Wednesday, January 22, 2014

Aktiviti Cuti Tahun Baru ~Tonton Wayang Pertama Untuk Tahun 2014 ~ Frozen

As Salam,

Ini story Cuti Umum Tahun Baru 3 minggu yg lepas, tp hari ni baru berkesempatan nak update, itu belum lagi nak update story Cuti Umum Thaipusam baru² ni, ntah bila la agaknya dapat berupdate, kebetulan plk awal² tahun ni penuh dengan percutian , jdnya N3 Mama awal² tahun ni pun berkisar ttg percutian je la gamaknye..^_^..

1.1.2014 yang lepas selepas kami terjah sekejap sesi taklimat untuk Ibu Bapa daripada pengurusan Tadika n Taska Zaquan n Ziqry, Mr. Papa dah ada Agenda nak ke Alamanda rupanye, ini pun pergi sbb ajakan dan pujukan sang anak, Khair Zaquan apabila diberitahu hari cuti n kebetulan Papanya pun cuti xde kelas apalagi membodek Papa dia bawa ke Shopping Mall la, sbnrnya dia beriye nak main bowling, semenjak dua menjak Mr. Papa rajin bawa dia ikut Mr. Papa main bowling bersama geng taman n selalunya Mr. Papa akan bg Zaquan main bowling sendiri itu yg Zaquan kemaruk nak main bowling tu, Adik Ziqry pun sama tau kalau tanye cuti nak pergi mana, dia akan jawab g main bowling..huhu.

Tapi disebabkan kami pergi Alamanda n Mr. Papa kata main bowling dkt Alamanda mahal, (selalu main bowling di South City Plaza n waktu mlm so ratenya murah sikit) drpd main bowling dkt Alamanda baik tgk wayang, Mama on je, main bowling ok tgk wayang pun ok..hehe, at lastnya aktiviti cuti thn baru kami adalah tgk wayang, movie pilihan film animasi - Frozen.

kami sampai Alamanda awal jgk sbnrnya, budget nak tgk wayang pkl 12.30 tp full plk, ermm, nak x nak tgk wayang jam 3.30p.m


Yeay..tiket wayang dah beli
Abg posing budget ala² tgh meluncur atas salji..:p


Adik malu²


disebabkan sampai awal, dapatla Abg n Adik main games dulu before tgk movie.



Lama jgk nak menunggu wayang start, lepas selesai melayan kerenah anak² bermain games, lepak makan dkt foodcourt, lepas tu lepak tgk org main bowling plk, baru melepak dkt tempat bowling ni terjumpa opismate yg sama² nak tgk wayang movie Frozen jgk.

Wif Opismate


Ok..Movie dah nak start..Peace Yo..Abg n Adik nak layan movie..


Sinopsis Movie Frozen:-
Frozen sebuah filem animasi komedi muzikal, mengisahkan 2 beradik iaitu puteri raja Elsa dan Anna dari Kerajaan Arendalle yg sgt rapat pada waktu kecil, tp keadaan berubah apabila Anna ditimpa kemalangan disebabkan kuasa yg dimiliki oleh kakaknya Elsa dimana Elsa mempunyai kuasa yang luar biasa mencipta ais dan salji (snow queen). Kesan daripada kemalangan yg menimpa Anna, Kedua Ibu dan Bapa mereka meminta Elsa menyembunyikan kuasa Elsa daripada pengetahuan rakyat termasuk Anna dan ini membuatkan hubungan Elsa dan Anna dingin hinggala tiba pada hari Elsa ditabalkan sbgkan Ratu Arendalle rahsia kuasa luar biasa yg dimiliki Elsa terbongkar kerana Elsa tidak dapat mengontrol kuasa yg ada padanya. Disini la bermulanya konflik dimana Elsa telah melarikan diri dari Arendalle ke Gunung Utara dan Anna mencari Elsa hingga ke Gunung berkenaan dimana semasa Anna melarikan diri dalam masa yg sama Kerajaan Arendalle telah menjadi ais dan salji menutupi seluruh Arendelle. Turut diselitkan sedikit babak percintaan disini iaitu antara Anna dan Kristoff yg sgt baik hati yg turut sama² membantu Anna mencari Elsa.

Keseluruhannya Mama layan je movie ni sbb ada unsur lawak jgk, Zaquan tgk sampai habis n dia yg beriye ketawa dlm panggung. Lagi satu suka tgk part snow queen Elsa berubah jd cantik n time dia buat Istana ais atas Gunung tu. Movie ni penuh dgn lagu tau, mula² agak bosan sikit n slow sikit jln ceritanya, time berlaku konflik baru nampak jalan ceritanya besh..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. as'salam eija...
    wah jln2 sana..ank2 happy...
    nmpk best movie frozen tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam mama_saly,
      lama dh eija x singgah blog mama_saly,
      terima kasih singgah blog eija ye,
      mmg anak2 happy bila dibawa berjalan,
      best movie ni sesuai la utk anak2

      Delete
  2. seronok anak bujang jalan2 yeaa. hehe
    nina dh lama xtgk movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mestilah srnok :)
      owh ye ke, kami pun bkn selalu, setahun adalah 3 kali je kot tgk wayang...

      Delete
  3. cite wayang pertama fahim jugak ... hihi siap beli cd jugak ...

    ReplyDelete
  4. tak sempat nak tgk frozen kesian amir.. beria nak tgk wayang.. sampai kesdh x pg²...

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails