia, Bangi Lama.

p/s : 2 minggu ni mama bz..dah start latihan dan audit di Unit baru mama ni..2 minggu x masuk ofis..ni dok pulun buat n3 auto publish tgh ada mood nak update blog ni kan..hhehee..w/pun mama dh bertukar unit, tp masih lg perlu keluar audit dh kata duduk Bahagian Audit..basic nya masih kena keluar Audit cuma dh xde keluar Outstation la...

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails