Tuesday, November 11, 2014

Cambodia Kami Datang | From KLIA2 to Phnom Penh International Airport | Alhamdullillah Selamat Pergi Dan Balik!

 Assalammualaikum,

Alhamdullillah Mama baru balik daripada bercuti di Cambodia dengan family mertua minggu lepas, Syukur Alhamdullillah perjalanan kami selamat pergi dan balik walaupun time balik keadaan cuaca agak buruk, terasa bergoyang duk dalam flight. 2-3 kali arahan pasangkan isyarat tali pinggang keledar diumumkan disebabkan faktor cuaca.

Ini merupakan family trip holidays utk tahun ni, kami sekeluarga ke  Phnom Penh & Siem Reap Cambodia pada 1 Nov hingga 5 Nov 2014. Oh yeah..Cambodia kami datang.. ^_^..

Tahun lepas family trip holidays kami ke Jakarta & Bandung, Indonesia. Macam biasa la kan beli tiket murah AA tahun lepas dan travel tahun ni. Tiket AA sponser sepenuhnya by FIl n MIL utk kesemua ahli team members kami seramai 14 orang termasuk 4 orang kanak², tp duit pakej for travel ajen..sendiri², kos pakej utk percutian 5h4m di Cambodia ni RM1,100 seorang utk dewasa dan separuh harga bagi kanak². 

2 bulan sebelum kejadian mmg rasa xde mood nak pergi, rasa mcm nak tarik diri pergi pun ada disebabkan masalah kereta yg x dijangka terjadi, duit dah lebur pada kereta..huhu + rasa mcm mahal je harga pakej yg nak dibayor. Tp alhamdullillah rezeki Allah tu luas, masih ada rezeki utk kami selesaikan harga pakej dan perbelanjaan ke sana.

Fuhhh..lega selesai jgk semua n its time to holidays..^_^..

kebetulan je ni time kami nak pergi bercuti plk baru beli kasut baru, ekceli mama dah lama nak beli sport shoes yg 2 in 1, yg  boleh dibuat kasut jln, tp x terbeli², sekali tgk papa try kasut puma ni nampak cantik terus ckp dgn papa sedondon pun cantik jgk kan. Abg n adik plk tahun lepas mmg x berganti diorang punye kasut (selalunya setiap tahun diorang dapat kasut baru time raya), kebetulan nanti minggu depan konsert tadika perlu pakai kasut n kasut lama pun mmg dah ketat, itu yg belikan diaorang kasut. Sekali 4 beranak dapat kasut baru..^_~..

Get ready untuk berjalan jauh..
Rate tukaran USD masa kami beli ni 1USD = Rm3.27, mahal kan, tahun lepas tukar murah sikit x sampai Rm3.  sbnrnya budget kami RM1,500 shj, tp nak genapkan 500USD terpaksa la lebih sikit budget jd RM1,635.00, xpe kalau USD x abis jual balik laku..

Bekalan duit tukaran kami.., kami bawa 500USD shj , 1st time belanja duit x abis, jgn x percaya masih berbaki 300USD lg..
Our beg, begini la pergi dan balik..sila lah percaya kali ni pergi berjalan xde bertambah beg pun.., selalunya sampai x cukup² kilo, kali ni terlebih² kilo..huhu.

Ini antara isi kandungan dalam beg kami, stok makanan..milo kotak x boleh tinggal..

Kami janji berkumpul di Restoran Mamak Impian, isi perut dulu before nak jalan jauh, lgpun kami bertolak awal pagi, flight pergi kami jam 7.05am flight AK536. Jadinya FIL dah tetapkan kami berkumpul sekurang²nya jam 3.00 ke 3.30am di Impian. Pagi tu alhamdullillah jam 3.30am kami dah sampai seperti yg dijanjikan.

Kami bertolak ke KLIA2 dengan menaiki van yg FIL sewa drpd jiran, cukup buat kami  12 orang 1 van, Mr. Papa petang baru menyusul sbbnya pagi tu Mr. Papa ada 1 paper exam lagi, Flight Mr. Papa jam 3.15pm n Papa drive n park ke Putrajaya Sentral n naik ERL ke KLIA2.
Selfie dulu sblm keluar rumah pg tu..hehe, abaikan habuk di cermin tu ye,
 Mama sudah terjebak dgn Madison Sugarscarf 


Alhamdullillah, kami selamat sampai KLIA2 jam 4.55pagi. 1st time Mama sampai n naik flight dr KLIA2 ni. Tempatnya lebih luas n selesa tp mak aihh jauhnya nak berjalan selepas masuk pelepasan antarabangsa nak ke pintu gate berlepas..
 kami dah sampai KLIA2
urusan check in lunggage, xde la terkejar sgt sbb kami dah check in online just nak drop bag je n sampai pun awal org x ramai.

Boarding pass n boarding time 6.25p.m
Ready to boarding..kami pergi dulu ye Papa, Ptg nanti kita jumpa Papa disana
Posing² dulu dkt KLIA2, almaklumlah baru 1st time sampai KLIA2 ni..

Abg Zaquan tau je ni Yoda dalam Star Wars..
Comel je Cucu² Atok n Nenek kunun2 at twin tower KLCC

Kita nak naik Flight AA ni la...
Mama pun nak posing dkt Replika Kapalterbang AA ni..
Ok its time ke pintu gate P4
Ini bdk2 sudah teruja nampak kapalterbang..tertinjau2..
Selamat dah pun kami naik flight, biasalah anak² mama kalau x tunjuk perangai x sah, ikutkan tempat duduk kami dah disusun semula oleh Adik Ipar ikut family n mmg saje pisahkan Abg n Adik sbb nanti dok dekat2 gaduh plk lgpun kalau ikut no asal berterabur jgk, ikut masa pergi ni Ziqry duduk sebaris dengan Mama, sementara Zaquan satu baris dengan sepupu dia kakak dan Acik Inang, tapi bila nak masuk dalam flight tetiba Ziqry kata nak duduk dgn Cik Inang, terpaksa la Zaquan mengalah duduk dgn Mama, mulanya dia nangis jgk, bg Ipad terus diam n baru 5 minit perjalanan Zaquan dah tertido, lega jgk dia tido sepanjang penerbangan. Adik Ziqry plk x tido² dok berborak dgn kakak n nasib jgk dia punye ragam x teruk sgt, last minit dah nak sampai br dia buat peel tetiba nak duduk dgn Mama plk, terpaksa la Mama pangku dia duduk sekali masa nak mendarat. Nasib baik jgk adik x buat perangai mcm masa 1st time adik naik flight menjerit sampai satu kapal terbang dengar..huhu.

amboi suka la tu dapat duduk tepi tingkap
Adik nak duduk dgn kakak

Hari pergi, Abg kena la mengalah ye.., dapat Ipad terus diam..
Disebabkan isyarat supaya padamkan alat elektronik semasa penerbangan nak mula berlepas, kena la matikan Ipad, terus terlelap..


Alhamdullillah selamat sampai Phnom Penh International Airport jam 8.05a.m.
                       
Phnom Penh International Airport

Aduiyai sekali lagi kesabaran diuji oleh ragam anak, kali ni Ziqry buat perangai xmo keluar jalan, ahli family yg lain sume dah selamat keluar, yg si Ziqry ni pd mulanya nangis nak pegang hp, mama x bg takut tercicir mama marah dia, dia boleh berlari nak masuk dalam flight blk, berderau darah mama, dah la kat tempat org, nasib la pegawai yg menjaga pintu tu ok boleh senyum² lagi, pintu pagar keluar dh siap berkunci n kena marah sekali dgn atok baru dia nak keluar..huhu

                                                       budak kuat merajuk

Travel agent dan tourist guide dah sedia menanti kami
Urusan dengan travel Agent ni FIl n MIL yang uruskan semua, kami cuma byr duit pakej seperti yg mama nyatakan tadi RM1,100 utk dewasa dan separuh harga RM550 utk kanak2, keseluruhan harga pakej utk kami 4 beranak RM3,300.

Ikutkan FIl berurusan dgn travel agent di Malaysia iaitu Vreka Travel & Tours, tp bila dah sampai n kenal dgn travel agent yang membawa kami ni lepas ni boleh direct contact dgn travel agent dia iaitu MubarakTour and travel..Recommoded sbb dia muslim, senang nak beruurusan dan  dia pun boleh bertutur bahasa melayu,  sebarang pertanyaan boleh PM FB Mubaraktour and travel di link ni..https://www.facebook.com/pages/Mubaraktour-and-Travel-Co-Ltd/1499357286982642?fref=ts

Mr. Solhey @ Solihin our travel agent
yang ini plk tourist guide kami, di Phnom Penh ni mmg diorang akan amik tourist guide yang bekerja dgn gov., ye lah nak explain ttg sejarah Phnom Penh kan mestilah  yg diiktiraf .
Ini lah bus yang membawa kami 1 family sepanjang percutian 5 hari 4 malam di Phnom Penh dan Siem Reap, Cambodia.
Abg n Adik excited je naik bus, terus duk seat belakang sekali, atok nya pun selalu duk dpn sbg pemandu pelancong jgk tp kali ni dh ada 2 org seorang travel agent n seorang tourist guide, atok pun duk blkg melayan cucu2..
bagusnya mr solhey ni, perkara pertama sekali sblm memulakan perjalanan, edarkan kpd kami waktu solat di Phnom Penh dan Siem Reap, Cambodia.
Prayer time in Phnom Penh n Siem Reap, Cambodia
waktu solat awal sejam dr waktu solat malaysia.
Perjalanan diteruskan mengikut iternerary perjalanan, sampai² Airport dah terus ke Agenda lawatan, ye kami terus dibawa keliling bandar di sekitar Phnom Penh antaranya visit Independence Monumen Phnom Penh, What Phnom, Toul Sleng Museum dan Royal Palace.

Ok..hopefully mama ada masa nak update sambungan n3 holidays ni nanti

N3 Auto Publish, tuan tanah bz pergi menjalankan pengauditan seminggu ni..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

9 comments:

  1. best nye pi berjalan tmpt org lagi ...tahun ni kami ari tu thn depan la kot klu ade rezeki lebih ...
    tak sabo nk tau ape ade kat cambodia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah, 1st time ni k.eija sampai cambodia..
      ermmm lebih kurang mcm pergi vietnam jgk eima, tp personally k.eija lebih suka vietnam, cambodia ni x byk kain ela n harga brg dia pun mahal sikit..

      Delete
  2. kak ct...uyun amik sikit2 pic ye... :) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome, orait amik je la, k.ct pun ada amik pic dkt wasap group dan fb mubarak..hehe..

      Delete
  3. Anak-anaklah yg paling teruja sangat Eija. Untunglah kalau parent in-law Eija jenis yg pandai buat arrangement. Anak-cucu hanya bagi duit. senang sebab dia tahu anak-anak sibuk bekerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah anak² seronok la, diaorang dapat tido hotel pun dh cukup seronok..:),
      betul tu kak, parents in law mmg jenis suka berjalan dan diorang pun mmg ada pengalaman bercuti disini.., kami mmg siap sedia duit pakej je, dia yg uruskan semua.., alhamdullilah pergi semua dh teratur..hehe

      Delete
  4. boleh tahan juga murah kos utk 5 hari tu yer...tak sabar nak tunggu next entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mula² dpt tau rasa mcm mahal, tp bila difikirkan blk pergi 5 hari 4 mlm dgn menginap di dua buah hotel, siap makan dan transport, lepas tu bila dah sampai sana tgk hotel tempat menginap hotel 4 bintang,kira ok la berbaloi..

      Delete
  5. Sonoknya.....
    Alhamdulillah slmt pegi dan blk.. ;D
    Dtg ziarah sini hujung mggu.. ;)

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails